SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, October 10, 2009

Kenapa Harus Kita Bersengketa...



sudah seminggu berlalu kempen Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang.. aku lihat proses pilihanraya ini dari mata dari anak Negeri Sembilan...

anak Negeri Sembilan yang mengenali Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Menteri Besar sejak kecil lagi....

sepanjang seminggu ini.. aku melihat satu demi satu pembohongan, fitnah dan agama di permainkan untuk menghalalkan percaturan politik...



seorang yang meneraju Negeri Sembilan selama 22 tahun.. yang telah memajukan Port Dickson sebagai tempat peranginan yang terkemuka di Malaysia, yang telah menaikkan taraf Port Dickson dari sebuah pekan kecil kepada sebuah lokasi yang dikenali di seluruh dunia....


tuduhan demi tuduhan tentang kroni, tentang penyalahgunaan kuasa terus dan terus di lemparkan kepada orang yang telah menjadikan Port Dickson sebagai sebuah kawasan yang sifar pengangguran...



apalah kita nak percaya perkara yang orang kata sedangkan apa yang didepan mata kita tak hargai...


sedih juga aku bila memikirkan kita sesama Islam bertelagah begini... kenapa kita didesak sebegini rupa oleh saudara seagama dengan kita.. bersatulah umat Islam.. bukan atas nama parti.. bukan atas nama ulama.. tapi atas nama survival Agama, Bangsa & Tanah Air..


hmm.. Melayu....

Pembohongan Terbongkar!!!!

malu sudah!!

Naib Presiden PAS GAGAL mengemukakan bukti mahupun identiti mangsa serangan parang yang di war-warkan oleh laman web rasmi PAS untuk PRK N31 Bagan Pinang...

Utusan Malaysia melaporkan, "Pengarah Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salehuddin Ayub juga gagal mengemukakan nama lelaki yang kononnya cedera akibat ditetak itu.

Ketika mempertahankan tuduhan dan dakwaannya itu beliau hanya mengemukakan salinan laporan polis yang dibuat oleh salah seorang penyokong mereka yang mendakwa keretanya telah dihalang oleh petugas Barisan Nasional (BN).

Dalam laporan polis yang dikemukakan itu langsung tidak menyebut diserang menggunakan pedang samurai hingga cedera seperti yang di dakwa Naib Presiden Pas itu. - Utusan"

berita penuh klik disini

sedangkan, PAS berulang kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti ini;


"..kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan..."

-Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS-

"..Sekarang ini kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan. Kita diberitahu banyak kes serupa berlaku di tempat lain juga. Kita kumpul semua dan buat satu laporan petang ini.."

-Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS-


"..PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.."

-Ust. Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat-

kalaulah betul sudah dibuat laporan polis tentang kejadian tetak menetak itu, kenapa tidak di tunjukkan ketika sidang akhbar?

kemana ahli DPP yang ditetak itu? hospital manakah dia di rawat?

aku yakin sangat yang mereka akan mengatakan apa yang dikatakan Utusan Malaysia tidak benar,sekadar propaganda. jadi soalan aku, benar sangatkah apa yang dikatakan oleh PAS tu?

hmm.. melayu..



Thursday, October 8, 2009

Si Kebal Yang Ghaib...

selepas pendedahan mengenai pembohongan PAS dalam laman web rasmi untuk PRK bagan pinang.. kini aku masih menunggu laporan polis yang hendak dibuat oleh PAS mengenai ahli Dewan Pemudanya yang dikatakan ditetak itu..

sehingga saat aku menulis entry ini masih lagi tidak lagi didedahkan identiti siapa yang ditetak itu...

yang ada hanyalah sidang akhbar mengenai insiden serangan itu..



dalam sidang akhbar itu juga, Naib Presiden, Dato'Mahfuz Omar berkata insiden tersebut dipercayai didalangi Megat fairuz, Ketua Pemuda Umno Bahagian..

tapi dimanakah dan siapakah yang ditetak itu?

tiada sebarang kenyataan diberikan mengenai perkara itu sedangkan tajuk utama di artikel itu ialah "kecoh lagi - Pemuda PAS di tetak dengan parang!"

siapa orangnya kalaulah betul ditetak.. manakah laporan polis mengenai insiden ditetak itu?
kalau sudah menggunakan senjata maka adalah satu kes jenayah.. jadi tidak melaporkan kejadian jenayah itu adalah sama dengan bersubahat sedangkan PAS sendiri yang mengatakan kononnya petugasnya ditetak...

yang jelasnya... kedua-dua pemuda ini bukan orang yang sama... kenapa orang lain yang kononnya kena tetak, orang lain pula yang diketengahkan... bukan maksud aku hadir ke sidang akhbar, tapi di war-warkan atau di laporkan kepada polis?

jadi... kepada sesiapa yang berjumpa dengan lelaki ini... silalah bawakan dia ke Hospital Port Dickson kerana dia tidak dihantar ke hospital sejak malam tadi... ahahahahahah.. mungkin kerana dia ingin mati syahid dan masuk syurga seperti mana yang di janjikan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang..
ahhahahaa... sandiwara demi sandiwara yang aku rasa semakin kelakar dimainkan oleh PAS...
penat la.. cuba mainkan sesuatu yang lebih meyakinkan...

hmm.. melayu...

Teater Murahan....

sedang aku melayari laman web PRK Bagan Pinang, aku terbaca satu artikel dari laman web rasmi PAS yang bertajuk kecoh Lagi - Pemuda PAS ditetak Parang! artkel itu menyatakan lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

artikel itu juga memetik; "Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan. "

juga dimuatkan gambar-gambar pemuda PAS yang dikatakan di pukul dan ditetak..







sedang aku dan kawan-kawan sekerja bergosip-gosip tentang apa yang berlaku.. seorang rakan aku terperasan tentang salah satu gambar yang terkandung dalam artikel itu...

terdapat baju koyak dan kesan darah.. TAPI.. tak ada langsung kesan luka atau lebam....

pelikkan?

pelik bin ajaib... baju yang koyak seperti di toreh oleh sesuatu yg pastinya tajam tapi tak pula ada kesan luka atau lebam.....

aku agak kelakar dengan mainan politik kanak-kanak seperti ini... jika hendak bermain teater, buatlah production sehebat Puteri Gunung Ledang The Musikal bukan seperti teater yang dipentaskan saban tahun ketika hari penyampaian hadiah di sekolah rendah...

hmmm.... melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..