Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Alhamdulillah.. Tuhan masih lagi memberikan aku sedikit kekuatan dan kelapangan hidup hingga hari ini… aku masih lagi mampu bergerak di dala...
-
hari ini hari ahad... hari dimana aku sangat suka membaca akhbar dimana terdapat banyak artikel.. hari ini adalah hari dimana mereka yang fa...
-
Str***XX25: no need to be so surprise Str***XX25: most of the chinese think like that Str***XX25: malay also sometime will marah cina ba...
-
dalam aku menonton video-video BERSHIT 3.0, aku terjumpa satu video yang sangat menarik hati.. tentang seorang wanita cina memaki hamun ...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Hari ini adalah tarikh keramat oleh bagi warga Malaysia.. Pengertian tarikh ini berbeza mengikut individu, berbeza mengikut bangsa dan be...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Monday, May 14, 2012
Dari Dr. Ridhuan Tee: #BERSIH itu JIJIK..
Bila BERSIH bertukar JIJIK
(Sinar Harian 7 Mei 2012)
Demonstrasi jalanan duduk bantah, Bersih 3.0 minggu lalu telahpun berakhir. Janji duduk bantah tidak lagi lagi dipatuhi, yang jelas ramai yang berdiri memberi isyarat, berjalan, berlari, membuat kacau bilau dan lari. Sama ada mencapai matlamatnya atau tidak, itu sudah tidak penting. Apa yang lebih penting adalah kesan yang ditinggalkan.
Pada kumpulan ini, sudah tentu mendakwa tindakan ‘paling berjaya’. Mereka merancang meneruskan Bersih 4.0. Apapun Bersih sudah tidak lagi bersih, tetapi amat menjijikkan. Gelagat pemimpin-pemimpin ultra kiasu laksana jaguh kampung. Lebih melucukan, mereka mendakwa lebih 300,000 telah keluar menyertai perhimpunan tersebut. Wah! Hebatnya.
Perlakuan yang baik-baik semuanya mereka. Manakala aksi yang buruk dan provokasi pada mereka, adalah tindakan pihak tertentu, terutama yang dirujuk di sini adalah Umno. Pendek kata, ultra kiasu Bersih adalah betul, yang salah adalah pihak berkuasa (polis) dan Umno. Maklumlah, siapa nak mengaku berak tengah jalan. Inilah politik desperado, mereka yang ingin menguasai Putrajaya. Pemimpin inikah yang kita harapkan memimpin negara?
Golongan ini mengatakan demokrasi telah mati di Malaysia. Kerajaan bertindak kejam seperti Hitler dan Stalin. Apakah yang dimaksudkan demokrasi? Adakah demokrasi bermakna mengikuti semua yang diamalkan di barat tanpa ubah suai mengikut acuan kita? Adakah demokrasi semuanya benar? Adakah "Gay, Lesbian, Bisexual, Transgender" (LGBT) dibolehkah atas nama demokrasi? Jika begitu keadaannya, akidah kita sudah tergelincir. Sekadar suka dengan amalan tersebut, saya tidaklah hairan. Tetapi untuk menghalalkannya, jangan sama sekali. Inilah sifat ultra kiasu Melayu yang mengaku Islam.
Beliau juga mendakwa ahli Bersih terlibat begitu berdisiplin, mendengar arahan dan patuh kepada cakap ketua. Bagaimana penilaian dibuat? Hebat sangatkah kepemimpinan beliau sehingga boleh mengawal keadaan yang kelam kabut itu? Bolehkah arahannya dipatuhi? Apakah jaminan peserta demonstrasi tidak merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka?
Adakah wajar mereka ditinggalkan begitu sahaja selepas menunjukkan muka seketika? Nampak sangat kita pengecut, kerana takut dipersalahkan jika berlaku apa-apa. Selepas itu, mudahlah bagi kita menuding jari dan menyalahkan orang lain. Sepatutnya sebagai pemimpin yang baik, kita sepatutnya berada di sana sehingga demonstrasi selesai.
Apa yang saya lihat, kebanyakan pemimpin mereka datang sebentar sahaja, menunjukkan muka, memberi isyarat, selepas itu, lari, menghilangkan diri. Bayangkan selepas itu, berlaku perkara yang tidak diingini, siapakah yang memberi arahan dan meleraikan suasana kelam kabut tersebut kalau bukan pihak berkuasa?
Insiden yang sama berlaku ke atas Dewan Pemuda PAS yang menuntut akhbar Sinar Harian meminta maaf dan menarik balik laporan yang mendakwa anggota Unit Amal menyerbu ke arah pihak polis semasa perhimpunan di luar Kuala Lumpur City Centre. Mereka menyifatkan tindakan tersebut sebagai “tidak munasabah”. Rekod Unit Amal, dakwanya begitu ‘bersih’ selama ini. Pada mereka, tidak masuk akal dan tidak munasabah untuk mempercayai bahawa mereka akan menggunakan kekerasan dan menyerbu pihak polis. Pendek kata, wartawan salah, mereka yang betul. Sedangkan wartawan Sinar Harian sudah terkenal dengan integriti dan ketelusannya.
Persoalannya, bukan soal rekod, munasabah atau tidak, tetapi keadaan yang berlaku ketika itu. Hebat sangatkah unit amal boleh mengawal keadaan yang tidak tentu keruan? Unit Amal bukannya malaikat. Mereka juga adalah manusia. Apakah mungkin mereka tidak melakukan kesalahan? Persepsi golongan ini terhadap polis sudah negatif sejak awal? Bila diperlukan kita puji polis. Bila dalam begini, kita hina, kutuk dan lawan mereka. Adakah ini wajar?
Pada saya, perhimpunan tersebut akan menjadi lebih teratur jika diadakan tempat tertutup seperti di stadium atau lokasi negeri yang diperintah oleh ultra kiasu. Kenapa mereka tidak mahu dan berkeras? Jawapannya, dengan berada di jalanan, menampakkan seolah-olah mereka ramai kerana orang awam turut berada di situ untuk melihat gelagat mereka. Mereka mahu publisiti murahan. Takut-takut nanti tidak ramai, ada yang akan mendakwa demonstrasi itu tidak berjaya. Justeru itu, mereka begitu beriya-iya agar ianya berlaku di jalanan.
Janganlah terlalu obsess dengan kejayaan rakyat Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir. Budaya Arab berbeza dengan budaya Melayu atau rakyat negara kita. Lagipun, rakyat Mesir menentang regim yang zalim. Perjuangannya sangat jelas. Tidak hairanlah jika ada yang ‘mati syahid’ sekalipun. Adakah keadaan sama Malaysia seperti itu? Kita bersekongkol dalam demonstrasi tersebut, dengan pemimpin-pemimpin salah laku dan melakukan pengkhianatan terhadap Islam.
Isu pendaftaran pemilih (SPR) adalah alat sahaja. Matlamat mereka adalah untuk meraih simpati, menunjukkan kehebatan dalam usaha menawan Putrajaya. Selaku ahli akademik yang pernah mengkaji peranan dan fungsi SPR, dahulu saya memang tidak nafikan ada banyak kelemahan SPR. Hari ini, SPR sudah banyak berubah. Penambaikan begitu ketara.
Soal sama ada pemimpin-pemimpin SPR adalah ahli Umno atau tidak, bukan soalnya. Ramai penjawat awam di negeri-negeri Pakatan Rakyat menjadi ahli parti mereka, kenapa tidak dipertikaikan? Bagaimana dengan kredibiliti mereka? Adakah mereka tidak bias dalam membuat keputusan? Pada saya, menjadi ahli parti tidak salah, selagi mana penjawat awam tersebut ada sifat takutkan Allah.
Menurut rakan facebook saya, hari ini rakyat diajar demonstrasi lawan kerajaan. Esok lusa, akan ada demonstrasi lawan mereka yang memperkenalkan budaya demonstrasi jalanan ini. Mereka takkan dapat duduk selesa dengan ajaran dan anjuran mereka sendiri. Pasti akan makan tuan. Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan cakap tidak serupa bikin golongan ultra kiasu Melayu dan bukan Melayu ini.
Saya masih teringat dalam rancangan Bicara Rakyat TV1, bertarikh 30 Mac 2012, Ketua Angkatan Muda Keadilan, berkata jika mahu mati, matilah di Selangor, akan dapat RM3000 wang khairat kematian. Ibu saya baharu sahaja meninggal pada 29 Februari yang lalu, di Ampang, Selangor. Begitu juga adik ipar saya. Saya tidak nampakpun sejumlah wang disebutkan, hatta satu sen pun tidak ada. Bolehkah orang ini dipercayai dan dipatuhi arahannya? Jijik sungguh.
hmm.. melayu..
Sunday, May 13, 2012
Melayu Cetus Peristiwa 13 MEI 1969??
Hari ini adalah tarikh keramat oleh bagi warga Malaysia.. Pengertian tarikh ini berbeza mengikut individu, berbeza mengikut bangsa dan berbeza mengikut fahaman politik..
Tapi yang pasti apapun pemahaman mereka, semua bersetuju bahawa apa yang berlaku pada tarikh itu tidak patut di ulangi dan wajib dihindari..
Orang melayu melihat peristiwa itu merupakan hari dimana orang melayu bangkit untuk menentang kebiadaban orang cina yang mengambil kesempatan terhadap kemenangan besar DAP dalam pilihanraya umum ke 3 pada 10 mei 1969..
DAP dan penyokong mereka menuduh peristiwa berdarah ini adalah agenda UMNO bagi memecahkan kaum dan bagi menjatuhkan Tunku Abdul Rahman yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri..
Ini dilihat oleh beberapa pemerhati sebagai cara untuk mengalihkan kesalahan dan tanggungjawab dari perarakan mereka yang menjadi tidak terkawal dan biadab bila membawa replika penyapu, mencemuh orang melayu dengan kata-kata kesat dan kata-kata menghalau orang melayu dari Kuala Lumpur..
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang di titahkan Oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mentadbir negara selepas Baginda mengistiharkan darurat mendapati apa yang berlaku pada 13 Mei itu adalah pencetus dari rasa tak puas hati dan curiga orang melayu terhadap orang cina dan orang cina terhadap orang melayu..
Orang melayu berasa tidak puas hati melihat kerakyatan orang bukan melayu yang mempunyai kek ekonomi jauh lebih besar dari orang melayu.. Mereka melihat penguasaan ekonomi ini bersifat perkauman dan tidak dikongsikan bersama..
Orang melayu merasakan mereka tidak dapat menikmati perbezaan dan pembelaan dari segi ekonomi walaupun selepas kemerdekaan..
Orang cina juga dilihat membolot segala peluang yang ada kerana mereka lebih kaya dan lebih berpendidikan sejak dari zaman British lagi..
Orang cina pula diracun fikiran mereka oleh fahaman PAP pimpinan Lee Kwan Yiew dan kemudian di teruskan oleh DAP selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia..
Fahaman Malaysian Malaysia dan mempertikaikan Kedudukan Istimewa orang melayu dan bumiputera telah membuatkan orang cina melupakan persetujuan ketika orang melayu menerima kerakyatan mereka dalam Persekutuan Tanah Melayu..
Ada banyak buku yang menceritakan perihal peristiwa 13 Mei 1969 termasuklah dari MAGERAN, Tunku Abdul Rahman malah Lee Kwan Yiew menulis mengenainya dalam buku My Story.. Lim Guan Eng juga tak ketinggalan menulis mengenai peristiwa berdarah ini..
Sehingga hari ini aku sekadar pernah membaca kira-kira 20 buah buku mengenai 13Mei 1969 dan aku yakin ada lebih banyak lagi buku dan artikel yang menulis mengenainya..
Soalan yang aku tanyakan bila diminta untuk membincangkan mengenai perkara ini bukan apa yang sebenarnya berlaku tapi adalah kita akan membenarkan ianya berlaku sekali lagi..
Apabila orang melayu hanya mempertahankan hak tapi tidak menggunakan hak mereka untuk meningkatkan diri dan keluarga maka orang melayu akan terkebelakang..
Bila orang melayu berpuak-puak dan mengetepikan survival bangsa tapi sekadar berkata-kata untuk mempertahankan bangsa maka melayu itu akan kembali pada keadaan sebelum peristiwa 13 Mei..
Adakah kita nak tunggu kehilangan segalanya baru kita nak berparang dan berbunuhan untuk mendapatkan kembali hak kita?
Peristiwa 13 Mei dapat dibendung dan dikawal kerana kuasa yang ada adalah milik kita.. Kerana itu kita dapat membantu orang melayu meningkatkan diri dengan program-program seperti FELDA dan DEB..
Hari ni program-program juga terus dibuat dan di rencanakan untuk membantu orang melayu mengikut arus pembangunan tapi berapa ramai yang mengambil kesempatan?
Akhirnya mereka yang berjaya mengambil peluang di cop kroni dan dituduh dengan pelbagai tuduhan.. Yang lebih sedih lagi apabila tuduhan ini diulang seperti burung kakak tua oleh mereka yang tak mengambil peluang dan dengki pada kejayaan mereka yang berusaha..
Maka ingatlah wahai melayu, jika berlaku lagi peristiwa seperti 13 Mei 1969.. Maka kitalah penyebabnya..
Saturday, May 12, 2012
Demonstrasi Post #BERSIH 3.0 Depan Rumah Ambiga Report Polis
"Jangan ganggu privasi saya".. Itu ungkapan dari mulut Pengerusi BERSHIT mengenai tindakan seorang peniaga membuka booth burger dihadapan rumah Ambiga bagi menuntut kerugian yang dialami beliau ketika BERSHIT 3.0..
Kata Ambiga, tindakan peniaga itu mengganggu privasinya dan membuatkan jiran-jirannya di perumahan mewah Bukit Damansara berasa terganggu dengan kehadiran gerai burger yang menarik kehadiran ramai pengunjung itu..
Mungkin Ambiga hanya memikirkan privasinya terganggu dan lupa tentang ribuan lagi warga kota yang terganggu mata pencariannya dan hak mereka untuk membeli belah selepas mendapat kenaikan gaji...
Mungkin Ambiga merasakan apa yang dia rasa adalah lebih penting dari apa yang ribuan warga kota yang terjejas rasai..
Kali ini jelas dan terang bahawa BERSHIT kali ini benar-benar menjelekkan rakyat Malaysia hingga ada yang bertindak sebegini rupa..
Jika PDRM dan DBKL bertindak terhadap peniaga yang berniaga burger di hadapan rumah Ambiga, maka wajiblah juga diambil tindakan terhadap Ambiga yang merupakan penganjur BERSHIT atas segala kerosakan dan kekotoran yang dibawanya..
Thursday, May 10, 2012
HANGAT!!! #BERSIH 3.0 DEMONSTRASI DIHADAPAN RUMAH AMBIGA!!!!
'Protes burger' depan rumah Ambiga - Malaysiakini
Satu tindakan yang hebat dari peniaga-peniaga yang menggunakan apa yang mereka ada dan kemampuan mereka untuk menunjukkan protes kepada BERSHIT!!!
Saya dah bertindak..
Mereka dah bertindak..
ANDA BILA LAGI???
BUKTIKAN YANG MEREKA TIDAK MEWAKILI SUARA KITA!!!
SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..
AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..






