SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Friday, June 19, 2009

Hujan Emas Di Negeri Orang??

Diskriminasi berleluasa di Australia

SYDNEY 18 Jun - Pemohon pekerjaan di Australia menghadapi kesukaran lebih besar untuk diterima bekerja jika mereka tidak mempunyai nama Inggeris.
Malah pemohon berketurunan Cina dan Asia Barat berdepan dengan diskriminasi paling teruk, menurut satu kajian yang disiarkan hari ini.
Penyelidik daripada Australia National University (ANU) di Canberra menjawab iklan-iklan pekerjaan di Sydney, Melbourne dan Brisbane dengan mengirim 4,000 permohonan pekerjaan palsu menggunakan nama-nama yang jelas menunjukkan etnik tertentu.
Mereka mendapati pemohon Cina perlu mengirim 69 peratus lebih banyak permohonan berbanding pemohon yang mempunyai nama Inggeris, untuk dipanggil menghadiri bilangan temuduga yang sama.
Pemohon berketurunan Asia Barat pula memerlukan 64 peratus lebih banyak permohonan manakala pemohon Aborigin (kaum asli Australia) perlu menghantar 35 peratus lebih banyak permohonan.
Maklumat mengenai kelayakan pemohon bagi jawatan yang diiklankan adalah sama, tinggal hanya nama pemohon sebagai satu-satunya faktor untuk majikan memutuskan sama ada hendak memanggilnya menghadiri temuduga.
"Kami menemui bukti yang jelas berlakunya diskriminasi, pemohon pekerjaan mendapati lebih mudah untuk dipanggil menghadiri temuduga jika mereka mempunyai nama Inggeris Saxon," kata penyelidik ANU, Alison Booth.
Penyelidik juga mendapati kumpulan pendatang yang baru menetap di Australia menghadapi prejudis paling teruk, berbanding kelompok pendatang yang sudah lama bertapak di negara ini.
Seorang lagi penyelidik ANU, Andrew Leigh mengakui beliau terkejut kerana hasil kajian menunjukkan diskriminasi yang meluas dalam pasaran pekerjaan di Australia, sebuah negara di mana 25 peratus rakyatnya berasal dari luar negara.
Antara tiga bandar raya yang terlibat dalam kajian itu, diskriminasi didapati berlaku paling meluas di Sydney iaitu bandar raya yang dianggap paling toleran dan kosmopolitan di Australia. - AFP



rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Al kisah Muktamar PAS 2009



Usul politik bersihkan nama baik PM

Ditulis oleh Te@m I.T
SUNDAY, 07 JUNE 2009 03:55

SHAH ALAM, 7 Jun - Usul Politik yang dikemukan oleh Dewan Pemuda bagi membersihkan nama baik perdana menteri Malaysia diterima tanpa bahas dalam persidangan muktamar hari ini.

Menyedari Perdana Menteri yang baru Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya telah dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Sarribu, secara jelas membawa imej buruk yang digambarkan oleh media-media luar negara terhadap Perdana Menteri sendiri.

Sehubungan dengan perkara itu, Muktamar PAS Pusat yang bersidang pada 5-7 Jun pada kali ini, mendesak Perdana Menteri dan isteri beliau membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman terhadap mereka terbabit.

Dewan pemuda juga turut memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong memperkenankan perlantikan badan penyiasat bebas terhadap kes pembunuhan model Mangolia Altantuya Saribbu.


pelik aku... kenapa baru kini nak di bersihkan nama PM kita ni?
di pentas siapakah isu-isu ini dibangkitkan?
di laman web rasmi siapakah isu ini di ulang sebutkan?
siapakah yang membenarkan seorang bukan Islam menggunakan ayat suci Al-Quran dalam ceramahnya untuk mencerca dan memfitnah Najid?
mungkinkah bila tidak mampu lagi memanipulasi isu ini maka perlu mencuci tangan secepat mungkin...? aku pun tau...
tapi yang aku tahu.. memang dah sampai masanya untuk berhenti fitnah menfitnah ni...
dan sebaiknya kita sebagai umat islam bersatu dan berusaha kearah perpaduan...
besar harapan tu.. tapi aku tahu tiada yang baik akan dapat dengan mudah... kita perlu berusaha untuk mendapatkan yang terbaik....
Hmm... melayu...

Friday, June 12, 2009

Penemuan Terbaru.. Penyebab Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan...




kalau nak tahu... ini la sebabnya runtuh bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu....
dan kononnya... orang Terengganu sendiri memanggil Ultraman untuk menyelamatkan mereka...
Tak Percaya?
cuba tengok video ini...

kenapa? mengarut? tak masuk akal?

tapi kenapa ramai yang boleh percaya bila orang kata PM kita terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya? sebab semua orang kata macam tu? sebab blog-blog kata macam tu?

sebab ada orang di pentas-pentas ceramah kata macam tu?

semua orang suka gosip... jadi apa lagi? gosip lah mengenai gambar ini...

dulu orang kata ada video yang Dr. M mengaku Anwar tak bersalah... nah!! sekarang sudah ada gambar yang menunujukkan Ultraman bergaduh dengan raksasa hingga menyebabkan bumbung stadium runtuh....

tapi hingga hari ini masih ada orang mencanangkan bahawa PM kita terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya... dan hingga ke saat ini mereka tidak pernah membuktikannya..

tapi kenapa masih ramai yang percaya omongan kosong ini?

fikirkanlah sahabat-sahabat dan kawan-kawan.... semuanya ada didepan mata....

Hmm.. Melayu...

Tuesday, June 9, 2009

Tak Habis-habis Bermain Politik...

Kejutan “Molotov Cocktail” untuk Anggota Parlimen Bandar Kuching
09/06/2009 5:25pm

KUCHING 9 Jun — Anggota Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen terkejut bila mendapati botol-botol bom api “molotov cocktail” dilempar ke perkarangan rumahnya di Jalan Nyiur, cabangan Jalan Tabuan di sini hari ini.
Naib pengerusi DAP yang juga Adun Kota Sentosa itu berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu pada 7.30 pagi ini bila seorang daripada pembantu rumahnya menemui botol-botol yang pecah, minyak tanah dan kain yang terbakar di halaman rumahnya. Ibu bapa Chong, isteri dan tiga orang anak mereka dan dua pembantu rumah berada di rumah itu semasa kejadian, namun tidak ada sesiapa cedera.
“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotif politik untuk menakut-nakutkan saya dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat,” katanya.
“Kejadian ini tidak akan melemahkam semangat saya untuk meneruskan perjuangan politik saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.
Beliau membuat aduan polis di pusat sehenti polis Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini pada 8.00 pagi. OCPD Kuching ACP Wong Wai Loong berkata polis sedang menyiasat kejadian itu. — Bernama

rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

hmm... permainan politik simpati dah menular ke sarawak... ceritanya macam biasa...
konon ada orang nak takut-takutkan dia dan bermotifkan politik...
lepas tu dia cakap yang dia takkan takut dengan perbuatan itu...
kononnya dia seorang pejuang yang sejati yang tak takut pada cabaran...

kesannya...
orang akan bersimpati dengan dia dan akan menjadi modal kempennya nanti... rasanya lebih kurang begini lah mungkin teriakkannya, "mereka boleh baling apa pun pada saya... tapi saya akan terus memperjuangkan suara rakyat sarawak...." mungkinlah...

motifnya...?
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak....

umum tahu yang sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional... Anwar Ibrahim dari 8 mac melaung-laungkan akan menarik ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk merealisasikan mimpinya untuk memerintah negara hanyalah untuk mengkucar-kacirkan keadaan politik di sarawak bagi memberi ruang untuk mereka dalam pilihanraya negeri itu nanti..

tapi setakat ini masih lagi tidak mampu untuk berbuat demikian dan ini lagi jelas terbukti dengan keputusan pilihanraya kecil Batang Ai tak berapa lama dahulu...

sekarang aku nak lihat pula apa wayang yang akan dimainkan oleh mereka selepas ini... mestinya menarikkan?

Hmm.. melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..