SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Friday, November 16, 2012

Muktamar PAS: Cubaan Kekalkan Sokongan Yang Goyah.


Muktamar PAS dah bermula.. 

Ada beberapa perkara menarik berlaku di awal muktamar Parti yang kini dalam krisis kepercayaan dari dalam dan luar parti mereka..
Lakonan juga bermula, skrip yang telah tersedia kini sekadar dibaca oleh para perwakilan..
Umum tahu yang kini PAS dilihat sebagai "Pak Turut" dalam pakatan bersama DAP & PKR kini terdesak untuk mengembalikan kepercayaan penyokong mereka dan dalam masa yang sama menjaga hubungan dengan rakan dalam pakatan..
Maka strateginya ialah menunjukkan kononnya perwakilan sudah boleh menyuarakan isi hati akar umbi tapi tidak menyentuh perkara-perkara yang kini menjadi persoalan utama rakyat kepada PAS..


Antara perkara menarik yang berlaku dalam pementasan "Muk-Drama" PAS ialah:

  1.  Ketua Dewan Pemuda PAS mengistihar hartanya.
  2. Beberapa Perwakilan Pemuda PAS kritik Harakah.
  3. Ketua Dewan Ulama minta Mufti Perak bertaubat kerana dikatakan tidak memperjuangkan Islam (versi PAS)
  4. Perwakilan Dewan Muslimat PAS kritik Kerajaan PAS Kedah tak martabatkan wanita


PAS cuba bermain teknik "divert attention" dalam muktamar ini dengan membangkitkan isu-isu kecil yang selama ini di suarakan di peringkat akar umbi bagi mengalihkan perhatian dari isu-isu besar yang melanda mereka..

Pada aku, Muktamar kali ini walau apa pun yang di sampaikan oleh perwakilan hanyalah satu lagi pentas sandiwara tahunan PAS..


Published with Blogger-droid v2.0.9

KP Kementerian Kesihatan Sabotaj DS @NajibRazak..

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat
PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat bersama seorang kakitangan kementerian di Hotel Pullman di sini pagi ini.
Dr. Hasan didakwa di bawah Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Pasangannya, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, pula disabitkan dengan Seksyen 27 (b) di bawah akta sama dan dikenakan denda sebanyak RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal berbuat demikian.
Hukuman kes berkenaan dijatuhkan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin.- UTUSAN

Penjawat awam macam inilah yg sebabnya PM kita nak mentranformasikan..
Sikap yang sebegini dan mengikut nafsu membuatkan mereka ini tidak profesional dalam menjalankan tugas..
Ini juga membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan awam..

Maka pada aku memang tepatlah tindakan PM kita yg mahu mentransformasikan perkhidmatan awam yang merupakan "delivery system" kepada rakyat..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

TERKINI!! Gerakan Anti Anwar Ibrahim Temui Jalan Buntu??



maklumat terbaru aku dapat dari mesyuarat sulit Gerakan Anti Anwar Ibrahim mengesahkan mereka temui jalan buntu untuk mengenakan DSAI dalam isu  Scorpene dan mahkamah Perancis apabila terlebih dahulu media-media alternatif pro-anwar melakukan perkara itu..

Suara Keadilan pada 9 oktober 2012 menyatakan 7 orang telah di sapina oleh mahkamah perancis untuk memberi keterangan mengenai kes ini sedangkan peguam pendakwaraya perancis menyatakan mahkamah telah menolak permohonan SUARAM pada 13 mac lagi..
isu scorpene telah di mainkan di lidah-lidah rasmi pembangkang seperti Roket, Harakah dan Suara Keadilan sekian lama dan telah menjadi modal dalam ceramah-ceramah pembangkang..

DSAI dalam satu ceramahnya telah dilaporkan berkata, "dalam tangan saya ada dokumen yang mengaitkan pembelian Scorpene dengan Altantuya".. namun tiada petikan dari "dokumen" itu dibacakan kepada umum hingga hari ini..

SUARAM, satu pertubuhan haram yang dianggotai oleh pemimpin pembangkang seperti Tian Chua pernah mendakwa yang pihak berkuasa perancis telah menunjukkan bukti mengenai penyelewengan dalam jual beli scorpene kepada peguam mereka.. namun berbeza dengan apa yang telah di jelaskan oleh pihak berkuasa perancis yang tiada bukti mengenai perkara itu ditemui..



DSAI juga selepas memberikan ucapan di himpunan royalti di stadium shah alam telah ke perancis untuk bertemu dengan peguam SUARAM mengenai isu scorpene sedangkan SUARAM menyatakan sebuah badan yang bebas dari pengaruh politik..

Gerakan Anti Anwar Ibrahim kini buntu kerana kelihatan semua serangan pembangkang telah memakan diri mereka kembali.. segala tuduhan-tuduhan mereka kini ternyata satu pembohongan dan perkaitan antara SUARAM, Pakatan Pembangkang dan DSAI kini telah jelas serta nyata..

ada diantara ahli mesyuarat sulit itu yang akan mengambil cuti rehat beberapa hari kerana tak perlu lagi memikirkan masalah ini dan biarkan rakyat sendiri menjadi hakim dan penghukum kepada Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim..
seorang dari ahli menyuarat berkata.."kita lihat apa yang mahu mereka pusing lagi lepas ni"



Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 13, 2012

PENDEDAHAN!! BUKTI AZMIN REBUT JAWATAN MB DARI KHALID??

Perkara ni agak lama juga aku dah lihat di Ampang tapi tak ada sesiapa yang menketengahkan jadi aku ambil inisiatif untuk bertanya kepada sesiapa yang sudi berfikir...

Kita sedia tahu dengan desas-desus pergolakan dalaman PKR Selangor.. YB Azmin Ali dikatakan bercita-cita menjadi MB Selangor dengan cuba membunuh kerjaya politik orang-orang yang dilihat menjadi ancaman kepada cita-cita beliau.. antara orang yang dikatakan "dibunuh" kerjaya politiknya ialah Badrul Amin yang secara ditangkap khalwat ketika melakukan sesi kaunseling jam 3 pagi di hotel di bandar Kuantan..

malah bukan satu rahsia konfrantasi antara MB Khalid Ibrahim dengan YB Azmin apabila Setiausaha Sulit MB secara terang-terang mempertikaikan kedudukan YB Azmin dalam menerajui PKR Selangor..

sesiapa saja yang pergi ke Ampang Point akan nampak iklan besar ucapan hari raya dari YB Azmin dan YB Zuraidah yang berada disana sejak Ramadhan tapi adakah sesiapa berasa pelik kenapa tiada gambar MB Khalid?
Malah lebih pelik lagi apabila terdapat jata negara dan jata negeri yang menandakan ianya adalah perutusan rasmi negeri..

pada mulanya aku rasa mungkin itu satu kesilapan cetakan jadi aku biarkan..

Tetapi jika seseorang itu dari arah LRT Ampang menuju kearah Ampang Point, di lampu isyarat pertama ke arah Ampang galaxy ada satu lagi iklan yang hanya memaparkan wajah YB Azmin dan YB Zuraidah..

Kali ini Iklan Selangorku dan iklan Air percuma..!!!

bukankah itu adalah projek dibawah kerajaan negeri yang terus dibawah MB Khalid..?? Kenapa hanya YB Zuraidah dan YB Azmin sahaja yang di "highlightkan"??

siapa MB Selangor yang sebenar? adakah projek Air Percuma dan Geran SelangorKu itu projek Parti PKR atau projek kerajaan negeri??

Aku sebagai rakyat selangor amat keliru dengan iklan-iklan ini.. pelik kan??

Published with Blogger-droid v2.0.9

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..