SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, April 4, 2012

Kaitan Harakah Dan Pembohongan Manis Anwar..

Baru-baru ini Harakah yang terkenal dengan pembohongannya menerima tamparan dari Jabatan Penjara apabila Jabatan itu menafikan kesahihan satu laporan yang mengagungkan "Ustaz Selipar" yang kononnya walaupun dipenjara telah mengislamkan 2 orang penghuni rumah besi itu.. -Klik Sini-




aku tak nak cerita pasal Imam yang tak elok perangainya ini.. tapi yang aku nak cerita adalah tentang resam Harakah untuk menyiarkan pembohongan.. ada yang kata, Harakah adalah lidah rasmi PAS maka tak peliklah Harakah akan berat kearah PAS.. Ada juga yang kata, Media Perdana memutar belitkan apa yang ditulis dalam Harakah.. pembelaan terhadap akhbar terhad kepada ahli itu bertali arus sebagaimana mereka membela Ambiga..


apa juga kata mereka, mereka tidak boleh menidakkan bukti-bukti bertulis yang kekal dalam dan boleh di rujuk.. mereka boleh memberikan jutaan alasan tapi tak mungkin akan menafikan penipuan demi penipuan yang ditulis dalam Harakah.. 



rakyat Malaysia tak mungkin lupa pada cubaan memperbodohkan rakyat dalam Harakah yang mengatakan kerajaan menipu rakyat dalam menaikkan harga minyak pada tahun 2008..


Harakah menyiarkan pembahagian harga minyak semasa dengan nilai seliter petrol.. pembahagian secara terus ini merendah-rendahkan pengetahuan pembaca yang secara umumnya setong minyak mentah bukan 100% kan menjadi petrol.. proses penyulingan petroleum akan mengasingkan petrol, butana, metana, kerosin dan gas asli dan harganya sudah tentu akan berbeza.. 

ini juga di ambil kesempatan oleh DSAI yang menjanjikan "Hari Ini bentuk Kerajaan, Esok Minyak turun 50sen".. Setelah berdebat dengan Dato Seri Saberi Chik, Formulanya adalah mengawal penyeludupan diesel ke luar negara, menghapuskan khidmat Pembekal Tenaga Swasta yang beliau sendiri menguruskan perjanjiannya ketika menjadi Menteri Kewangan.. namun, mekanisma bagaimana untuk mengawal penyeludupan diesel ke luar negara selain dari apa yang telah kerajaan lakukan masih lagi menjadi misteri hingga ke hari ini...

hari ini datang lagi janji baru iaitu menghapuskan PTPTN... satu lagi janji yang menarik golongan-golongan muda seperti aku.. kerana golongan ini adalah golongan pengundi yang kini telah bekerja dan mendirikan rumah tangga.. 


satu janji yang sangat manis dan enak di dengar.. ribuan graduan yang hari ini menanggung hutang pasti akan tertarik dan teruja bila mendengarnya.. 

janjinya lagi, keuntungan Petronas kan digunakan untuk menanggung pengajian pelajar hingga peringkat PhD...

janji DSAI lagi, semua Tol akan di hapuskan.. 

mari kita tengok fakta-fakta ini:

Senario Di Malaysia
Malaysia adalah negara yang paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya iaitu lebih 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat tahun demi tahun. 

2006 – RM10.0 bilion
2007 – RM10.5 bilion
2008 – RM35.2 bilion
2009 – RM20.3 bilion 
2010 – RM24.9 bilion
Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011 Kementerian Kewangan 

kerajaan tanggung subsidi dari 54% KDNKnya.. kalau negara lain dah bankrup dah.. tapi Malaysia diteraju oleh pimpinan yang hebat, maka kita masih mampu bertahan...

kalau mau ditanggung lagi, manakah sumber kewangannya? PETRONAS??

kerajaan menanggung 90% dari pengajian di IPTA, pelajar hanya membayar 10% sahaja..

Petronas setiap tahun menyerahkan 75% keuntungannya kepada kerajaan.. selebihnya adalah untuk pembangunan perbadanan tersebut... 

itu juga sebahagian dari KDNK negara.. 

kerajaan meminjam dari KWSP untuk dana PTPTN tapi perbadanan itu melalui kerajaan membayar faedah kepada KWSP 5% setahun sedangkan pelajar hanya membayar 3-4% saja setahun.. 

Kerajaan Selangor bermegah kononnya mereka berjaya mengurus tadbir negeri dengan baik sekali.. simpanan tetap dan pendapatan negeri dikatakan meningkat dan kononnya berjaya menarik pelabur-pelabur untuk melabur di Selangor.. kalau begitu, kenapa Penasihat Ekonomi bergaji RM1 serta Ketua Umum PKR itu tidak mencadangkan untuk dihapuskan yuran di UniSel sedangkan Universiti itu adalah dibawah kerajaan negeri Selangor yang 'Bersih" "Cekap" dan "Telus"..

DSAI berjanji untuk menghapuskan semua tol.. tapi janji pilihanraya sebelum ini kepada rakyat Selangor terutamanya Shah Alam dan Klang, PKR menjanjikan Tol Batu 3 dimansuhkan tapi hinggga hari ini tol itu masih beroperasi seperti biasa.. 

janji memang boleh berjanji.. janji yang disertakan dengan pembohongan lunak sekali didengar.. tapi janji yang sekadar janji tanpa boleh ditunaikan amatlah besar harganya untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air...

hmm.. melayu...

Kenapa Penduduk Kampung Kerinchi Tolak Nurul Izzah, Adam Adli di tumbuk..



KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.

Difahamkan, penuntut yang cuba mencetuskan suasana kekecohan itu diketuai pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Adam Adli, 22, yang digantung tiga semester selepas menurunkan bendera gambar Presiden Umno di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, 17 Disember lalu, selain disertai beberapa rakannya.

Selain Adam, turut berada di lokasi itu ialah penuntut Universiti Malaya (UM), Safwan Anang yang sebelum ini mendakwa dipukul polis ketika terbabit demonstrasi haram di hadapan UPSI pada malam Tahun Baru lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kekecohan bermula apabila kumpulan mahasiswa terbabit berada di tingkat tiga sebuah flat yang akan dirobohkan dan menyebabkan beberapa individu lain marah sambil menjerit mengarahkan mereka turun serta tidak mencampuri urusan pengosongan bangunan itu.

“Berlaku sedikit kekecohan ketika proses pengosongan, namun keadaan dikawal sebelum polis membawa keluar beberapa individu yang hampir dipukul penduduk selepas datang secara tiba-tiba dan naik ke sebuah flat berkenaan. “Kami turut menerima laporan Adam Adli yang mendakwa dipukul dan dikejar beberapa penghuni yang dipercayai berang dengan tindakan penuntut terbabit campur tangan urusan pengosongan flat berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

sumber: Berita Harian



Kenapa penduduk kerinchi marah sangat pada Adam Adli dan tak memperdulikan Nurul Izzah yang terhegeh-hegeh menjadi 'pembela' mereka??

bukankah Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen mereka yang mereka pilih berbanding Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada PRU 12 yg lalu?

kenapa mereka boleh bertindak sedemikian rupa?

bencikah sangat mereka kepada kedua-dua manusia ini?

kenapa Adam Adli ditumbuk?? dia tidak berkaitan dengan masalah penduduk ini...

aku ajukan soalan ini kepada seorang penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi selepas aku singgah di Char Kuew Teow depan Vista Angkasa malam semalam..

Seorang penduduk yang menamakan dirinya Abang Rahim berkata dia tidak berada disana atas sebab bekerja. tapi adiknya seorang peniaga berada disana ketika kejadian berlaku..

katanya, apa yang di lakukan oleh DBKL sememangnya ditunggu-tunggu selama ini oleh penduduk kampung kerinchi..

pada PRU 12 sebelum ini mereka memilih Nurul Izzah kerana salah satu janji PKR ketika berkempen ditempat mereka adalah untuk menyediakan kediaman yang lebih baik kepada mereka..

namun setelah sekian lama, janji tinggal janji.. Nurul Izzah jarang turun ke kawasan mereka dan mereka hanya akan melihatnya ketika ada ceramah di lembah pantai.. yang mereka tahu, berita Nurul Izzah terbang ke Singapura, Turki dan sebagainya bersama ayahanda tercintanya DSAI..

apabila Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara, pemimpin itu turun ke kampung kerinchi dan menjanjikan pembangunan..

Abang Rahim mengakui bahawa dia sudah jelak mendengar janji-janji tetapi hatinya berbunga apabila mendapat khabar berita yang surat dari DBKL telah sampai kepada penduduk bagi mengosongkan blok tersebut..

semalam secara tiba-tiba Nurul Izzah berani pula turun ke kampung kerinchi selepas dia mengatakan penduduk berpendapatan rendah seperti mereka mempunyai masalah integriti dalam membayar balik pinjaman rumah..

kali ini untuk membela 34 orang penduduk yang degil dan tak mahu berpindah..

amat kecewa para penduduk kampung kerinchi apabila wakil rakyat yang mereka pilih menjadi penghalang kepada pembangunan yang selama ini mereka tagih dan tunggu-tunggu.. kata Abang Rahim "ada yang dah meninggal menunggu saat ni"..

aku tanyakan pula kenapa Adam Adli dipukul?
menurut Abang Rahim, Adam Adli tidak ada urusan untuk berada disana. malah dia tidak patut pun naik ke atas blok itu. ini menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang sememangnya sudah berang dengan kehadiran Nurul Izzah dan keengganan 34 penduduk yang tak mahu berpindah..

menurut Abang Rahim lagi, kekecohan dari keadaan tegang itu memuncak dan adiknya yang berada disana pun tak pasti siapa yang menumbuk Adam Adli..

aku akhiri pertemuan kami dengan membayar harga teh tariknya dan ucapan terima kasih..




Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

KESIAN!! Penduduk Tolak Nurul Izzah Gagal Lagi!!!

Dari Laman Blog RezQeen Hill



Apa lah perangai orang flat PKNS Kampung Kerinci ni.. orang nak robohkan flat dia dan naik taraf tempat tinggal dia pun tak mau..


nak kata berfikiran sempit dia tinggal di ibu kota Kuala Lumpur.. 

Tapi pemikiran macam orang tak pernah tengok dunia luar...

tapi jangan risau... sebenarnya bukan semua yang macam tu... hanya sebahagian je yang macam tu.. ramai yang nak pembangunan yang dijanjikan oleh PM kita dilaksanankan.. 

Penduduk Kg Kerinci Yang Menyokong Pembangunan

mereka yang lebih ramai ini telah bersemangat untuk menerima pembangunan.. pembangunan yang direncanakan oleh PM kita yang menjanjikan kehidupan yang lebih selesa... 
inilah selama ini yang mereka tuntut dari kerajaan persekutuan.. ini adalah suara mereka yang kini direalisasikan oleh 


siapa dalang dalam perkara ini???


siapa lagi kalau bukan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang pernah mengatakan bahawa golongan berpendapatan rendah seperti penduduk Flat Kampung Kerinci ini mempunyai masalah itegriti untuk membayar pinjaman kerajaan yang dipinjam dari KWSP..

datang kononnya nak jadi hero kepada penduduk yang dipertikaikan integritinya.. gatal punggung aku bila dapat tahu yang anak DSAI ni berani nak tunjuk muka di lembah pantai lagi...

apa yang dia dan gerombolannya takut ialah program transformasi PM kita akan menjadi realiti dan mereka tidak lagi relevan dalam arus pembangunan perdana suatu masa nanti.. sebab tu mereka bersungguh-sungguh untuk menggagalkan segala usaha kerajaan..

apa yang mereka mampu buat dan terus buat adalah berjanji yang bukan-bukan.. janji yang silih berganti dan bila di tuntut alasannya adalah tunggu nanti.. bodohkan???

pix_gal0
Sumber: Berita Harian

Pesanan kepada rakan-rakan sekalian.. mari kita jadi macam penduduk kampung kerinci yang nampak masa depan yang cerah dalam program-program transformasi kerajaan ni.. 
tak mahukah kita jadi macam orang FELDA yang hari ini mewah selepas mengharungi kepayahan ketika bermula dahulu..

hmm.. melayu...

TERKINI!!! ADAM ADLI KENA PIJAK!!!! #AmanKampus


ahahahahahahahahha... salah maklumat rupanya... kena tumbuk bukan kena pijak... walaupun itu adalah salah satu dari azam tahun baru 2012 aku tapi masih tak kesampaian... 

si sengal ubi ni bersama seorang lagi rakannya si Ekhsan Bukhari (ataupun pasangan Gaynya? tah.. aku pun tak tau) pergi menyibuk di Flat PKNS kampung Kerinci waktu orang tengah berunding...


Flat PKNS kampung Kerinci adalah dalam pelan perancangan kerajaan persekutuan untuk di robohkan dan dinaiktarafkan yang sebahagian dari program GTP dibawah gagasan 1 Malaysia.. 

tapi macam biasa la, ada yang mencucuk dan akhirnya 34 orang enggan berpindah.. 

yang di Adam mata layan ice ni ada sekali kenapa? kenapa dia datang pula? nak jadi hero Kampung Kerinci pula ke?? ke dia nak ajar taktik berbaring dengan betul??

aku menyampah dengan si Adam ni.. memalukan nama Mahasiwa dan memalukan nama melayu.. 

entah betul entah tak dia kena tumbuk.. ke sekadar nak dapat perhatian orang  yang kononnya kau ada disana Adam oi!!!

hmm... Melayu..

HIDUP!!! HIDUP!!!! ADAM SENGAL!!! BELUM MATI!!! KENA PIJAK!!!!!

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..