KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.
Kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.
Difahamkan, penuntut yang cuba mencetuskan suasana kekecohan itu diketuai pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Adam Adli, 22, yang digantung tiga semester selepas menurunkan bendera gambar Presiden Umno di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, 17 Disember lalu, selain disertai beberapa rakannya.
Selain Adam, turut berada di lokasi itu ialah penuntut Universiti Malaya (UM), Safwan Anang yang sebelum ini mendakwa dipukul polis ketika terbabit demonstrasi haram di hadapan UPSI pada malam Tahun Baru lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kekecohan bermula apabila kumpulan mahasiswa terbabit berada di tingkat tiga sebuah flat yang akan dirobohkan dan menyebabkan beberapa individu lain marah sambil menjerit mengarahkan mereka turun serta tidak mencampuri urusan pengosongan bangunan itu.
“Berlaku sedikit kekecohan ketika proses pengosongan, namun keadaan dikawal sebelum polis membawa keluar beberapa individu yang hampir dipukul penduduk selepas datang secara tiba-tiba dan naik ke sebuah flat berkenaan. “Kami turut menerima laporan Adam Adli yang mendakwa dipukul dan dikejar beberapa penghuni yang dipercayai berang dengan tindakan penuntut terbabit campur tangan urusan pengosongan flat berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.
sumber: Berita Harian
Kenapa penduduk kerinchi marah sangat pada Adam Adli dan tak memperdulikan Nurul Izzah yang terhegeh-hegeh menjadi 'pembela' mereka??
bukankah Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen mereka yang mereka pilih berbanding Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada PRU 12 yg lalu?
bukankah Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen mereka yang mereka pilih berbanding Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada PRU 12 yg lalu?
kenapa mereka boleh bertindak sedemikian rupa?
bencikah sangat mereka kepada kedua-dua manusia ini?
kenapa Adam Adli ditumbuk?? dia tidak berkaitan dengan masalah penduduk ini...
aku ajukan soalan ini kepada seorang penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi selepas aku singgah di Char Kuew Teow depan Vista Angkasa malam semalam..
Seorang penduduk yang menamakan dirinya Abang Rahim berkata dia tidak berada disana atas sebab bekerja. tapi adiknya seorang peniaga berada disana ketika kejadian berlaku..
katanya, apa yang di lakukan oleh DBKL sememangnya ditunggu-tunggu selama ini oleh penduduk kampung kerinchi..
pada PRU 12 sebelum ini mereka memilih Nurul Izzah kerana salah satu janji PKR ketika berkempen ditempat mereka adalah untuk menyediakan kediaman yang lebih baik kepada mereka..
namun setelah sekian lama, janji tinggal janji.. Nurul Izzah jarang turun ke kawasan mereka dan mereka hanya akan melihatnya ketika ada ceramah di lembah pantai.. yang mereka tahu, berita Nurul Izzah terbang ke Singapura, Turki dan sebagainya bersama ayahanda tercintanya DSAI..

apabila Datuk Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara, pemimpin itu turun ke kampung kerinchi dan menjanjikan pembangunan..
Abang Rahim mengakui bahawa dia sudah jelak mendengar janji-janji tetapi hatinya berbunga apabila mendapat khabar berita yang surat dari DBKL telah sampai kepada penduduk bagi mengosongkan blok tersebut..
semalam secara tiba-tiba Nurul Izzah berani pula turun ke kampung kerinchi selepas dia mengatakan penduduk berpendapatan rendah seperti mereka mempunyai masalah integriti dalam membayar balik pinjaman rumah..
kali ini untuk membela 34 orang penduduk yang degil dan tak mahu berpindah..
kali ini untuk membela 34 orang penduduk yang degil dan tak mahu berpindah..
amat kecewa para penduduk kampung kerinchi apabila wakil rakyat yang mereka pilih menjadi penghalang kepada pembangunan yang selama ini mereka tagih dan tunggu-tunggu.. kata Abang Rahim "ada yang dah meninggal menunggu saat ni"..
aku tanyakan pula kenapa Adam Adli dipukul?
menurut Abang Rahim, Adam Adli tidak ada urusan untuk berada disana. malah dia tidak patut pun naik ke atas blok itu. ini menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang sememangnya sudah berang dengan kehadiran Nurul Izzah dan keengganan 34 penduduk yang tak mahu berpindah..

menurut Abang Rahim lagi, kekecohan dari keadaan tegang itu memuncak dan adiknya yang berada disana pun tak pasti siapa yang menumbuk Adam Adli..
aku akhiri pertemuan kami dengan membayar harga teh tariknya dan ucapan terima kasih..
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..