SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, October 6, 2009

Gagah Setia!!!!



aku melayari laman-laman web dan membaca artikel-artikel mengenai undi pos...
aku lihat, laman web demi laman web mempertikaikan undi pos... kononnya undi pos di salahgunakan untuk menang dalam pilihanraya ini...

antaranya ialah berita dari laman web malaysiakini...

Bekas sarjan akui palsukan undi pos
Jimadie Shah Othman Okt 5, 09 11:45am
kemaskini 3.19pm Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang. Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem. Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini.
Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson. Pengakuan depan pengerusi SPR Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat. “Setiap pilihan raya, saya diminta memantau pengundian pos. Mungkin sebab saya bekas askar, mereka pilih saya,” katanya yang kini menetap di Bandar Tenggara, Port Dickson. Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu. Menulis di blognya Bila Kentong Berbunyi, pemimpin Pemuda itu berkata, Abu terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah. Dihubungi pagi ini, Abu berkata walaupun pernah mengundi untuk orang lain, beliau langsung tidak pernah mengundi untuk dirinya sendiri. "Sepanjang berpuluh-puluh tahun menjadi askar, saya tidak pernah memangkah bagi pihak diri sendiri, tetapi tolong memangkah bagi pihak orang lain," katanya, dengan mendakwa seramai empat sehingga lima kakitangan pentadbiran kem turut terlibat dalam proses itu. Diugut dibuang ke laut
Tambahnya, pemalsuan undi pos itu melibatkan sekurang-kurangnya 400 anggota tentera. Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada pemalsuan undi pos masih berlaku di kem-kem tentera walaupun masih mencurigai amalan itu. Abu juga berkata, akibat mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada umum, beliau pernah "diugut hendak dibuang ke laut" melalui mesej SMS daripada pihak yang tidak dikenalinya. "Banyak SMS macam itu saya terima," katanya. Ditanya apa yang membuatkannya berani tampil kali ini, Abu berseloroh berkata: "Takkan sekarang mereka (kerajaan) hendak potong pencen saya." Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN. Dalam pilihan raya kecil di kerusi ini, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

agak pelik juga aku.. hari ini baru lelaki ini hendak melakukan pendedahan... dia kononnya telah menjadi ahli PAS kira-kira 10 tahun lamanya tapi kenapa baru kali ini hendak di buat pengakuan?

kenapa bukan ketika PRU 12? kenapa bukan PRU 11?
sedangkan kem-kem tentera itu telah berada disana lebih lama dari usia negara kita...

ada juga aku baca dalam harakahdaily.net yang menyatakan kerajaan telah tidak berlaku adil pada warga ATM apabila persaraan Panglima Angkatan Tentera tidak dilakukan dengan penuh istiadat seperti lazimnya..

kenapa cuba menagih undi warga ATM sedangkan satu masa dulu mereka sendiri yang memperlekehkan pengorbanan ATM selama ini... kalaulah

antaranya yang aku terbaca ialah:

"Kerajaan tidak berlaku adil kepada PKM dengan melabel mereka sebagai golongan kiri, subversif dan komunis. Fakta itu sengaja diselewengkan kerana mereka bukan pengganas, bahkan mereka adalah pejuang kemerdekaan" kata Ramadhan Fitri Elias (Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya) ketika berucap dalam satu majlis Modul Hubungan Etnik di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur pada 13 Mac 2007.


kalaulah Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan & pengikutnya adalah nasionalis..
maka apakah status mereka yang gugur menentang Chin Peng dan Bintang Tiga?
bukankah mereka yang gugur ini pernah berlatih di PUSASDA ini adalah perwira negara dan gugurnya mereka sebagai gugurnya bunga bangsa?

maka hari ini mereka menagih undi orang-orang yang mereka ludah..

agak kasar kata-kataku tapi cubalah fikirkan sejenak...

aku sekadar membawa satu pandangan.. persepsi mengikut mengetahuan dan pengalaman aku... aku persilakan sesiapa pun yang punya pandangan untuk berkongsi tapi kalau sekadar bercakap tanpa isi dan penuh dengan sentimen maka aku harap lakukannya dengan berhemah...

hmm... melayu...

Saturday, October 3, 2009

Mat Isa Dari Mata Aku...


Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang menuntun perhatian aku atas banyak sebab..
pertama kerana sebelum pensempadanan semula pada tahun 2003, DUN Linggi yang merupakan tempat aku membesar ( aku membesar di Kampung Nerambai, Lubok China)...
keduanya, Tan Sri Isa Samad adalah bekas anak murid arwah datuk ku.. jadi dari kecil lagi aku mengenali beliau.. setiap tahun ketika arwah masih hidup, Tan Sri Mat Isa tak pernah gagal untuk datang menjengah arwah.. malah ketika arwah meninggal dunia, Tan Sri adalah antara orang yang awal tiba dan hadir bersama-sama hingga ke bacaan talkin..

aku melihat seorang yang bergelar yang berhormat duduk minum di kedai kopi, menegur dan kenal orang-orang kampung yang ditegur... aku melihat sendiri bagaimana dia menyinsing kaki seluar bila melihat keadaan banjir dan bukan sekadar menunjuk muka tapi bersama-sama untuk mendengar dan merasai apa yang mereka rasa..

dialah wakil rakyat pertama yang aku kenal dan dari dia, aku membina satu imej tentang apa itu wakil rakyat..

ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 2004 apabila memenangi kerusi Parlimen Jempol, aku gembira kerana aku tahu beliau seorang yang mampu untuk berbakti di peringkat yang lebih tinggi..

apabila beliau digantung oleh Lembaga Disiplin UMNO pada tahun 2005, sekali lagi aku kagum dengan sikapnya yang tidak melenting dan masih setia kepada UMNO walaupun sudah tentu dia tahu yang rekod politiknya sudah tercalar... emakku sering bercerita selepas penggantungan itu, Tan Sri Mat Isa masih lagi turun ke kampung, minum di kedai-kedai kopi, menegur orang-orang kampung seperti beliau menjadi YB dahulu dan walaupun kampungku selepas persempadanan semula tidak lagi berada dalam DUN Linggi, Tan Sri Mat Isa sering juga turun ke Lubok China untuk bertanya khabar...
Hari ini adalah hari penamaan calon.. dan hari ini sahlah yang Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi calon bagi Barisan Nasional.. mungkin orang luar memandang beliau sebagai orang yang terlibat dengan rasuah dan pelbagai lagi tanggapan.. tetapi bagi mereka yang merasai jasanya, dialah orang yang terbaik untuk mewakili DUN Bagan Pinang..

aku sekadar menyatakan dari pandangan aku.. sebagai orang yang kenal akan siapa itu cikgu Mat Isa.. dan aku tidak melarang sesiapa pun untuk mempunyai pendapat.. terserah kepada empunya badan untuk menilai.. tapi jika sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai apa yang berlaku di sana.. disini aku sediakan laman blog dan web yang boleh dilayari...



sekali lagi aku pulangkan kepada yang menilai untuk membaca dengan fikiran yang terbuka.. bukan dengan sentimen...

hmm.. melayu...

Friday, October 2, 2009

Ulama Bercerita...


Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Memberi pendapat yang berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan. Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya.

Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran yang lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan yang kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’.

Hal ini penting untuk difahami oleh orang awam, agar mereka dapat membezakan antara pandangan tokoh agama dan agama itu sendiri. Agama berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Mana-mana pihak yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah maka itulah Islam. Namun di sana bukan sedikit juga nas-nas agama samada al-Quran atau al-Sunnah yang boleh diberikan atau terdedah kepada lebih daripada satu tafsiran atau andaian.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh tokoh agama sebagai pandangan agama itu, hanya satu tafsirannya sahaja, bukan nas yang jelas. Dalam perkara hukum atau selainnya yang tiada nas yang jelas, pastinya di sana akan ada lebih daripada satu pendapat, bahkan mungkin puluhan pendapat yang berbeza di kalangan sarjana. Maka, orang awam boleh memilih pendapat yang diyakininya lebih mendekati maksud nas dengan kadar yang difahaminya.

Maka sebab itu, setiap individu muslim yang mampu berfikir membaca dan meneliti, apatah lagi pada zaman teknologi ini hendaklah ketika bertanya pendapat tokoh ilmu agar meminta alasan bagi pendapat mereka. Campakkan ke dinding sikap sesetengah pihak yang cuba menjadikan agama ini eksklusif untuk diri mereka sahaja dengan membuat arahan yang ‘memandir’ otak umat Islam dengan menyatakan ‘dengar dan taat sahaja apa yang saya beritahu, sebab saya tokoh agama, awak orang biasa’. Rangkapan jahiliah yang seperti ini bukan budaya ilmu dalam Islam.

Makruh Gosok Gigi

Di bulan Ramadan ini mungkin kita terdengar pandangan ustaz yang menyatakan makruh menggosok gigi atau berkumur semasa atau selepas tergelincir matahari ketika berpuasa. Jika kita tanya mereka: ‘apakah nas dalam masalah ini?’. Sebahagian mereka mungkin menjawab: ‘dah ulama cakap macam tu, atau kitab cakap macam itu, terima sahajalah’. Ini tentulah satu jawapan yang boleh dianggap ‘pandir’ dan dangkal sekali.


- Gambar Hiasan

Islam bukan agama taklid buta, menelan apa yang orang cakap tanpa perlu tahu dalilnya. Mungkin yang lebih berpengetahuan akan menjawab: “ada hadis Nabi s.a.w menyebut:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, memang ada tokoh-tokoh ilmuwan silam pun yang memberikan pendapat sebegini. Tetapi hadis ini jika kita lihat tidak pula menyatakan seseorang yang berpuasa tidak dibenarkan atau digalakkan menggosok gigi. Pendapat yang memakruhkan menggosok gigi –samada menggunakan ubat gigi atau tidak- hanyalah andaian atau kesimpulan yang dibuat daripada hadis ini, bukan ada nas sahih yang jelas melarang hal ini.

Hadis ini tidak pula menyatakan bahawa Allah suka supaya bau busuk itu dikekal sepanjang hari. Ada pun hadis-hadis lain yang seakan menggalakkan orang yang berpuasa mengekalkan bau kerana kering mulut orang berpuasa itu cahaya pada Hari Kiamat adalah daif atau lemah sanadnya. Ini boleh dilihat dalam ulasan al-Imam al-Mubarakfuri (meninggal 1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi mengenai bersugi bagi orang berpuasa.

Dalam konteks kehidupan harian, apakah patut kita membiarkan mulut kita sentiasa busuk sepanjang Bulan Ramadan sehingga mengganggu rakan sepejabat atau sekerja yang mungkin di kalangan mereka ada yang tidak faham Islam dan akan mentohmah agama ini?! Pada saya, andaian yang memakruh bersugi atau membersihkan mulut ketika berpuasa tidak boleh mengatasi galakan bersugi yang Nabi s.a.w sabda:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini tidak mengecualikan Bulan Ramadan, dan tentu sekali antara waktu solat itu adalah solat Zohor dan Asar ketika berpuasa.

Tidak Lojik

Nabi s.a.w dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat:

“Hendaklah yang menjadi imam bagi sesuatu kaum (jamaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (bacaan al-Qurannya). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya” (Riwayat Muslim).


- Gambar Hiasan

Inilah ciri-ciri imam. Jika semua mereka masih sama, maka bererti kesemuanya yang sama itu layak. Namun sesetengah ulama seperti al-Imam Hasan bin ‘Ammar al-Syurunbulali (meninggal 1069H) menyebut dalam kitabnya Maraqiy al-Falah menambah ciri-ciri lain yang tidak disebut oleh hadis, antaranya; “yang paling cantik isterinya, yang paling banyak hartanya, yang paling besar kepalanya, juga yang paling kecil kemaluannya.”(lihat: ms 143).

Pada andaian mereka, ini membantu kusyuk. Orang yang isterinya cantik kurang ingat wanita lain, maka lebih khusyuk. Demikian yang kemaluannya kecil kurang syahwat maka lebih khusyuk. Persoalannya, adakah andaian ini benar?! Atau mungkin sebaliknya berlaku. Kemudian, siapa pula yang hendak menjadi hakim kecantikan isteri para imam ini?! Lebih daripada itu, bagaimana pula hendak mengukur kemaluan mereka?!. Andaian atau tambahan yang dibuat ini, walaupun oleh seorang ulama yang terkenal tidak dapat kita terima. Ia bukan nas al-Quran atau hadis yang terpaksa kita telan bulat-bulat.

Demikian dalam sesetengah kitab fekah Mazhab al-Syafi’i menyebut tentang bab mandi wajib dengan membuat berbagai-bagai andaian yang pelik seperti

“jika zakar terbelah dua, dimasukkan satunya ke dalam kemaluan isteri pertama, dan yang satu lagi ke dalam isteri kedua, maka wajib mandi ke atas suami, tidak wajib ke atas kedua isterinya. Jika dimasukkan satunya ke dalam kemaluan seorang isteri, sementara satu lagi ke dalam dubur isteri berkenaan, maka wajib mandi keduanya (lihat: Hawasyi al-Syarwani, 1/260).

Dalam Hasyiah al-Bajuri ditambah jika seseorang masuk (keseluruhan tubuh) ke dalam faraj perempuan, maka keduanya wajib mandi..”. Cuba bayangkan, andaian dan huraian yang sebegini agak ganjil. Mungkinkah hal-hal seperti ini berlaku? Atau, kita katakan, di samping kita menghormati sumbangan dan ketokohan ulama-ulama ini, namun perbahasan atau andaian sebegini melebihi batasan keperluan. Saya sebut hal ini kerana saya terdengar ada tokoh agama keluar dalam media menyatakan apa sahaja yang telah ulama dahulu tulis kita terima sahaja. Katanya, ‘tidak perlulah kita ‘memandai-mandai’ untuk memberikan pendapat yang berbeza dengan orang yang lebih alim daripada kita’.

Taklid yang seperti inilah yang menyebabkan ilmu umat Islam tidak berkembang. Pandangan tokoh akhirnya dianggap setaraf dengan nas al-Quran dan Sunnah. Bahkan lebih daripada itu, apabila mereka memberi pandangan yang agak ‘berlebihan’ tetap dipaksa umat menelannya. Kita menghormati tokoh, namun pendapat mereka bukan wahyu yang tidak boleh dikritik atau dibincangkan.

Biasanya, golongan agama yang cuba mengujudkan mentaliti ‘ustaz atau tok guru tak boleh dipersoalkan’hanyalah untuk menjaga status keselesaan mereka. Kita memberikan pandangan yang berbeza dengan tokoh-tokoh agama tertentu, bukan bererti kita disuruh biadap atau tidak menghormati mereka.

Memberikan pandangan dan mempersoalkan sesuatu kenyataan dengan sopan dan bertujuan mencari kebenaran adalah keperluan dunia ilmu dan sesuatu yang dituntut dalam agama. Hal ini penting untuk difahami. Bukan semua pendapat tokoh agama itu mewakili kehendak Allah dan rasulNya.

Sebagai muslim, kita berhak bertanya dan mencari yang lebih tepat sesuai dengan akal yang Allah kurniakan kepada kita. Kita hormati tokoh, tapi dalam masa yang sama kita tidak akan menggadaikan kebenaran. Kita patut bezakan antara nas Allah dan rasulNya, dengan pandangan tokoh yang mungkin betul, mungkin salah, mungkin patut disemak semula, mungkin juga melepasi batasan keperluan dan kemunasabah untuk umat.

Disebabkan tidak memahami hal inilah, umat Islam pening kepala dengan pandangan tokoh-tokoh agama hari ini yang bermacam-macam. Jika ulama itu berniaga, mungkin dipengaruhi urusan bisnes, yang politik mungkin dipengaruhi urusan politiknya. Begitulah seterusnya. Jalan keluar, kita menyemak alasan dan hujah setiap mereka dan bertanya: adakah ini daripada Allah dan rasulNya, atau tuan ‘rasa-rasa’ sahaja?!.


rujuk: http://drmaza.com/home/?p=710


aku ni hanya manusia biasa... dan apabila aku baca penulisan bekas mufti Perlis ini membuatkan aku lebih jelas lagi kenapa ada percanggahan diantara kita umat Islam...

dan seperti biasa aku serahkan pada yang membaca untuk menilai.. untuk terus taksub dan menerima apa saja yang dikatakan oleh manusia yang menggelar diri mereka Ulama atau memikirkan apa yang dikatakan...


hmm.. melayu...

Thursday, October 1, 2009

Mat Isa Kawin Lagi!!!!!!!


PANAS!!! PANAS!!! PANAS!!!!!

sedang aku melihat-lihat blog sahabat-sahabat...terbaca aku dalam blog sahabat aku panehmiang..ini gambar depannya...

pergh!!!! memang kontroversi!!! Calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dikatakan berkahwin lagi satu...!!!

ini bukan gambar PhotoImpose ataupun yang di lekatkan mukanya seperti gambar Siti Norhaliza tapi gambar tulen..

benarkah perkara ini?

sebenarnya... ini adalah foto majlis PERTUNANGAN anak Tan Sri Mat Isa... yang disebelahnya itu adalah anak gadisnya, Megawati....

ini adalah satu taktik memburuk-burukkan imej Tan Sri Mat Isa... menurut sahabat ku Si Paneh, mereka sudah tak ada modal sehingga melakukan perkara yang bodoh kerana Tan Sri Mat Isa dikenali di seluruh daerah Telok Kemang.. dan pertunangan serta majlis perkahwinan anaknya dibuat besar-besaran dengan menjemput penduduk sekitar Teluk Kemang serta Port Dickson..



pada aku.. terpulang pada yang melihat untuk menilai... jangan tersalah nilai dan termakan omongan orang-orang yang nak mengambil kesempatan dan membodohkan orang lain..

hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..