SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, February 2, 2012

KANTOI!!! SMM Hanya Boneka..


SAH!!!!! Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) didalangi oleh parti politik.. 


tak boleh nak dinafikan lagi SSM didalangi dan dibawah telunjuk parti politik setelah dua artikel dari laman web yang sama secara sewenang-wenangnya tanpa segan silu cuba menentukan apa halatuju dan kepimpinan SMM. 



selama ini pun umum tahu mereka ini semua memang didalangi dan menjadi boneka parti politik tapi cuba dinafikan oleh mereka.. kononnya mereka ini adalah mahasiswa yang bebas dari pengaruh luar dan mewakili mahasiswa Malaysia memperjuangkan apa yang mereka panggil "Kebebasan Akademik"..


 mereka mendakwa Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 menyekat kebebasan mereka untuk menyampaikan pandangan mereka dalam politik dan bersuara..


tapi baru-baru ini mereka menjadi kucar-kacir apabila bila 4 orang Mahasiswa KUIN di gantung pengajian mereka kerana berdemonstrasi di menentang tindakan kerajaan negeri Kedah untuk merobohkan madarasah di Alor Star.. 


ada yang sudah meninggalkan saf perjuangan mereka yang selama ini mereka anggap di sokong oleh pakatan parti politik yang tiba-tiba menghukum golongan pelajar yang menentang mereka.


alasannya? AUKU dan Akta IPTS adalah akta yang berbeza.. ahahahahahahaha.. lawakkan? 
walaupun dua akta ini berbeza, tapi apa yang ditentang dalam AUKU ada dalam akta IPTS... 


maka berdedai-dedailah juak-juak parti politik ini cuba menghalalkan apa yang mereka lakukan dan apabila pengerusi SSM menyelar MB Kedah kerana tindakannya, dia dilabelkan sebagai sudah lari dari perjuangan dan tidak layak lagi menjadi pengerusi SMM.. 


nasihat aku untuk adik-adik SMM, GAMIS, HAMIS, HANCING dan macam-macam nama yang adik-adik guna.. sedarlah yang adik-adik semua sedang digunakan, maka apabila adik-adik dilihat menghalang agenda maka adik-adik akan ditendang ketepi dan akan di gantikan.. 
ini adalah modus operandi mereka sejak dahulu lagi dan adik-adik tidak terkecuali dari nasib itu apabila adik-adik membenarkan diri adik-adik dipergunakan..


aku akhirkan dengan video Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang aku rasa elok difikirkanoleh semua..


hmm.. Melayu...


KUIN: Mahasiswa Di Perbodohkan Lagi..

Setelah beberapa lama mencari akhirnya akuiberjumpa dengan blog yang bercerita tentang kes mahasiswa KUIN yang digantung pengajiannya. Tapi seperti biasa, muntah darahlah mahasiswa-mahasiswa yang kini goyah dengan "perjuangan" untuk kebebasan akademik yang kononnya mereka perjuangkan itu..

Basahlah kepala budak-budak yang tak tahu apa ni akibat kencingan mereka.. Dan mungkin akan terus bertakbir setelah menelan bulat-bulat kata kata yang mereka sogokkan kepada mereka.. -

Sebagai orang yang lahir dari institusi pengajian tinggi yang didik supaya pemikiran ini tak dikongkong atau sekadar menerima apa saja yang disogokkan, aku ingin sedikit kepastian dalam hal "memperjuangkan kebebasan akademik" ni.. Jadi jika ada yang sudi bagi pandangan silakan..

Dewan Pemuda PAS P.Pinang mengatakan KUIN tidak bawah AUKU tapi dibawah akta IPTS 1996, tapi peraturannya hampir sama dengan AUKU.. Maka sama jugalah intipati keduanya yang menafikan apa yang mereka kata sebagai "kebebasan akademik" itu.. Maka sebagai MB yang partinya menolak AUKU maka sudah tentu beliau yang merupakan pengerusi majlis disiplin boleh memberikan hukuman yang lebih ringan kepada mahasiswa-mahasiswa ini.. Tapi kenapa mereka di kenakan hukuman yang sama dengan Adam Adli yang dihukum oleh jawatankuasa disiplin UPSI?

Kenapa respon GAMIS,SSM, HANGIT, HAMIS berbeza diantara Kes Adam Adli & Kes Pelajar KUIN??

AUKU secara jelasnya adalah asas kepada kewujudan IPTA diMalaysia ini, dari kuasa menteri, pelantikan chanselor, naib chanselor hinggalah kepada peraturannya ditentang semata-mata tidak membenarkan pelajar berpolitik kenapa tidak ditentang juga tindakan MB Kedah yang jelas sekali tidak suka mahasiswa bersuara menentang mereka..


Yang aku nampak disini ialah tindakan memusing cerita agar nampak logik demi menghalalkan tindakan mereka.. Bukan baru kali ini mereka buat, ini berlaku dulu ketika konflik dalaman mereka dalam kes penjualan arak yang di tentang oleh Datuk Hassan Ali kemudian disalahkan kepada akta arak sedangkan lesen jualan arak dikeluarkan oleh PBT dan hasil jualan arak adalah milik kerajaan negeri.. Begitu juga dalam kes Kalimah Allah dan tindakan JAIS memeriksa gereja..




Soalan seterusnya aku lontarkan kepada golongan muda terutama mahasiswa.. Adakah mereka seperti ini ingin kita dokong dan sokong?
Adakah kita sedang memperjuangkan sesuatu yang benar- benar wujud atau sekadar pementasan boneka dan kitalah boneka itu.. Fikir- fikirkan dan selamat beramal..

Hmm.. Melayu..


-klik sini untuk baca blog yang aku katakan tu-

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

Melayu Itu B.O.D.O.H

Hari ini adalah hari Wilayah Persekutuan yang menandakan hari cuti bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.. Agak tenang suasana di Kuala Lumpur hari ni kalau nak dibandingkan dengan hari rabu yang lain.. namun masih lagi penuh dengan kenderaan dan kalau di lihat dari kaca mata seorang rakan dari Alor Setar, itu ladalah keadaan yang sesak padanya..
ahahahahahahahahahaha...




Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian. - klik sini-


aku lihat itu bukti dan tandanya kebodohan orang melayu.. 



  • dok berbaring kat depan pagar UPSI, orang MELAYU..
  • dok menjerit-jerit kat perhimpunan BERSIH, orang MELAYU..
  • dok turunkan bendera PM kt PWTC, orang MELAYU..
  • dok mintak bantuan dan pembelaan dari kerajaan, orang MELAYU..
  • dok banyak terima bantuan dari kerajaan,  orang Melayu..
  • dok mintak kerajaan bantu lepas graduate dari Universiti, orang MELAYU..
  • dok selalu keluar dalam Bersamamu, orang MELAYU..





SEGALA-GALANYA orang MELAYU yang Menjuarai..
daripada MELALAK TAK TENTU HALA hinggalah MEMINTA-MINTA pada kerajaan... 




tapi bila di suruh untuk menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan, pelbagai alasan yang diberikan. inilah beberapa alasan yang aku pernah dengar:

  • "kerajaan tak pernah bagi pape kat aku, asyik-asyik orang keje kerajaan je".. dia tak nampak ke kerajaan bagi cukup banyak subsidi, dari gula sampai la ke tambang bas di bantu..
  • "buat apa nak pegi mengundi, siapa pun memerintah sama je".. dia tak fikir ke oleh sebab kerajaan yang ada hari ni, dia dapat kehidupan yang baik, agama Islam dipertahankan dan orang melayu dibantu..kalau orang yang dipilih tu tak mempertahankan Islam, mengetepikan kepentingan Melayu & salah urustadbir negara dapat ke dia rasa apa yang dia rasa sekarang?
  • "malas la aku mengundi, yang untungnye orang UMNO je".. kalau dia pergi mengundi, yang untung orang UMNO, kalau dia tak mengundi yang ruginya orang Melayu dan orang Islam..
  • "aku tak suka sipolan ni, dia bukan geng aku".. tu la yang keluar dari mulut orang yang meletakkan kepentingan diri dari kepentingan ummah..
  • "korupsi, kronisme, rasuah, tak telus".. dengar la kata orang.. patutlah hidup kau tak berjaya..
banyak lagilah yang boleh di tambah dalam senarai ni.. aku pun malas nak cakap banyak tentang alasan-alasan ini.. tapi ini amaran aku..
 "KALAU SATU HARI NANTI GENERASI AKAN DATANG TAK DAPAT MENIKMATI APA YANG KITA NIKMATI HARI INI, ISLAM TAK DAPAT DIPERTAHANKAN SEBAGAIMANA KITA PERTAHANKAN HARI INI, MELAYU TIDAK TERBELA SEBAGAIMANA MEREKA DIBELA HARI INI, AKAN DITUNTUT KEPADA KITA SEMUA AKHIRAT OLEH MEREKA YANG MENGUSAHAKAN DAN MEMPERTAHANKANNYA"
Teruslah melayu itu hidup dalam KEBODOHAN.. hmm.. melayu...

Wednesday, January 25, 2012

MahaSiswa vs MahaTakSiswa..


Akhir-akhir ni aku jadi tambah pelik.. Mana si 'HERO' mahasiswa??

Mana 'perjuangan' yang dicanang selama ni??

Awal tahun tempoh hari bukan main semangat nak hantar menorandum sampai tak sempat tunggu siang.. Pukul 2 pagi menjerit-jerit umpama orang gila talak sutuh dibuka pagar UPSI kononnya nak sampaikan memorandum.. Dah tu bila penat, baring lak atas jalan..

Tapi lepas DSAI didapati tak bersalah oleh mahkamah tinggi Kuala Lumput, terus senyap.. Terus kelam apa yang mereka panggil 'perjuangan'... Hahahahahahahahahaha...

Lagi kelakarnya, siap bersikap pilih bulu pula tu.. 4 Pelajar KUIN, sebuah IPT dibawah kerajaan negeri Kedah yang di gantung pengajian kerana berdemonstrasi membantah rancangan meroboh madarasah di kedah tak pula dibela oleh mereka yang kononnya memperjuangkan apa yang mereka panggil "kebebasan akedemik"...

Ada pula pilih-pilih bulu oleh mereka yang kononnya mewakili suara mahasiswa ni ye...

Soalan yang semua ini tanya ialah; dimanakah SSM, GAMID, HAMIS, HANCING & macam-macam nama yang mereka cipta untuk mongkononkan mereka mewakili suara mahasiswa malaysia..

Kepada yang membaca, fikirkanlah apa yang terjadi ini & jadilah manusia yang berakal... Kerana hari ini kita tak boleh lagi terus percaya kepada mereka yang menggelar diri mereka sebagai mahasiswa.. Takut-takut sekadar menjual nama saha..

Hmm... Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..