SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, February 16, 2012

Jangan Kena Tipu Lagi...



banyak betul isu yang aku dengar sekarang... tak habis-habis isu itu dan ini di bangkitkan.. senyap sudah isu AUKU bila MB Kedah menidakkan buku jingga yang dijulang2 mereka selama ini... biasa lah tu.. bila isu memakan diri maka senyaplah "perjuangan" chipsmore mereka tu.. 


memang banyak isu akan timbul tetapi sebagai pemerhati dan penentu masa depan negara, kita mesti pandai membezakan dan menilai dengan baik supaya tidak diperbodohkan oleh pemutar belit yang cukup banyak... 
















Tips 1- Isu Popular


isu popular adalah isu yang sengaja di wujudkan atau ditimbulkan semula semata-mata untuk memastikan seseorang atau istitusi itu tidak tenggelam atau dianggap sudah tidak relevan..


isu yang sentiasa dimainkan ialah isu Hudud & Negara Islam..


isu Negara Islam & Hudud kita lihat hilang apabila pilihanraya 2004 selepas Amanat Hadi 2003 pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.
Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!
Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.-klik-

secara peliknya timbul lagi apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia di cabar untuk berdebat ketika Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 2008 yang kita tahu majoritinya adalah pengundi Islam. -klik-

Karpal Singh juga sering menggunakan isu Negara Islam & Hudud dalam menghidupkan kembali populariti DAP supaya tidak hilang sokongan pengundi bukan melayu..


Tips 2 - Isu Damage Control

isu ini akan timbul apabila dilihat sesuatu isu telah  mengurangkan sokongan terhadap mereka.. sebagai contoh yang terbaru, Musyidul Am PAS meminta DS Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan negara Israel -klik-

ini dilihat kerana pelbagai usaha juak-juak mereka menghalalkan kenyataan DS Anwar itu tidak mampu untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada pakatan mereka.. maka, setelah beberapa lama juak-juak mereka menyokong maka senyaplah dan Musyidul Am pula melakukan damage control.

tips 3 - Isu Cover Isu

isu ini sering digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat tentang isu yang mereka hadapi..
terkini adalah mengenai isu pasir yang menghantui kerajaan negeri selangor.. maka di timbulkan isu tanah Rezab Melayu yang menyusut.. 
umum juga tahu mengenai isu penjualan arak di kawasan majoriti melayu di Selangor ketika Dato Hassan Ali menjadi exco agama selangor yang ditentang oleh seorang lagi exco bukan melayu.. ditimbulkan pula isu menghapuskan akta arak & minuman keras sedangkan kita tahu bahawa lesen penjualan adalah dibawah kerajaan negeri
begitu juga kita lihat isu "demonstrasi tidur" dihadapan UPSI dan isu penurunan bendera PM di PWTC yang "kebetulannya" hampir dengan tarikh 9 januari.. 


itu sajalah buat kali ini yang aku nak kongsikan kepada semua.. akan datang akan aku sambung lagi supaya kita tidak terus di perbodohkan oleh siapa-siapa pun.. 

hmm.. Melayu...

Sunday, February 5, 2012

AMAN KAMPUS.. GUNAKAN HAK BERFIKIR SEBELUM HAK BERSUARA....

Aku dengan ini secara rasminya menyokong program AMAN KAMPUS...

nak tahu apa tu AMAN KAMPUS??

Blog Double Y -klik disini-
Laman Web Rasmi AMAN KAMPUS -Klik Disini-
Twitter Rasmi Aman Kampus @AmanKampus



Thursday, February 2, 2012

KANTOI!!! SMM Hanya Boneka..


SAH!!!!! Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) didalangi oleh parti politik.. 


tak boleh nak dinafikan lagi SSM didalangi dan dibawah telunjuk parti politik setelah dua artikel dari laman web yang sama secara sewenang-wenangnya tanpa segan silu cuba menentukan apa halatuju dan kepimpinan SMM. 



selama ini pun umum tahu mereka ini semua memang didalangi dan menjadi boneka parti politik tapi cuba dinafikan oleh mereka.. kononnya mereka ini adalah mahasiswa yang bebas dari pengaruh luar dan mewakili mahasiswa Malaysia memperjuangkan apa yang mereka panggil "Kebebasan Akademik"..


 mereka mendakwa Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 menyekat kebebasan mereka untuk menyampaikan pandangan mereka dalam politik dan bersuara..


tapi baru-baru ini mereka menjadi kucar-kacir apabila bila 4 orang Mahasiswa KUIN di gantung pengajian mereka kerana berdemonstrasi di menentang tindakan kerajaan negeri Kedah untuk merobohkan madarasah di Alor Star.. 


ada yang sudah meninggalkan saf perjuangan mereka yang selama ini mereka anggap di sokong oleh pakatan parti politik yang tiba-tiba menghukum golongan pelajar yang menentang mereka.


alasannya? AUKU dan Akta IPTS adalah akta yang berbeza.. ahahahahahahaha.. lawakkan? 
walaupun dua akta ini berbeza, tapi apa yang ditentang dalam AUKU ada dalam akta IPTS... 


maka berdedai-dedailah juak-juak parti politik ini cuba menghalalkan apa yang mereka lakukan dan apabila pengerusi SSM menyelar MB Kedah kerana tindakannya, dia dilabelkan sebagai sudah lari dari perjuangan dan tidak layak lagi menjadi pengerusi SMM.. 


nasihat aku untuk adik-adik SMM, GAMIS, HAMIS, HANCING dan macam-macam nama yang adik-adik guna.. sedarlah yang adik-adik semua sedang digunakan, maka apabila adik-adik dilihat menghalang agenda maka adik-adik akan ditendang ketepi dan akan di gantikan.. 
ini adalah modus operandi mereka sejak dahulu lagi dan adik-adik tidak terkecuali dari nasib itu apabila adik-adik membenarkan diri adik-adik dipergunakan..


aku akhirkan dengan video Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang aku rasa elok difikirkanoleh semua..


hmm.. Melayu...


KUIN: Mahasiswa Di Perbodohkan Lagi..

Setelah beberapa lama mencari akhirnya akuiberjumpa dengan blog yang bercerita tentang kes mahasiswa KUIN yang digantung pengajiannya. Tapi seperti biasa, muntah darahlah mahasiswa-mahasiswa yang kini goyah dengan "perjuangan" untuk kebebasan akademik yang kononnya mereka perjuangkan itu..

Basahlah kepala budak-budak yang tak tahu apa ni akibat kencingan mereka.. Dan mungkin akan terus bertakbir setelah menelan bulat-bulat kata kata yang mereka sogokkan kepada mereka.. -

Sebagai orang yang lahir dari institusi pengajian tinggi yang didik supaya pemikiran ini tak dikongkong atau sekadar menerima apa saja yang disogokkan, aku ingin sedikit kepastian dalam hal "memperjuangkan kebebasan akademik" ni.. Jadi jika ada yang sudi bagi pandangan silakan..

Dewan Pemuda PAS P.Pinang mengatakan KUIN tidak bawah AUKU tapi dibawah akta IPTS 1996, tapi peraturannya hampir sama dengan AUKU.. Maka sama jugalah intipati keduanya yang menafikan apa yang mereka kata sebagai "kebebasan akademik" itu.. Maka sebagai MB yang partinya menolak AUKU maka sudah tentu beliau yang merupakan pengerusi majlis disiplin boleh memberikan hukuman yang lebih ringan kepada mahasiswa-mahasiswa ini.. Tapi kenapa mereka di kenakan hukuman yang sama dengan Adam Adli yang dihukum oleh jawatankuasa disiplin UPSI?

Kenapa respon GAMIS,SSM, HANGIT, HAMIS berbeza diantara Kes Adam Adli & Kes Pelajar KUIN??

AUKU secara jelasnya adalah asas kepada kewujudan IPTA diMalaysia ini, dari kuasa menteri, pelantikan chanselor, naib chanselor hinggalah kepada peraturannya ditentang semata-mata tidak membenarkan pelajar berpolitik kenapa tidak ditentang juga tindakan MB Kedah yang jelas sekali tidak suka mahasiswa bersuara menentang mereka..


Yang aku nampak disini ialah tindakan memusing cerita agar nampak logik demi menghalalkan tindakan mereka.. Bukan baru kali ini mereka buat, ini berlaku dulu ketika konflik dalaman mereka dalam kes penjualan arak yang di tentang oleh Datuk Hassan Ali kemudian disalahkan kepada akta arak sedangkan lesen jualan arak dikeluarkan oleh PBT dan hasil jualan arak adalah milik kerajaan negeri.. Begitu juga dalam kes Kalimah Allah dan tindakan JAIS memeriksa gereja..




Soalan seterusnya aku lontarkan kepada golongan muda terutama mahasiswa.. Adakah mereka seperti ini ingin kita dokong dan sokong?
Adakah kita sedang memperjuangkan sesuatu yang benar- benar wujud atau sekadar pementasan boneka dan kitalah boneka itu.. Fikir- fikirkan dan selamat beramal..

Hmm.. Melayu..


-klik sini untuk baca blog yang aku katakan tu-

Published with Blogger-droid v2.0.4

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..