SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, April 23, 2009

Bila Angka ke Empat Muncul..



Terima kasih pada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dengan membaca serta memberi komen di setiap entry aku..

komen-komen itu semua aku harapkan ikhlas untuk berkongsi ataupun mengembangkan minda, bukan sekadar untuk menegakkan dogma fikiran masing-masing...

aku menulis bukan untuk menjadi popular.. jauh sama sekali untuk menjadi Hero.. sekadar untuk berkongsi kerana hari ini ketika melayar blog-blog dan laman web, aku lihat kebanyakannya mengutuk, mengata, melemparkan fitnah tanpa bukti...

Pihak A menuduh dan mengata pihak B.. pihak B atau pro-B pula menuduh dan mengata pihak A... ada pula aku lihat cuba menjadi tukang sorak malah pemidato yang hebat walaupun isinya tak kemana pun..

sampaikan pihak yang tidak terlibat tak tahu mana yang nak dipercayai...

tapi tetap juga persoalan yang di timbulkan menjadi tanda tanya yang tidak terjawab...
jadi aku harap melalui blog aku ini, dapatlah menjadi pemula atau salah satu laluan pertama untuk mendapatkan jawapan dari persoalan ataupun mengembalikan kita pada soalan asal...
tapi itu semua terpulang pada mereka yang membacanya..

jika yang membaca itu mempunyai persepsi yang apa yang dibaca dan di sogokkan selama ini benar.. maka akan di pandang blog aku ini dengan prejudis... jadi, dapatlah aku pelbagai gelaran...

tapi jika yang membaca itu sedang dahagakan maklumat yang boleh membantu menjawab persoalan dalam diri mereka.. maka, pastinya mereka akan membacanya dari perspektif yang berbeza... tanpa prejudis dan tanpa sentimen.. mungkin akan terjawab serba sedikit..

terpulang... aku tak boleh menghalang pemikiran sesiapa.. aku cuma berkongsikan apa yang aku tahu dan faham demi memastikan masa depan kita terjamin...

pengira pelawat aku dah melebihi angka seribu... Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang memberikan aku nikmat selama ini... Semoga Dia memberikan aku kekuatan dan kemudahan untuk mendapat keberkatanNya...

Hmm.. Melayu...

Tuesday, April 21, 2009

Aku Dan Azila...


aku bersembang di yahoo massanger (YM) dengan seorang kawan yang aku kenal dalam perjalanan hidup aku ni..



dania_alo0: abang bot ka???
ashok_giler: yup
ashok_giler: sape nih?
dania_alo0: wat pa 2???
dania_alo0: sy azila lah
dania_alo0: cehhhhh cam tau jer
ashok_giler: ahahah
ashok_giler: cube ingatkan balik
ashok_giler: bukan xkenal
ashok_giler: ooooo
ashok_giler: kenal ler
dania_alo0: jonet
ashok_giler: uhuhuhuhu
dania_alo0: 2
ashok_giler: uhuhu
dania_alo0: wat pe 2
ashok_giler: lepak
dania_alo0: ggu ke
ashok_giler: kt mamak
dania_alo0: perghhhhhh cam best jer dgr
dania_alo0: a.bot sy nk tnyer 1 soalan
ashok_giler: yup
ashok_giler: pe dier
ashok_giler: teka teki ke?
dania_alo0: mmmmmmmmm xabeh2 teka-teki
ashok_giler: ahhahahahha
ashok_giler: ye
ashok_giler: nk ty pe?
dania_alo0: nk tnyer 'CABARAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA'
ashok_giler: ha..
ashok_giler: nape?
dania_alo0: aper pendapat a.bot???
ashok_giler: nk ty pendapat pasal ape
ashok_giler: pelaksanaan ke
ashok_giler: konsepnye ke
ashok_giler: matlamatnye ke
ashok_giler: kesannye ke
dania_alo0: 2,2 skali
ashok_giler: ish
dania_alo0: yg a.bot pahem
ashok_giler: sblmtu
ashok_giler: bgtau ape yg awk paham ttg benda ni
ashok_giler: pastu sy tambah
ashok_giler: kalo xtepat sy tlg
dania_alo0: mmmmm
dania_alo0: 'cabaran' bgi a.bot peluang ke atau masalah
ashok_giler: pada awk?
dania_alo0: mmmmmmmmm bgi sy peluang
dania_alo0: mksud sy cabaran seorang insan i2 untuk mencapai ketahap yg lbey tggi
dania_alo0: mcm mner???
ashok_giler: apa yang membezakan orang yg memandangnye sebagai peluang dng org yg menandangnye sbg masalah?
dania_alo0: dari aspek sosial?
ashok_giler: ahhaha
ashok_giler: xde la
ashok_giler: bendanya sama
ashok_giler: tp ape yg membezakan pandangan seseorang tu terhadap apa yg dihadapi
ashok_giler: ada org yg nampak sbg masalah
ashok_giler: ada yg nampak sbg peluang
ashok_giler: so apa yg membezakan org2 ni?

dania_alo0: CONTOHNYA
dania_alo0: pengaruh rakan sebaya?
ashok_giler: hmm..
ashok_giler: aku sekeh karang
ashok_giler: ni
ashok_giler: contoh lah
dania_alo0: xpahem
ashok_giler: PPSMI
ashok_giler: sain & matematik dlm bahasa inggeris
ashok_giler: ada pelajar kata
ashok_giler: susah
ashok_giler: masalah pada dier
ashok_giler: ade pelajar kata mmg susah
dania_alo0: oooowhhhhh
ashok_giler: tp peluang utk dier kuasai bahasa
ashok_giler: supaya xssh masa kt universiti nnt
ashok_giler: so
ashok_giler: ape bezanya org2 ni?
dania_alo0: usaha
ashok_giler: ahahahahaha
ashok_giler: lagi?
dania_alo0: kekuatan rohani?
ashok_giler: lagi?
dania_alo0: matlamat,yakin,berani
ashok_giler: ahahahaha..
ashok_giler: mindset sayang
ashok_giler: mindset
ashok_giler: persepsi dier
ashok_giler: kalo dalam otak dier kata susah
ashok_giler: mmg la susah dier nk buat
ashok_giler: kalo kata masalah
ashok_giler: maka dier akan kata benda tu menjadi sebab utk dier tak berjaya
ashok_giler: tp
ashok_giler: kalo dier kata benda tu adalah peluang
ashok_giler: maka dier akan menggunakan peluang tu sebaik mungkin agar dier berjaya kt u nnt
ashok_giler: maka
ashok_giler: cabaran paling beso bagi modal insan kelas pertama ialah:
ashok_giler: membentuk mindset atau pandangan masyarakat terhadap cabaran tu

dania_alo0: klu aspek negara?
ashok_giler: ahahaha
ashok_giler: tu la aspek negaranya
ashok_giler: kesan dari mindsetnya tu akan mempengaruhi negara
ashok_giler: contoh
ashok_giler: rakyat yg mempunyai minda kelas pertama tak akan melakuan perkara yang sia2
ashok_giler: malah akan sentiasa memajukan diri
ashok_giler: maka negara akan jd lebih baik
ashok_giler: hhahaahahaha
ashok_giler: ingat
ashok_giler: individu menbentuk keluarga
ashok_giler: keluarga membentuk masyarakat
ashok_giler: masyarakat akan menggerakkan negara
ashok_giler: maka
ashok_giler: individu itu perlu kukuh
ashok_giler: hmm.
ashok_giler: nape?
dania_alo0: nape ape/
dania_alo0: ?
ashok_giler: naper tanya
ashok_giler: ade assingnment ke?
dania_alo0: sy kne berdebat tajuk nie ngan kolej komuniti langkawi
ashok_giler: ahahahahahah
ashok_giler: ye ke
ashok_giler: yg dtg mggu dpn tu ek?
dania_alo0: yelah
dania_alo0: JPP
ashok_giler: ahahahaha
ashok_giler: ptt la
dania_alo0: mcm mner tau?
ashok_giler: awk amik pe ek?
dania_alo0: elektrik
ashok_giler: ooo
ashok_giler: bagus
dania_alo0: ape yg bgus nya???
ashok_giler: ahahhaa
ashok_giler: xde la
ashok_giler: awk amik elektrik
ashok_giler: tp join debat
ashok_giler: so
dania_alo0: ????
ashok_giler: maka awk dah berjaya utk mngamalkan modal insan kelas pertama sbnrnya
ashok_giler: kerana
ashok_giler: utk jadi org yg bernilai
ashok_giler: atau kita pggl modal insan
ashok_giler: kita perlu menguasai pelbagai bidang
ashok_giler: bukan sekadar bidang yg kita mahir je
ashok_giler: contoh
ashok_giler: awk amik electric
ashok_giler: kalo sekadar tau ape yg awk blaja xcukup
ashok_giler: awk perlu belajr komunikasi
ashok_giler: perkembangan terkini disekeliling
ashok_giler: supaya awk blh berubah mengikut kehendak persekitaran
ashok_giler: adapt to the change
ashok_giler: dgn tu awk boleh merebut peluang2 yg di sediakan oleh kerajaan
ashok_giler: dan menghadapi cabaran dunia pekerjaan yg memerlukan seorang pekerja yg serba boleh...
dania_alo0: mksud nya??
ashok_giler: sontoh
ashok_giler: contoh ek
ashok_giler: awk keje ngan company electrik
ashok_giler: ada masanysa
dania_alo0: sy dah cbe dah...
dania_alo0: tp msti xkan dpt nya
dania_alo0: spm sy pun xlah bgus sgt
ashok_giler: awk perlu berbincang dgn client ttg kerja
dania_alo0: cukup2 mkn jer
ashok_giler: so awk perlu ada skill komunikasi
ashok_giler: ahahahaha
ashok_giler: mcm ni
ashok_giler: awk tgk
dania_alo0: i2 yg sy xpandai sebenar nya
ashok_giler: knp ramai graduates universiti yg xdapat keje...
ashok_giler: sbb dorg xde soft skill
ashok_giler: skill komunikasi
ashok_giler: xboleh adapt dgn persekitaran pekerjaan
ashok_giler: xconfident
dania_alo0: sy cbe SPA
ashok_giler: ahahahahahah
dania_alo0: slalu xdpt
ashok_giler: pe la
ashok_giler: tu la
dania_alo0: skit ati jer
ashok_giler: awk tgk
ashok_giler: sbb pe awk berharap kt SPA
dania_alo0: ??
ashok_giler: kt keje kerajaan?
dania_alo0: yelah
ashok_giler: ade ke bila kita sebut peluang yg di sediakan oleh kerajaan tu stakat keje kerajaaan ke?
ashok_giler: ahahahahha
dania_alo0: betul
ashok_giler: tgk mindset awk camne
ashok_giler: peluang yg di sediakan oleh kerajaan cukup byk
dania_alo0: sy nk gak berjaya cam org len
ashok_giler: contoh
dania_alo0: yg dah berjaya
ashok_giler: kolej komuniti ni di buat bukan stakt utk awk keje kerajaan je
dania_alo0: sy tau
ashok_giler: cuba tgk btol2 kursus yg disediakan oleh KK..
ashok_giler: semuanya utk kerja2 swasta
ashok_giler: kan?
ashok_giler: dan kerja sendiri
ashok_giler: bukak perniagaan
dania_alo0: klu tnb?
ashok_giler: ahahahaahahahhaa
ashok_giler: tgk
ashok_giler: mindset awk
ashok_giler: ahahahahahahaha....
ashok_giler: kerja kerajaan
ashok_giler: GLC
ashok_giler: hahahhah
ashok_giler: mindset
ashok_giler: tu la cabarannya
ashok_giler: nk tukar mindset
dania_alo0: GLC?
ashok_giler: goverment linked company
ashok_giler: syarikat berkaitan kerajaan
ashok_giler: syarikat milik kerajaan la senang ckp
ashok_giler: ahahahahaha
dania_alo0: mmm
dania_alo0: klah a.bot
ashok_giler: peluang kerajaan bg utk rakyat ceburi bidang swasta ni byk cik oi
ashok_giler: cuma cabarannya
ashok_giler: mindset
ashok_giler: ok?
dania_alo0: ok sy akan CUBA!!!!
dania_alo0: klah nk sing out da ni
ashok_giler: bukan cuba cik adik oi
ashok_giler: buat
dania_alo0: terima kaseh bnyk2 bg maklumat
dania_alo0: baik!!!


semoga sahabat-sahabat dapat sedikit sebanyak ilmu dari perkongsian kami tadi...


Hmm.. Melayu..

Peluang Untuk Semua...


hari ini melayu dikatakan sebagai malas, selesa dan tidak menghargai peluang..


benarkah? atau sekadar retorik yang berniat untuk menghalalkan hujah si polan dan si polan..


si polan ini berkata dengan bangganya, bukti melayu itu malas berusaha antaranya ialah peningkatan rasuah dikalangan penjawat awam yang rata-ratanya orang melayu..


oleh kerana malas untuk berusaha dan bersaing, si penjawat awam itu berusaha untuk mendapat tempat dalam kerajaan kerana lebih terjamin... tetapi kerana teringin menjadi kaya-raya maka menerima rasuah yang disogok untuk menggunakan kepentingannya bagi memihak pada si perasuah...


mari kita lihat situasi ini.. penjawat awam selesa dan takut bersaing jadi kerja kerajaan.. mahu kaya jadi ambil rasuah... kerana dia melayu? mana buktinya? kerana hari ini berlaku dikalangan penjawat awam yang rata-ratanya melayu?


maknanya.. jika penjawat awam itu bukan melayu.. maka dia tidak mengambil rasuah?


si polan ini juga berkata melayu itu meng-Ali Baba-kan projek-projek yang diberikan padanya... maka perlu dihapuskan quota yang diberikan supaya lebih adil dan tidak lagi berlaku ketirisan...
mari kita lihat pula situasi ini...

berapa ramai rasanya kontraktor melayu yang meng-Ali Baba-kan lesen-lesen dan projek-projek yang kekal dalam persaingan berbanding yang melakukan dengan telus...


malah, kontraktor yang bergabung dan membuat konsotium pun dilabelkan sebagai meng-Ali Baba-kan lesen dan projeknya..


itu bukan tuduhan yang berbaur perkauman kerana hanya melayu sahaja yang perkauman dalam Malaysia ni...hahahahahaha...


dicanangkan juga bahawa peluang ke IPTA serta biasiswa juga adalah tidak adil kerana kononnya bukan melayu berhempas pulas tapi tidak mendapat tempat ke kursus yang dikehendakinya... malah tidak dapat ke IPTA kerana sistem quota yang dijalankan... malah dikatakan pelajar melayu yang keputusannya lebih rendah dari si pengomel itu dapat masuk ke kursus yang si pengomel tadi mohon...


kita ambil contoh.. tempat untuk kursus A di IPTA C lah katakan ialah seramai 350.. pemohonnya adalah seramai 12000 orang..


maka pemohon itu sendiri perlu bijak.. bukan sekadar mengisi kursus yang dikehendaki.. tapi juga melihat kemampuan diri.. lihat juga ruang persaingan...
UPU bukan kejam.. sudah tentu akan diberikan juga peluang di kursus-kursus yang lain jika di pohon oleh pemohon sendiri..


tapi jarang kita dengar pemohon yang gagal mendapat kursus yang dikehendaki tapi mendapat kursus lain.. cuma di 'highlight'kan ialah pemohon tak berjaya mendapat tempat... kenapa tak dikedepankan?


ini bukan isu baru.. malah kalau di bukankan mata lebih luas, bukan sekadar melihat dari kaca mata sendiri, isu ini bukan sahaja di rungutkan oleh bukan melayu malah melayu itu sendiri..
ramai yang layak tapi tak berpeluang ke IPTA.. tak kira bangsa...


dimana kematangan diri apabila kehendak diri tak dipenuhi maka menyalahkan orang lain.. bila tak dapat masuk ke kursus yang diidamkan maka dicari orang yang hendak dipersalahkan..


jika 1000 pemohon melayu yang layak tapi tak dapat tempat di kursus-kursus yang dikehendaki, beritanya hanya keluar sekali sahaja...
tapi jika 10 orang bukan melayu yang tak dapat tempat, maka cerita itu akan dicanangkan ketidakadilannya sehingga akhir zaman.. dari blog, laman sembang, kedai kopi, sekolah hinggalah ke pentas-pentas politik...


tapi tak pernah pun dipandang sebagai membakar isu perkauman.. malah diangkat sebagai Hero kerana kononnya membela nasib yang tertindas..
ye la, hanya melayu saja yang perkauman dalam Malaysia ni...ahahahahaha...


kalau diri sendiri tidak sedar dan terus bersama si polan memukul canang maka memang molek sangatkah porak-peranda yang berlaku hari ini berterusan.. kerana golongan yang bersama mencanang itu akan terus selesa..


tapi tak mengapa, buat apa fikirkan tentang orang lain.. lepaskan diri sendiri sudah...


Hmm.. Melayu...

Satu Malaysia = Malaysian Malaysia?



aku sebenarnya bukan faham sangat apa itu konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib ketika beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6 bagi negara kita yang muda usianya ni...


ada pihak yang menyatakan konsep ini adalah saduran konsep yang telah lama di perjuangkan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP selepas Singapura terpisah dari Gagasan Malaysia...


ada pula yang mengatakan konsep ini adalah konsep yang biasa kita amalkan di negara ini yang diberi nafas baru dan di perbaiki setelah mengambil kira perubahan yang berlaku sepanjang 52 tahun kita merdeka..


entahlah... aku seperti rakyat yang lain.. menunggu dan memahami konsep ini sebelum berusaha untuk memastikan aspirasi pemimpin tertinggi negara kita ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya...


tapi yang aku pasti, konsep ini tidak mungkin akan bertentangan dengan prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada negara kita..


Satu Malaysia sudah pasti tidak akan mengamalkan konsep asiminasi atau melting bowl seperti yang di amalkan oleh negara jiran kita... sudah pastinya, konsep intergrasi atau salad bowl akan tetap diamalkan...


maknanya.. akan terus ada sekolah jenis kebangsaan yang mengunakan bahasa mandarin atau tamil.. akan terus ada berita dalam bahasa mandarin dan tamil.. akan terus ada tokong dan kuil... akan terus ada ras atau bangsa serta budaya yang pelbagai... serta tidak akan ada halangan untuk mana-mana pihak untuk mendapat hasil dari negara ini...


dan yang aku sangat pasti.. walaupun apa pun konsep yang yang dicetuskan, apa pun dasar yang di perkenalkan, walau apa pun kelonggaran atau kemudahan yang diberi... aku amat-amat pasti apabila apa saja diberikan atau diperkenalkan untuk membantu orang melayu... akan ada suara-suara kedengaran menjadi hero, membangkang dan melabelkan tindakan itu sebagai tidak adil dan perkauman...


dan aku yakin.. amat yakin bahawa masyarakat hari ini akan sudah pasti termakan dan menjadi pengikut setia kepada suara-suara ini...


aku amat yakin lagi bahawa ada dikalangan orang melayu sendiri akan menyokong suara-suara ini.. dan aku yakin orang-orang ini adalah golongan yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka hasil dari dasar yang mereka gelar tidak adil dan perkauman ini...


biarlah... biarlah mereka nak mengatakan apa saja.. dah lepas tekak sendiri, maka timba yang diteguknya air itu wajar di buang kerana tidak perlu lagi... tak kiralah berapa ramai lagi yang kehausan dan memerlukan timba itu...


kalau golongan yang menjadi bukti bantuan yang diberikan itu berjaya pun lupa daratan dan jijik pada lantai yang mereka injak.. maka memang patutlah ini semua terjadi...


jadilah kita seperti selepas PRU 12 tempoh hari.. menanggung akibat yang maha berat oleh kebodohan dan termakan janji serta terlupa memandang kebelakang...


biarlah... sejarah itukan membosankan... sejarah itukan perkara yang lepas... sejarah itukan tak penting... sejarah itukan takkan berulang..


Hmm.. Melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..