SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Monday, April 2, 2012

PANASS!!! TUNTUTAN KAUM CINA YANG MELAMPAU ANCAM PERPADUAN..@HishammuddinH2O @UndiMsia @NajibRazak



(Sinar Harian 2 Apr 2012)

Lanjutan daripada artikel saya minggu lalu bertajuk “bahaya tuntutan ultra kiasu”, ekoran perhimpunan bantahan mengenai masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), saya telah menerima begitu banyak emel, terutama kalangan guru-guru bukan Cina, termasuk guru Cina (Muslim) yang mengajar di sana. Mereka melahirkan rasa amat tidak selesa dan tidak berpuas hati dengan tindakan ultra kiasu itu.

Salah seorang daripadanya, Anuar Koh (Cina Muslim) yang mengajar di SJKC, amat bimbang mengenai usul ekstrem yang dikemukakan dalam perhimpunan tersebut. Antaranya, menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke SJKC. Mereka juga mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan semula guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina ke SJKC yang dipindahkan sebelum ini.

Ini adalah
strategi yang amat licik ultra kiasu untuk menjadikan SJKC sarang orang Cina, tanpa ada bangsa lain, seolah-olah berada di China. Amalan selama ini, guru-guru bukan Cina seperti guru-guru Melayu, India atau kaum lain, ditempatkan di sekolah Cina untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mereka ini memang tidak ada kelayakan Bahasa Cina, atau mendapat kepujian atau kredit dalam Kertas Bahasa Cina dalam SPM. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk mencari guru bukan Cina boleh menguasai bahasa Cina. Ultra kiasu mahu mewajibkan mereka memahaminya. Ultra kiasu ini siapa sebenarnya? 

Persoalan, kenapa anak-anak Cina ini langsung tidak mampu berbahasa kebangsaan? Apa yang dilakukan saban hari di rumah? Kenapa mereka boleh menjadi sebegitu jahil dalam memahami agenda negara? Kenapa apabila kita pergi ke luar negara seperti Jepun, Korea, Perancis, German dan lain-lain, kita tidak wajibkan mereka memahami bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum mengajar bahasa mereka terhadap kita. 

Suka atau tidak, tahu atau tidak, kita kena paksa diri, mesti belajar bahasa asing, jika mahu berada di negara mereka dan menimba ilmu mereka, walaupun sepatah haram bahasa mereka tidak difahami. Akhirnya, fasih juga kita berbahasa asing. Ini bukan soal guru atau apa, tetapi soal sama ada kita sensitif atau tidak, dengan agenda membina negara atau kita terlalu perkauman? Sosialisasi politik kita sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah amat perkauman. Tidak ada keinginan langsungkah untuk bercakap sepatah dua bahasa Melayu di rumah?

Jika kerajaan tunduk kepada tekanan ini, maka niat mereka hendak menghalau semua guru bukan-Cina atau Cina yang bukan berpendidikan Cina akan tercapai. Mungkin sebagai langkah taktikal, tuntutan 325 hanya mahu pihak kementerian ‘menghalau’ guru-guru sedemikian yang ditempatkan tahun ini. Tetapi, kalau tuntutan yang berbau perkauman yang amat ultra ini dilayan, maka, langkah seterusnya tentulah untuk menghalau semua sekali guru-guru bukan Cina. 

Menurut sejarahwan Inggeris yang banyak menulis mengenai sejarah orang Cina di Malaysia, Victor Purcell, ketika berlaku penghijrahan, bukti-bukti menunjukkan, komunis menggunakan sekolah Cina untuk menyebarkan fahaman mereka. Saya tidak kata ianya berlaku di SJKC kini. Saya cuma tidak mahu kita mengulangi kesilapan demi kesilapan. Takkan kita sanggup melihat sesebuah institusi kepunyaan kerajaan dihuni oleh satu bangsa sahaja. Di sekolah agama dan di UiTM pun tidaklah sebegitu ekstrem. Masih ada wajah-wajah bukan Melayu. 

Lantaran, saya amat tidak faham dan amat sedih bagaimana pemimpin kanan Pas begitu tergamak mengangkat tangan setinggi-tingginya, menyertai perhimpunan ini dalam usaha mereka hendak menghalau semua guru bukan Cina, terutamanya Guru Melayu (termasuk India), keluar dari SJKC. PKR usahlah dicerita, mereka hanya mabuk kuasa. 

Dengar khabar, pertubuhan ultra kiasu ini sedang merancang untuk menghalau semua murid bukan Cina yang sekarang belajar di SJKC, atas alasan murid-murid bukan-Cina telah menghalang perjalanan licin pengajaran Bahasa Cina. Untuk merealisasinya, langkah pertama ialah dengan menghalau dahulu guru bukan Cina, kemudian dikuti murid bukan Cina sebagai langkah kedua. Berbeza dengan SJKC di luar bandar, mereka akan berkempen habis-habis agar orang Melayu menghantar anak mereka ke sana. Ia bertujuan memastikan SJKC ini survive, walaupun terletak di kawasan Melayu. 

Jika perancanganlicik ini berjaya, pertubuhan ultra kiasu, dengan sokongan kuat dari Pakatan Rakyat yang begitu yakin akan menang dalam PRU 13, akan menetapkan perlunya kelayakan Bahasa Mandarin bagi mereka yang ingin terus menginap di Malaysia. Pada masa itu, semua orang Melayu akan dihalau keluar Malaysia jika tidak berkelayakan Bahasa Mandarin.

Dalam perhimpunan tersebut, selain membidas kerajaan kerana tidak pernah mahu menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC sejak tahun 1968 sehingga kini, mereka turut memperlekehkan pembinaan Menara Kembar Petronas KLCC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dianggar membazir berbanding dengan pelaburan dalam pendidikan Cina.

Pertanyaan saya, buktikan SJKC boleh memenuhi agenda nasional negara? Bagaimana dengan produk SJKC yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu? Kajian menunjukkan, orang Cina aliran kebangsaan lebih mudah bergaul dengan orang Melayu berbanding produk SJKC.

Kebimbangan saya lagi, Kementerian Kewangan mengumumkan minggu lalu, pengecualian cukai akan diberikan kepada mereka yang menderma secara tunai kepada sekolah dan rumah ibadat, tertakluk kepada pindaan undang-undang Akta Cukai 1967. Sebelum ini, Menteri Pelajaran ada mencadangkan agar derma Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut diberikan pengecualian cukai. Saya tidak pasti sejauhmanakah perkara ini telah berjalan dan dibincangkan. 

Cadangan ini amat baik. Tetapi sebelum dilaksanakan, kajian mendalam perlu dilakukan terlebih dahulu, bukannya dengan membuat keputusan politik. Menggalakkan orang menderma adalah amalan mulia dan dapat mengukuhkan kewangan sekolah dan rumah ibadat. Apabila sudah mempunyai kewangan yang kukuh, sudah tentu ia dapat berfungsi dengan lebih efektif. Namun demikian, perlu juga difikirkan bersekali dengan implikasinya. Tindakan ini tidak menguntungkan agenda kebangsaan, malah akan menjadi identiti kebangsaan semakin pupus. Paling membimbangkan agenda perkauman semakin menebal, kerana logiknya setiap kaum akan membantu institusi masing-masing. Perkara ini telah berlaku sekian lama. Tanpa bantu kerajaanpun, institusi mereka tetap megah berdiri. Bayangkan jika semua bertindak menghulurkan derma mengikut institusi kaum, mampukah umat Islam bersaing dengan mereka? 


Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



dipetik dari blog: Ridhuan Tee

Tuntutan DHONG ZHONG Itu Rasist,
Dhong Zhong Itu Rasist,
Mana-Mana Cina Yang Menyokong Tuntutan Dong Zhong Itu Rasist Dan Patut DiDakwa Atas Akta HAsutan..

Manakah Mereka yang konon mengatakan BN selama ini mengamalkan pemisahan kaum??
kenapa mereka tak membidas Tuntutan Dhong Zhong yang meluaskan jurang kaum???

WAJIB BACA!!!! HIMPUNANAN FATWA-FATWA SONGSANG DI MALAYSIA..

Dibawah adalah antara FATWA-FATWA yang di keluarkan oleh orang-orang yang kononnya memperjuangkan Islam..












Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora Jabat):

1.      Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964.  Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2.      Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik  dan dengan itu menjadi kafir.

Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.


Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,

Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3.      Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."

Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4.      Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5.      Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6.      Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7.      Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian.  Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8.      Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9.      Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik.  Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10.  Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a)      Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b)      Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c)      Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d)      Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Sumber: -KLIK SINI-



Fatwa ke-37 Nik Aziz Nik Mat :

37. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," - Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini 8 Julai 2009. 38. "Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Harakahdaily, 3 Oktober 2010. 
Fatwa ke-32 Nik Aziz Nik Mat :

32. "Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.

Fatwa ke-38 Nik Aziz Nik Mat :

38. "Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana. Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman."  Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily 30 Jun 2009.

Sumber: -KLIK SINI-


" Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga bersahabat dengan MCA, MIC yang ternyata ada ciri kafir " - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1998.

" Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
" Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

Sumber:-KLIK SINI- 


Sunday, April 1, 2012

SAKIT TELINGA!!!! MELAYU SOKONG UMNO, MELAYU PENGEMIS, MELAYU PPRT!!!!

Di ambil dari Blog ini: DENGAR TU... MELAYU SOKONG UMNO, MELAYU PENGEMIS, MELAYU PPRT!!!!




"Abdul Halim Abdul Rahman jarang bersuara. Namun apabila dia bersuara, dia juga sama seperti bahlol-bahlol PAS yang lain, yang gemar melabelkan pihak yang tidak sependapat dengannya dengan pelbagai gelaran dengan tujuan pihak lawan akan berpaling dan menyokong PAS kerana malu alah. Taktik memberi label kepada penyokong-penyokong UMNO sudah berlarutan dari awal tahun 1960-an sehingga sekarang dan dianggap sebagai RUKUN WAJIB untuk dapatkan sokongan penyokong UMNO.

Abdul Halim Abdul Rahman adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat melabelkan penyokong-penyokong UMNO sebagai Melayu pengemis, Melayu jahil dan Melayu Subsidi. Sebabnya, dia berpendapat Melayu-Melayu yang berjawatan tinggi di bandar, semuanya habis menyokong PAS. Yang tinggal sekarang, hanyalah Melayu yang tinggal di kawasan rumah PPRT, Felda dan kampung."


hmm.. melayu...

Dari Kaca Mata Ridhuan Tee 2: Jangan jahil dalam politik

diambil dari blog: Jangan Jahil Dalam Politik 


(Sinar Harian 19 Mac 2012)

Lanjutan artikel saya yang disiarkan minggu lalu, seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam. 

Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya. 

Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik. Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang. 

Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen. 

Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini. 

Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?

Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno). 

Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya. 

Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan. 

Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?

Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis. 

Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah. 

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..