SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, June 19, 2012

SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) UNTUK GRADUAN MENGANGGUR



Hari ini graduan menganggur adalah masalah sosial terbesar kepada negara, ini juga satu pembaziran tenaga kerja yang serius.. 

Pada 1 Jun 2011 Perdana Menteri telah melancarkan program  Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Program ni bertujuan untuk membantu graduan yang menganggur untuk mendapatkan kerja.Untuk fasa pertama 3,000 graduan akan mengikuti program itu manakala 5,000 graduan bakal mengikuti program untuk fasa kedua. Pada permulaan sebanyak 26 GLC menjayakan Skim Latihan 1Malaysia ni dan akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa akan hadapan.Dalam program SL1M ni Bank Negara juga terlibat dalam fasa pertama.


Perlaksanaan Skim Latihan 1Malaysia:


Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR
Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training
Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan

Kriteria pemilihan peserta :


  • Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5
  • Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011
  • Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed)

Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian.

Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.

Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program Skim Latihan 1Malaysia Fasa 1 adalah :

1.Affin Holdings Berhad            
SL1M – AMP and FSTEP (Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)
2.Amanah Raya Berhad
SL1M – AmanahRaya Executive Associate
3.Axiata Group Berhad
SL1M – BLUi (BLUE interns)
4.Bank Negara Malaysia
SL1M – BNMGP (Bank Negara Malaysia Graduates Programme)
5.Bank Pembangunan Malaysia Berhad
SL1M – BPGDP (Bank Pembangunan Graduate Development Programme)
6.Bousted Holdings Berhad
SL1M – Boustead Graduate Internship Programme
7.Chemical Company of Malaysia Berhad          
SL1M - CCM
8.CIMB Group Berhad  
SL1M – CIMB Skill Enhancement Programme
9.Khazanah Nasional Berhad
SL1M – GEMS (Graduate Employability Management Scheme)
10.Lembaga Tabung Haji
SL1M – TH Lembaga Tabung Haji
11.Malayan Banking Berhad
SL1M – MAYBANK
12.Malaysia Airports Holding Berhad
SL1M – Malaysia Airports
13.Malaysia Building Society Berhad
SL1M – MBSB (MBSB Graduate Training Programme)
14.Malaysian Airlines System Berhad
SL1M – MGT (MH Graduate Trainee) Programme
15.Malaysian Resources Corporation Berhad
SL1M – MRCB
16.MIMOS Berhad
SL1M – MIMOS AcT (MIMOS Acceleration Talent)
17.Perbadanan Nasional Berhad
SL1M – PNS Graduate Talent Programme
18.Permodalan Nasional Berhad
SL1M – PNB Investment Bridging Programme
19.Petroliam Nasional Berhad
SL1M – GEES (Graduate Employability Enhancement Scheme)
20.Sime Darby Berhad
SL1M – SD MAP 2011 (Management Apprenticeship Programme)
21.SIRIM Berhad          
SL1M – SIRIM
22.Telekom Malaysia Berhad  
SL1M – TM GEOP (TM Graduate Employability Outreach Programme)
23.Tenaga Nasional BerhadSL1M – Program Pembangunan Siswazah
24.UDA Holdings Berhad
SL1M – SPP UDA (Skim Pelatih Pengurusan UDA)
25.UEM Group Berhad
SL1M – UEM Group Berhad "YES" (UEM Group  Berhad "Young Executive Scheme")
26.UMW Holdings Berhad
SL1M – UMW:GEP (UMW Graduate Enhancement Programme)

Diharapkan program Skim Latihan 1Malaysia ini dapat mengurangkan jumlah pengangguran dikalangan graduan selepas ini.Sebenarnya program begini banyak dibuat contohnya seperti program GEMS.Tetapi malangnya selepas latihan ada yang terpaksa menganggur semula kerana company yang terlibat dalam program tersebut tak dapat menyambung perkhidmatan mereka.Siapa yang ingin berminat boleh layari laman web utama SL1M iaitu http://www.epu.gov.my/sl1m




hmm.. melayu..

APA ITU NON POLITICAL WEEK??







Semestinya ramai tertanya-tanya apa itu NON POLITICAL WEEK.. 


NON POLITICAL WEEK adalah satu tempoh dimana aku tak akan bercerita tentang politik dalam blog ini.. 


Jarang yang ada membuat demikian kerana kesannya kepada jumlah hit pembaca.. kerana pada mereka, pembaca mahukan maklumat tentang isu-isu semasa arena politik..


tapi aku berpendapat, kita tak patut lupa untuk menyampaikan maklumat lain yang sepenting info isu-isu semasa.. maklumat-maklumat yang perlu sampai kepada pembaca kerana kita ada tanggungjawab sosial yang perlu kita laksanakan sebagai penyampai.. 


ini juga satu cara untuk aku mengatakan bahawa aku seorang blogger yang bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak...


Ramai juga rakan-rakan blogger dan facebooker yang memberikan pelbagai pandangan mengenai tindakan aku untuk membuat NON POLITICAL WEEK ini dan aku ucapkan jutaan terima kasih..


AKU TELAH MENYAHUT CABARAN UNTUK NON POLITICAL WEEK HINGGA JAM 0000 HARI AHAD, 24/06/2012.. AKU AKAN MELANCARKAN KEMPEN PENGETAHUAN AM YANG AKAN MENAMBAH PENGETAHUAN ANDA MENGENAI MALAYSIA..




hmm.. melayu..

Monday, June 18, 2012

SETPOL Khalid Ibrahim Hentam Azmin Ali.. YB Zuraidah Suruh Diam.. Ini Semua SALAH UMNO..




PKR sekali lagi bergolak.. 


setelah pemimpin-pemimpin PKR semakin banyak di bunuh kerjaya politik mereka, kini pergolakan melibatkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang kini lantang mengkritik Azmin Ali..



Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita parti itu menuduh Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ”celupar” dan tidak megenang jasa parti.


Zuraida berkata Faekah Husin tidak harus memperlekehkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan sebaliknya patut memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.


"Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai Setiausaha Politik MB," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.


“(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti," kata beliau..


"Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai setiausaha politik," tegas Zuraida.


dari laman web: Antarapos


Faekah kelmarin mempersoalkan kewibawaan Azmin menjadi Pengarah Pilihan Raya PKR dan berkata beliau perlu membuktikan keupayaannya mengisi jawatan penting itu.



“He (Azmin) has to prove that he can help PKR win the next general election.” 
“Dia (Azmin) perlu buktikan yang dia boleh bantu PKR menang pilihan raya akan datang,” katanya.

Gerakan menggunakan Twitter  "@ PecatFaekah" dan Twitter "# kamisayangpkr" telah muncul, menyatakan sokongan bagi Azmin dan menggesa Faekah untuk meletak jawatan kerana menyalahgunakan Geran SelangorKu yang menggunakan kewangan negeri.



“I think the real target is probably not me and that I am just the ‘punching bag’,” Faekah said when contacted.
“Everyone knows that whatever decision or comments that I make, most of it, especially in terms of the SelangorKu grants, is actually Tan Sri Khalid’s decision. I am merely the implementer,” she said.
“Saya rasa sasaran sebenar adalah bukan diri saya dan saya hanya ‘punching bag’ (beg tinju).“Semua orang tahu apa jua keputusan atau komen yang saya buat, boleh katakan semua berkaitan dengan Geran SelangorKu sebenarnya keputusan dari Tan Sri Khalid. Saya hanya pelaksana,” katanya.

dari Laman web The Star:Political rift widens in Selangor


ini menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan Azmin Ali sedang cuba untuk membunuh kerjaya politik MB Selangor itu..


Selain dari Penyelaras DUN Ampang Jaya yang telah di lucutkan jawatan serta-merta, Dr Badrul Amin juga antara yang dikatakan telah dibunuh kerjaya politik setelah "berehat" dari politik selepas ditangkap khalwat di sebuah hotel di Kuantan bersama isteri orang..




kalau tanya aku, akhirnya nanti akan jadi SALAH UMNO juga... 




hmm.. melayu..

TERKINI: HAZIQ YANG DERHAKA SULTAN JOHOR KENA PENAMPAR!!!



TERKINI: HAZIQ DITAMPAR AKIBAT KEBIADABAN KEPADA SULTAN JOHOR!!!! 


ahahahahaha.. rupanya aku bermimpi!! alangkah baiknya mimpi ini jadi realiti kan???



PASIR GUDANG - Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,  beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas. 
"Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini. 
Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas. Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. - Bernama


Dari Laman Blog: JAWA BERNAM

Bodohkan mereka semua ni? menjadi keldai pembangkang dengan termakan janji-janji manis..

nanti kita lihat penyudahan kepada mereka.. adakah mereka akan dibela oleh pembangkang atau akan dibuang seperti yang lain... 


hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..