Diskriminasi berleluasa di Australia
SYDNEY 18 Jun - Pemohon pekerjaan di Australia menghadapi kesukaran lebih besar untuk diterima bekerja jika mereka tidak mempunyai nama Inggeris.
Malah pemohon berketurunan Cina dan Asia Barat berdepan dengan diskriminasi paling teruk, menurut satu kajian yang disiarkan hari ini.
Penyelidik daripada Australia National University (ANU) di Canberra menjawab iklan-iklan pekerjaan di Sydney, Melbourne dan Brisbane dengan mengirim 4,000 permohonan pekerjaan palsu menggunakan nama-nama yang jelas menunjukkan etnik tertentu.
Mereka mendapati pemohon Cina perlu mengirim 69 peratus lebih banyak permohonan berbanding pemohon yang mempunyai nama Inggeris, untuk dipanggil menghadiri bilangan temuduga yang sama.
Pemohon berketurunan Asia Barat pula memerlukan 64 peratus lebih banyak permohonan manakala pemohon Aborigin (kaum asli Australia) perlu menghantar 35 peratus lebih banyak permohonan.
Maklumat mengenai kelayakan pemohon bagi jawatan yang diiklankan adalah sama, tinggal hanya nama pemohon sebagai satu-satunya faktor untuk majikan memutuskan sama ada hendak memanggilnya menghadiri temuduga.
"Kami menemui bukti yang jelas berlakunya diskriminasi, pemohon pekerjaan mendapati lebih mudah untuk dipanggil menghadiri temuduga jika mereka mempunyai nama Inggeris Saxon," kata penyelidik ANU, Alison Booth.
Penyelidik juga mendapati kumpulan pendatang yang baru menetap di Australia menghadapi prejudis paling teruk, berbanding kelompok pendatang yang sudah lama bertapak di negara ini.
Seorang lagi penyelidik ANU, Andrew Leigh mengakui beliau terkejut kerana hasil kajian menunjukkan diskriminasi yang meluas dalam pasaran pekerjaan di Australia, sebuah negara di mana 25 peratus rakyatnya berasal dari luar negara.
Antara tiga bandar raya yang terlibat dalam kajian itu, diskriminasi didapati berlaku paling meluas di Sydney iaitu bandar raya yang dianggap paling toleran dan kosmopolitan di Australia. - AFP
rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Malam tadi aku keluar ke kota metropolitan kuala lumpur sekali lagi untuk melihat sendiri kebodohan anak muda Malaysia hari ini... dalam f...
-
ini aku dapat dari laman facebook.. UMT yang majoritinya melayu dikatakan 'GHOST PLACE' oleh gadis ini... rakannya Liang mengatak...
-
Str***XX25: no need to be so surprise Str***XX25: most of the chinese think like that Str***XX25: malay also sometime will marah cina ba...
-
Pada mulanya aku merasakan isu BTN yang digembar-gemburkan oleh sekumpulan ADUN muda di Selangor dan diketuai oleh ADUN Batu Caves, Amirudin...
-
Pamie said... ok bai, aku dah bace entry ko kali ni..bagus analogy ko.wat aku senang nak pham ape yg ko cuba sampaikan..tp bai, aku x bape ...
-
sedang aku melayari laman web PRK Bagan Pinang, aku terbaca satu artikel dari laman web rasmi PAS yang bertajuk kecoh Lagi - Pemuda PAS dit...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..
AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..