SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, August 7, 2012

Sukan Menyatukan Rakyat Tapi Sayang Islam Tak Mampu Menyatukan Ummah..

Kekalahan Datuk Lee Chong Wei (LCW) kepada Lin Dan tidak mematahkan semangat Rakyat Malaysia malah beliau telah mampu menyatukan rakyat yang berbeza agama, bangsa dan latar belakang..

Walaupun ada pihak yang cuba untuk memperlekehkan kejayaan LCW meraih pingat perak di Olimpik London namun rakyat secara majoriti mengutuk tindakan publisiti murahan wakil Rakyat DAP itu..

Sukan telah menjadi satu cara hidup di Malaysia.. Dari kecil kita di ajar untuk bertolak-ansur dan bersikap kesukanan bila terlibat dalam aktiviti sukan.. Kita juga didik yang menang atau kalah bukan pengukur tetapi nilai-nilai baik dalam sukan itu yang penting..
Tapi sayangnya kita juga dibesarkan dalam keluarga Islam, dibesarkan dinegara yang menjaga dan meletakkan Islam itu melebihi agama-agama lain.. Institusi-institusi Islam bercambah dan pengajian islam di ajar hingga ke peringkat yang tertinggi..

Namun, masih lagi tak mampu untuk menyatukan ummah hinggakan kita melihat seolah-olah mereka ini menganut fahaman politik daripada fahaman Islam..
Islam hanya dibibir untuk membeli sokongan dan hanya diambil jika menguntungkan..

Hari ini juga kita lihat Islam di gred-gredkan.. Lebih Islam, kurang Islam, tak cukup Islam dan pelbagai lagi..
Islam digunakan untuk menuduh orang lain dan Islam digunakan untuk menolak penyatuan..

Sedih.. Sedih bila aku mengenangkan itu semua.. Pedih untuk mengakuinya.. Sukan jelas lebih menyatukan dari Islam yang sepatutnya menyatukan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 1, 2012

SAH!! Hudud Bukan Agenda PAS..

Hari ini PAS sendiri dah menyatakan dengan jelas dan lagi bersuluh bahawa Hudud bukak agenda utama PAS jika berjaya meneraju negara bersama DAP dan PKR..

ini juga bermakna satu lagi tamparan keras ke kepala Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Al-Tantawi yang sebelum ini terperangkap dengan kata-kata sendiri yang menyatakan Karpal Singh menerima Hudud selepas bersekelongkol dengan PAS..

ini juga membuktikan bahawa bukan DAP yang berkompromi tetapi PAS yang sanggup membuang hudud apabila bersama DAP tetapi mencanangkan kepada Rakyat pembohongan yang berbeza..

ada yang berpendapat, ini bukan sesuatu yang baru bagi PAS..
pada mereka, PAS sememangnya selama ini tidak pernah pun serius dalam melaksanakan Hudud tetapi sekadar modal untuk mendapatkan undi..

PAS hari ini dilihat terdesak dari segenap ruang.. disatu ruang, PAS mahu membeli undi bukan Islam dengan mengetepikan isu-isu sensitif seperti hudud dan negara Islam.. di satu ruang lain, PAS kehilangan sokongan dikalangan orang islam yang sudah melihat wajah sebenar PAS.. dan disatu ruang lagi mereka kehilangan sokongan golongan bijak pandai dan ulama yang kini semakin banyak meninggalkan PAS..

PAS dilihat terdesak untuk terus hidup dengan kembali melacurkan isu hudud pada orang Islam dan menolak pelaksanaan hudud bila berhadapan dengan DAP dan orang bukan Islam..

keadaan terdesak ini lebih jelas lagi apabila PAS  menggunakan populariti artis-artis untuk menarik perhatian Rakyat namun semua usaha mereka dilihat gagal dan tidak berjaya mengembalikan sokongan rakyat pada mereka..

jadi fitnah dan pembohongan akan semakin rancak selepas ini kerana modal mereka semakin habis.. aku berpendapat, lagi lewat PRU 13 dilaksanakan lagi parah PAS dalam mengekalkan kedudukan mereka..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Karikatur Sahabat Nabi S.A.W: Kalau Kita Buat Cite Pasal Dewi Kwan Yin Macam mana?

aku sangat marah dan terhina dengan sikap cikgu tuisyen dan pusat tuisyen yang benarkan nota mengenai sahabat Nabi s.a.w dan diedarkan kepada murid- murid di pusat tuisyen itu..

lebih marah lagi apabila mereka mengatakan mereka tidak tahu yang perkara tersebut adalah sensitif dan tidak boleh lakukan..

aku sangat yakin bahawa mereka ini tidak datang dari aliran kebangsaan dan dari aliran jenis kebangsaan..

kerana umum tahu yang mereka yang dari aliran jenis kebangsaan ini kebanyakannya jarang bergaul dengan orang melayu dan kebanyakannya tidak fasihpun berbahasa melayu..

tapi tidak.. ada pihak akan dengan jelasnya memenangkan mereka ini.. dan aku amat-amat yakin jika yang melakukan perkara ini adalah seorang guru melayu yang bercerita mengenai Dewi Kwan Yin, Buddha ataupun Jesus, berduyun-duyun pemimpin melayu yang akan memohon maaf kononnya bagi pihak orang melayu dan semestinya ini akan di tundingkan kepada kerajaan sebagai penyebabnya..
aku jelak dengan sikap mereka ini.. Dong Zong sekali lagi cuba bermain api dengan kenyataan membela mereka ini dan tiada pemimpin melayu yang mengutuk tindakan mereka ini mahupun menyatakan kejahilan dan kebodohan mereka ini adalah hasil dari sikap ultra kiasu dan sombongnya kaum cina yang mahu menjadi lebih cina dari orang cina di Tanah Besar China..

dimana pembela melayu hari ini??

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 28, 2012

DAP KANTOI CUBA TIPU ORANG ASLI..



Bandar Seri Jempol: Penduduk Orang Asli Sungai Lui dekat sini, gempar apabila seorang pemimpin pembangkang mendakwa kampung itu akan dicemari sisa toksik apabila projek pelombongan emas dijalankan di situ.


Difahamkan seorang pemimpin DAP dari Pahang pergi ke kampung itu Selasa lalu, dan memberitahu penduduk projek berkenaan mendapat kelulusan kerajaan negeri. 


Penduduk yang bimbang dengan dakwaan itu membuat laporan polis di sini, malam kelmarin. 


Namun, penduduk lega apabila ADUN Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menemui mereka semalam dan menafikan dakwaan itu.


Wakil penduduk, Asai Patik, 40, berkata beliau dihubungi wakil rakyat DAP itu melalui telefon bimbit meminta menghimpunkan penduduk.


“Kira-kira 300 penduduk terkejut dan ada yang takut mendengar kenyataan pemimpin pembangkang itu yang memberitahu bahan toksik akan dimasukkan dalam lombong di kampung terbabit untuk mengapungkan emas.


“Bagaimanapun saya fikir tidak logik. Macam mana wakil rakyat dari Pahang masuk negeri ini dan beritahu macam-macam,” katanya. 


Lawatan pemimpin DAP itu mendapat liputan dalam beberapa akhbar Cina, memaparkan penduduk bergambar bersama ADUN DAP dan rombongannya.


Dipetik dari : Berita Harian


hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..