SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, May 3, 2012

PANAS!!! Dr Ridhuan Tee Jawab Dr Khir Toyo








Belum tentu budi dikenang selepas mati


(Sinar Harian 30 Apr 2012)


Saya tidak menyangka artikel saya bertarikh 9 Apr 2012, mendapat respon segera daripada bekas Menteri Besar (MB) Selangor pada hari berikutnya.  Saya ucapkan terima kasih. Saya tidak berniat ‘membelasah’ seperti yang didakwanya. Saya masih menghormati beliau dan bersimpati dengan kes yang menimpa beliau. Ketika hukuman dijatuhkan, terdetik hati untuk lahirkan simpati, apakan daya saya tidak ada nombor telefonnya. Mungkin saya akan menerima pelawaannya suatu hari nanti.  


Teguran saya ikhlas. Tidak manis mengkritik parti sendiri melalui laman web anti-establishment yang kita sudah tahu niat busuk mereka. Laman web ini amat licik. Komen terhadap mereka diselindungkan, manakala komen menghentam kerajaan disiarkan segera. Saya amat yakin bekas MB itu tahu latar belakang laman web tersebut. Kenapa masih melayan mereka?


Saya menulis dari hati, tidak pernah disuruh oleh sesiapapun, termasuk orang ketiga. Saya bukan budak kecil yang boleh diperkotak-katikkan. Cuma, saya tidak mahu kita terperangkap. Lagipun bekas MB tersebut masih muda. Saya kurang pasti tentang kareer masa depan politiknya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang penting adalah memanfaatkan perjalanan hidup semasa masih bernyawa, kerana belum tentu jasa dikenang selepas mati. Ramai pemimpin yang telah mati, langsung tidak dipedulikan. Apatah lagi disebut-sebut sebagai tanda mengenang budinya.


Kecualilah mereka yang semasa hidupnya benar-benar berjasa dan merakyat, bertunjangkan iman dan takwa seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Keberadaan orang sebegini amat dinanti dan pemergian mereka begitu ditangisi. Kehilangannya amat dirasai. Sebaliknya, jika ketika di puncak kuasa, kita lupa diri, keberadaan kita dibodeki. Selepas itu, pemergiaan kita disyukuri. Rakyat bersorak gembira yahoo. Sedih juga melihat apabila seseorang pemimpin itu apabila sudah pencen, langsung tidak dipeduli rakyat lagi. Kehadiran mereka di masjid tidak dinanti. Menyedihkan lagi apabila tidak lagi didekati dan disalami.


Sebab itu, janganlah kita terlalu yakin, budi akan dikenangi selepas mati. Ingatan saya kepada pemimpin hari ini, tidak rugi jika semasa hidup dan berkuasa, kita ikut resmi padi, makin berisi, semakin merunduk. Jika Umno mahu memenangi semula Selangor, ramaikan pemimpin seperti ini. Hidup serba sederhana. Rakyat didahulukan. Pemimpin tidak perlu berebut-rebut projek. Kembalikan kepada rakyat, kerana saya yakin rakyat yang berjaya, akan membantunya kembali. Ingatlah, dunia ini hanya sementara. Jadikan ia sebagai alat bukan matlamat.


Pada saya, Umno tidak perlu tonjolkan lagi siapakah yang bakal menjadi MB jika berkuasa semula, kerana persaingan akan menjadi bertambah sengit. Apabila menang nanti, adalah calonnya. Negara kita tidak ketandusan pemimpin. Patah tumbuh hilang berganti. Siapa sangka bekas MB itu boleh dipilih sebagai MB? Adakah Perdana Menteri ketika itu menamakan MB Selangor sebelum itu? Semua orang terkejut apabila Perdana Menteri ketika itu mencadangkannya. Sekiranya bukan beliau yang dipilih, adakah Selangor tidak akan maju?


Kes yang sama ketika saya berforum bersama presiden CUEPACS. Dalam sesi soaljawab,  ada peserta bertanya, jika tidak ada presidennya hari ini, maka gaji kakitangan awam tidak akan naik. Kenyataan ini kurang tepat. Tanpa CUEPACS pun, gaji kakitangan tetap akan naik kerana sudah tiba masanya dan banyak persatuan  telah bersuara. Cuma, kebetulan, CUEPACSlah yang paling ramai keahliannya. Begitu juga dengan persatuan guru-guru. Suara mereka diberi perhatian. Pensyarah seperti kami belum tentu lagi, kerana kami hanya berjumlah 26 ribu, sedangkan ahli CUEPACS dan guru hampir 2 juta orang.


Justeru, saya menyeru kepada pemimpin semua, jangan hanya membelai seseorang untuk mendapat undinya. Tetapi berjuanglah secara ikhlas. Bantulah mereka yang memerlukan tanpa mengira berapa bilangan mereka. Nasib kita bukan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh Yang Maha Kuasa. Ikhlaskanlah diri kita, yakinlah Allah akan bersama.


Selangor akan terus maju, tidak kira siapa yang memimpin. Jika lantik kayu mati sekalipun, Selangor tidak akan mundur. Janganlah pemimpin ultra kiasu Melayu hari ini terlalu perasan dan bongkak. Selangor bernasib baik kerana bersebelahan dengan Kuala Lumpur. Sama juga dengan negeri Johor, yang bersebelahan dengan Singapura. Percikan kemajuan negara jiran  telah menyebabkan kita turut merasainya. 


Jika Selangor dipisahkan dengan lautan seperti Sabah dan Sarawak, belum tentu lagi Selangor boleh maju seperti hari ini. Lantiklah sehebat manapun pemimpin tersebut. Saya tidak kata Sabah Sarawak masih mundur. Tetapi untuk memajukan sebuah kawasan sebesar Semenanjung, bukanlah satu kerja mudah. Sebab itu, negeri-negeri sebegini memerlukan lebih daripada seorang Ketua Menteri. Jika kita mengharapkan seorang sahaja, akan berlakulah manipulasi kuasa.


Seperti juga Kuala Lumpur. Siapapun  ahli parlimennya, Kuala Lumpur akan terus maju, kerana ibu kota ini telah menjadi nadi pembangunan negara. Maka tidak hairanlah orang Cina memberikan undi kepada ultra kiasu. Jika sistem pentadbiran Kuala Lumpur sama seperti negeri-negeri lain, sudah lama Kuala Lumpur berketuamenterikan ultra kiasu. Maka tidak hairanlah, saban kali ultra kiasu terus mendesak supaya datuk bandar Kuala Lumpur dipilih melalui pilihan raya, bukan dilantik seperti amalan masa kini.


Justeru, tidak perlulah Barisan Nasional meletakkan calon atau bertanding di kawasan parlimen majoriti Cina seperti Kuala Lumpur. Memperhabiskan beras sahaja, kecualilah kawasan majoriti Melayu. Gunakan wang tersebut  bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan.


Bekas MB itu juga berkata, beliau tidak menegur kepimpinan Umno ketika berkuasa, kerana terikat dengan dasar parti. Budaya politik Umno sebegini mesti berubah. Tegurlah pemimpin ketika berkuasa. Di situlah baru benar-benar menguji kepimpinan kita, kerana kita tidak takut hilang kuasa. Jika kita hanya berani selepas tidak berkuasa atau pencen, nampak sangat niat kita tidak ikhlas, takut hilang kuasa.


Akhirnya, kepada para pemimpin, amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua, menjadi fardu ain, sama ada ketika berkuasa atau tidak. Berdosa, jika kita tidak melaksanakannya. Pemimpin tertinggi negara atau menteri-menteri sebenarnya tidak sombong. Mereka yang saya kenali bersifat terbuka. Kita sahaja yang terlalu takut dan terlalu berprotokol. Lebih menyedihkan lagi, yang banyak songel bukannya pak menteri, tetapi orang-orang di sekeliling menteri. Lebih garpu daripada sudu. Inilah yang dikatakan sokong membawa rebah.


Saya akan ulas mengenai Bersih 3.0 minggu hadapan, BERSIH yang menjijikkan, 


Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


diambil dari laman blog: Ridhuan Tee



hmm.. melayu..

#BERSIH 3.0 GAGAL SEBAB SIKAP MELAYU!!



dalam aku menonton video-video BERSHIT 3.0, aku terjumpa satu video yang sangat menarik hati.. 


tentang seorang wanita cina memaki hamun wartawan asing yang membuat liputan dari sebalik kawat duri PDRM di Dataran Merdeka..


yang menariknya, wartawan itu menjawab kembali kata-kata wanita cina itu dengan mengatakan,  "saya orang ISLAM, Saya tinggal di sini, Isteri saya orang malaysia, Jangan BIADAP!!"


terkedu wanita cina itu bila dijerkah dengan bahasa melayu.. aku boleh bayangkan betapa malunya dia ketika itu.. mungkin tahap malunya hingga dia sanggup balik ke rumah terus...




alangkah bagusnya jika ada orang ISLAM dikalangan peserta demonstrasi itu yang menegur wanita cina ini supaya tidak biadap kerana wartawan itu telah memperkenalkan dirinya sebagai orang ISLAM juga.. tapi sayangnya kedengaran juga kata-kata kesat dihamburkan kearah wartawan itu oleh penyokong BERSHIT yang rata-ratanya orang ISLAM...


satu yang aku puji kepada si wartawan adalah keberaniannya untuk menjawab dan melawan kebiadapan wanita cina itu..


aku juga mahu Umat MELAYU hari ini bangkit untuk menyatakan protes mereka terhadap golongan-golongan yang menggunakan nama rakyat untuk menjayakan agenda peribadi mereka.. 


aku juga mahu umat MELAYU yang beragama ISLAM bangkit menyatakan protes mereka terhadap golongan-golongan yang menggunakan nama agama untuk mendapat sokongan..


aku amat-amat mahu supaya umat MELAYU bangkit menolak golongan-golongan yang cuba menjadikan mereka boneka... 


tapi itu sekadar aku...


hmm.. melayu..

Wednesday, May 2, 2012

#BERSIH 3.0 Tun Dr Mahathir Mula Bercakap..




Melayu Mudah Lupa... Sedihnya tengok Tun walaupun tak sihat masih lagi berjuang... 
TERIMA KASIH TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD...

hmm.. melayu..

Tuesday, May 1, 2012

#BERSIH 3.0 GAGAL!! KINI AMBIGA SALAHKAN PAS... DSAI KENA BELASAH!!

sebelum ini ramai sudah yang berkata, tapi tak diendahkan... 


aku sendiri dah menyebutnya ketika aku menghantar surat aduan tentang penempatan haram ajaran sesat Dataran Merdeka tapi jelas dan terang di tolak oleh mereka yang sempit pemikirannya..





setelah banyak bantahan dari pelbagai pihak tapi masih lagi berdegil.. 


walaupun telah diberikan tempat alternatif tapi masih lagi tidak mahu menggunakan tempat lain..


kini selepas masalah timbul, mulalah sesi menunding jari.. Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga yang terkenal dengan sokongan terhadap LGBT dan pernah menjadi peguam kepada  Azlina Jailani untuk membuang perkataan ISLAM dalam kad pengenalannya kini menunding jari kepada Unit Amal PAS yang mengetuai rempuhan yang dibuat oleh PDRM.. -klik sini-






DSAI dan pakatan pembangkang seperti biasa menyalahkan UMNO dan PDRM atas apa yang terjadi.. 


PAS hanya mendiamkan diri dan menerima segala beban menanggung kesalahan yang diberi...


tapi rakyat tidak bodoh.. rakyat tak boleh ditipu lagi... penyokong BERSIH sendiri telah bersuara untuk menghentam DSAI dalam sidang akhbarnya sendiri.. 





wartawan yang selalu bersama dengan DSAI juga menghentamnya dengan soalan-soalan mengenai "isyarat tangan" kepada Azmin Ali serta bisikan Azmin kepada lelaki India yang memulakan rempuhan.. 






aku agak mual membaca blog-blog dan FB juak-juak pembangkang yang cuba menghalalkan apa yang terjadi pada 28 April lalu.. 


kononnya polis memulakan provokasi.. kononnya ketika tersasar selepas dibaling batu dan kereta dipijak, kereta polis melanggar ibu mengandung yang berada di tepi jalan dan membuatkan mereka memukul polis tersebut.. 
kalau benar dakwaan itu, dimanakah ibu mengandung yang dilanggar itu? hospital manakah yang dihantarkan ibu itu? kalau benarlah wujud seperti yang diceritakan oleh juak-juak penjilat itu, sudah tentu Harakahdaily, Suara Keadilan dan Malaysiakini akan menayangkan muka ibu tersebut dan mengangkat dia seperti Virgin Mary.. 


akhirnya, PDRM keluar dengan kenyataan media dan video mereka sendiri yang menghapuskan segala dakwaan dan tohmahan terhadap mereka.. 







hari ini rakyat dah lihat sendiri dengan mata kepala mereka mengenai apa yang mereka gelar sebagai BERSIH tapi sebenarnya sekotor tohmahan yang mereka lempar..


hari ini rakyat perlu membuat keputusan samaada mahu menerima atau menolak mereka yang sebegini... 


hari ini rakyat perlu mengatakan pendirian mereka untuk menolak golongan yang kononnya menggunakan nama rakyat untuk kepentingan politik dan peribadi masing-masing..


hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..