SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, March 27, 2012

HANGAT!!!! BN tolong PAS Kelantan!!!!!

kita selalu dengar kata-kata yang dilaungkan kononnya Kerajaan Persekutuan tak membantu kerajaan negeri Kelantan.. sering juga kita dengar tuduhan kononnya negeri Kelantan itu mundur kerana dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan..






Disini aku sertakan beberapa Fakta Penting mengenai apa yang Kerajaan Persekutuan beri kepada Kerajaan Negeri Cik Siti Wan Kembang pada 2011: 


1. Pemberian mengikut bilangan orang sebanyak RM 24,578,760 juta 

2. Penyelenggaran Jalan Raya Negeri sebanyak RM 72,493,620 juta 

3. Pemberian Kekurangan Akaun Mengurus RM 74,883,053 juta 

4. Pemberian berdasarkan tahap ekonomi, Infrastruktur dan kesejahteraan Hidup RM 28,597,000 juta 

5. Pemberian dibawah senarai bersama, RM 17,490.308 juta 

6. Pemberian pertambahan hasil, RM 36,311,885 juta 

7. Pemberian tahunan kepada PBT ( GTBKK) RM 21,930,518 juta 

8. Bayaran perkhidmatan (10%), RM 52,496,438 juta 

9. Perpustakaan Awam Negeri, RM 1,035,100 juta 

10. Lembaga Muzium Negeri, RM 857,000 

11. Pemberian Bantuan Bil Lampu kepada PBT, RM 1,095,647 juta 

12. Penyenggaraan Cerun, RM 7,968,000 juta



jadi apa kata kita periksa dipejabat SUK Negeri Kelantan akan kebenaran pernyataan diatas... 


Sumber: Angin Perubahan


Hmm.. melayu..

Monday, March 26, 2012

PANAS!!! 4 Kekecewaan Rakyat Selangor Terhadap Khalid Ibrahim




Saya Selaku RAKYAT Selangor amat-amat kecewa dengan sikap Menteri Besar Selangor yang hari ini saya lihat tidak menampilkan sikap dan peranan beliau sebagai Menteri Besar disebuah negeri yang bersultan... 
  1. saya kecewa apabila MB Selangor tidak bersama-bersama aspirasi rakyat selangor untuk memohon penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kecurian pasir dan skandal-skandal yang berkaitan dengannya sedangkan kematian TEOH BENG HOCK ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasatnya.. -klik sini 1-klik sini 2-
  2. saya selaku  rakyat Selangor yang telah berkecil hati padanya apabila beliau mendiamkan diri dlm kes Teressa Kok menyokong memorandum sebuah persatuan penduduk supaya azan subuh tidak dilaungkan dengan kuat melalui speaker..-klik sini 1-
  3.  saya sebagai rakyat selangor yg amat-amat kecewa dengan beliau yang mengkritik JAIS membuat pemeriksaaan di sebuah gereja yang menemui borang kaji selidik menanyakan tentang kefahaman agama islam kepada org islam yang hadir..-klik sini 1-kilk sini 2-
  4. saya adalah antara jutaan rakyat selangor yg amat-amat bersedih dengan sikap MB kami yang mendiamkan diri apa bila Exconya Ronnie Liu menempelak penguatkuasa MBPJ & menghentikan usaha Exco Agama untuk menghalang penjualan arak di kawasan majoriti orang islam hinggakan hari ini Arak dijual di shah alam yang sebelum ini tidak dijual secara terbuka..-klik sini 1-klik sini 2-


Saya adalah antara jutaan RAKYAT Selangor yang kini amat kecewa dengan Menteri Besar kami. Mohon supaya Menteri Besar kami tidak memandang remeh kami yang kecil dan kerdil ini.. 

hmm... melayu..

Monday, March 19, 2012

RASUAH!!!! 5 Tuntutan Rakyat Selangor Kepada Tan Sri Khalid Ibrahim..






hari ini berlakunya lagi satu demonstrasi jalanan.. kali ini di PJ, kononnya untuk menuntut kerajaan yang bebas rasuah... bermula pada pukul 3.15 itu dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Antara mereka, exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusuf.




"...exco kebajikan, hal ehwal wanita, sains teknologi dan inovasi, Rodziah Ismail ketika berucap menyeru agar perubahan pentadbiran dilakukan bukan sahaja di Selangor malah di seluruh Malaysia.

Sambil mendapat sokongan gemuruh, Rodziah juga berkata, semua wanita perlu bekerja kuat dan turun padang bagi memastikan kerajaan akan datang adalah sebuah kerajaan yang bersih.

"Kita perlu lakukan perubahan dengan memastikan kerajaan yang bersih. Kita juga perlu bersihkan BN.
"
Sebagai wanita bukan sahaja perlu pastikan perubahan ini boleh dilakukan tetapi berjanji akan pastikan kerajaan juga ditukar," katanya yang juga merupakan ADUN Batu Tiga."




selain mereka, terdapat juga sekumpulan yang mendakwa diri mereka orang asli semenanjung bersama-sama dalam demonstrasi jalanan itu.. 


Artikel Penuh: -Klik Sini-



itu lah pakatan pembangkang.. dah tak ada modal sangat sampaikan orang asli pun digunakannya... 


taktik yang biasa di amalkan mereka iaitu menuduh dengan pelbagai tuduhan kepada pihak lain untuk mengalihkan perhatian umum dari masalah dan kepincangan mereka sendiri.. 


kalaulah mereka nak sangat kerajaan yang bebas rasuah, apa kata mulakan dengan kerajaan negeri Selangor dahulu..





 



aku selaku rakyat Selangor meminta kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menyokong tuntutan para pendemonstrasi ini dengan: 



1. Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kecurian pasir yang berleluasa di Selangor.


2. Tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes surat sokongan yang menyebabkan Teoh  Beng Hock di panggil ke pejabat SPRM Selangor.


3. Mendedahkan Aset-aset Yayasan Selangor yang dijual.


4. Mendedahkan kepada umum nama-nama syarikat yang menerima tender dari Kerajaan Negeri seperti mana yang di buat oleh kerajaan pusat..


5. Mendedahkan senarai rumah-rumah urut dan pusat hiburan yang diluluskan oleh kerajaan Selangor sejak dibawah kerajaan negeri sekarang yang didakwa semakin berleluasa.




sekiranya kerajaan negeri boleh berbuat demikian maka barulah boleh exco-exco kerajaan negeri yang tak menyerlah di kalangan rakyat di DUN masing-masing itu boleh terus mencanang supaya mereka menjadi popular dan moga-moga dicalonkan semula pada PRU 13 nanti.. 


hahahahahahhhahah,,,,


Hmm... Melayu..

Friday, March 16, 2012

Pemimpin Pembangkang Kebas Nasi Hujan Panas??







Dari Laman Web Ini: myMetro | Tanggung malu nasi hujan panas kena kebas 




GEORGETWOWN: “Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.
Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.
“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.
“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.
“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.

Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.




tu la jadinya bila tak fikirkan orang lain.. yang penting dia lepas.. 


bila org UMNO buat tak elok, habis kata UMNO semuanya tak elok.. kalo jadi kat dia, mesti dia kata, "tindakan ini tidak mewakili parti".. hipokrit...


*sama je dengan isu PPSMI... dulu berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara konon bantah PPSMI... kali ni, kata kerajaan tak konsisten lak sebab hapuskan PPSMI.. ape la.. 


hmm.. melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..