SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, May 30, 2009

Ulama Kata.. Mereka Kata...





Bertentangan dengan Islam



Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan FADZILAH BAHARUDINpengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam dinasihatkan supaya menjauhi kempen mogok lapar kerana ia tidak wujud dalam Islam dan bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariah dan akhlak Islamiah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.
Jelasnya, sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.

"Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula esok selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Noh Gadut yang juga bekas Mufti Johor berkata, mogok lapar ditunjangi oleh kehendak perasaan dan hawa nafsu serta sama sekali bertentangan dengan konsep kemanusiaan dalam Islam.

Tambahnya, orang yang mogok lapar sama seperti golongan yang berputus asa dalam perjuangannya sedangkan Islam melarang umatnya berbuat demikian.

"Mogok lapar berbeza dengan puasa. Dalam Islam, puasa bertujuan menahan diri hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ini termasuk puasa wajib, sunat dan nazar,'' katanya.

Beliau juga menasihatkan orang Islam di negara ini supaya bertenang dan percaya kepada qada dan qadar Allah kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

"Percaya kepada qada dan qadar merupakan salah satu daripada Rukun Iman. Dalam Rukun Iman, sekiranya kita menolak salah satu daripadanya, maka terbatallah kesemuanya.

"Dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan. Maka sesungguhnya seseorang itu tidak boleh melakukan perkara tersebut kepada dirinya dan juga orang lain kerana ia boleh menjejaskan kesihatan,'' ujar beliau.

Terdahulu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan orang Islam sama sekali diharamkan daripada terlibat dalam mogok lapar walaupun bertujuan memberi sokongan kerana mereka wajib menjaga nyawa sendiri.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu mereka yang menyertai kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang esok melakukannya hingga mati sebagai seorang pahlawan demokrasi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam nada yang sinis berkata, pihak terlibat hanya mahu mencari publisiti murahan dan berharap pihak media tidak memberi ruang kepada mereka.
Beliau yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, tindakan pakatan pembangkang itu hanya akan mencemarkan imej negara.

"Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

para ulama' mengatakan mogok lapar itu tidak berlandas Al-Quran dan sunnah...


tapi... apa kata mereka pula?


Najib tidak akan dapat tiru gaya Tun Razak - Mustafa Ali

Mohd Sabri Said Sat May 30, 09 1:40:46 pm MYT
PENANTI, 30 Mei (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, sikap Tun Abdul Razak jauh berbeza dengan anaknya, Dato' Seri Najib walaupun beliau cuba meniru gaya pemerintahan ayahnya apabila memilih China sebagai lokasi luar negara pertama setelah diamanahkan menerajui negara.

Kepimpinan Tun Abdul Razak nampak santai kerana beliau gemar mendekati rakyat dengan memperkenalkan program seperti 'Buku Hijau' pembukaan kawasan Felda untuk rakyat yang miskin dan pertambahan pelaburan mengikut jadual.

Tetapi Najib bersikap keras pada rakyat sanggup menangkap rakyat yang berpuasa sunat, mogok lapar kerana sayangkan demokrasi, berpiket aman dan sebagainya.

"Najib cuba nak tiru gaya kepimpinan ayahnya, Tun Abdul Razak tapi dia lupa sikapnya tidak terbuka dan terlalu banyak skandal melibatkan namanya tidak dibersihkan," ujar beliau.

Lawatan pertama Najib ke China baru-baru ini bermatlamat membuka ruang pelaburan dan perniagaan di samping membina hubungan dua hala dalam bidang pelancungan.

Menurut Mustaffa yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Trengganu, Najib terpaksa ke China untuk mengembalikan sokongan masyarakat itu terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang nyata makin terhakis.

Sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membuatkan BN hampir menjadi pembangkang di Malaysia maka langkah terkini ialah mengembalikan kepercayaan mereka pada BN.

"Najib berharap lawatan ke China akan membolehkan sokongan diperolehi semula sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika tidak BN pastinya berputih mata melihat perubahan yang berlaku," kata beliau.

Walau apapun beliau berharap jentera Pakatan Rakyat bersatu tenaga untuk menentukan kemenangan berpihak kepada Dr Mansor Othman.

Jangan sekali-kali bertindak tanpa ikut arahan kepimpinan kerana ia bukan sahaja melemahkan organisasi parti malahan boleh mencetuskan rasa kurang senang di kalangan ahli gabungan Pakatan Rakyat, katanya.

Berceramah sama dalam program di Markaz Utama PAS N12 Penanti ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Ahmad Awang dan ramai lagi. - mns_


mereka menyamakan mogok lapar dengan puasa sunat kerana cintakan demokrasi.... bukankah puasa itu kerana cintakan Allah?

maka niatnya nanti bagaimana?

adakah seperti ini?
"sahaja aku puasa sunat hari ini kerana cintakan demokrasi?"
diterimakah puasa itu?

aku bukan tahu sangat pasal agama ni... tapi asas melakukan ibadah adalah niat.. dan niat itu hendaklah kerana Allah Taala...

dan aku tengok mereka tak habis-habis mengungkitkan mengenai Perdana Menteri kita yang dikatakan penuh dengan skandal... tapi hingga hari ini satu bukti pun aku belum jumpa lagi yang mengaitkan Dato' Seri Mohd Najib dengan apa-apa skandal yang dikatakan itu....

menuduh tanpa mengemukakan bukti... bukankah itu FITNAH?
dan bukankah fitnah itu berdosa besar?

aku teringat satu blog sahabat aku yang menulis tentang kes pembunuhan Altantuya... mungkin boleh kita jadikan pengajaran... PanehMiang...

Hmm.. Melayu...

Friday, May 29, 2009

Kebebasan Media...?

DUN Ladang kekal milik Pas

PUTRAJAYA 28 Mei – Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Terengganu kekal milik Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dari parti Pas.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum memutuskan demikian setelah menolak rayuan petisyen pilihan raya oleh Barisan Nasional (BN) bagi mencabar keputusan pilihan raya umum lalu.
Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Hakim Malanjum dalam penghakimannya berpuas hati bahawa tidak wujud kejanggalan yang ketara pada cara pengiraan undi pos.
Beliau menyatakan, hanya tiga undi pos yang tersalah kira dan kemudiannya ditolak kerana ketiadaan nombor siri dan juga terdapat perbezaan nombor pada kertas undi.
Bagaimanapun, Hakim Malanjum berpuas hati bahawa ketiga-tiga undi pos yang ditolak itu tidak akan memberi kesan kepada 31 undi majoriti yang diperoleh calon Pas.
Sehubungan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan raya itu pada 22 September tahun lalu.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 itu, Tengku Hassan mengalahkan Datuk Wan Hisham Wan Salleh dari BN dengan majoriti tipis 31 undi. Tengku Hassan diwakili peguam Datuk Wan Abdul Muttalib Embong.
Ketua UMNO Cawangan Lorong Kemunting, Mahari Endut yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan petisyen bagi membolehkan semakan dan kiraan semula dilakukan terhadap 127 undi pos yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi 8 Mac 2008.
Beliau selaku pempetisyen menamakan pegawai penyelia pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Md. Razali Kassim, SPR dan ADUN Ladang sebagai responden.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak petisyen itu selepas memutuskan bahawa pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani SPR tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam pengendalian undi pos.
Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili pihak pempetisyen dalam hujahnya sebelum ini menyatakan, kerani SPR cuai ketika mengeluarkan undi-undi pos ekoran kegagalannya menulis nombor siri pada Sampul Surat A dan Borang 2.
Akibat kecuaian itu, hujah beliau, 127 undi pos ditolak kerana nombor siri tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki oleh Aturan 7 Peraturan Pilihan Raya (Undi Pos).
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Mohd Said berhujah, petisyen itu diputuskan dengan betul kerana terdapat bukti semasa perbicaraan bahawa nombor siri ditulis menggunakan pensil pada Sampul Surat A dan Borang 2.

rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

aku menunggu harakahdaily.net untuk melaporkan tentang kemenangan PAS dalam proses mahkamah tapi hingga ke saat ini, tak ada sebarang laporan dari lidah rasmi PAS itu...

kenapa ye... mengapa tidak ada sebarang laporan mengenai keputusan mahkamah persekutuan itu di siarkan?
bukankah ketelusan dalam menyiarkan berita itu adalah laungan mereka selama ini?
atau mereka terperangkap dengan permainan mereka sendiri...

ye la... kalau di laungkan kemenangan itu, maka seperti mengatakan yang Mahkamah itu adil dan telus...
kalau ditempelaknya, seperti tidak menerima kemenangan sendiri....

ahahahahaha.... sekarang ini.. ketelusan dan keadilan dalam menyiarkan berita tidak di praktikkan oleh mereka sendiri... jadi apakah yang mereka laungkan selama ini hanya omongan untuk mengutuk kerajaan?

semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan menimbulkan kebencian terhadap pemerintah?

tanpa mengambil kira masalah perpecahan demi untuk mencapai apa yang mereka hajati selama ini?

inikah yang kita mahu berlaku dalam negara kita?

hmm... Melayu...

Wednesday, May 27, 2009

Ulama Dimata Mereka...

dari harakahdaily.net lagi...

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya
Johari Jaafar Wed May 27, 09 7:56:16 am MYT

IPOH, 27 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.

Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat �racist� dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.
(mufti dikatakan RACIST bila memberi kenyataan yang tidak memihak pada mereka.. lupakah mereka siapakah yang mengeluarkan FATWA mengkafirkan sesama muslim kerana bekerjasama dengan bukan islam... bukan memecahbelahkan rakyatkah?)

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.
(nak bercerita tentang perlembagaan tapi kenyataan pun tak betul... ISLAM ADALAH AGAMA BAGI PERSEKUTUAN... Bukan AGAMA RASMI... rujuk PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, PERKARA 3(1) ..)

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.
(bila tidak memihak pada mereka... ulama' pun boleh di tempelak... hebat.. hebat...)

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya.

"Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak.

"Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN," tegasnya. - mks. _

rujuk: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20950&Itemid=1

hari ini mereka menempelak seorang ulama... hanya kerana tidak menyebelahi mereka... aku biasa memerhatikan Dato' Seri Dr Harussani Zakaria sepanjang beliau menjadi Mufti Perak...
beliau adalah Mufti pertama yang mengeluarkan pendapat bahawa Sure Heboh! itu haram dan kemudiannya dijadikan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan...

aku lihat beliau adalah seorang yang tegas dalam hal-hal hukum dan biasa juga mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak memihak pada kerajaan...

dan kenyataan-kenyataan beliau selepas peralihan kuasa di Perak adalah berasas...

masalahnya sekarang adalah apabila kenyataan beliau itu tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu... maka pihak yang terlibat mengutuk serta melabelkan beliau dengan pelbagai kenyataan...
jadi... keadilan mazhaf mana lah yang di gunakan oleh mereka ini...

ini bukan keadilan tapi sekadar menggunakan nama keadilan demi untuk mengalihkan perhatian rakyat bukan islam selepas pelbagai kenyataan perwakilan muktamar mereka yang dikuatiri akan menakutkan pengundi bukan melayu...

aku bukan hebat sangat dalam politik tapi aku tahu membezakan antara menegakkan agama dengan mempergunakan agama untuk kepentingan diri.... Hmm.. Melayu...

Saturday, May 23, 2009

Apa Kata Seorang Erdogan... 2

sungguh menarik apa yang berlaku sekarang ini... aku petik sekali lagi artikel dari harakahdaily.net...
kali ini nadanya amat berbeza dari artikel dari sumber yang sama tak berapa lama dahulu....
ingat kali ini mereka adalah pihak yang kalah pula....


Keputusan Mahkamah Rayuan diatur?
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | May 23, 09 | 8:07:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menyatakan beliau telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, dan hakikatnya benar apabila semalam mahkamah membuat keputusan sedemikian.

(Dato' Paduka Husam Musa menyatakan beliau telah meramalkan mahkamah telah akan memihak pada Dato' Dr Zambry dalam kes MB Perak yang sah..)

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

"Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

(katanya lagi.. keputusan itu kelihatan di tetapkan lebih awal oleh pihak-pihak tertentu..)

Keputusan ini memberi kesan besar, baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, kata Husam.

"Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya," katanya.

Persoalannya ujar Husam, sama ada negara sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses 'tabung uji di luar rahim' iatu Dewan Rakyat atau Dun seperti yang difahami sebelum ini.

"Khususnya Najib, sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agong boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?," soalnya.

Pada Husam, tiga atau lima hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman negara.

(katanya.. rakyat tidak lagi yakin dengan integriti badan kehakiman..)

Melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar, apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,katanya.

"Berbalik kepada Perak. 'Ramalan' saya seterusnya ialah, Majlis BN akan bersidang. Kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran," katanya.

Memang itu yang dihasratkan oleh Pakatan Rakyat tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak,katanya.

Husam bertegas, sepatutnya proses pembubaran juga perlu didahului dengan keputusan mahkamah yang adil. - mks._

(katanya... mahkamah tidak adil..)

rujuk : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20884&Itemid=1

ahahahaha.. sungguh kelakar aku dengar hikayat cerita oleh sorang yang bergelar Naib Presiden PAS yang boleh membuat kenyataan yang sungguh berbeza dari apa yang dikatakannya sebelum ini...

cakapnya berbelit-belit... sekejap meraikan dan memuji sistem kehakiman apabila memihak pada mereka... sekejap mengatakan berlaku campurtangan dan ketidakadilan pada badan yang dipujinya dahulu bila tidak memihak pada mereka...

berbeza dengan pihak lawan mereka yang sentiasa menghormati keputusan mahkamah walau apa pun natijah pada mereka...

kalau tak nampak lagi aku pun tak tahu... atau saja buat-buat tak nampak...

terpulanglah pada sesiapa yang menilai... aku cuma memaparkan... hmm.. Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..