SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, April 18, 2012

#AmanKampus Mahasiswa Jangan Jadi Macam ini


Sekali lagi secara tiba-tiba muncul kembali mereka yang kononnya menggelar diri mereka Mahasiswa berdemonstrasi di jalanan.. tindakan mereka yang tidak konsisten dan bermusim ini dlihat sangat menjurus kearah kepartian walaupun sentiasa dinafikan hari ini menjadi bahan gelak ketawa masyarakat umum..





Apa tidaknya.. Demonstrasi Ala-Orang Mabuk di Malam Tahun Baru adalah sebelum tarikh 9 januari dimana keputusan kes liwat DSAI.. Selepas DSAI tidak didapati bersalah, Senyap sunyi terus suara mereka..

Bila Pelajar KUIN di gantung 3 semester oleh Majlis Disiplin yang di pengerusikan oleh MB Kedah, gelombang mereka tak sekuat sebelum 9 Januari.. Malah apabila MB Kedah mengatakan sokongan beliau terhadap AUKU  dan Akta Universiti Swasta yang mirip AUKU.. Si Juara Sengal, Adam Adli tidak pula ke SUK Kedah untuk berdemonstrasi.. malah tiada keranda di letakkan dimana-mana..



begitu juga bila 34 orang penduduk Flat PKNS Kampung Kerinchi enggan berpindah, entah kenapa mereka ada disana pula.. alasannya, untuk memberi sokongan kepada keluarga yang tidak mahu berpindah.. namun, dimana mereka ketika keluarga ini berpindah ke rumah baru seminggu selepas itu? bukankah lebih baik sebagai aktivis mahasiswa membantu orang lain... baik lah! untuk berlaku adil pada Adam Sengal.. dia telah ditumbuk sebelum ini, jadi dia tidak mahu menambah kekecohan lagi, maka dia tak menunjukkan mukanya.. tapi dimanakan jentera SMM, PMI UM yang hanya sepelaung jauhnya dari Flat PKNS Kampung Kerinchi ini? adakah kerana Si Puteri Sombong sibuk bermain Futsal dan Badminton ketika itu maka perlu mereka berada disana untuk mengampu puteri papa itu?

sabtu lalu mereka sekali lagi menunjukkan kebodohan mereka dengan berdemonstrasi di hadapan SOGO.. namun kehadiran mereka menjadi bahan gelak negara apabila hanya kurang 300 orang yang hadir.. tak lupa juga yang mereka menjadi bahan cemuhan warga Kuala Lumpur yang samada bekerja dihari Sabtu mahupun mereka yang ingin membeli-belah..  jangan dilupakan juga peniaga yang terjejas jualan mereka akibat kebodohan gerombolan yang menggelar diri mereka Mahasiswa..



hari ini mereka menambah peringkat kebodohan mereka sekali lagi dengan berkhemah di Dataran Merdeka.. bila kali pertama aku mendengar berita ini aku tergelak besar.. kalau nak berkhemah, ada banyak tempat di sekitar lembah Klang yang boleh mereka berkhemah.. 

berikut adalah senarai tempat-tempat menarik di sekitar Lembah Klang..

  • Taman Rimba Templer, Rawang (21KM dari Dataran Merdeka)
  • Bukit Broga, Kajang (41KM dari Dataran Merdeka)
  • Hutan Simpan Hulu Langat (13KM dari Dataran Merdeka)
  • FRIM Kepong (19 KM dari Dataran Merdeka) dan banyak lagi tempat yang sesuai untuk berkhemah dan membuat aktiviti pelik mereka.. 
malah rakan aku, Azmil dari Bayu Elit Services ada menyediakan khidmat sewaan khemah dan peralatan memasak untuk aktiviti luar..
keterangan lanjut hubungi Azmil : 013-3870389

hari ini UMNO melalui SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) menghulurkan makanan kepada mereka yang berkhemah itu.. SHEB sebelum ini sering juga berbuat demikian untuk membantu golongan gelandangan.. 



tindakan mereka ini juga menimbulkan persoalan dikalangan orang-orang kampung seperti aku, 
  • jika mereka berkhemah di Dataran Merdeka, bila masa mereka ke kuliah?
  • apa tindakan Universiti kepada mereka yang tidak hadir ke kelas ini?
  • apakah peranan ibu bapa mereka apa bila mengetahui anak-anak mereka yang sepatutnya ke kelas, tidur di tempat awam dan menerima bantuan makanan seperti pengemis?
  • adakah mereka sebenar-benarnya pelajar universiti seperti yang didakwa?

kasihan aku lihat mereka ini yang dipergunakan dan akhirnya golongan yang akan mendapat kerugian adalah mahasiswa yang ikut serta dalam aktiviti "Ko-KuriKulum" anjuran Adam Sengal dan Rakan-Rakannya.. 


dibawah ini adalah pendapat masyarakat terhadap mereka yang tak sedarkan diri ini..


terima kasih PapaGomo & KLposdotcom
hmm.. melayu..

#AmanKampus Mahasiswa UiTM Sertai Ajaran Sesat Di Dataran Merdeka

Malam tadi aku keluar ke kota metropolitan kuala lumpur sekali lagi untuk melihat sendiri kebodohan anak muda Malaysia hari ini...


dalam fikiran aku, akan aku jumpa Si Mata Stone Adam Adli.. ye la.. dia kan aktivis.. mestilah bersama-sama dengan pejuang-pejuangnya...


rupanya tidak... yang ada adalah geng-geng Si Fahmi Reza dan GirlFriendnya yang sudah tentu semuanya seksi dan hanya berseluar pendek serta bersinglet.. yang lain cuma datang untuk melihat-lihat sahaja...



tak ramai sebenarnya mereka ni.. maksud aku yang sanggup tidur disana la.. hanya beberapa kerat manusia yang aku lihat tidak pula macam bersedia untuk tidur dalam khemah.. gambar-gambar didalam blog dan facebook jika ramai tu hanya mereka yang datang dan pergi saja.. 

 kemudian aku lihat disini, ada kain rentang yang boleh di tandatangan untuk menandakan sokongan mereka yang datang.. aku lihat lelaki ini menulis dia mewakili Mahasiswa Mesir dan Persatuan Melayu Republik Mesir..
adakah benar dia mewakili mahasiswa mesir, aku tak dapat pastikan...biasalah, semua orang boleh mengaku itu dan ini jika sekadar dengan tulisan dan kata-kata...



ada satu lagi yang menarik aku lihat disini, kehadiran insan yang kotroversi selain Adam Adli.. iaitu juara kaunseling malam iaitu Dr Badrul Amin yang masih hangat kotroversi kes ditangkap khalwatnya di Kuantan baru-baru ini..


kemudian ketika aku disana, mereka melakukan apa yang mereka gelar, Sidang Rakyat.. bermula dengan moderator menyatakan ground rule ketika sidang rakyat bersidang, isyarat-isyarat tangan yang digunakan (??) dan cara usul itu diluluskan, secara konsensus katanya, bukan majoriti..

usul dicadangkan, di bahas (aku tak rasakan ianya dibahas, nampak lebih kepada berpidato tapi ada orang yang menokok tambah) dan diluluskan dikalangan mereka juga.. mudah kata, tiada sebarang hujah kontra, semuanya menyokong.. 
kesimpulannya, aku boleh katakan sidang ini adalah sekadar untuk mengisi masa sahaja... 

tapi yang menariknya, ketika "Sidang" ini dijalankan, di sudut yang lain kelihatan golongan mereka yang tak ambil peduli langsung dengan apa yang berlaku.. ada yang bersembang, ada yang sibuk dengan bergambar dan sebagainya..



aku ingatkan perkara karut dan pelik ku jumpa malam itu telah berakhir, tapi ada lagi!!
tiga orang lelaki ini mengaku mereka adalah pelajar UiTM.. kebenarannya aku tak pasti, tapi kalau benar dakwaannya itu, maknanya dia adalah seorang yang bodoh dan dungu...
PTPTN yang dia dapat bukan saja menanggung yurannya malah kos sara hidup di Universiti kerana UiTM adalah universiti yang mengenakan yuran yang paling rendah dalam Malaysia.. 
maknanya, lebih separuh dari PTPTN yang dia dapat dia gunakan untuk menanggung hidupnya di Universiti..
kalau diberikan pendidikan percuma dan dihapuskan PTPTN, yurannya terbayar, tapi bagaimana dia mahu menanggung hidupnya di universiti? pinjam Bank atau ibu bapanya perlu menanggung sepenuhnya kos-kos seperti, buku, sewa rumah, minyak motor, makan dan minumnya ketika belajar?



lainlah kalau anak cina yang mempunyai persatuan yang besar dan kuat hingga mampu menanggung kos sara hidup anak-anak mereka di universiti.. di UTAR dan Kolej TAR, anak-anak cina yang tidak berkemampuan dibantu oleh persatuan-persatuan mereka dengan memberi elaun sara hidup kepada mereka.. anak melayu bagaimana??



kesimpulan aku pada malam tadi ialah seperti berikut:

  • mereka yang tidur di Dataran Merdeka tidaklah seramai yang dikatakan.. mereka berganti-ganti untuk ada disana bagi menunjukkan kononnya mereka berada disana..
  • dengan peralatan yang dibawa, tak menunjukkan mereka bersedia dan serius untuk tidur dan berkhemah disana..
  • mereka hanya datang untuk duduk-duduk dan melakukan perkara-perkara untuk mengisi masa sahaja..
  • Adam Adli, Safwan Anang serta pimpinan SSM, GAMIS, HAMIS dan lain-lain tidak ada disana malam tadi..
  • aktiviti ini patut dibuat di tempat rekreasi yang lain..


hmm.. melayu..

Tuesday, April 17, 2012

Teguran Dr Ridhuan Tee Kepada Melayu..



Bolehkah Sejarah Melayu Dipadamkan??

(Sinar Harian 16 Apr 2012)

Setiap kali bila isu pendidikan vernacular disentuh, saya diserang habis-habisan. Kedua ibu bapa saya, terutama ibu saya yang baharu sahaja meninggal, dihina dan dikutuk, menggunakan perkataan yang amat lucah. PengIslaman sayapun dikeji. Perkataan khitan (bersunat) dipermain-mainkan, hanya kerana saya tidak kulup lagi. Sehingga Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersalah pun dibabitkan sama. Lebih serius lagi, ada ugutan mencederakan saya. Jika di Singapura, tempat yang menjadi pujian dan pakatan ultra kiasu, sudah lama mereka ini dihumban ke dalam penjara. Tetapi di negara kita, begitulah keadaannya, ‘terlalu bertoleransi’ kerana takut hilang kuasa.

Persoalannya, di mana salah saya? Apakah yang dilontarkan itu tidak benar? Jika menyimpang, perbetulkan. Itu baru namanya, kita orang yang bertamadun. Bukannya menganggap diri bertamadun, tetapi berpelakuan amat hina,  berfikiran dan bertindak seperti orang hilang akal. Kenapa diri atau peribadi yang diserang, bukan hujah yang dibahaskan? Saya menghormati mereka yang berlapang dada dan dapat membincangkannya dengan baik.

Baiklah, jika masih tidak berpuas hati, saya akan ulangi apa yang telah ditulis sebelum ini. Buktikan kepada saya di manakah negara dalam dunia ini memberikan kebebasan mendapat pendidikan perkauman sebegini rupa?  Ataupun sekurang-kurangnya menyamai sedikit apa yang dilakukan oleh negara kita? Tidakkah Malaysia adalah syurga kepada kaum selain Melayu dalam mengekalkan identiti dan jatidirinya? Kita terus kekal seperti mana asalnya, tanpa langsung diusik dan dijentik. Anak Cina/India kekal tulen Cina/India, malah lebih Cina dari di China. Di China pun tidak ada kebebasan dan tidak setulen seperti ini? Apa lagi yang kita mahu? Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai lebih hak pun jarang bertindak seekstrem kita hari ini.

Saya harap pihak berkuasa tidak akan tunduk demi masa depan negara tercinta ini. Jika kita tunduk, maka tergadailah maruah dan jati diri sebuah negara yang terletak di kepulauan Melayu. Apakah mungkin manusia mati meninggal nama? Pada saya, jika harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading. Apakah mungkin Melayu mati, di mana tulangnya? Sepuluh jari saya susun jika orang Melayu tersinggung dengan tulisan ini. Terimalah muhasabah ini dengan lapang dada, kerana ikatan agama kita teramat kuat daripada ikatan bangsa membuatkan saya berani bersuara.

Saya sudah tidak rasa diri berbangsa, kerana Islam mengajar saya, Allah tidak akan tanya dikubur nanti, apa bangsa kamu! Cina atau Melayu! Tetapi pertanyaan yang amat takut tidak dapat dijawab, walaupun soalannya telah bocor, adalah “siapakah Tuhan kamu”? “Apakah agama kamu”? dan sebagainya. Wahai rakan seagamaku, percayalah dalam hati ini, tidak ada kepentingan lain, melainkan untuk melihat agama Islam dan umatnya, dibela dan terbela, disanjung dan dijunjung, terus kekal di bumi bertuah ini. Bukannya, dihina dan dipijak-pijak. Saya sudah tidak hirau lagi dituduh pengkhianat, hatta disuruh jangan lagi menggunakan surname TEE.

Saya tidak pernah diupah oleh Umno untuk menulis, mahupun menerima habuan Umno atau pihak ketiga. Saya tidak akan bersuara, jika semuanya teratur dan berjalan dengan baik. Saya tidak mahu mencari masalah. Saya mahu hidup aman, bebas dari kutukan, makian, hinaan dan cercaan orang lain. Namun, apakan daya, selagi Islam dan umatnya tidak terangkat dan terdarjat, selagi itulah perjuangan tidak selesai. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan membuka hati kita semua. Ia perlu dilakukan dengan cepat, kerana masa tidak menunggu kita. Jika kita terus berpolitik, saya bimbang, kesempatan mungkin tidak datang untuk kali kedua. Sementara berkuasa, lakukanlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

Ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Semakin terus menggunakan segala ruang dan peluang pada waktu kritikal ini, kerana mereka takut ruang dan peluang ini mungkin tidak datang lagi, walaupun mereka tahu ruang dan peluang itu masih terbuka luas, dengan adanya orang Melayu Islam yang belot bersama mereka, sepakatan dengan mereka. Justeru, wahai saudaraku, sekali lagi saya paparkan apa yang telah diberikan selama ini, selain daripada tuntutan ultra kiasu yang terbaru. Bacalah, saya tidak akan ulangi lagi.

Pertama, SJKC sebenarnya tidak boleh disentuh sejak kewujudannya. Kita hanya berjaya menyeragamkan silibus pelajaran daripada berkiblat negara asal kepada silibus kita. Itupun masih lagi dipersoalkan, kerana penyeragaman itu tidak berlaku secara menyeluruh kerana kita terus tunduk.  Subjek Bahasa Melayu walaupun telah diseragamkan, tetapi teksnya tidak sama berbanding aliran kebangsaan. Bahasa Melayu di SJKC/T lebih mudah, berbanding sekolah kebangsaan. Penyeragamanya ditentang oleh ultra kiasu kerana jika diberatkan bahasa Melayu, penguasaan bahasa ibunda akan berkurang.

Kedua, cadangan penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu di SJKC juga gagal. Cadangan kerajaan ditolak mentah-mentah. Alasannya, jika ditambahkan waktu P&P bahasa Melayu, ia akan mengambil ruang masa subjek bahasa ibunda. Penguasaan bahasa ibunda akan terjejas.

Ketiga, cadangan P&P subjek sejarah (Malaysia Negaraku) di sekolah rendah, untuk meningkatkan semangat patriotism. Pun tidak berjaya. Jika subjek ini mahu diajarkan juga, mesti diajar dalam ibunda, bukannya dalam bahasa Melayu, kerana akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.

Keempat, kegagalan Sekolah Wawasan. Semua Sekolah Wawasan yang telah didirikan gagal untuk menarik perhatian orang Cina. Alasannya, percampuran dengan orang lain, akan mengurangkan penguasaan bahasa ibunda. SJKC mesti beroperasi dengan penuh kecinaan, baru murid-murid dapat menjadi Cina tulen.

Pokoknya, mereka tidak mahu menjadi Cina Pisang. Titik. Mereka mahu jadi secina cinanya. Persoalannya, apakah tindakan sebegini baik untuk pembinaan sebuah negara bangsa? Mereka tidak mahu dikaitkan dengan Melayu. Dengan orang putih tidak mengapa.

Pendek kata, ultra kiasu langsung tidak mahu bahasa ibunda mereka cair. Sebarang gugatan akan ditentang habis-habisan, tanpa memikirkan agenda negara. Pada mereka, biarlah anak-anak mereka langsung tidak tahu berbahasa Melayu, asalkan mereka mesti tahu berbahasa Cina.

Fikirkanlah wahai pemimpin sekelian. Benar, undi dan pengekalan kuasa penting. Tetapi fikirkanlah kepentingan agenda membina negara. Saya tidak menjadi masalah atau tidak pernah risau, jika perkara ini berlaku di negeri China, tetapi ingatlah kita berada di Malaysia, perkataan ‘Malay’ itu masih wujud, dengan sedikit penambahan perkataan ‘Sia’. Jika tidak berlaku kemasukan Sabah dan Sarawak, negara ini akan terus kekal dengan nama Tanah Melayu. Bayangkan jika perkara ini terus berlaku, sedangkan namanya masih kekal Tanah Melayu. Bolehkah sejarah ‘Tanah Melayu’ dipadamkan begitu sahaja?


Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Dari Laman BLog: Ridhuan Tee



aku sentiasa berasa cemburu kepada Dr Ridhuan Tee ini.. Beliau mampu menyampaikan apa yang aku sebagai orang melayu tak mampu sampaikan kepada anak bangsaku sekian lama..


insya Allah, dengan aku sentiasa memaparkan hasil tulisan dan buah fikiran beliau, aku dapat menyampaikan dan belajar sebanyak mungkin dari beliau...


hmm.. melayu..

Nurul Izzah dan Kampung Kerinchi.. Blogger Belit Kenyataan Blogger Lain...



Sabtu lalu sebuah portal berita (mole.my) telah menyiarkan sebuah artikel tulisan Azreen Hani yang mengatakan beberapa blogger menunding jari kepada Nurul Izzah mengenai masalah di kampung kerinchi baru-baru ini...

menariknya, blog aku telah di ambil sebagai rujukan dalam isu ini. -klik sini- memang aku akui yang aku adalah antara yang pertama yang bercakap tentang isu Adam Adli dan Nurul Izzah di Flat PKNS Kampung Kerinchi pada hari itu dan aku turun ke kawasan tersebut kerana ingin makan Char Kuew Teow VIsta Angkasa tapi selepas itu sengaja berjalan-jalan dan bertanya kepada orang di sekitar Kampung Kerinchi tentang peristiwa yang berlaku...

penulis artikel ini menyatakan: 
"Another blogger who identified himself as Botak wrote the ruckus that happened on 3 April, the scheduled date for the flat’s demolition was due to residents dissatisfaction with Nurul Izzah’s empty promises in providing better homes for the people.
“This was in her election manifesto in 2008,” the blogger wrote.
He said when Nurul Izzah was present on the day the falt was scheduled for demolition, the majority of residents who had agreed for the redevelopment project were unhappy as they viewed her presence as an attempt to disrupt the process.
To make matters worse, the blogger wrote that some of the residents were further riled up when they saw student activists Adam Adli Abdul Halim, Ekhsan Bukharee and Safwan Anang whom the residents viewed as outsiders."

 Sumber: Nurul Izzah and Kg Kerinchi shall never twain


ada beberapa perkara yang tidak tepat yang dinyatakan oleh penulis artikel..


pertama, penulis menyatakan dalam artikelnya yang aku mengatakan kekecohan berlaku kerana rasa tidak puas hati penduduk dengan janji-janji kosong Nurul Izzah dalam menyediakan rumah yang lebih baik untuk rakyat..


"the ruckus that happened on 3 April, the scheduled date for the flat’s demolition was due to residents dissatisfaction with Nurul Izzah’s empty promises in providing better homes for the people."


aku tidak pernah sekalipun menulis begitu... tidak ada sebarang tulisan aku yang menganjurkan bahawa kekecohan adalah disebabkan oleh ketidakpuashatian terhadap Nurul Izzah.. 


aku mengatakan penduduk Kampung Kerinchi marah pada Adam Adli dan tidak mempedulikan Nurul Izzah..  


penduduk marah kepada Adam Adli kerana beliau yang tidak terlibat dalam perkara ini tapi berada disana.. 


penduduk tidak memperdulikan Nurul Izzah kerana sikapnya yang berjanji semasa pilihanraya tapi tidak membantu mereka dalam mempercepatkan proses dan kenyataan beliau sebelum ini yang mempertikaikan integriti golongan berpendapatan rendah untuk membayar hutang..


hakikatnya, Nurul Izzah tidak disenangi dengan sebab yang banyak..




kedua, penggunaan koma berganda untuk memetik kata-kata aku..

“This was in her election manifesto in 2008,” the blogger wrote.


aku tak pernah pun menulis begitu... 


untuk pengetahuan yang membaca, penggunaan koma berganda dalam penulisan adalah untuk memetik terus kata-kata dari penulis atau penutur kata-kata itu..


terjemahannya: "itu ada didalam manifesto pilihanrayanya pada 2008" tulis blogger itu.


tiada kata-kata itu dalam entry aku.. sila betul kan jika aku salah, tapi apakah tujuan penulis mengambil sesuatu yang aku tidak katakan? tak ada perkataan manifesto 2008 digunakan dalam mana-mana bahagian entry aku itu.. 

YA!! aku sekarang mempersoalkan integriti penulis artikel ini..

dan yang ketiga: tujuan penulis memanipulasikan kata-kata aku.. 


seperti mana aku nyatakan, kata-kata itu aku ambil dari Abang Rahim yang aku jumpa di Kampung Kerinchi.. bukan pandangan aku mahupun sesuatu yang pasti.. aku mengatakan seperti mana yang diceritakan kepada aku.. persepsi ataupun pandangan seseorang itu benar atau tidak, jika aku ingin menggunakan apa yang dia kata aku haruslah menulis sebagaimana diceritakan kepada aku.. jika aku mahu melakukan ulasan, maka akan aku ulas bukan tulis sebarangan.. 


aku bukan mahu menghentam sesama blogger, sebagai penulis perlu ada integriti itu.. bukan sekadar memanipulasi..

hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..