SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Friday, September 12, 2008

Tidurlah Dengan Tenang Malam Ini...

Ahmad reda
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menerima dengan reda keputusan menggantung haknya sebagai ahli seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat khasnya hari ini.
Beliau yakin bukan mudah untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota MT memutuskannya kerana ia melibatkan satu tindakan yang berkemungkinan tidak berpihak kepada UMNO.
Bagaimanapun beliau percaya keputusan seperti itu terpaksa juga dibuat bagi memastikan keselamatan di negara ini terpelihara.
''Dasar kepimpinan Datuk Seri (Abdullah) adalah berasaskan kepada keselamatan selain kestabilan negara dan ekonomi.
''Oleh itu apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kita ini (Abdullah dan Najib) bersama anggota MT yang lain adalah untuk keselamatan negara walaupun keputusan ini mungkin tidak berpihak kepada UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Tingkat 38, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai reaksi terhadap hukuman yang diterimanya.
Ahmad yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum telah digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun oleh mesyuarat khas MT hari ini.
Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan di dalam parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini iaitu selaras dengan fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Ahmad berkata, kesetiaannya terhadap UMNO tidak akan terjejas dan akan terus berjuang bersama parti itu walau apa sekalipun berlaku.
''Saya mempunyai masa yang cukup panjang selepas ini. Saya akan bina semula cerucuk di atas tapak yang sama. Saya tetap akan bersama UMNO kerana UMNO adalah parti saya.
''Saya menganggap apa berlaku ini adalah ketetapan yang telah ditentukan sejak azali lagi. Hari ini telah sempurna qada dan qadar Allah ke atas diri saya dan saya terimanya dengan penuh reda,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan sama beliau meminta kepada semua orang Melayu terutama di kawasan Bukit Bendera supaya bertenang dengan tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh memudaratkan negara.
''Sebenarnya orang Melayu Bukit Bendera mahu datang ke PWTC dengan 10 bas dan mereka mahu melakukan protes tetapi saya merayu kepada mereka dan Alhamdulillah mereka tidak hadir.
''Bagi seluruh orang Melayu dan Islam yang lain saya minta kita kuatkan perpaduan kerana dengan berpadu sahaja kekuatan kita bakal terserlah. Apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada orang Melayu berpecah belah. Jadikan peristiwa ini pengajaran kepada kita,'' katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meminta maaf, Ahmad menegaskan yang beliau tidak akan minta maaf dan bersedia menerima risiko akibat daripada perbuatannya itu.
''Saya tidak akan minta maaf, kalau saya kaki bodek saya tidak akan tiba peringkat ini. Disebabkan ketegasan saya kena macam ini (dihukum). Saya tidak kisah... no problem (tiada masalah) saya terima,'' ujar beliau.
Menjawab satu soalan Ahmad berkata, buat masa ini beliau belum terfikir untuk membuat rayuan tetapi ia bergantung kepada pendapat ahli-ahli UMNO di dalam bahagian.
''Kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon saya ucapkan tahniah kerana dia menang pada permainan kali ini tetapi saya berjanji akan kembali semula satu hari nanti,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/

Hebat sungguh tindakan yang dikenakan oleh Presiden UMNO yang juga merupakan pemimpin tertinggi negara untuk memuaskan hati pemimpin dalam Barisan Nasional demi untuk memastikan kestabilan kerajaan yang sedia ada terjaga.. Keputusan ini dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO sehari selepas mesyuarat Barisan Nasional yang disifatkan oleh Presiden PPP, Datuk M.Kavias sebagai "PALING TERBUKA" sepanjang penglibatannya dalam Barisan Nasional.. Pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang mendesak demi untuk menjadi jagoan kaum mereka... Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak mendapat sokongan kaum mereka ketika Pilihanraya Umum Ke-13 tempoh hari...

Seorang pemimpin bahagian UMNO telah digantung keahliannya selama 3 tahun kerana menyatakan FAKTA SEJARAH... namun tiada sesiapa pun tampil untuk membela beliau dan berdasarkan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan menunjukkan yang beliau tahu yang perkara ini akan berlaku dan beliau faham kenapa keputusan itu di adakan...
DAN sehingga saat aku menulis entry ini, beliau masih lagi berpegang pada pendirian beliau untuk TIDAK memohon maaf....

Pada aku, yang berlaku telah pun berlaku... keputusan yang telah dibuat akan menampakkan kesannya setelah seberapa lama perkara ini berlarutan.. ada pihak yang bertepuk tangan dan ada pihak yang tersenyum selepas menangguk di air yang keruh...

TAPI... aku masih ada keraguan sedikit... jika kenyataan seumpama itu telah membunuh kerjaya politik seseorang dan telah membuatkan seorang Timbalan Perdana Menteri memohon maaf, apa pula tindakan yang TELAH dikenakan oleh orang yang melakukan perkara ini :



DAN apakah tindakan yang sesuai dikenakan pada orang yang melakukan perkara ini pula?




soal Pak Lah lemah, Najib lemah telah lama aku dengar... sudah jelak aku terangkan pada umum sepanjang perjalanan ini.. tapi tidak pernah penat aku ulangi...

Pemimpin kuat atau lemah bergantung pada sokongan yang diterimanya... lebih banyak sokongan yang diterimanya maka kuatlah dia...

tapi apabila melayu itu sendiri bercakaran.. masing-masing dengan ideologi yang berubah mengikut musim pilihanraya... dengan sikap bangsanya yang terlalu selesa dengan apa yang ada... sikap suka mengambil mudah dan memandang politik itu sesuatu yang jijik dan kotor serta meletakkan TANGGUNGJAWAB mengundi itu suatu yang tidak perlu tapi melaung-laungkan HAK telah membuatkan kedudukan pemimpin itu lemah secara sendirinya...

Melayulah yang menyebabkan pemimpinnya lemah... tapi, siapalah yang mahu mengaku jika terberak ditepi jalan... lebih selesa dan menyenangkan untuk menundung jari pada orang lain dan meletakkan kesalahan pada bahu orang yang bertungkus lumus untuk memastikan kita dapat hidup aman dan damai kerana dengan berbuat demikian, kita dapat tidur malam ini dengan tenang tanpa rasa bersalah... Hmm... Melayu...

Tuesday, September 9, 2008

Anak Tupai...

Hari ini aku lihat satu video yg pada aku kreatif.... tidak dicemar dengan kelucahan seperti banyak video yang aku dah lihat... mungkin videonya tidak "original" tapi kreativitinya yang aku kagumi... siapa kata kreatif orang melayu tidak bertempat? (kalau di buat oleh orang melayu la..)

Kadang-kadang aku tertanya... kenapa seseorang itu buat sesuatu yang tidak menguntungkan dirinya... mencanang keseluruh dunia tentang rancangannya untuk menumpaskan seterunya walaupun dia tahu musuh-musuhnya akan mengambil langkah berjaga-jaga dan seterusnya sudah pasti akan menggagalkan usahanya untuk menggulingkan seteru utamanya itu...

kenapa ya? orang yang amat bijak bistari sepertinya boleh membuat kesilapan sebegitu... atau itu salah satu dari percaturannya?

apa pun percaturan atau strateginya, yang aku jelas ialah keresahan rakyat bila tertekan.. tertekan dengan keadaan kos sara hidup, kenaikan harga minyak menyebabkan mereka melupakan perjuangan masa panjang dan termakan janji-janji dongeng yang belum tentu betul lagi....

dengan keadaan ekonomi dunia yang seperti ini, pelabur-pelabur luar sudah pasti akan mencatur dengan lebih baik lagi.. memastikan setiap risiko pelaburan adalah seminima mungkin dan sudah pasti kestabilan politik adalah antara faktor penting penilaian mereka...

pelaburan asing adalah sumber utama pendapatan negara... hampir separuh dari sektor perindustrian bergantung pada pelaburan asing... kurangnya pelaburan asing akan menyebabkan ekonomi negara akan merundum seterusnya akan menyebabkan pengucupan produktiviti dan akhirnya akan memaksa majikan untuk mengurangkan pekerja...

APA yang akan berlaku?

ramai yang akan hilang pekerjaan kerana majikan memilih untuk menggajikan warga asing yang kosnya jauh lebih murah.. harga barang akan naik kerana produk buatan tempatan berkurangan & menyebabkan negara bergantung pada import...

RAKYAT HILANG KERJA + HARGA BARANG NAIK = KOS SARA HIDUP MELEBIHI KEMAMPUAN..

jenayah akan berleluasa kerana kesempitan hidup & mengambil jalan mudah... rasuah menjadi kebiasaan... rakyat jadi marah pada pemerintah atas apa yang berlaku...

AKHIRNYA rakyat akan memilih pihak yang menjanjikan penyelesaian pada masalah-masalah mereka... orang yang berjanji paling manis & mampu meyakinkan mereka akan berjaya menjadi pemerintah... orang yang sama pada awalnya menjaja ketidakstabilan & menakut-nakutkan pelabur asing yang menjadi punca musibah ini berlaku....????????

Tapi... Perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.... bukan sebulan dua kesannya.. mungkin akan memakan masa 3-5 tahun lagi... 2012 atau 2013 mungkin....

2013...???

entah lah.... aku ni bukanlah dari golongan bijak pandai dalam politik... bukan pencatur-pencatur hebat dalam arena ekonomi... malah bukan sesiapa pun...

cuma aku ingin ingatkan diriku dan sahabat-sahabatku yang perjuangan ini bukan untuk hari ini atau hari esok... perjuangan hari ini adalah untuk masa depan yang terjamin... bukan saja untuk aku secara individu atau keluargaku sahaja... tapi demi bumi yang aku cintai ini.... Hmm.. Melayu...

Saturday, September 6, 2008

Alhamdulillah....




Alhamdulillah... hari ini sehari lagi aku berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubaraq ini.... Sedikit rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga aku cuba ceriakan ketika berbuka dengan gurauan dan senda... aku juga membantu membasuh & mengemas... sesuatu yang amat jarang aku lakukan... semuanya kerana aku mahukan perubahan yang lebih baik untuk aku dan orang-orang di sekeliling aku...
aku juga bersyukur dengan komen dari sahabat-sahabat yang melawat blog aku ini... komen-komen anda aku terima dengan penuh rasa gembira.. blog aku juga telah tampil dengan font baru.. supaya lebih 'relax' mata memandang...
aku menulis untuk aku dan sahabat-sahabat... agar bercambah minda kita... supaya kita tidak terkongkong dengan pemikiran terdahulu terutamanya pemikiran era 70-an yang aku kira agak keterlaluan kesan dari peristiwa 13 mei 1969... kerana perlu sedar disini, kita adalah generasi pasca 70an yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang menganjurkan perpaduan, bukan kebencian... sama sekali bukan perpecahan....
jadi haruslah perubahan itu bermula dari diri... yang penting sekali perubahan dari segi bagaimana melihat sesuatu perkara... bagaimana pengorbanan dilihat bukan dari saja dari atas kertas sahaja.. malah perlu lebih jauh lagi.. iaitu penerimaan dan memahamkan...
aku amat mengalu-alukan pandangan yang berbeza malah mungkin mencabar pandanganku... bukan untuk menbuktikan aku ini benar tetapi untuk bersama-sama membentangkan hujah yang akan membuka satu lagi perspektif baru dalam fikiranku ini...
lama sudah aku tidak turun ke dunia nyata... bersama-sama melayu di luar lingkup hidupku... mereka yang menghuni lorong-lorong.. yang menggadaikan nyawanya di jalanraya... mereka yang tercelaru jantinanya... yang menaiki bas,LRT dan Komuter....
InsyaAllah... aku akan bersama-sama bangsaku... bukan sekadar dalam ruang selesaku dan mengkritik dari jauh... tapi mendapat pemikiran mereka... bantuan sahabat-sahabat dan kawan-kawan amat aku perlukan dan hargai....
Semoga Kita Sentiasa Berada Dalam Limpahan Kemanisan IMAN Hendaknya..... InsyaAllah....
Hmm... Melayu...

Wednesday, September 3, 2008

Tuankah Melayu...

UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM
KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang.
‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.
Maruah
‘‘UMNO tidak anggap warga Malaysia bukan Melayu iaitu Cina, India dan lain-lain menumpang di negara ini, sebaliknya mereka warganegara yang mempunyai hak sepenuhnya dan akan menjaga kepentingan serta maruah mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eeastar keluaran Chery yang dipasang di Malaysia hari ini.
Tegas Najib, kenyataan itu amat dikesali oleh UMNO dan kerajaan serta sesuatu ucapan yang tidak diperlukan.
‘‘UMNO memohon maaf walaupun kenyataan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian dan menegaskan kenyataan itu tidak melambangkan pendirian parti ataupun kepimpinan keseluruhannya,’’ katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lepas memberitahu, Ahmad mungkin tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan.
Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pemimpin MCA, Datuk Dr. Fong Chan Onn pula mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

http://www.utusan.com.my/

walau apa pun cerita sebenar disebalik kes ini.. mungkin disalah ertikan, mungkin dimanipulasikan... jelas ianya menimbulkan keresahan dalam masa yang sangat meresahkan ini...

tapi memang itu lah cara pemikiran orang melayu yang kononnya pejuang... yang rasa dirinya serba tahu... konon dirinya membawa perjuangan orang melayu... rupa-rupanya tukang sorak... pemahaman yang dikongsi oleh ramai orang... samada yang menyokong atau menentang...

mentaliti 70an, kurang pemahaman tentang hak istimewa orang melayu serta maksud ketuanan melayu itu sendiri menyebabkan tukang sorak yang agak pandai bercakap ini menjajakan omongan bodoh yang akhirnya menjerat diri sendiri.... merosakkan perpaduan...

kepada mereka yang masih BODOH dalam perkara ini, izinkan aku berkongsi serba sedikit ape yang aku kutip dari pengalaman aku selama 26 tahun hidup di bumi Allah ini...

aku mulakan dengan kata-kata Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama... "semasa kemerdekaan, kita bermula di garis mula yang berlainan"... ini merujuk pada ekonomi, pendidikan, sosial dan jumlah dalam pentadbiran...

secara ekonominya ketika kemerdekaan orang melayu memiliki 8.2 % pegangan ekuiti negara.. itupun dimonopoli oleh autokrat-autokrat melayu... para bangsawan dan raja-raja melayu... manakala, selebihnya dikuasai oleh bangsa cina...

dari segi pendidikan, amat jauh sekali... melayu hanya dibenarkan untuk membina sekolah-sekolah pondok yang menjurus kepada keagamaan.. mengasingkan melayu dari arus pendidikan perdana yang membolehkan mereka memegang jawatan-jawatan penting... sesuatu yang telah diamalkan selama ratusan tahun... sebagai contoh " Beri pendidikan kepada melayu supaya dia lebih pandai sedikit dari bapanya. jika bapanya seorang petani, jadikan dia seorang petani yang lebih baik dari bapanya"... ini berbeza dengan sekolah cina yang memberikan pendidikan yang jauh lebih baik dan di isi dengan ilmu-ilmu moden supaya mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka agar jadi lebih baik... sekolah-sekolah mubaligh kristian yang sampai hari ini tersergam indah...

dari segi sosialnya melayu memang jauh terpinggir... dasar pecah dan perintah yang di amalkan british menghalang dari melayu untuk bersatu dan berinteraksi dengan bangsa lain dalam skop yang lebih besar...

sudah tentu apabila tiada pendidikan, apalah jawatan kerajaan yang boleh di sandang oleh orang melayu.. berbanding dengan orang cina yang banyak memegang jawatan dalam pentadbiran... jawatan yang layak di isi oleh orang melayu ialah peon, budak pejabat dan pemandu... seperti yang sering di tayangkan dalam drama-drama dan filem hari ini...

jadi ketika Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Laporan Suruhanjaya Reid di gubal, perkara-perkara ini di ambil kira bagi mengimbangi ketidak seimbangan ini... dan ini di panggil Hak Istimewa Orang Melayu yang menggariskan beberapa perkara utama :

1. Tugas Yang Di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa orang melayu dan bumiputera.
2. Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk merizabkan quota unutk orang melayu & Bumiputera bagi:

  • penjawatan dalam kerajaan
  • biasiswa & pendidikan
  • tender-tender kerajaan dan permit

3. Apa-apa yang terkandung dalam Perkara ni tidak boleh digunakan untuk menghalang perniagaan dan perdagangan bangsa lain.

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Article_153_of_the_Constitution_of_Malaysia

jelas disini kita dapat lihat bahawa ini bukan meletakkan melayu itu lebih baik atau lebih agung dari bangsa lain... sekadar untuk memastikan tiada ketidak seimbangan dalam negara yang berbilang kaum ini... jadi tiada istilah menekan kaum lain kerana dalam perkara 153 sendiri di gubal dengan kawalan..

adakah masih relevan dalam senario hari ini? yang rakyatnya boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa kekangan kaum, yang tiada pergaduhan atau perpecahan lagi.. yang kita boleh lihat melayu kini boleh memandu kereta yang sama hebat dengan bangsa lain...

Mari kita lihat Fakta hari ini :

rakyat Malaysia = 26 juta orang

Melayu = 16 juta orang (55%)

pegangan ekuiti (perniagaan/aset/hartanah/saham etc) = 18.2%

selebihnya bukan melayu

ekuiti hartanah cina (bangunan/rumah/tanah etc) = 70%

jelas di sini boleh lihat bahawa perbezaan dari segi pegangan ekuiti dari segi hartanah mahupun apa saja kekayaan hasil Malaysia tercinta ini masih lagi tidak seimbang dan masih lagi tidak relevan untuk memberi peluang samarata kerana sama rata itu tidak semestinya adil...

timbul pula persoalan tentang KETUANAN MELAYU.... sering kita dimomokkan dengan kata-kata melayu itu TUAN di bumi tercinta ini.. Kerana Melayu itu orang asal dan Bangsa Bukan Melayu hanyalah pendatang & tidak layak diberi layanan sama rata...

malah wikipedia.org juga mentakrif lebih kurang seperti maksud yang aku katakan tadi..

"Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance[1]) is a belief that the Malay people are the tuan (masters) of Malaysia. The Malaysian Chinese and Indian-Malaysians who form a significant minority in Malaysia, are considered beholden to the Malays for granting them citizenship in return for special privileges as set out in Article 153 of the Constitution of Malaysia"

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu

Inikah KETUANAN MELAYU?

inikah pengertian KETUANAN MELAYU yang sebenar? meletakkan melayu itu melebihi bangsa lain.. bangsa yang agung dari bangsa-bangsa yang dikatakan pendatang... hanya kerana memberikan kerakyatan kepada bukan melayu? adakah ini definisi Ketuanan yang jelas tidak selaras dengan Islam? definisi yang di pegang oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada di peringkat pemimpin atau yang di pimpin... tak kira mereka yang menyokong atau menentang...

walaupun majoriti rakyat Malaysia berfikiran demikian, tidak bermakna ini adalah maksud sebenar...

Tuan bemaksud orang yang menguasai... kalau aku berkuasa terhadap seseorang maka aku lah tuan bagi orang itu.. sama seperti seorang raja menguasai negerinya, maka RAJA itu adalah TUAN bagi negerinya itu..

aku memecahkan negara kita kepada 4 elemen untuk memudahkan pemahaman:

  • POLITIK
  • EKONOMI
  • PENDIDIKAN
  • SOSIAL

kalau sesuatu bangsa itu ingin berjaya maka perlulah ia menguasai ke semua elemen tersebut... namun jika tidak ia akan kebelakang dan terpisah dari arus pembangunan negara kerana tidak mampu bersaing..

perjuangan KETUANAN MELAYU adalah perjuangan untuk menguasai elemen-elemen ini... jadi ketuanan disini adalah penguasaan orang melayu pada kelemahannya, BUKAN pada bangsa-bangsa lain...

tapi atas kebodohan dan kedangkalan orang melayu sendiri dan hanyutnya mereka dalam khayalan ingin menjadi Tuan.. umpama tidak berpijak dibumi yang nyata... menyebabkan melayu akan hilang penguasaan dari segi POLITIK pula...

ingatlah semua, tiada bangsa yang lebih hebat dari bangsa lain di Malaysia ini... tiada bangsa yang Tuan kepada bangsa lain kerana kita ini adalah RAKYAT RAJA... Subject of The King... sebelum merdeka dan selepas merdeka.... sedarlah.... Hmm.. Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..