Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
YOUTUBE: Kecoh Pru 13 !!!orang malaysia India dituduh bangla dan pengundi hantu Mereka telah secara jelasnya tidak menghormati orang ...
-
Malam tadi aku keluar ke kota metropolitan kuala lumpur sekali lagi untuk melihat sendiri kebodohan anak muda Malaysia hari ini... dalam f...
-
Alhamdulillah.. Tuhan masih lagi memberikan aku sedikit kekuatan dan kelapangan hidup hingga hari ini… aku masih lagi mampu bergerak di dala...
-
Tahukah anda bahwa tidur punya fungsi yang lebih dari sekadar mengistirehatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh membuat memori otak terga...
-
YOUTUBE: Kecoh Pru 13 - Clear Discrimination and racist witch-hunt pru 13 Mereka telah secara jelasnya tidak menghormati orang lai...
-
Pamie said... ok bai, aku dah bace entry ko kali ni..bagus analogy ko.wat aku senang nak pham ape yg ko cuba sampaikan..tp bai, aku x bape ...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Sunday, August 26, 2012
Dr Mahathir saran rakyat buat rumah terbuka untuk pelancong
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan rakyat Malaysia mengundang pelancong asing ke rumah terbuka mereka bagi membolehkan tetamu asing itu meraikannya dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam suasana harmoni.
"Mereka mahu melihat budaya kita dan keupayaan kita hidup dalam negara berbilang bangsa tanpa rasa takut seperti yang dilihat di kebanyakan negara berbilang bangsa atau berbilang agama yang lain," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Bekas perdana menteri itu ditemui pada majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannnya di The Mines, Seri Kembangan dekat sini. Beliau sebelum itu meraikan kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, walaupun konsep itu bukan suatu yang baru namun ia harus melibatkan penyertaan lebih aktif daripada rakyat tanpa mengharap pemberian insentif kerajaan.
"Kita buka rumah bukanlah secara besar-besaran tetapi biarlah mereka rasa kehidupan kita setakat yang kita mampu," katanya.
Dr Mahathir juga meminta mereka yang menuduh Malaysia dengan pelbagai perkara tidak baik agar mengunjungi negara lain bagi melihat perbezaannya.
"Walaupun ada pihak ekstremis yang mahu menimbulkan masalah tetapi secara umumnya rakyat Malaysia dapat hidup bersama, meraikan sesuatu perayaan secara bersama, bekerja bersama dan bersukan bersama tanpa sebarang masalah di negara ini," katanya.
Mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Dr Mahathir melahirkan rasa kagum apabila melihat kebanjiran orang ramai yang berkunjung ke Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Yang berkunjung ke rumah saya pada hari ini adalah antara 5,000 ke 10,000 orang tetapi saya nampak yang datang ke rumah Perdana Menteri ramai, semua kaum datang dan nampak mesra," katanya.
Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakaian sedondon berwarna biru disambut Dr Mahathir. Najib dan Rosmah meluangkan masa kira-kira sejam di kediaman bekas perdana menteri itu.
Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..
AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..

No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..