SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, January 28, 2009

Maka Tidak Relevanlah lagi UMNO...

28 Januari, 2009 15:42 PM
Mansuh Sayap Parti Untuk Atasi Gejala RasuahBy: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Umno hari ini disaran menyusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berpendapat langkah itu perlu bagi memperbaiki dan memperkuatkan semula parti yang telah 50 tahun menjadi tunggak kepada kestabilan di negara ini.Beliau berkata gejala politik wang di dalam parti boleh dibendung jika pemilihan di dalam parti dapat dikurangkan dengan memansuhkan sayap-sayap parti, terutamanya yang baru ditubuhkan."Saya dok fikir perlukah ada Puteri dan Putera kerana selagi ada Puteri dan Putera, banyak lagi duit dok main. Saya juga berfikir barangkali Pemuda dan Wanita juga perlu dipertimbang. Di England, rasanya tidak ada women or ladies association baik dalam parti Konservatif mahupun Parti Buruh," katanya.Beliau yang ditemui pada sidang media lembaga itu di sini hari ini berkata, anggota Puteri dan Putera yang rata-rata masih terlalu muda sepatutnya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan bukannya terlibat di dalam arena politik."Puteri dan Putera ini sepatutnya mementingkan pelajaran, bukan masanya untuk mereka terlibat dalam politik, kalau hendak bagi pendedahan pun janganlah terlalu awal."Mereka ni masih umur belasan dan awal 20-an," katanya yang mengakui ada anggota sayap itu yang terlibat politik wang tetapi setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang tampil membuat aduan.Beliau berkata banyak yang masih perlu dipelajari oleh golongan itu terutamanya kerana negara bergantung kepada golongan muda untuk menerajui negara pada masa akan datang."Kita bergantung kepada orang muda untuk membawa negara kita pada tahap yang tinggi dan bertanding dengan negara lain, kalau nak berpolitik, tak de keje lain la (melainkan) politik sahaja," katanya.Beliau yang berharap saranan itu dipertimbang pucuk pimpinan tertinggi parti turut berpendapat bahawa sistem kuota yang diamalkan pada masa ini juga perlu dimansuhkan kerana ia membawa akibat buruk kepada parti dari aspek gejala politik wang.Di bawah sistem itu, seseorang ahli perlu mendapat sejumlah pencalonan dari bahagian-bahagian untuk layak bertanding jawatan dalam Umno.-- BERNAMA



rujuk : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=386257





H


aku bukan ingin merendahkan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail apatah lagi untuk menidakkan kata-kata beliau... aku sedar yang aku ini hanya seorang boleh di gelar budak jika bandingkan dengan Tan Sri dalam bidang politik ni...

tapi aku ingin berkongsi pandangan dengan kawan-kawan dan sahabat-sahabat mengenai komen dari Pengerusi Lembaga disiplin UMNO ini...

belia memberi komen mungkin berdasarkan kapisiti sebagai orang yang memantau disiplin ahli-ahli UMNO tetapi aku memberi pendapat sebagai golongan muda yang menjadi pelapis kepada kepimpinan negara hari ini...

sebelum itu, suka aku memberi sedikit maklumat tentang sayap pergerakan Puteri dan Biro Putera dalam UMNO...

Sayap Puteri adalah sayap termuda dalam UMNO.. had umur mereka adalah dari 18 hingga 35 tahun... matlamat utamanya adalah menarik minat golongan wanita muda untuk menyertai UMNO dan memupuk pemimpin-pemimpin muda berkaliber apabila mereka masuk ke dalam pergerakan Wanita UMNO nanti...

maka seringkali sayap Puteri dilihat sebagai 'melawan tauke' kepada sesetengah ahli Wanita UMNO kerana diletakan sama tinggi dengan sayap-sayap pergerakan yang lain..

Putera UMNO pula berbeza dengan Puteri UMNO walaupun sering disalahtafsirkan sebagai satu lagi sayap pergerakan UMNO...

Putera adalah satu biro dalam pergerakan Pemuda UMNO.. ini bermakna, tiada sebarang bentuk pemilihan dari akar umbi untuk Putera, hanya sekadar pelantikan ketua biro oleh ketua pergerakan Pemuda...

matlamat penubuhan biro ini adalah sebagai jambatan penghubung antara golongan profesional dan berjaya dalam pergerakan Pemuda dengan golongan muda dalam dan luar UMNO..

ini bermakna, Putera bukan hanya berfungsi sebagai cabang politik malah lebih kearah pembimbing atau konsep "mentor mentee"....

disini aku melihat kepentingan Puteri dan Putera UMNO... sebagai suara orang muda dalam UMNO... lebih-lebih lagi dalam era dimana UMNO dilihat sebagai parti orang tua-tua dan tidak relevan dalam arus perubahan yang makin pesat dan mencabar ini...

mendedahkan dan memberi peluang kepada golongan muda kepada politik ini akan menjamin survival UMNO sendiri...

ampun dan maaf aku pohon pada Tan Sri Ahmad Rithauddeen tetapi aku tidak sama sekali setuju dengan pendapat beliau malah aku merasakan bahawa amat tidak relevan malah tidak masuk akal apabila alasan yang diberikan adalah golongan muda sepatutnya menumpukan hanya kepada belajar,bukan politik di usia muda..

suara muda perlu didengar, perlu di beri peluang untuk memberi sumbangan... politik adalah kuasa.. dan kuasa ini adalah milik orang yang kuat... dan golongan muda merupakan golongan yang merupakan kuasa yang besar dalam apa-apa perjuangan...

UMNO akan jadi tidak relevan pada hari ini apabila pemimpin UMNO sendiri menolak golongan muda... maka akan terkuburlah parti yang menentang Malayan Union dan memerdekakan negara ini atas alasan-alasan yang semua sedia tahu untuk memberi populariti dalam pemilihan agung UMNO mac ini... mmm... Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..