SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Monday, August 27, 2012

MUTAKHIR : Abdullah puji kepimpinan Najib



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini memuji kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan pelaksanaan pelbagai program transformasi bagi membawa Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. 

Beliau berkata, pelbagai program transformasi seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Politik yang diusahakan adalah bukti komitmen Perdana Menteri bagi membangunkan negara. "Najib komited dan bekerja keras. Rakyat telah melihat dan mendengar pembaharuan dan dasar transformasinya untuk negara yang memberi manfaat kepada rakyat. Ini adalah amat baik," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka beliau di Dewan Sri Endon, Presint 10 di sini, hari ini. 
Abdullah diiringi isterinya, Tun Jeanne Abdullah. Turut hadir pada majlis itu ialah Najib, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 

Bagaimanapun, Abdullah berkata, interpretasi rakyat dan "apa yang ada dalam dalam hati mereka" adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan dalam politik dan pilihan raya dan oleh itu Najib perlu meneruskan usahanya dan berkhidmat kepada mereka dengan penuh dedikasi. 

"Kita harap rakyat akan suka kepada Najib. Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka (Rakyat) memandangkan apa yang saya telah lalui sebelum ini. 

"Mereka (rakyat) boleh melihat dan mendengar (dasar dan inisiatif) bagaimanapun apa interpretasi mereka itu adalah sesuatu yang kita tidak tahu dan kita perlu bekerja kuat agar mereka melihat, mendengar dan akan suka kepada kita," katanya. 
Sementara itu, Abdullah meminta rakyat mengambil perhatian terhadap kenyataan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang melabel ketua menteri Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh. 

Sementara itu, semasa ditanya siapa yang akan bertanding kerusi Parlimen Kepala Batas, Abdullah berkata, perkara itu terserah kepada Perdana Menteri. - BERNAMA

BN bertambah kuat di bawah kepimpinan Najib: Dr M




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin kuat di bawah kepimpinan, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, jika Perdana Menteri memberi sedikit masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum, sokongan ke atas BN akan berjaya dipulihkan. "Mereka (pembangkang) kata selepas 55 tahun BN memerintah, sudah sampai masa untuk berubah. Kamu perlu berubah untuk menjadi lebih baik tapi kalau berubah jadi buruk?," katanya kepada pemberita semasa jamuan rumah terbuka beliau di The Mines yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Perdana Menteri sendiri. 
Pada masa sekarang, pembangkang sedang menyemai perasaan benci di kalangan orang ramai terhadap kerajaan sebagai salah satu taktik mereka, katanya.

Katanya, keutamaan mereka sekarang ini adalah untuk mewujudkan kebencian ke atas kerajaan dan termasuklah serangan-serangan yang dibuat ke atas dirinya sendiri walaupun tidak lagi memegang kuasa.



"Mengapa nak serang saya kerana saya tidak ada kuasa, macam ada kebencian terhadap saya, mereka hidup atas kebencian ini," katanya.

Katanya, bagaimana boleh dikatakan kerajaan hari ini gagal kerana BN berjaya mengekalkan prestasi kewangan semasa dunia dilanda kemelut ekonomi dan ketika dunia hari ini dilanda masalah etnik dan perkauman, kerajaan BN masih mampu mengekalkan keharmonian kaum. 
"Mengapa mereka (pembangkang) tidak sebutkan hal ini, sudah tentu jika disebut, rakyat tidak akan benci kerajaan," katanya. - BERNAMA

hmm.. melayu..

Penjaga Gol Terengganu Pengsan Gara-Gara Makan Udang



Kuala Terengganu: Tersalah makan punca penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee pengsan ketika perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia menentang Tentera di Stadium Selayang malam kelmarin. 

Pada perlawanan yang menyaksikan Tentera menang 2-1 hasil jaringan pemain import, Marlon Alex James itu, Sharbinee tiba-tiba meluru keluar dari kawasannya di pertengahan babak kedua dan rebah. Dia kemudian digantikan dengan Muhd Saifuddin pada minit ke-64. Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, berkata Sharbinee tiba-tiba pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan. “Dia pengsan kerana mengalami keracunan makanan selepas makan udang berlebihan sebelum permainan,” katanya. 
“Ini disahkan sendiri oleh pegawai perubatan. Selepas diberi rawatan dia pulih sepenuhnya dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama apabila bertandang ke Kedah Selasa ini (esok).” 

Che Mat menafikan sekeras-kerasnya insiden yang menimpa Sharbinee berpunca daripada perbuatan khianat. Pada perlawanan berkenaan, Sharbinee bekerja keras menafikan beberapa percubaan Tentera tetapi gagal menangkis percubaan Marlon pada minit ke-31. 

Selepas dikeluarkan, Marlon menambah jaringan pada minit ke-74 sebelum pemain gantian, Joseph Kalang Tie merapatkan jurang dua minit kemudian untuk Terengganu.

Dua 'bouncer' mati ditembak



KUALA LUMPUR: Dua 'bouncer' atau pengawal di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini mati setelah ditembak di hadapan premis berkenaan awal pagi ini, dipercayai dilepaskan oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan itu. 

Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20-an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi. Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak 'bouncer' berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, seorang daripada lelaki itu naik berang apabila melihat dua rakannya dipukul teruk, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua 'bouncer' berkenaan. 

Zainuddin berkata tembakan itu mengenai bahagian kepala mangsa pertama dan bahagian rusuk kiri mangsa kedua yang menjadi punca kematian. 



Seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mayat kedua-dua mangsa dibedah siasat di HKL. 

Zainuddin berkata serpihan tembakan itu turut mencederakan dua orang awam yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian. 
Kedua-dua orang awam yang mengalami kecederaan di tangan dan jari dihantar ke HKL untuk rawatan, katanya. 

Zainuddin berkata polis sedang memburu anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri selepas insiden itu termasuk suspek yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan pistol semi-auto jenis Revolver untuk membantu siasatan. 

"Motif sebenar pergaduhan dan berapa das tembakan yang dilepaskan masih dalam siasatan," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. 
- BERNAMA

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..