SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, August 26, 2012

70,000 tetamu dijangka hadir rumah terbuka Najib di Pekan esok





PEKAN: Majlis rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, esok dijangka menarik kira-kira 70,000 tetamu. 

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, setakat ini persiapan majlis yang akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu berjalan lancar. "Kira-kira 200 gerai dari 150 pembekal makanan sekitar Pekan juga bersedia menyediakan pelbagai jenis juadah hari raya termasuk makanan tempatan seperti opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, nasi minyak dan roti jala," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan persiapan majlis akhir tersebut di sini, hari ini. 
Ishak berkata, sambutan rumah terbuka esok bukan sahaja mahu meraikan penduduk Pekan dan orang ramai tetapi turut mempromosi makanan tradisional Pekan. 


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka itu. 

Perdana Menteri akan menyampaikan sumbangan kepada 200 bakal jemaah haji dari Pekan selain pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis terbabit, katanya. 

"Beberapa orang artis terkenal seperti Awie (Wings), penyanyi Syed Sobrie, Azie, Noraniza Idris, Nassier Wahab, DJ Dave dan Hattan turut dijemput memeriahkan majlis," katanya sambil menambah majlis akan dihoskan Linda Onn, Sharifah Shahira, Lan Pet Pet dan Sathiya. - BERNAMA 

Saturday, August 25, 2012

HANGAT!!!! Datang beraya kena tetak



Tangan kiri lelaki hampir putus dilibas pedang

Kuala Lumpur: Niat seorang lelaki untuk mengunjungi kekasihnya sempena Aidilfitri, Ahad lalu, bertukar tragedi apabila tangan kirinya hampir putus ditetak rakan teman wanitanya itu. Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun, pada mulanya disambut baik teman wanitanya di Flat Seri Melaka, Bandar Tun Razak, Cheras dekat sini sebelum berbual panjang bersama seorang lelaki yang juga rakan teman wanitanya. 
"Mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek dipercayai akibat cemburu sebelum lelaki itu mengambil pedang samurai dan melibas ke arah mangsa”. - Mohan Singh Tara Singh, Ketua Polis Daerah Cheras
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang selepas berlaku perselisihan faham sehingga suspek yang berusia 30-an secara tiba-tiba cemburu dengan hubungan mangsa dan wanita berkenaan menyebabkan dia bertindak menetak tangan mangsa menggunakan pedang samurai.


Tak dapat terima hubungan akrab pasangan


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata berdasarkan laporan yang diterima, mangsa diserang suspek yang dipercayai tidak dapat menerima hubungan akrab antara pasangan berkenaan.

“Mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek dipercayai akibat cemburu sebelum lelaki itu mengambil pedang samurai di rumah itu dan melibas ke arah mangsa. “Semasa kejadian mangsa dilaporkan cuba mengelak serangan dan terkena libasan menyebabkan pergelangan tangannya hampir putus,” katanya di sini, semalam.

Mohan Singh berkata, berikutan kejadian itu, polis memburu lelaki berkenaan dan teman wanita mangsa yang dipercayai melarikan diri bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, mangsa yang sempat dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dalam keadaan stabil dan tangan kirinya berjaya dicantum semula.

Polis memcari teman wanita mangsa, Hazirah Abdul Aziz, 22, di alamat terakhir di Flat Seri Melaka, Mohd Ifendi Mohd Nafiah, 30, di alamat terakhir di Flat Seri Sabah untuk membantu siasatan.






hmm.. melayu..

Rumah terbuka Dr M



Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mengadakan rumah terbuka Aidilfitri hari ini. 

Majlis berkenaan akan diadakan di kediaman mereka di Lot 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort, Seri Kembangan mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Orang ramai dijemput hadir. 
-Berita Harian-




hmm.. melayu..

Monday, August 13, 2012

Isteri Pukul Suami Sebab Tak Dapat Baju Raya..

Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku di Kampung Baru, Kuala Lumpur..

Sangat pelik dunia hari ini apabila isteri menyerang suami sendiri apabila suami meminta untuk berjimat cermat..

Tapi selepas aku fikirkan, perkara ini adalah satu amalan dalam hidup kita sebenarnya..

Kita diajar oleh pembangkang untuk bertindak luar batas kewarasan demi untuk mendapatkan apa yang kita mahu..

Perhimpunan haram BERSHIT 1, 2 &3, perhimpunan HINDRAF, Perhimpunan Bantah PPSMI adalah antara perkara yang dilakukan..
Itu belum lagi dalam ceramah-ceramah yang menyuruh pendengar supaya menggulingkan kerajaan dengan cara yang tidak demokratik..

Jadi dari awal mulanya aku agak pelik dengan sikap wanita itu tapi selepas mempertimbangkan semula, ini adalah sikap yang di anjurkan oleh idola- idola juak pembangkang dan ini adalah sesuatu yang normal pada mereka..

Published with Blogger-droid v2.0.6

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..