SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, March 15, 2012

Wajib Baca !!! Kubur orang islam dihalang hingga k...

Dipetik dari Laman Blog ini: Pejuang Bangsa: Wajib Baca !!! Kubur orang islam dihalang hingga k...




Memcari Kebenaran Dalam Kesamaran




BENARKAH INI BERLAKU??


DIMANA HAK ORANG ISLAM?? 


Ini kisah berhubung tanah perkuburan islam di Kota Kemuning Shah Alam dimana ianya terletak di bawah pentadbiran... -klik sini-


lebih menggemparkan -klik sini-

BN4 WangsaMAJU: Panas Berapi : 50 Kenyataan Tun M Kepada Nik Aziz ...


 


 




ape la nak jadi pada Bangsa Melayu Hari ni? jangan taksub dengan sesiapa pun.. 


tak semestinya panggilan Tuan Guru itu menghalalkan apa saja kata-katanya..


gelaran itu bukan ertinya dia seorang yang maksum..


apa lagi gelaran itu tidak menjadikan dia seorang yang Al -Amin..


hmm.. Melayu..



Monday, March 5, 2012

Najib Minta Maaf PAS Pula Yang Melenting?



Semalam Datuk Seri Najib memohon maaf atas kesilapan Barisan Nasional yang lampau.. 

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf,"

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.
"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," Artikel Penuh -Klik Sini-


Manakala di pihak PAS pula melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyatakan bahawa pemecatan Dr Hassan Ali memberi kesan minima kepada parti itu.





"Hasil wawancara tersebut, dapat disimpulkan bahawa bagi ahli-ahli PAS pemecatan Dr Hasan Ali tidak langsung menimbulkan reaksi negatif. 


"Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi-pengundi Melayu, 9 Yang Dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan,"


"Malah sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca-pembaca akhbar alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif. Sehubungan dengan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," Artikel Penuh -Klik Sini-



kalau ditanya pada aku, BN dari pada dulu memang sentiasa bermuhasabah dan tak takut untuk mengakui ada kelemahan dalam organisasinya. seringkali kita lihat mereka yang melakukan kesalahan akan di ambil tindakan oleh parti komponen masing-masing. Sebagai contoh Tan Sri Isa Samad yang pernah di gantung keahliannya kerana politik wang. tak lupa kita kepada Datuk Seri Chua Soi Lek yang secara gentleman telah melepaskan jawatan dalam parti dan jawatan menteri setelah video skandal seksnya tersebar. ini aku lihat kerana BN tahu yang mereka adalah manusia dan manusia melakukan kesalahan. maka adalah perlu untuk memperbaiki kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.


Ini berbeza dengan PAS yang tak pernah mengakui berlaku ketirisan dikalangan mereka seolah-lah mereka itu maksum dan tak pernah melakukan kesalahan. mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengamalkan politik wang, rasuah mahupun melobi -klik sini-. mereka  mengatakan orang lain mengamalkan rasuah tapi memberi wang zakat ketika pilihanraya manik urai tidak dikatakan rasuah. -klik sini-




Hari ini mereka tertampar lagi dengan sikap Datuk Seri Najib yang menunjukkan sikap ikhlas dan telus beliau kepada rakyat dengan memohon maaf dan menyatakan komitmen untuk memperbaiki kesilapan. 
aku tak tahu samada tindakan itu bijak dari segi politiknya tapi pada aku seorang manusia yang hebat adalah orang yang berani untuk berubah... dan langkah terpenting dalam perubahan adalah dengan mengakui kesilapan yang dilakukannya...


Dan PAS hari ini terus dan terus tenggelam dalam penafiannya.. road show Dr Hassan Ali yang aku dengar sentiasa penuh dan aku yakin bukan sedikit ahli PAS dan penyokong PAS yang hadir menafikan hasil survey PPP itu. malah satu demi satu serangan keatas orang  yang kononnya "tidak langsung menimbulkan reaksi negatif." 


Sebelum ini, PAS melalui Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar menuduh KBS menaja roadshow Dr. Hassan Ali. -klik sini- 
jika  benar hasil survey PPP itu kenapalah beriya-iya cuba untuk menghentikan gerakan Dr Hassan Ali itu & memfitnah KBS menaja program-program Dr. Hassan Ali itu?

Terpulang kepada yang membaca.. Tugas kita adalah menilai dan penilaian kita penting demi memastikan Agama Bangsa dan Tanah Air ini akan terus terbela..


"Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu"


Saturday, March 3, 2012

DSAI dan ISRAEL: Kantoi Lagi.. Nik Aziz Terlibat?



PANAS LAGI!!!!!!!!! dalam mengadakan perjumpaan dengan Musyidul Am PAS, DSAI menjelaskan kenyataannya "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," dalam temuramah dengan wartawan SHIBANI MAHTANI dalam Wall Street Journal (klik sini)adalah selari dengan pendirian FATAH dan HAMAS dalam isu ini... -klik sini-

tapi baru-baru ini, Buletin Utama menyiarkan kenyataan oleh Dr Mousa Abu Marzook, timbalan Pengerusi Biro Politik HAMAS yang menegaskan mereka tidak akan mengiktiraf negara Israel.. 




ini bukan sesuatu yang baru bagi aku sebab memang DSAI seorang yang suka berdolak dalik dalam isu Israel.. 

sebelum ini pada 4 jun 2010 DSAI pernah memberi ucapan ketika demonstrasi jalanan mengutuk serangan tentera rejim Israel terhadap kapal bantuan ke Gaza yang berbunyi seperti berikut: 

Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.


Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.


"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.


Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.

artikel penuh -klik sini-

kemudian pada 7 jun, Dewan Rakyat secara sebulat suara telah meluluskan usul sekeras-kerasnya serangan tentera zionis itu. -klik sini-

tindakan itu telah mendapat respon yang negatif dari dalam Washington Times oleh Joshua Trevino yang merupakan penulis ucapan Presiden US George W Bush yang meyifatkan DSAI cuba untuk memancing sokongan Yahudi dan Anti Amerika dengan menyatakan bahawa:

"The sad fact is that if Anwar Ibrahim once commanded the respect of Americans as a friend and potential ally, that day is gone. A decade ago, reasoned and informed Western opinion believed him a harbinger of enlightened and tolerant Muslim democracy. Now he is just another Islamic-world peddler of Jew-baiting and anti-Americanism. Both America and the Islamic world, and certainlyMalaysia, deserve better."

terjemahan:

"fakta yg yang menyedihkan ialah jika Anwar Ibrahim satu masa dahulu mendapat penghormatan dari rakyat Amerika sebagai sahabat dan sekutu yang berpotensi, hari itu telah berlalu. Sedekad lepas, orang Barat yang berfikiran logik dan bermaklumat percaya yang beliau seorang yang memperjuangkan demokrasi Islam yang sempurna dan toleran. Kini beliau hanya seorang pejuang dunia Islam yang cuba mengumpan Yahudi dan anti Amerika. Amerika dan dunia Islam dan pastinya Malaysia, sepatut tidak diperlakukan sebegitu"
Artikel Penuh -Klik Sini-

maka apabila ditanya dalam sebuah wawancara di Woodrow Wilson Centre, DSAI menjadi menggelabah dan merapu-rapu dalam memberikan jawapan kepada soalan yang dilontarkan oleh penonton bagi mengelakkan dirinya terperangkap dalam kata-katanya sendiri dan dari kata-katanya kita boleh lihat dia berdolak-dalik dalam isu sokongan beliau terhadap usul mengutuk serangan tentera Zionis keatas kapal Flotila. ini bertentangan dengan apa yang beliau katakan kepada para demonstrator ketika mereka berarak menyampaikan memorandum bantahan sebelum ini.



Kenyataan dalam WSJ aku lihat adalah sebagai satu langkah "damage control" demi membersihkan imej beliau dimata Barat namun kini beliau tersepit pula di negara sendiri dan dikalangan penyokong berani mati beliau sendiri.. 

aku bukan nak suruh sesiapa pun percaya apa yang aku kata tapi sekadar rujukan kronologi yang kita patut tahu dalam isu DSAI dan Israel..

"Gunakan Hak Berfikir sebelum Hak Bersuara"

Hmm.. Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..