SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, July 10, 2012

Mencari identiti bangsa Malaysia


Tulisan dari Dr. Ridhuan Tee yang aku rasa patut aku kongsikan..





Mencari identiti bangsa Malaysia


 (Sinar Harian 9 Jul 2012)


Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.


Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?





Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.


Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.


Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai’i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semua pendatang adalah peneroka. Adakalanya peneroka datang untuk tinggal, dan mengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakan tenaga pekerja mereka sebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.


Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?


Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?


Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka  sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.


Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?


Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.


Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.


Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.


Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadi precedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.


Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  “When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: ‘The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine”.


Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.


Dari Laman Blog: Ridhuan Tee



Soalan aku setiap kali membaca tulisan Dr. Ridhuan Tee ini ialah kenapa melayu masih lagi tidak sedar dan bertindak?


yang cukup umurnya bertindak melalui kertas undi..


yang berkuasanya bertindak melalui tindakan...


yang berpendidikannya bertindak melalui kecemerlangan akademik...


yang berkeluarganya bertindak dengan menyusun masa depan anak-anak...


tapi hari ini aku lihat melayu masih lagi selesa dan tidak sedar... 



hmm.. melayu..

Wednesday, July 4, 2012

Bukti Malaysia Negara RACIST. Siri 2



Pemberian belum tentu dibalas


(Sinar Harian 25 Jun 2012)


Semakin dekat tarikh pilihan raya, kemunculan ultra kiasu semakin ramai. Tuntutan demi tuntutan yang tidak munasabah semakin banyak dikemukakan. Sama ada logik atau tidak, berpaksi kepada undang-undang atau tidak, mengambil kira roh perlembagaan atau tidak, semua sudah tidak penting lagi. Strategi dan perancangan mesti dimuktamadkan. Tuntut dan desak seekstrem-ekstremnya. Dapatkan sebanyak yang mungkin. Kesempatan keemasan ini mungkin tidak datang dua kali. Sikap ultra kiasu sudah berjangkit kepada orang lain ibarat teori domino.


Malangnya, kita asyik melayan. Apa yang diberi akan menjadi precedence. Apabila sudah ada precedence, mudahlah segala kerja pada masa akan datang. Masalahnya, belum tentu segala yang diberikan akan dibalas. Saya amat bimbang, apabila segalanya telah diberikan, Barisan Nasional (BN) pun tumbang dalam pilihan raya. Selepas itu, Pakatan Rakyat (PR) pula memerintah. Sudah tentu PR akan memberi lebih banyak lagi, bagi mengekalkan kuasa.


Maka, tidak hairanlah jika ultra kiasu memberi lebih sedikit peruntukan kepada Islam dan institusi Islam di Pulau Pinang, berbanding zaman BN memerintah. Mereka terpaksa berpura-pura walaupun berat hati. Jika tidak, sudah tentu ultra kiasu tidak akan bertahan lama. Janganlah terlalu memuji bila mana ultra kiasu memberi bantuan kepada Islam. Mesti ada sebab musababnya.  


Malangnya hari ini, kita asyik melepas tali, akhirnya, agenda ultra kiasu menjadi semakin ultra, manakala agenda pribumi dan Islam entah ke mana. Fenomena sebegini hanya berlaku di negara kita. Di negara lain, mereka akan tegas dengan memperkasakan agenda nasional berbanding bangsa.


Saya terpaksa menulis demi kebaikan bersama, dan masa depan umat Islam. Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sikap dan undang-undang yang terlalu longgar akan membawa kepada pembentukan ekstremisme. Sikap ultra kiasu akan semakin menjadi-jadi.


Terbaharu, Parti Progresif Rakyat (PPP) mahukan semua orang India yang lahir selepas merdeka diberi taraf bumiputera. Manakala, Dewan Perniagaan India mahukan 10 peratus kontrak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerajaan diberikan kepada mereka. Persoalannya, siapakah yang akan mengalah? Pembaca sudah tentu ada jawapan.


Sebelum itu, presiden MIC mahukan 10 peratus kuota pelajar India di Matrikulasi. Sedangkan populasi orang India hanya 7 peratus. Ultra kiasu tidak pernah berputus asas. Perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan bilangan pelajar mereka mengikuti pengajian peringkat matrikulasi, bagi membolehkan lebih ramai daripada kaum tersebut menuntut di institusi pengajian tinggi awam terus dilakukan. Jika mereka benar-benar layak, saya masih bersedap hati.


Dalam isu pendidikan pula, presiden MIC berkata sebanyak 35 buah sekolah Tamil yang terletak di ladang Sime Darby di seluruh negara akan sama ada dipindahkan ke kawasan lebih sesuai atau menyaksikan pembinaan blok baru. Selangor menyaksikan jumlah sekolah terbanyak iaitu sebanyak 14 buah, diikuti  Johor (8 buah), Negeri Sembilan (empat), Kedah (tiga), Melaka (dua), Pahang (dua) dan Perak (dua). Mereka hanya mahukan satu, roboh mesti diganti. Yang sedia ada perlu diperbaharui dan ditambah? Isu sekolah ini turut dibawa bersekali dengan isu kuil kerana kedua-dua berada di tempat sama.


Peliknya, mereka menuntut sesuatu hak berasaskan kepada populasi atau bilangan. Kenapa dalam soal kuil tidak dihadkan kepada 7 sahaja mengikut keperluan. Lihatlah strategi mereka, yang lebih disenyapkan dan mahu ditambah lagi. Manakala, yang belum dapat, terus didesak agar diberikan.


Semua perkara ini seolah-olah telah dirancang dengan rapi, bezanya disuarakan oleh orang yang berlainan.


Lebih 70 peratus kekayaan ekonomi negara dikuasai oleh orang Cina dengan populasi mereka di sekitar 25 peratus. Jika semua dibuka kepada bukan Melayu, apa yang tinggal pada orang pribumi. Kenapa tidak dihadkan sahaja kepada 25 peratus. Selebihnya diberikan kepada yang lebih berhak. Inilah keunikan negara kita. Kita tidak mengamalkan dasar komunis. Tetapi kebebasan tanpa had atas nama demokrasi.


Begitu juga saya difahamkan orang kuat Air Asia mendapat lesen membina 20 sekolah antarabangsa (Sekolah Inggeris). Manakala orang Cina yang menuntut ditambah sekolah persendirian Cina tidak dibenarkan. Apa sebenarnya polisi atau pendirian kita? Isu kaum atau isu kelas? Saya semakin bercelaru melihat dan menganalisis pembentukan dan agenda negara Malaysia. Semuanya menjadi caca merba. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh.


Jika inilah pembawaannya, sistem pendidikan kita tidak akan ke mana-mana. Menjeritlah sekuat mana sekalipun pejuang-pejuang bahasa. Kuasa mutlaknya bukan ditangan mereka. Tetapi di tangan ahli politik yang bertanggungjawab meluluskannya.


Terbaharu lagi, Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan Southern College yang dipunyai oleh NGO Cina kepada Kolej Universiti, yang asalnya dahulu adalah sekolah persendirian sahaja. Banyak yang sedang menunggu untuk mendapatkan status Kolej Universiti, terutama Kolej New Era, di Kajang dan Kolej Han Chiang, Pulau Pinang.




Boleh dikatakan semua kolej Cina yang wujud ini berasal dari sekolah persendirian Cina. Apabila sekolah persendirian ini telah bertapak, maka berlakukan evolusinya. Kini mereka mahu sekolah sebegini ditambah lagi.


Persoalan saya, apakah prasyaratnya? Bahasa apa yang akan digunakan? Sebenarnya, inilah yang dikatakan universiti merdeka. Kita melewatkan pembinaan sekolah persendirian Cina. Tetapi apakah bezanya dengan kolej swasta yang telah diluluskan kepada taraf kolej universiti? Kolej New Era, sepanjang kajian saya beroperasi 100 peratus kecinaan. Bahasa rasminya adalah bahasa ibunda.


Kolej sebegini hanya akan dipenuhi oleh satu bangsa sahaja. Melihat kepada nama dan papan tanda kolej ini jelas menunjukkan bahawa bahasa kebangsaan langsung tidak didaulatkan. Sepatutnya setiap papan tanda, apa jua tanda nama, hendaklah didahului dengan jawi, bahasa roman dan diikuti dengan tulisan ibunda. Namun, keadaan semuanya sudah menjadi caca merba. Salah siapakah semua ini berlaku? Saya amat keliru dan terus keliru.






hmm.. melayu..

Bukti Malaysia Negara RACIST. Siri 1

Laman Web New Era College


laman web kolej swasta diatas bukan sebuah laman web untuk kolej swasta di Shanghai mahupun Hong Kong tetapi sebuah laman web kolej swasta di Malaysia yang dimiliki oleh oleh Dong Jiau Zhong Learning Centre, sebuah organisasi pendidikan cina yang menuntut pelbagai tuntutan melampau..

laman web tanpa bahasa melayu nyata tidak bersifat Malaysia ternyata amat kecinaan jelas menunjukkan keangkuhan mereka yang mahu menjadi lebih cina dari orang di China...

lebih menarik lagi apabila difikirkan, golongan inilah yang kononnya memperjuangkan Malaysia Malaysian.. mereka jugalah yang memulakan kata-kata kononnya sudah tiba masanya Malaysia ini meninggalkan konsep berasaskan kaum... 

tapi tak mengapalah... kerana bila bercakap mengenai kaum dan kepentingan bangsa, Melayu sajalah yang perkauman.. melayu sajalah yang RACIST.. kaum lain tak RACIST...

Dong Zhong itu RACIST!!!... 
Mana-Mana orang Cina yang menyokong Tuntutan Dong Zhong itu wajar di dakwa dibawah AKTA HASUTAN!!!!

hmm.. melayu..

Tuesday, July 3, 2012

Video Pejabat MB Akhirnya Tersebar!!!!



Diatas adalah video CCTV dari dalam pejabat MB Selangor.. Pada yang lupa, MB pernah mengadakan sidang media berkaitan dengan penemuan CCTV dalam pejabatnya.. 

Namun amat pelik lagi apabila penemuan itu tidak di laporkan kepada polis..
Sesuatu yang amat pelik untuk dilakukan jika benar dakwaan MB Selangor itu..


Aku sendiri pada masa itu merasakan itu sekadar gimik politik ketika beliau baru menjadi MB.. Aku menunggu juga beliau menunding jari pada UMNO tapi beliau tak berbuat demikian.. Malah isu ini tidak pernah dibangkitkan di mana-mana ceramah PKR mahupun PAS..






Kini keluar pula video dari dalam pejabat MB itu.. 
MB Tan Sri Khalid yang sepatutnya sudah ada banyak masalah dibebankan dengan masalah ini pula..
Memang sebelum ini pun Tan Sri Khalid sudah ditimpa pelbagai kontroversi.. 
Bermula dengan pembubaran PKR Parlimen Kuala Selangor..
Diikuti dengan dereten masalah dalaman PKR Selangor.. Krisis kepercayaan antara PKR Bandar Tun Razak dengan beliau.. Masalah janji-janji PRU 12 yang tak ditunaikan dan masalah antara beliau dengan pucuk pimpinan PKR pusat..


Terbaru adalah skandal surat sokongan oleh Setiausaha Politiknya kepada GLC kerajaan Selangor, penyalahgunaan dana Geran Selangorku dan menyaksikan Faekah menghentam Azmin Ali secara terbuka.. yang terbaru perletakan jawatan Rafizi yang dilihat memberi tekanan kepada MB itu...






Umum tahu desas-desus mengenai konflik antara Azmin Ali yang dikatakan bercita-cita menjadi MB Selangor dengan Tan Sri Khalid.. Ini ditambahkan dengan kononnya Presiden PKR yang menyokong Tan Sri Khalid..


Kelihatannya semua orang dalam PKR sedang cuba memangkah dan menjatuhkan lawan politik masing-masing sebelum pengumuman calon-calon PRU 13.. Hingga kini ramai yang telah dikatakan "dibunuh" kerjaya politiknya dan antara nama yang disebut-sebut sebagai mangsa ialah Badrul Amin yang ditangkap khalwat di Kuantan tidak lama dahulu...

Tapi seperti biasa, mereka akan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan akan mencanangkan dalam ceramah-ceramah politik mereka.. Malah isu ini akan dipusing-pusing umpama gasing oleh juak-juak mereka samada di kedai kopi mahupun alam cyber..

Rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.. Rakyat sedang memerhati... Dan Rakyat tak bodoh...








Hmm... Melayu...


Published with Blogger-droid v2.0.6

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..