SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, August 31, 2008

Hidayah...

Ramai yang bertanya kepada aku, kenapa aku tak letakkan pandangan peribadi aku tentang Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh... ada yang bertanya, kenapa aku letakkan pandangan orang lain dalam blog aku.. Dan aku yakin ada pelbagai spekulasi yang akan timbul...

jawapan aku amat mudah... Aku tidak berada di sana.. walaupun aku pernah bermastautin di Bukit Mertajam selama setahun setengah, aku rasa aku tidak patut untuk beri sebarang ulasan tentang perjalanan pilihanraya P44 walaupun aku amat jelas dengan pemikiran penduduk disana... pada yang kenal aku secara peribadi, mereka pasti tahu yang aku ni bukan orang yang suka pada Hear Say, kurang menggemari cerita sensasi & apa lagi khabar angin yang belum tentu asas kejadiannya...


pada yang tidak tahu tentang Permatang Pauh... aku berikan serba sedikit apa yang aku tahu tentangnya... Permatang Pauh adalah satu kawasan yang agak besar.. kira-kira 60,000 pengundi berdaftar.. terletak dlam kawasan seberang perai tengah.. permatang pauh, kubang semang, mengkuang, bagan lalang, permatang batu, PERDA adalah antara kawasan dalam parlimen permatang pauh... permatang Pauh juga tempat terletaknya UiTM Cawangan Pulau Pinang & Politeknik Seberang Prai.. berhampiran dengan kawasan perindustrian Seberang jaya.. jadi boleh di katakan disini Permatang Pauh adalah kawasan yang membangun dan ada 3P (Pendidikan, Perindustiran, Pembangunan) sebagai asas untuk kawasan itu untuk membangun..


penduduknya? hahaahha... agak kelakar untuk di ceritakan.. jika anda memandu dari arah bulatan Permatang Pauh, anda akan melalui Politeknik Seberang Prai, kemudian UiTM Cawangan Pulau Pinang, Lampu isyarat & menyeberangi sungai kecil... Disana ada kampung yang bernama Kampung Pertama... Perkara pertama kita dapat lihat ialah Masjid disebelah kanan jalan.. tidak sampai 3saat selepas itu kita dapat lihat sebuah lagi masjid disebelah kiri...


2 masjid dalam satu tempat? jarak pula tak sampai 200meter? tak percaya?

sila lihat gambar yang aku ambil dari google
earth...












*Kampung Pertama, Permatang Pauh

terpulang pada penilaian sesiapa pun.. tapi aku sendiri dapat lihat fanatisma kepartian di permatang pauh... duduk saja di mana-mana kedai kopi, dapatlah mendengar "ceramah politik" murah versi kedai kopi yang penceramahnya sendiri tak tahu apa yang dicakapkannya...


itu ketika waktu bukan pilihanraya!!! kalau waktu pilihanraya, aku pasti lagi rancak "Debat Perdananya"..

dengan UMNOnya yang sentiasa berebut sesama sendiri hingga dengki mendengki.. dengan PASnya yg MahaTaksub membuta tuli.. dengan golongan mudanya yang hanya tahu memenuhkan jalan-jalan...


aku hubungi Hidayah.. seorang kenalan aku yang tinggal di Kg Pertama.. Comel orangnya.. berlesung pipit sebelah kiri & parut akibat jatuh basikal semasa kecil disebelah kanan...berbalas beberapa sms bertanyakan tentang pilihanraya yang baru saja saja tamat...


ini responnya apabila aku tanyakan tentang apa yang berlaku di sana.. (maaf jika tulisannya tidak menepati standart, aku cuba memberi setulen mungkin responnya)

"pnglibatan glgan muda lbh memihak kpda pmbakang. mejoritinya glngan muda semua memilih pembangkang. tak ada seorg pun yang mngibarkam bendera bn di jalan2 raya." (27/08/2008, 02.32am)


bila ditanya adakan mereka golongan yg mengundi atau tidak, ini responnya..

"haha. mrka hnya memenuhi jln2 rya.glngan muda jg yg menaikan bndera bn tpi mrka hnya mahu kn duit..rm100."BN bg kmi ambil,pangkah jgan harap"slgan pmbakang." (27/08/2008, 02.41am)

"glgan muda jga yg mencetuskan stiap stiap prgaduhan yg trjdi di pmtang pauh.smua kwan2 sy memihak pkr krna dgan hrpan anwar akn jd pm!!" (27/08/2008, 02.44am)

"d sni adlah kwsan anwar & SUNGGUH MUSTAHIR klau bn blh mng.tak pplu mengudi krna sdah tahu kptusanya.bn akan kalah dgn truk. anwar adalah btl s mta org pmtg pauh" (27/08/2008, 02.47am)


aku juga tanyakan tentang cerita-cerita di pihak bn. responnya memang aku telah jangka..


"ada.phk bn d sni ibrat hdp dlm kwsn singa.mrk xblh bt apa2 krna psti akn mncetusk slh phm dgn pkr.org bn dsni lngsng xbrgrak aktif.rmai yg sdah tkr parti" (27/08/2008, 02.51am)



hmm... aku pun tak tahu apa nak dikata lagi... semalam aku tempelkan artikel dari seorang kolumnis di utusan harian dan hari ini aku dedahkan dari kaca mata orang permatang pauh sendiri...

aku tak mengatakan kata-kata mereka betul & adalah hakikat yang terjadi di Permatang Pauh tapi aku cuma ingin menegaskan jika orang sekeliling nampak kita ini teruk, busuk, tidak bersatu, tidak tersusun... disulami dengan momokan tentang korupsi, pengurusan pentadbiran yang tidak effisyen... siapa yang akan terbuka untuk mengundi kita...??

aku sedih dengan respon-respon yang aku terima dari permatang pauh... kerana mereka yang bertanggungjawab masih lagi belum sedar, belum puas terhantuk, belum cukup tersungkur, belum cukup merasa terhina... masih lagi dengan rajuknya tidak terpilih.. masih dengan dengkinya dengan kelebihan orang lain.. melupakan perjuangan yang lebih jauh...

masih lagi mengejar matlamat individu.... dan akhirnya akan tersungkur dan terus tersungkur...

hmm... Melayu..

Saturday, August 30, 2008

Mahathir Yang Melihat...

Mahathir jelas konsep liberal Anwar
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Konsep liberal yang dilaungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang yang lain hanyalah untuk menunjuk-nunjuk.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Anwar dan pemimpin pembangkang lain sememangnya tidak pernah berniat untuk mengamalkan prinsip liberal termasuk menolak sikap perkauman dan sebagainya.
“Bagaimanapun, ia merupakan pendekatan politik yang baik untuk memperdaya intelektual yang naif dan para penyokong mereka,’’ kata Dr. Mahathir dalam laman blognya, www.chedet.com.
Jelas beliau, golongan intelek di negara ini hanya membiarkan diri mereka dipimpin secara membabi-buta tanpa menyedari ahli politik pembangkang sebenarnya mentertawakan mereka.
“Sudah tiba masanya bagi mereka yang digelarkan intelektual supaya sedar bahawa mereka sudah diperdayakan oleh Raja Putar Belit, seorang Islam yang alim yang juga teman rapat Paul Wolfowiz, seorang neo-Yahudi yang penipu, pembunuh orang Islam dan sekolah Cina dan penyokong Hindraf,” tambah beliau.
Kata Dr. Mahathir, golongan intelektual yang liberal perlu melihat bahawa pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu, apa yang berlaku bukanlah kemenangan pembangkang tetapi rakyat menolak Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, golongan intelektual yang liberal itu begitu percaya bahawa mereka sudah meyakinkan pembangkang dan pengundi tentang dasar liberal yang diimpikan di negara ini.
“Jadi apabila ada anggota parti pembangkang yang menyatakan bantahan untuk membincangkan isu-isu sensitif, perkara itu dilihat sebagai mengkhianati pakatan pembangkang,’’ katanya.
Jelas Dr. Mahathir, golongan intelektual di negara ini tidak akan mengakui bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar.
“Anjurkanlah forum untuk membincangkan apa yang mereka suka. Mereka sedang membina ruang di antara masyarakat dan kembali kepada era perkauman.
“Mereka sebenarnya sedang membantu untuk mewujudkan sebuah rejim yang tidak cekap dan penuh dengan rasuah. Mereka sebenarnya membantu memusnahkan negara,’’ katanya.

Dipetik Dari : http://www.utusan.com.my/ 25/08/2008


Bukan aku tak nak komen tentang sesuatu isu atau sekadar menempelkan hasil tulisan orang lain untuk diri aku... tapi, aku bagi kawan-kawan dan sahabat-sahabat lihat dari sudut orang yang mengalaminya dan orang yang lebih berpengetahuan...

nanti aku akan bagi komen dan hasil pemerhatian aku & pastinya komen sahabat-sahabat dan kawan-kawan, aku amat alu-alukan... Melayu...

Permatang Yang Jauh..

Pengajaran dari Permatang Pauh
Oleh SOBRI SUDIN
Permukiman penulis selama dua minggu di Permatang Pauh mulai 12 Ogos sehingga 26 Ogos menyaksikan pertarungan getir, suka duka dan pelbagai peristiwa menarik dalam sejarah pilihan raya kecil di negara ini. Selain mampu memberi banyak makna dan pengajaran.
Hakikatnya sumpahan Permatang Pauh terus menjadi badi berterusan sehingga kawasan tersebut boleh disinonimkan dengan Anwar Ibrahim. Seperti mana dekat dan eratnya Allahyarham Fadzil Nor dengan Bukit Raya. Apabila mengambil maudhuk dan asas ini maka fahamlah kita kenapa cara berfikir lebih 58,459 pengundi tidak berubah?
Gunakanlah apa jua strategi, taktik, pendekatan, politik pembangunan, imbuhan ataupun elemen propaganda media segenap penjuru. Apa yang nyata kesemua elemen ini akhirnya menjadi backclash kepada usaha Barisan Nasional (BN).
Memang benar sebaik sahaja Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatan pada 31 Julai, gendang paluan perang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sudah bermula. Akan tetapi persediaan psikologi, fizikal dan mental sebahagian besar ahli UMNO dan BN misalnya masih dalam dilema dan trauma. Sebahagiannya akibat tsunami politik PRU ke-12, 8 Mac yang lalu. Sebahagian lagi kerana pergelutan mesyuarat cawangan, pemilihan bahagian dan lobi untuk jawatan Majlis Tertinggi.
Ini disebabkan baik UMNO mahupun MCA, dua buah parti berkenaan turut menghadapi pemilihan peringkat cawangan dan Bahagian. Justeru apabila jentera digerakkan ke Permatang Pauh, bala tentera BN berbelah bahagi, punyai fokus yang berbeza, mana lagi mahu diingatkan cawangan yang ditinggalkan, dalam masa yang sama perlu pula menghadapi taktik agresif, daya juang tinggi semangat petugas PKR dan Pakatan Rakyat.
Sebab itu dalam kebanyakan hal petugas dan jentera BN dilihat agak santai, dengan coffe-house Hotel Sunway di Seberang Jaya, Hotel Summit di Bukit Mertajam menjadi tumpuan. Termasuklah memenuhi ruang Restoran Nasi Kandar Pelita Samudera, Retoran Nasi Kandar Khalel dan Kassim Mustaffa. Sebahagian petugas lainnya ada yang menginap di Sungai Petani, Kedah dan di bahagian sebelah pulau, satu lokasi yang tidak praktikal untuk membolehkan kerja berganda dan bersungguh dilakukan.
Natijahnya, petugas seakan-akan lali seperti mana enaknya nasi kandar berserta kuah kari yang dihidangkan. Pilihan raya kecil Permatang Pauh yang seharusnya ditanggapi sebagai 'medan perang induk' dilihat tidak lebih daripada sekadar satu pilihan raya yang pernah dilalui oleh BN selama ini.
Hakikat bahawa UMNO dan BN Pulau Pinang adalah pembangkang, begitu juga UMNO dan BN negeri-negeri jiran lain seperti Kedah, dan Selangor yang turut sama bertungkus-lumus bekerja siang dan malam turut membawa tagline pembangkang tidak diinsafi.
Kesannya petugas atau gerak kerja yang dilakukan seolah-olah UMNO dan BN masih menjadi pemerintah negeri-negeri berkenaan. Lalu wujudlah budaya mengambil mudah, ego, dan lagak yang agak memualkan.
Maka dilihat dari dua sudut, elemen propaganda dan kewujudan bilik gerakan, markas dan pondok panas sedari awal sudah membuktikan jentera UMNO/BN jauh ketinggalan. Bandingan boleh dibuat misalnya kata-kata, slogan yang terpampang hasil kreativiti PKR dan BN.
BN masih dengan 'slogan' lama sebagai contoh 'Tekadkan Pilihan Anda, Undilah Barisan Nasional'. Sedangkan dalam dunia yang serba canggih, pelbagai risalah, papan iklan, sepanduk serta karikatur yang lebih menarik dan mampu meruntun hati pengundi sebenarnya boleh dilaksanakan.
PropagandaPetugas BN tidak kurang tenaga pakarnya, namun mungkin elemen imbuhan jadi keutamaan justeru hasil kerja sekadar siap semata-mata, tidak ada pengisian roh, rasa komitmen yang tinggi dalam menjadikan bahan kempen itu lebih menarik, inovatif dan berdaya saing.
Ditambah dengan lagu dan kaedah propaganda lama oleh media arus perdana. Pengulangan teknik dan taktik yang sama paparan berita TV misalnya yang menggunakan elemen dan pendekatan yang sama, sudah mampu diduga oleh penonton. Lantas melahirkan satu sentimen, bahawa semua maklumat dan berita yang dipaparkan tidak benar dan rekaan semata-mata.
Akhbar mahupun televisyen harus berubah, bukan menjadi tukang kempen calon tertentu sebaliknya mengajak pembaca dan penonton berfikir, dengan logik praktik yang ada. Selagi media dipersepsikan sebagai tukang kempen calon tertentu maka kredibiliti, teknik yang digunakan akan lama kelamaan menjadi hambar.
Sering kali dalam setiap pilihan raya baik umum mahupun kecil semenjak pilihan raya pertama 1959, faktor 5M menjadi pendorong kepada kekuatan UMNO dan BN. Money (wang), media, machinery (jentera), manpower (tenaga manusia), manipulation (manipulasi) dimaksimum sebaik mungkin oleh pemerintah sehingga tidak ada ruang kepada parti lawan untuk bangkit menghadapinya.
Malang dalam situasi pilihan raya kecil Permatang Pauh, PKR yang tenaga induknya adalah serpihan UMNO, juga punyai formula dan kepakaran di bidang yang sama. 5M ini dimanfaatkan sebaik mungkin, kerana dari segi perbelanjaan, cara kerja, pengurusan tenaga manusia dilihat jelas PKR cukup banyak sumber kewangan dan jenteranya yang pelbagai.
Barangkali UMNO dan BN selain formula 5M tradisi harus menggabungkan dengan 5M kontemporari yakni Mengenali, Mencari, Mendekati, Menjelas dan Merayu Pengundi.
Jika ini dapat dihubung jalinkan, tidak mustahil dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang dijangka bakal berlaku pada masa akan datang, UMNO dan BN tidak akan dimakan sumpah lagi.
Persoalannya pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang dianggap ibu segala pilihan raya di negara ini bakal menimbulkan implikasi pelbagai. Demokrasi yang telah terlaksana dengan baik meskipun adanya unsur pergaduhan, budaya provokrasi dan agresif petugas parti, namun hak rakyat telah tertunai.
Apa pengajaran di sebalik meningkatnya majoriti undi yang dimenangi Anwar Ibrahim sebanyak 15,671 berbanding 13,338 yang dimenangi oleh isterinya pada 8 Mac 2008 yang lalu? Pertambahan sebanyak 2,283 undi. Dalam masa yang sama calon BN hanya beroleh 15,524 undi lebih rendah daripada jumlah yang didapati dalam PRU ke-12 lalu yakni sebanyak 16,950 dan 21,147 undi pada Pilihan Raya Umum ke-11, 2004.
Realitinya, sumpahan Permatang Pauh terus membelenggu BN untuk tempoh masa yang cukup lama. Buktinya juga politik pembangunan yang selama ini memenangkan BN sudah tidak signifikan, kerana pemikiran pengundi era kini lebih strategik.
Berilah apa jua bantuan, sumbangan atau imbuhan, mereka akan terima dengan lapang dada atas prinsip ini hak rakyat, namun mengundi belum tentu.
RasionalRasionalnya juga politik liberal dan majmuk PKR makin diterima sedangkan faham perkauman yang mendasari parti komponen BN makin ditolak rakyat. Keputusan pilihan raya kecil ini juga harus menjadi satu tanda aras tentang pencapaian dan gerak kerja petugas BN.
Demikian juga agensi risikan, kaedah, metodologi, sumber penilaian dan analisis harus lebih terkini. Penggunaan kuantum nisbah 50:50, atau 80:20 sudah agak ketinggalan zaman. Indikator seperti trend, simpton, kecenderungan, tingkah laku pengundi, senario semasa, sentimen dan faktor sejarah harus diambil kira dalam membuat analisis holistik bagi membolehkan tahap objektiviti ramalan mencapai tingkat tertinggi.
Gerak kerja pilihan raya juga jika mahu berjaya harus mengetepikan soal imbuhan dan kewangan. Ironinya medan pilihan raya kecil atau umum bukan tempat membuat duit, atau melobi sebarang bentuk perniagaan.
Kesukarelaan harus diletakkan pada tahap paling tinggi, moral, daya juang, istiqamah, sanggup berkorban dan daya tahan harus kukuh. Demikian juga selain percaturan atas kertas dan tenaga manusia, pertolongan dari Allah SWT harus juga dipohon.
Koordinasi kerja juga perlu cekap, sikap akauntabiliti, integriti dan ambil peduli juga harus tinggi. Sebab itu pengalaman di Permatang Pauh seolah-olah menunjukkan UMNO Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Permatang Pauh terlalu mengharapkan gerak kerja dari petugas UMNO negeri lain.
Ibarat tuan rumah mahu mengadakan kenduri, namun segala persiapan, keperluan dan tatacara diminta para tetamu dan jiran untuk menguruskannya. Tentulah mewujudkan suasana bercelaru dan ketidaktentuan.
Kempen yang memenatkan sudah pun berlalu, pergeseran sesama kaum, kawan rakan, handai dan taulan, perkelahian dan unsur ganas yang mewarnai pilihan raya kecil Permatang Pauh harus diinsafi semua. Persoalan seterusnya, apa nasib masa depan politik negara?
Adakah penolakan pengundi di Permatang Pauh ke atas BN dapat diterima sebagai satu wake up call atau panggilan kecemasan bahawa populariti kepimpinan negara mulai pudar? Apakah natijah, implikasi di sebalik semua ini? Ke mana arah tuju dan arah haluan hubungan kaum, nasib masyarakat, kemuliaan agama dan pemantapan institusi di hari-hari mendatang?
Apa yang boleh dinukilkan ialah banyak ketidaktentuan daripada jaminan kestabilan. Ketidaktentuan yang boleh memusnahkan, diharap setiap pemimpin sama ada parti pemerintah mahupun pakatan pembangkang lebih rasional. Jangan lagi kerana politik kuasa, rakyat dan institusi dimangsai.
Demokrasi telah terlaksana, mandat yang diperoleh harus dijalankan dengan penuh cekap dan amanah. Rakyat sudah letih, celaru, dan tidak keruan memikirkan nasib masa depan.
Semangat Ihya Ramadhan yang bakal tiba awal September nanti harus menjadi medan keinsafan untuk kita semua kembali bertaut kasih dan silaturrahim, tinggalkan seketika baju politik atas nama kepartian atau ideologi. Kita bina dan bangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dan unsur penjajahan semula daripada apa jua anasir luar yang tidak bertanggungjawab.

di petik dari : http://www.utusan.com.my/

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51

Malam ini genaplah 51 tahun bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai 12 jalur merah dan putih serta bintang pecah 12...
dan genaplah 51 tahun lagu God Save The Queen tidak lagi menjadi lagu rasmi bumi tercinta ini dan digantikan dengan lagu NEGARAKU yang di adaptasi dari lagu Terang Bulan... sama seperti lagi negeri Perak...
mengenangkan perjuangan mereka yang terdahulu aku bawakan sahabat-sahabat dan kawan-kawan video ini...

*terima kasih pada Reza yang menunjukkan video ini pada aku..

kadang kala aku alpa dengan dunia hari ini... tak salah rasanya jika aku berhenti sejenak di hari yang bersejarah ini dan mengambil masa untuk merendahkan diri & belajar dari sejarah...

sejarah yang menjadikan aku pada hari ini dan sejarah juga yang perlu aku rujuk untuk aku jadi lebih baik pada hari esok...

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Ke-51... Semoga Perjuangan Mereka yang terdahulu tidak di sia-siakan oleh kita, generasi muda yang tidak sedar di untung... hmm.. Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..