SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, January 25, 2012

MahaSiswa vs MahaTakSiswa..


Akhir-akhir ni aku jadi tambah pelik.. Mana si 'HERO' mahasiswa??

Mana 'perjuangan' yang dicanang selama ni??

Awal tahun tempoh hari bukan main semangat nak hantar menorandum sampai tak sempat tunggu siang.. Pukul 2 pagi menjerit-jerit umpama orang gila talak sutuh dibuka pagar UPSI kononnya nak sampaikan memorandum.. Dah tu bila penat, baring lak atas jalan..

Tapi lepas DSAI didapati tak bersalah oleh mahkamah tinggi Kuala Lumput, terus senyap.. Terus kelam apa yang mereka panggil 'perjuangan'... Hahahahahahahahahaha...

Lagi kelakarnya, siap bersikap pilih bulu pula tu.. 4 Pelajar KUIN, sebuah IPT dibawah kerajaan negeri Kedah yang di gantung pengajian kerana berdemonstrasi membantah rancangan meroboh madarasah di kedah tak pula dibela oleh mereka yang kononnya memperjuangkan apa yang mereka panggil "kebebasan akedemik"...

Ada pula pilih-pilih bulu oleh mereka yang kononnya mewakili suara mahasiswa ni ye...

Soalan yang semua ini tanya ialah; dimanakah SSM, GAMID, HAMIS, HANCING & macam-macam nama yang mereka cipta untuk mongkononkan mereka mewakili suara mahasiswa malaysia..

Kepada yang membaca, fikirkanlah apa yang terjadi ini & jadilah manusia yang berakal... Kerana hari ini kita tak boleh lagi terus percaya kepada mereka yang menggelar diri mereka sebagai mahasiswa.. Takut-takut sekadar menjual nama saha..

Hmm... Melayu...

Tuesday, January 3, 2012

Kebodohan Mahasiswa Hari Ini..



Tanggal 31 Disember 2011, aku  kawan-kawan berkumpul di dataran merdeka seperti ribuan warga kota yang lain untuk menanti ketibaan tahun 2012..

Aku & jutaan rakyat Malaysia tak kira dimana dapat berada di mana kami berada disaat itu dengan aman dan damai hasil dari 54 tahun kita mencapai perpaduan & keamanan..

Namun, kemeriahan sambutan tahun baru di cemari oleh manusia-manusia yang punya agenda tersendiri yang kononnya untuk menuntut kebebasan..

Kumpulan pertama bermula seawal jam 11 malam lagi.. Mereka mengedarkan topeng kertas yang memaparkan gambar watak dari filem V for Vandetta.. Kelihatan pemberita-pemberita dari CNN & wartawan tempatan menemuramah mereka.. Kata jurucakap mereka, mereka menuntut kebebasan demokrasi.. Tapi peliknya, bila ditanya kepada orang yang mengedarkan topeng, mereka tak tahu tujuan kenapa mereka mengedarkan topeng tersebut.. Mereka yang memakai topeng pula sekadar untuk memeriahkan suasana.. Tiada sebarang bentuk sokongan terhadap motif penganjur...

Tiba hampir jam 12 malam, satu lagi kumpulan muncul... Kumpulan ini lebih tetatur & lebih besar sikit je dari kumpulan pertama tadi..

Kali ini pesertanya dari kalangan wanita-wanita bertudung & lelaki yang kopiah.. Jelas kelihatan juga dari jaket & vest, mereka adalah dari UKM, UM & dianjurkan oleh GAMIS..

Melaung-laung entah apa-apa sebab ditelenggami dengan bunyi bunga api serta nyanyian oleh Mizz Nina... Orang yang lalu lalang sekadar melihat & buat tak tahu sebab rasanya mereka bosan melihat gelagat golongan yang tak tahu bersyukur dengan nilmat kebebasan yang kita ada ni...

Tapi aku lihat mereka ini seperti dikudakan...

Kumpulan pertama tu sekadar pengalih perhatian agar pihak polis bertumpu pada mereka agar mudah kumpulan yang kedua dapat berkumpul tanpa halangan..

Bayangkan, mereka yang tak tahu apa.. Sekadar berseronok di ambang tahun baru yang diajak rakan-rakan kononnya "cool" dapat melakukan "flash mob" ditahan polis.. Sia-sia je kena tidur dalam lokap.. Bukan ada siapa pun nak datang menjamin selain ibu bapa mereka... Haahahaahahahah..  Tapi nasib baik polis masih lagi berhemah & sekadar memerhatikan agar tak ada kejadian yang tidak di ingini berlaku...

Fikir-fikirkan lah adik-adik.. Jangan kita mudah dipergunakan.. Akhirnya kita yang rugi..

Hmm.. Melayu...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, December 14, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia.. Realiti atau fantasi?


Aku sering dengar suara-suara sumbang yang mempertikaikan tindakan kerajaan bila diumumkan bantuan-bantuan untuk meringankan beban rakyat dalam bajet 2012..

Tapi realitinya kita dah dapat lihat.. Bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah telah sampai ke tangan ibu bapa.. Kini sedang giat dijalankan fasa pendaftaran bagi bantuan RM 500 bagi isi rumah berpendapatan RM3000.. Akan datang, pelajar universiti pula akan mendapat baucher RM200 bg buku pengajian mereka..

Maka hari ni rakyat boleh menilai sendiri mana yang sekadar berkata-kata & mana yang melaksanakan kata-kata..

Hmm..Melayu..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, September 20, 2011

Kisah Seorang Pejuang..

Dah agak lama aku tak menulis... 
agak berat juga jejari yang tak berapa runcing ni nak menaip tapi sesuatu harus aku catitkan untuk memberi pengiktirafan kepada insan ini...

jejari ni menulis dengan harapan semangat pejuang ini dapat kita hayati bersama...

beliau lahir kedalam sebuah keluarga yang sederhana mengikut zamannya... berketurunan Minang kerana bapa dan ibunya dilahirkan di Tanah Minang.. mereka merantau ke Bumi Bertuah ini kerana bapanya mengikut tuntutan budaya agar anak minang keluar merantau...

namun begitu, lahirnya beliau di Hulu Yam Lama yang kini tapak rumahnya di ambil oleh British untuk dijadikan Kampung Baru dalam rancangan Brigg dan mereka diarah keluar tanpa diberi pampasan oleh British ketika itu...

maka beliau sekeluarga membuka tanah di Bukit Tadun, Kuang... dan disana beliau dibesarkan...

bersekolah darjah tiga dan terpaksa bejalan kaki sejauh  lebih 4 batu untuk ke sekolah yang kini terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Kuang.. acap kali beliau bercerita pengalaman beliau bersekolah dan betapa pentingnya pendidikan dalam hidup ini...

berkahwin kali pertama dan dikurniakan seorang puteri dan putera tp yg lelaki meninggal semasa zaman jepun selepas berkahwin dgn suami kedua.....namun jodoh tak berpanjangan kerana suaminya di bawa oleh Jepun untuk dijadikan buruh landasan maut di burma dan tidak pulang-pulang... tak putus juga dari mulutnya tentang susahnya hidup dizaman jepun.

kemudian beliau berkahwin pula dengan seorang mandur di Batu Arang dan kemudian suaminya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur. hasil perkongsian hidup itu, mereka di kurniakan 8 org dengan suami ke dua dan seorang lelaki meninggal semasa kecil juga.

membesarkan anak-anak di Kuarters Kerajaan Jalan Peel membuatkan beliau melalui dan melihat perubahan didepan mata.. 

dari penentangan Malayan Union ke Perjuangan kearah kemerdekaan hinggalah peristiwa 13 mei 1969... wanita yang bertubuh kecil ini melihat malah terlibat secara langsung dalam pergerakan perjuangan..

Allah memberikannya satu kelebihan iaitu usia yang panjang tanpa masalah kesihatan. tiada sakit jantung, darah tinggi mahupun kencing manis.. malah amat aktif berkemas dan mengerjakan pokok-pokok bunga disekeliling rumah...

namun ada harga yang perlu dibayar dengan kelebihan itu, wanita ini terpaksa melihat suaminya, anak perempuannya dan tiga anak lelakinya pergi dahulu sebelumnya.. seringkali dilihat beliau menangis mengenangkan mereka. pernah sekali beliau berkata "aku berdoa kepada Tuhan, ambil lah nyawaku dulu keran aku tak sanggup lagi menghadapi satu lagi kematian anakku"... 

namun beliau sentiasa tabah, kuat dan tega menghadapi segala kerenah yang ada.. sesiapa yang mengenalinya akan amat mengagumi ketabahan beliau...

setiap kali bercerita tentang perjuangan bangsa, budaya melayu dan masalah bangsa, wanita tua ini akan bersemangat dan mengenang kembali kisah- kisah lama beliau....dan kisah-kisah yang diceritakan sering menjadi bahan cerita cucunya yang suka berkongsi kisah perjuangan bersama rakan-rakan.
boleh juga dikatakan, cerita-ceritanya membuatkan cucu-cucunya tak lupa akar umbi mereka dan sentiasa bersemangat untuk berjuang demi survival bangsa... 

itulah seorang pejuang... tak pernah penat dan padam semangatnya walaupun telah lama meninggalkan lapangan dan duduk di rumah demi menghabiskan sisa-sisa hidup.. 

sering aku teringat, nenek pernah cerita.. dulu masa nak buat majlis-majlis untuk UMNO terpaksa tebal muka utk pegi rumah jiran untuk mintak kuih.. ada masa tu sampai ada orang perli, "aku buat kuih utk suami & anak2 aku.. bukan utk org...." tapi dia tak pernah amik kisah pun.. dia terus tebalkan muka sebab dia kata, perjuangan tak pernah mudah..
pada 17 september 2011, pejuang bangsa bernama Rajiah Tahir pulang ker Rahmatullah...

 Al-Fatihah

Rajiah Binti Tahir
Hidupmu Penuh Makna
Pemergianmu Kami Rindui...


AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..