Kejutan “Molotov Cocktail” untuk Anggota Parlimen Bandar Kuching
09/06/2009 5:25pm
KUCHING 9 Jun — Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen terkejut bila mendapati botol-botol bom api “molotov cocktail” dilempar ke perkarangan rumahnya di Jalan Nyiur, cabangan Jalan Tabuan di sini hari ini.
Naib pengerusi DAP yang juga Adun Kota Sentosa itu berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu pada 7.30 pagi ini bila seorang daripada pembantu rumahnya menemui botol-botol yang pecah, minyak tanah dan kain yang terbakar di halaman rumahnya. Ibu bapa Chong, isteri dan tiga orang anak mereka dan dua pembantu rumah berada di rumah itu semasa kejadian, namun tidak ada sesiapa cedera.
“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotif politik untuk menakut-nakutkan saya dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat,” katanya.
“Kejadian ini tidak akan melemahkam semangat saya untuk meneruskan perjuangan politik saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.
Beliau membuat aduan polis di pusat sehenti polis Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini pada 8.00 pagi. OCPD Kuching ACP Wong Wai Loong berkata polis sedang menyiasat kejadian itu. — Bernama
rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
hmm... permainan politik simpati dah menular ke sarawak... ceritanya macam biasa...
konon ada orang nak takut-takutkan dia dan bermotifkan politik...
lepas tu dia cakap yang dia takkan takut dengan perbuatan itu...
kononnya dia seorang pejuang yang sejati yang tak takut pada cabaran...
kesannya...
orang akan bersimpati dengan dia dan akan menjadi modal kempennya nanti... rasanya lebih kurang begini lah mungkin teriakkannya, "mereka boleh baling apa pun pada saya... tapi saya akan terus memperjuangkan suara rakyat sarawak...." mungkinlah...
motifnya...?
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak....
umum tahu yang sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional... Anwar Ibrahim dari 8 mac melaung-laungkan akan menarik ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk merealisasikan mimpinya untuk memerintah negara hanyalah untuk mengkucar-kacirkan keadaan politik di sarawak bagi memberi ruang untuk mereka dalam pilihanraya negeri itu nanti..
tapi setakat ini masih lagi tidak mampu untuk berbuat demikian dan ini lagi jelas terbukti dengan keputusan pilihanraya kecil Batang Ai tak berapa lama dahulu...
sekarang aku nak lihat pula apa wayang yang akan dimainkan oleh mereka selepas ini... mestinya menarikkan?
Hmm.. melayu...
Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Alhamdulillah.. Tuhan masih lagi memberikan aku sedikit kekuatan dan kelapangan hidup hingga hari ini… aku masih lagi mampu bergerak di dala...
-
semuanya bermula dari kenyataan ini.. ADUN PKR yang mengatakan bahawa BTN menyemai sentimen perkauman dan di ikuti oleh kenyataan demi kenya...
-
YOUTUBE: Kecoh Pru 13 !!!orang malaysia India dituduh bangla dan pengundi hantu Mereka telah secara jelasnya tidak menghormati orang ...
-
aku melayari laman-laman web dan membaca artikel-artikel mengenai undi pos... aku lihat, laman web demi laman web mempertikaikan undi pos......
-
Hari ini adalah harinya rakyat melihat apa yang dikatakan sebagai "Perhimpunan Aman" versi Ambiga, DSAI dan seluruh pakatan pe...
-
sudah seminggu berlalu kempen Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang.. aku lihat proses pilihanraya ini dari mata dari anak Negeri Sembilan... a...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Tuesday, June 9, 2009
Tak Habis-habis Bermain Politik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..
AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..