SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, December 30, 2008

PAS dan Hudud..

PAS Akui Pelaksanaan Hudud Mungkin LambatBy: Ramjit-->
KOTA BAHARU, 22 Dis (Bernama) -- PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas mungkin terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti-parti komponen dalam pakatan itu telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan semua parti komponen."PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya kepada pemberita di sini.Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud itu tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP."Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. -Bernama-





P/S : aku rasa ada pihak yang ambil langkah lebih bijak sebelum ini... dengan tidak memukul canang tapi bertindak...

tapi aku tengok PAS ni macam bermusim pula nak memperjuangkan hudud ni.. dulu menuduh pihak lain kerana dikatakan tak memperjuangkan hudud.. hari ini terpaksa pula menunggu kebenaran dari rakan-rakan bukan islamnya untuk menjalankan hukum Allah ni...

hmm.. melayu..

Monday, December 8, 2008

Pada Hemat Aku Yang Bodoh Ini...

1. Ada yang tanya aku kenapa aku selalu meletak sumber dari internet sebagai rujukan untuk menguatkan hujah aku sedangkan aku sendiri tak yakin tentang kesahihan sumber dari internet..

terima kasih kerana bertanya kerana jika tidak ditanya sudah tentu aku tidak akan menjelaskannya disini..

aku mengambil sumber dari internet hanya mengenai 2 perkara

A. berita : sumber yang aku rasa sahih untuk mengesahkan sesuatu perkara itu berlaku seperti peristiwa dan mereka yang terlibat.

B. terma : supaya sahabat-sahabat dan kawan-kawan lebih jelas tentang maksud sesuatu perkara.



tidak semestinya aku menggunakannya untuk menguatkan hujah aku.. kadang kala aku meragui & mempersoalkan terma yang terdapat dalam laman-laman web tersebut..



aku sekadar menggunakan rujukan internet ini supaya sahabat-sahabat & kawan-kawan mencapai sumber dengan mudah.

risau pula kalau aku menyenaraikan nama-nama buku dan dokumen-dokumen yang tidak dapat di capai oleh sahabat-sahabat dan kawan-kawan.. sudah tentu terbantut pencarian maklumat sahabat-sahabat & kawan-kawan...



2. atira, seorang kawan yang lama sudah aku terputus hubungan tiba-tiba melawat blog aku ini dan memberi komen dalam salah satu entry aku yang bertajuk Mendukung Biawak Hidup... komennya :

atira said...
wah, tapi memang betul pon. these things happen.

bukan nak cakap la, aku sendiri, if given a chance, i would love to work and stay in overseas. i stayed in england before. i didnt want to come back. tapi takde lah sampai rasa 'malu' sebab aku ni dari malaysia.

it also depends, kalau macam yang kau cakap tu, the scholarship money that they got are the rakyat's money. so its not fair for them to do that. unless kalau dah settle hutang tu takpe la.
December 8, 2008 3:05 AM


terima kasih Atira kerana sudi untuk melawat blog & memberi komen..

pada hemat aku yang tidak belajar tinggi ni, apabila seseorang atau sesuatu organisasi itu memberikan bantuan kewangan kepada individu maka mereka bukan setakat memberi pinjaman.. mereka melabur kepada individu untuk membawa balik kepakaran dan kemahiran yang mereka perolehi balik ke negara ini dan mempraktikkannya disini... bukan untuk individu itu gunakan sekadar keuntungan diri..

perlu di ingat bahawa mana-mana kerajaan di dunia ini bukan institusi kewangan yang mahu wang yang di pinjamkan dibayar dengan wang beserta faedahnya.. kerajaan menaja atau memberi pinjaman kepada mana-mana individu supaya individu tersebut memberikan perkhidmatan didalam negara..

jika individu tersebut mahu mementingkan diri sendiri, aku tidak pernah mencela apatah lagi melarang.. tapi bukan dengan wang rakyat.. banyak lagi institusi kewangan yang boleh memberi pinjaman...

tentang sikap... mendapat tajaan kerajaan atau pergi atas kapisiti sendiri, tiada kompromi tentang menghormati negara dan menjadi biasan yang cantik kepada negara kita ini... seperti kata Fara... "if u are ashamed to stand by ur own color, go seek another flags. go go go!!" hmm.. Melayu..

Tuesday, December 2, 2008

Mendukung Biawak Hidup...

ini baru aku baca dari blog Farah... seorang sahabat yang kini sedang belajar di University of British Columbia, Canada... selepas aku membaca entrynya ni buat aku sedih yang amat sangat...

Monday, December 1, 2008

. 1st day of December =) .
so.. my birthday month definetely come to the end .as well as my classes of this term.i enjoyed the blessing month with smiles and happiness,even sumtimes my days were dull and bored or empty.but i think it was normal. rite...? its happened to everyone.i just realised that there is a lots of new things happen in my single day.its too much too write here though.new experiences, new lessons, new infos.. and so much more.last week i joined a dance group under Malaysian Art Culture Club and Tourism Malaysia.so, our main purposed was promoting Malaysiaso there was a pair of bride and groom with a mock wedding,we show them all the wedding ceremony tradition,and we acted like a real wedding came together with dance and martial art (silat)i was so glad that my friends from Korea, Belgium and Mexico willing to help us,joint the group. and they looked awesome with malay costumes!but in the same i time felt a lil bit upset with some people that seems like not happy with their own tradition. *no offence* . im not refering to any race, but im refering to the "Malaysian" itself. i think we dont have to be embarassed. where ever we are from. whats wrong with being a Malaysian guys? and i was so shocked bcz some of them dont even stand up when Negaraku song being played. if u dont respect to our politicians or our leader or even our minister, please respect to our own country.. hmm this was the worst thing i ve eva heard. this is really not a laughing matter. seriously. if u ready to spend some times to know and understand about how difficult it is, to be independent and a free country (MERDEKA), search on the internet a film title (Hati Malaya), its a bit boring movie, but it so touched. spend few of ur time to watch it, n u ll know it was not that easy.......if u think that i am trying to promote or talking about politics here, u are totally wrong. just change a lil bit of ur mind to think about the others, not only for urself. i am the person who just really concern on my own country. MALAYSIA IS MY OWN.*again*- if u are ashamed to stand by ur own color, go seek another flags. go go go!!

sila rujuk : http://farawithlove.blogspot.com/2008/12/1st-day-of-december.html

hmm... aku pun tak pernah belajar di luar negara... tapi kalau inilah sikap mereka yang keluar negara unutk belajar.. aku amat bersyukur yang aku terlepas peluang itu....

perkara ini bukan sesuatu yang baru... tapi pernah di bangkitkan di parlimen... mengenai pelajar Malaysia yang tidak kembali ke tanah air selepas belajar di luar negara lebih-lebih lagi pengajiannya itu di tanggung oleh wang rakyat.... pelbagai alasan yang di berikan mereka...
peluang pekerjaan yang lebih luas, bayaran yang lebih tinggi dan seribu satu alasan lagi.... tapi ini semua tidak timbul bila mereka memohon dan ketika di temuduga, semua menyatakan sanggup itu dan ini.... HIPOKRIT!!!

semua kembali pada sikap individu itu... kalau lagu Negaraku pun tak dihormati... apatah lagi untuk pulang ke tanah air untuk berbakti kalau di luar sana kemewahan lebih enak...

kalau aku boleh kategorikan mereka ini sebagai pengkhianat negara...
kerana mereka ini semua adalah duta kecil negara.. apakah persepsi orang luar apabila mereka sendiri tidak menghormati malah kadangkala memburuk-burukkan negara... bercakap mengenai keadaan semasa negara sedangkan mereka jauh nun disana... mendapat maklumat dari blog-blog dan media elektronik yang belum tentu kesahihannya... belajar tinggi-tinggi tapi tahap pemikiran tak ubah seperti orang kampung yang tidak pernah keluar dari kampungnya dan membincangkan hal-hal negara di kedai kopi....

tidak semua seperti mereka ni dan aku yakin hanya segelintir sahaja yang bersikap seperti orang-orang yang perasan pandai ini... tapi kalaupun jumlahnya setakat 5 6 orang, aku tidak redha jutaan wang rakyat disia-siakan pada golongan yang tidak mengenang budi ini... tidak redha aku walaupun sesen pun wang hasil titik peluh rakyat yang berhempas pulas menjalankan tanggungjawab pada negara ini di berikan untuk menanggung biawak-biawak hidup ini....

biarlah aku kelihatan emosi dalam perkara ini tapi aku memikirkan jutaan ringgit yang boleh di gunakan untuk rakyat yang di salurkan ke longkang.... hmm.. Melayu...

Sunday, November 30, 2008

Fakta Atau Auta....

aku tak tahu bagaimana nak dimulakan catatan aku ini... kerana aku rasakan terlalu banyak yang nak dikongsikan dengan sahabat-sahabat & kawan-kawan...

jadi aku mulakan dengan isu yang aku sangat terkejut bila aku baca dari Harakah baru-baru ini... tentang isu zakat kepada bukan Islam.. (tapi amat pelik apabila aku cuba dapatkan artikelnya dari harakahdaily.net... seperti artikel itu tidak pernah wujud..)

menurut artikel itu, Pesuruhjaya PAS negeri Pahang menyatakan bahawa zakat boleh di berikan kepada orang bukan Islam mengikut asnaf muallaf.. satu daripada lapan golongan yang layak untuk menerima zakat... menurut beliau, ini kerana di zaman Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar perkara ini telah di amalkan..

aku tidak menolak hujah Pesuruhjaya PAS Pahang ini.. apatah lagi mengatakan beliau menipu... kerana dalam soal ini, beliau lebih Maaruf (arif) berbanding aku yang Daif (kurang ilmu) tentang zakat dan cara pembahagiannya....

TAPI.. kenapa sekarang?

KENAPA perkara ini tidak di timbulkan dari dulu lagi... KENAPA Kelantan tidak melaksanakan dasar ini dalam pembahagian zakatnya.. kerana Kelantan telah di tadbir oleh PAS sejak 1991 lagi... apatah lagi zakat adalah sesuatu yang didalam bidang kuasa Sultan yang menerima nasihat dari Menteri Besar...

untuk memahami perkara ini.. kita perlu tahu tentang dari mana isu ini bermula...

dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 22 oktober 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sebelum ini bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menimbulkan persoalan mengenai zakat yang boleh disalurkan kepada orang bukan islam...
perkara ini telah menimbulkan persoalan dan rasa tidak senang dikalangan umat Islam...

sila rujuk : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

PAS sebagai parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau mengutuk tindakan ADUN Pakatan Rakyat tersebut sehinggalah baru-baru ini...
ini jelas apabila tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan samada dari lidah rasmi PAS iaitu Harakah ataupun kenyataan akhbar...
Kenyataan dari Pesuruhjaya PAS Pahang itu sendiri pun bersifat peribadi dan tidak disokong atau ditolak oleh mana-mana pemimpin tertinggi dalam parti siasah yang telah bertapak sejak dari tahun 1951 itu...

kenapa PAS senyap apabila isu ini ditimbulkan oleh ADUN dari Pakatan Rakyat? umat islam sudah tentu menantikan kenyataan dari Musyidul Am PAS yang merupakan rujukan utama parti itu dari segi hukum-hakam Islam...

bagi menjawab persoalan penting ini kita perlu tahu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat....

Pakatan Rakyat secara umumnya menguasai 5 negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan..

kerajaan campuran negeri Perak terdiri daripada 31 kerusi yang terdiri daripada DAP (18 kerusi),PKR (7 kerusi) dan PAS (6 kerusi) manakala Barisan Nasional memperolehi 28 kerusi sebagai pembangkang.. tetapi, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mewajibkan Menteri Besar dilantik mestilah Melayu dan beragama Islam maka jawatan Menteri Besar diberikan kepada PAS..

kerajaan campuran negeri Pulau Pinang pula terdiri daripada 36 kerusi yang terdiri daripada DAP (19 kerusi),PKR (16 kerusi) dan PAS (1 kerusi) manakala Barisan Nasional memperolehi 4 kerusi sebagai pembangkang.. DAP & PKR mampu untuk membentuk majoriti 2/3 tanpa kehadiran PAS...

di Kedah, Pakatan Rakyat memenangi 21 kerusi dengan PAS meraih 16 kerusi, PKR (4 kerusi) dan DAP (1 kerusi) berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya memenangi 14 daripada sejumlah 36 kerusi DUN. Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah dengan menang 36 daripada 56 kerusi negeri di Selangor dengan PKR (15 kerusi), PAS (8 kerusi) dan DAP (13 kerusi).... majoriti kerusi kerajaan adalah terdiri dari bukan melayu....

Kelantan pula PAS (38 kerusi), PKR (1kerusi) dan BN (6 kerusi) -- bagi membentuk keseluruhan 45 kerusi DUN Kelantan...


p/s : aku rasa tidak perlu aku nyatakan rujukan kerana semua ini boleh didapati dengan mudah dimana-mana... tapi sahabat-sahabat dan kawan-kawan boleh layari arkib berita Online Bernama dimana aku mendapat kebanyakan angka-angka ini.. angka-angka ini adalah fakta yang boleh disahkan bila-bila masa...

disini kita boleh lihat PAS adalah minoriti dalam 3 negeri Pakatan Rakyat... Perak (6 kerusi), Pulau Pinang (1 kerusi) dan Selangor (8 kerusi) dan hanya menguasai Kedah dan Kelantan... ketiga-tiga negeri ini adalah negeri yang kaya dari segi ekonominya yang bukan saja menjadi nadi kepada Pakatan Rakyat malah negara...

kita lihat apa yang terjadi...

Perak kecoh apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah kerana tidak setuju dengan pemilihan wakil PAS sebagai Menteri Besar sehingga majlis tersebut terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang lain...

sila rujuk : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=320731

PAS tidak memberi sebarang komen...


di Pulau Pinang.. Isu RM17 juta yang sebelum ini diperuntukkan kepada perkembangan agama Islam, kini di agih-agihkan kepada agama lain...

PAS terus membisu...


di Selangor pula... isu Zakat....

Pesuruhjaya PAS Pahang mengeluarkan kenyataan peribadinya... bukan pendirian rasmi parti yang sepatutnya di keluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS... mereka yang sepatutnya bersuara, terus membisu hingga ke saat ini...

kalau ditanya kepada aku.. adakah patut zakat diberikan kepada bukan Islam.. aku akan menjawab.. tanyalah pada yang lebih arif... tapi kalau ditanyakan kenapa baru sekarang perkara ini timbul... aku akan menjawab... lihatlah pada angka-angka, maka akan terjawab soalan kalian...

orang yang lemah akan kalah dengan yang kuat... yang sedikit akan kalah pada yang ramai...
orang yang miskin akan bergantung pada rakannya yang kaya... dan setiap satu ada imbal baliknya....

aku bukan hendak memburukkan... tapi sekadar berkongsi pendapat aku berdasarkan fakta yang jelas dan nyata.... bagi shabat-sahabat dan kawan-kawan yang aku rindu... semoga boleh kita berfikir dan menjadi orang yang matang menilai... Hmm.. Melayu...

Saturday, November 29, 2008

Berita Buat Kawan....


Berita Kepada Kawan (Ebiet G Ade)


Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan
Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan
Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...
Reff#
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari
Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit
Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

sila rujuk : http://www.tembang.com

Lama sudah rasanya aku tak meletak sebarang entry dalam blog aku ni.. sehingga buatkan sahabat aku Fara keluar dari senarai follower aku... tak apa la... aku tak memaksa sesiapa pun untuk buat apa yang mereka rasa tidak perlu...



kebelakangan ini adalah masa-masa dalam hidup aku yang memerlukan aku bergerak merata-rata di bumi bertuah ini... utara.. selatan... timur.. dan paling pasti barat... sibuk hinggakan hidup ni dihabiskan di atas jalan raya... ahahahaha...


Aku ke Bachok, Kelantan dan menghabiskan berjam-jam hanya untuk perjalanan...
Aku ke Rembau, Negeri Sembilan dan sempat singgah untuk berjumpa Aqila, adik aku yang sedang menduduki SPM...
Aku ke Pangkor, Perak untuk bersama-sama Sahabat-sahabat bertukar-tukar fikiran...
Aku ke persidangan meja bulat anjuran Gabungan Graduan Melayu Muda di Hotal Singgahsana PJ yang hasilnya amat mengecewakan aku...
Dan yang terbaru ke Sepang, Selangor yang aku temui siapa aku....



Pada Sahabat-sahabat & kawan-kawan... aku susun sepuluh jari memohon maaf sekali lagi andai aku mengecewakan anda semua... & aku akan ceritakan apa yang berlaku & apa yang mengganggu hatiku ini agar dapat sahabat-sahabat dan kawan-kawan bincangkan...
Hmm... Melayu...


Sunday, October 12, 2008

EPL dan Perjuangan Melayu...

Malam tadi aku pergi melepak di Al Fariz Maju, Kelana Jaya... berjumpa dengan Fahmi & Joe... dua sahabat yang selalu aku jumpa dalam kerja aku ni... masing-masing dengan cerita tersendiri.. tentang sahabat-sahabat lama yang sudah tentu menyegarkan memori... terselit juga tentang sahabat kami, Paleng yang akan mengakhirkan zaman bujangnya 26 oktober ni... Paleng 26 tahun, sekarang bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Muzium akan berkahwin dengan kekasih hatinya yang tidak kurang cantiknya... bila agaknya giliran aku? hmm...

kebetulan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia antara England dan Kazakhstan sedang berlangsung... apa lagi... penuh kedai dengan pelanggan yang menonton...

keputusannya memang sudah diketahui.. England menang besar dengan membelasah Kazakhstan 5-1...

sudah tentulah keputusan itu sesuatu yang tidak mengejutkan kerana England dilihat sebagai gergasi dalam arena bolasepak berbanding Kazakhstan...

England mempunyai liga bolasepak yang tertua didunia iaitu English Premier League (EPL) yang berusia ratusan tahun...
dengan pemain-pemain yang terdiri daripada antara pemain termahal didunia, EPL juga terdiri dari pemain-pemain yang terbaik dari seluruh dunia...

pemain-pemainnya sangat profesional... mereka memahami falsafah dan makna bolasepak itu dengan jelas... bukan sekadar satu sumber pendapatan malah cara hidup...

kelab-kelab mereka juga sangat hebat... malah boleh dikatakan sebagai satu syarikat yang tersendiri seperti Manchaster United yang mempunyai saluran televisyennya sendiri... mereka juga tidak takut untuk menghabiskan jutaan pound untuk mendapatkan yang terbaik untuk mereka tidak kira dari segi pemain, pengurus, staf sokongan, peralatan malah mementingkan peminat dan penyokong mereka tanpa mengenepikan kualiti dan matlamat mereka yang sebenar....

ini jelas datang dari evolusi dan perubahan pemikiran yang panjang... bukan datang dari perubahan yang mendadak hasil dari perubahan situasi semasa...

MATANG... itu perkataan yang sesuai aku berikan... mereka ini tidak melatah apabila sesuatu masalah timbul... mereka akan membuat keputusan untuk kepentingan diri tapi tidak sama sekali akan mengetepikan semangat sukan bolasepak itu sendiri.. apa saja konflik yang berlaku, mereka tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan perjuangan dan matlamat bolasepak itu sendiri....

malam tadi aku merasakan negara & bangsaku mampu menjadi seperti mereka dari segi semangat, sikap & pemikiran... walau apa pun yang cuba hendak dicapai, mereka bersaing dan bertanding atas semangat yang sama... untuk memajukan lagi bangsa dan negara... bukan untuk kepentingan individu dan kelompok tertentu sahaja & menganggap pejuangan adalah hanya satu platform untuk mencapainya... hmm.. Melayu...

Wednesday, October 8, 2008

Bermulanya Era Baru Atau Bermulanya Kemusnahan UMNO?

08 Oktober, 2008 17:59 PM
Abdullah Tidak Pertahankan Jawatan Presiden UmnoBy: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac tahun depan dan kemudiannya akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.Keputusan itu diumumkannya hari ini selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.Ini bermakna proses peralihan kuasa oleh beliau kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 diawalkan setahun.Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini telah membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu dari jadual asalnya Disember ini ke Mac tahun depan dengan tujuan mempercepatkan proses peralihan kuasa.-- BERNAMA

Monday, October 6, 2008

Malaysiaku Gemilang... Beginikah Gemilang?

Mengapa?
SUDAH lebih setahun Hindu Rights Action Force (Hindraf), sebuah pertubuhan haram, mendapat liputan media masa khususnya di Malaysia. Pada peringkat awal tumpuan liputan berkisar kepada tuntutan dan cara ia melakukannya. Bagaimanapun, tumpuan sekarang lebih kepada 'permintaan' supaya lima orang pemimpin pertubuhan haram itu yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan. Banyak pihak memintanya termasuklah pemimpin MIC - parti utama yang mewakili kaum India dalam Barisan Nasional (BN).
Penekanan berterusan kepada berita usaha untuk membebaskan lima orang terbabit, mungkin sedikit sebanyak telah menenggelamkan punca sehingga mereka diletakkan di bawah akta tersebut.
Sekadar mengembalikan ingatan kita kepada aktiviti kumpulan haram ini, ia antara lain telah menghantar memorandum 18 perkara kepada pejabat Perdana Menteri pada Ogos tahun lepas.
Antara kandungan memorandum tersebut ialah pertubuhan tidak berdaftar ini menyatakan masyarakat India di Malaysia dipinggirkan oleh kerajaan BN. Pertubuhan haram itu juga menegur UMNO dan meminta parti tulang belakang BN itu 'berhenti bermain politik' menerusi sistem 'mandor' dengan kononnya menghulur bantuan kepada masyarakat India secara 'berdikit-dikit'. Dan, pertubuhan haram itu juga mahu agar dihapuskan hak istimewa orang Melayu yang sebenarnya termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Pada 25 November pula, pertubuhan haram itu mengadakan perhimpunan haram di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, yang antara lain bagi menghantar satu petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British yang mengandungi 100,000 tandatangan untuk Ratu Elizabeth II. Perhimpunan terbabit menjejaskan aktiviti rutin termasuk urusniaga dan lalu lintas di ibu negara, selain menimbulkan kegelisahan orang ramai. Anggota polis dicederakan dan tujuh kenderaan polis turut rosak. Menerusi laporan media asing, dunia diberi gambaran negatif terhadap layanan kepada kaum India di Malaysia. Sebagai contoh, pada satu ketika, ketua menteri di selatan India turut mengulas isu perhimpunan haram terbabit.
Sementara itu pada 9 Disember, peguam P. Uthayakumar yang menjadi salah seorang pemimpin pertubuhan haram itu secara terbuka menyatakan bahawa musuh pertubuhan haram itu bukan orang Melayu tetapi UMNO yang didakwa mengetepikan masyarakat India dalam arus pembangunan negara ini. Dia salah seorang daripada lima orang daripada pertubuhan haram itu yang ditahan di bawah ISA.
Saya petik satu ulasan bukan Melayu keesokannya mengenai kenyataan peguam tersebut: Naib Presiden MCA ketika itu, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kenyataan terbuka bahawa musuhnya adalah UMNO dan bukannya orang Melayu sebagai berbaur perkauman. Katanya, ini kerana ahli UMNO adalah orang Melayu dan kenyataan sedemikian menggambarkan mereka adalah anti-Melayu.
Membebaskan
Dalam pada itu, Pengerusi pertubuhan haram tersebut, P. Waythamoorthy dilaporkan meninggalkan negara dan kini dikatakan menetap di London.
Selepas pilihan raya umum Mac lalu, kenyataan demi kenyataan pemimpin MIC meminta supaya kerajaan membebaskan lima tahanan ISA terbabit. Dalam kenyataan terbaru kelmarin, pemimpin tertinggi MIC menyatakan partinya akan terus berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi membebaskan mereka walaupun ada pihak tidak senang hati dengan usaha itu. Ia, katanya, selaras dengan matlamat MIC bagi membela dan menjaga kepentingan serta hak setiap masyarakat India di negara ini.
Satu perkara yang perlu semua pihak mengambil peringatan ialah ISA diguna pakai sebagai langkah pencegahan, setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpuas hati perlunya seseorang itu ditahan kerana kegiatannya boleh mengancam dan mengganggu-gugat keselamatan negara. Justeru tindakan itu wajar demi memelihara keselamatan negara dan ketenteraman, seperti mana kes-kes seumpamanya sebelum itu.
Justeru, apakah makna permintaan demi permintaan daripada pihak yang sama, lebih-lebih di pihak yang mempunyai suara dalam kerajaan sendiri? Apakah ia mahu menunjukkan penahanan itu tidak wajar? Atau lebih teruk lagi, KDN membuat silap besar lalu menahan mereka dan oleh itu mereka perlu dibebaskan? Jika pun sebarang pandangan mengenainya dirasakan perlu, ia perlu disalurkan secara 'dalaman' tanpa perlu membuat hebahan. Istilah 'rundingan' membawa konotasi bahawa penahanan itu seolah-olah ada yang tidak kena dan maka itu perlu dirundingi. Apakah ia juga bermaksud pelaksanaan ke atas orang juga perlu dirundingi?
Benar, politik merupakan suatu kuasa tetapi tidak semua perkara perlu dilihat dari kaca mata politik semata-mata.
Sebagai sebahagian daripada kerajaan, pihak yang berkenaan sewajarnya bersuara senada dengan kerajaan atau lebih tepat lagi tidak sepatutnya timbul permintaan supaya pembebasan itu dilakukan, sebaliknya perlu menyokong penahanan itu.
Isu penahanan ISA perlu dilihat melangkaui perjuangan politik serta ruang lingkup kaum yang diperjuangkan.
Sebenarnya, isu penahanan lima orang terbabit, amat sekali perlu dilihat sebagai satu keperluan dan bukannya pilihan dalam menangani unsur-unsur yang bersifat mengganggu-gugat ketenteraman awam.
Mana-mana kerajaan pun, jika perlu memilih antara ketenteraman awam dan kebebasan rakyat untuk bercakap, ia sewajarnya mengutamakan ketenteraman awam. Lebih-lebih lagi, dalam konteks negara yang pelbagai kaum dan anutan agama ini, kebebasan tidak boleh diberikan tanpa ada tanggungjawab. Ketika kita menghargai kebebasan, undang-undang berkaitan keamanan negara juga penting. Tiada kebebasan mutlak sebenarnya.
Dalam menikmati dasar lebih keterbukaan kepimpinan negara sekarang, rakyat tanpa mengira kaum dan agama tidak boleh lupa bahawa mereka tetap terikat dengan undang-undang negara. Dalam mengekalkan keharmonian kaum, kita perlu menjadikan sejarah sebagai pedoman kerana ia adalah guru paling baik. Sejarah tidak pernah menipu!

Rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1006&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_10.htm&arc=hive

Pengalaman Wartawan Sin Chiew Daily Dalam ISA...

Monday September 15, 2008 MYT 1:31:04 PM
'My 18 hours under the ISA'
By TAN HOON CHENG
On 12 September, about eight thirty in the evening, I was at my home in Bukit Mertajam, Penang. While enjoying my yew char koay (fried dough stick), I was worried about the show cause letter issued to Sin Chew Daily, and anxious about the days ahead for my newspaper.
Suddenly, a group of plain cloth police officers appeared at my front gate. The person who started to identify the group and the purpose of this visit was a woman officer. She was also the only one in her uniform.
Through the gate, she told me that I have to follow them to the Police station, in response to that I told her that unless they have a warrant of arrest, I will not open the gate. At the same time, I immediately rung up the legal adviser of our company and my direct superior, seeking their advice.
Later, the female officer told me that they are arresting me under Internal Security Act, therefore a warrant is not required. On hearing that, I was immediately was prepared for the worst.
I have to act calm, comforting my parents and reassuring them that my colleagues would be waiting for me at the police station to render assistance. When I was taken away, my parents acted strongly, they kept on asking the police to accord me with proper treatment.
I was brought to Seberang Perai Tengah IPD (district head office), and I was placed in a chilling cold room while waiting for the police to begin their paperwork. I was accompanied by a female officer who seemed to be trembling as a result of the low room temperature as well. To break the silence, I initiated a conversation. She told me, “You seemed to be very calm.”
I told her, “I am arrested under the Internal Security Act, even though I am scared, I have to face this reality. But I am worried about my parents, friends and relatives, they must be very worried about me.”
To be frank, I was very cool-headed. I believed that there must be a lot of people out there supporting me, giving me the strength that I need, so I must stay strong, to be with these people who are supporting me.
The police recorded all my personal belongings, these were later taken away from me. After that, I am considered ready to be sent to the Police Contingent Headquarters in Penang. When I was brought out of the police station, I realised that a lot of my colleagues in the media, together with representative from different parties and groups were already waiting outside the Police station to show their support. Seeing this,I was deeply touched, I could no longer hold my tears.
When the police car arrived at the station’s entrance, my superior, Puah Eu Peng, our Northern Region Manager, tried to halt the car with his body, to slow the police car’s movement. He knocked at the window, to make sure that I was in the car and gestured to show me his support.
I instantly wiped off my tears, I realised that a lot of them are staying with me, I must be with them as well.
After taking my thumbprints, I was given my dinner and arranged to spend my night in remand. It was not to my knowledge that my colleagues in the profession and people from different groups and parties were there to show their support, right outside that station.
I requested the female officer to keep the lights on. She told me not to worry, she will not switch off the lights. The police also informed me that I would be meeting my parents tomorrow morning at eight. I have spent a very long time, thinking of everything that I have to tell my parents. I have lost touch with the outside world this is my only opportunity, I must cherish it, to clearly explain everything to my parents.
After clearing my mind and organising my thoughts, I tried to sleep while lying on the wooden bed with the company of the mosquitoes and the noise of water dripping. I have no idea what tomorrow holds for me, but I know I have to be in my perfect condition to handle everything.
I have never suffered from insomnia and this very night, I finally experienced it. Deep down in my heart, I know that those who care about me, would also be experiencing the same, my heart wrenched thinking of that.
At 6 o’clock in the next morning, when I was about to wash up, the female officer passed me the clothing brought by my parents. I was surprised; everything was new, the toiletries, t-shirts, shorts, panties.
I later discovered that the ‘parents’ that the police officer was referring to were a bunch of my colleagues. While waiting outside the Penang Police Contingent Headquarter, they have prepared all these for me. They were uncertain when I would be released, but they told themselves that they must get these necessity items ready in the briefest time possible.
I met my parents and bided them goodbye, the police informed me that they would bring me to the Police Headquarter in Bukit Aman in Kuala Lumpur. My heart sank, I told myself this is the beginning of it, I must brace myself for everything.
After few turns of event, I was eventually brought to the Perak Police Headquarter in Ipoh. After a brief interrogation session, I was brought back to Penang Police Headquarter again.
It was here, where I was interrogated further. I told myself to keep my mind clear, I must tell them the truth, and respond appropriately.
After the interrogation session, I was brought to see another higher-ranked officer, he told me, “We can both go home now!”. Both of us turned to the clock on the wall, the time was 2.25p.m.
This my 18 hours under ISA. I have gone through a lot
After being released, I received a lot of messages, telephone calls and bouquets. My colleagues in the press, representatives from political parties, society leaders, schoolmates, classmates, friends and relatives have visited me at home. Of course, not forgetting the readers and the public who called up or visited Sin Chew Daily’s office in Penang or the Head Office in Petaling Jaya.
Calls, messages, well wishes, and visits from readers and friends. To all of them, I have to express my deepest gratitude. During that 18 hours which was filled with a lot of uncertainties, I felt that there is some unknown strength that has supported me throughout, I knew it must be from you all, those whom I knew or have not met!
I realise that our journey is still full with challenges and obstacles, so we have to continue the same righteous spirit and courage that we have all shown this time! Our society needs this spirit, to build a better tomorrow.
I have finally been freed, but I hope Teresa Kok and Raja Petra Kamaruddin and all those detainees under the Internal Security Act, could be released as soon as as possible. If the authorities think that they have broken the law, they should brought to the court of law to receive transparent and fair trials.
This article is reproduced here, with permission, from http://www.mysinchew.com/

Rujuk : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/15/nation/20080915132832&sec=nation

ISA... Hak Asasi Atau Kepentingan Diri...




Sekarang ni kecoh pasal ISA... Menteri letak jawatan... menteri komen tu, komen ni... Suruh lepaskan tahanan ISA la.. ISA tak Berperi kemanusiaan la... ape la...


Raja Petra telah ditahan dibawah ISA selama 2tahun..Tan Hoon Cheng telah di tahan selama 18 jam... Teresa Kok pula cuba mendapat populariti dari isu makanan semasa didalam tahanan ISA...


sekarang ramai pula yang aku lihat beria-ia untuk memaksa kerajaan agar ISA dikaji semula... tak kira ape pun sebabnya.. sebab semua orang tahu yang pemilihan UMNO, Gerakan, MCA akan diadakan tidak lama lagi... MIC pula kelihatan cuba untuk menarik kembali sokongan kaum India... PAS dan Parti Keadilan pula sejak dari dulu lagi tidak pernah setuju dengan ISA...

banyak juga suara-suara yang 'kononnya dari rakyat' mendesak supaya ISA di mansuhkan...


Gerakan Mansuh ISA (GMI) adalah antara mereka yang kononnya memperjuangkan pemansuhan ISA atas nama demokrasi dan hak asasi manusia...


Hakikatnya.. manusia tidak akan peduli walau apa pun jika ia tiada kena mengena dengan dirinya... kerana semua orang yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia ini samada sedang cuba untuk mendapatkan sesuatu dari kehangatan suasana yang berlaku sekarang ini ataupun ISA telah digunakan terhadap orang-orang yang mereka kenal...


seterusnya menyampaikan agenda mereka pada orang-orang yang tak tau apa-apa dan hanya mengikut membuta-tuli...


BODOH.... tu la perkataan yang sesuai untuk orang-orang seperti ini.. kenapa aku berkata macam tu? kerana.. dari 100 orang yang mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap ISA... 100 orang akan kata mereka tak tahu apa itu ISA dan kegunaannya selama ini...


apa itu ISA?


The Internal Security Act 1960 (ISA) (Malay: Akta Keselamatan Dalam Negeri) is a preventive detention law in force in Malaysia. The legislation was inherited by Malaysia after it gained independence from Britain in 1957. In essence, it allows for the arrest of any person without the need for trial in certain defined circumstances. Malaysia is one of the few countries in the world whose Constitution allows for preventive detention during peacetime without safeguards that elsewhere are understood to be basic requirements for protecting fundamental human rights.




jadi untuk dimudahkan kata-kata... ISA adalah satu Akta Pencegahan yang ada dalam Malaysia.. Akta Pencegahan lain adalah Akta Darurat...
jadi apa pentingnya ISA ni?
Aku menyokong ISA kerana seperti yang aku lihat, masyarakat masih lagi tidak MATANG dalam menilai dan memilih... sering kali dalam setiap entry aku tekankan tentang kedangkalan dan kecetekan pemikiran rakyat yang boleh di beli dengan isu-isu semasa..
apa tidaknya...
harga minyak & makanan naik seluruh dunia, salahkan kerajaan... orang tabur janji-janji manis, percaya bulat-bulat...
sedangkan jelas & nyata bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah bukan dalam kawalan kita... memilih untuk menerima janji-janji kemewahan daripada perjuangan yang panjang....
makanya pemikiran boleh dibeli dengan kesenangan...
susah sedikit dah melatah sedangkan lupa puluhan tahun yang mewah dan senang....
maka mereka mudah dibeli... dibeli mindanya serta jiwanya...
rakyat yang terumbang-ambing ini mudah dipengaruhi dan ini adalah ancaman pada keselamatan dan kestabilan negara...
Dan selagi minda mereka tidak lagi matang dalam membuat keputusan, mesti ada wujud mekanisma yang mampu mengawal keadaan... maka pencegahan itu perlu ada....
mereka yang bersuara menentang, memberi komen, menyarankan pindaan serta meminta akta ini dikaji semula sudah tentu ada agenda mereka masing-masing yang mengambil kesempatan atas perhatian rakyat terhadap perkembangan isu ini....
dan aku amat yakin... bilangan yang berbuat demikian demi negara boleh di bilang dengan jari...
jika kita masih lagi tidak sedar akan hakikat ini, kita akan kehilangan segala yang kita ada... bukan sekadar kepayahan sementara yang kita alami satu ketika dahulu.... hmm.. Melayu...

Friday, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri Dan Selamat Berjuang....



Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan....

Masa Depan...??

Aku pun tak pasti apa yang akan berlaku pada masa depan... sesiapa yang mengatakan dia tahu mungkin tergolong dalam golongan yang hebat-hebat... maka jelaslah aku bukan tergolong dalam golongan itu...

Tapi... ada sesuatu yang aku amat yakin... aku yakin, apa yang aku lakukan pada hari ini akan mempengaruhi hari-hari yang akan datang... apa yang terjadi hari ini akan menentukan hari esok...

Menyedari perkara itu, aku amat takut apa yang berlaku hari ini pada bangsaku... pada Bulan yang Mulia ini, seakan-akan segelintir yang tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku... masih lagi ingin menangguk di air yang keruh... masih lagi ingin menjadi opurtunis... mengambil kesempatan atas apa yang berlaku untuk kepentingan diri...

tidakah kita sedar yang kita semakin jauh dari matlamat asal? tidakkah kita faham yang kita perlu berubah cara pemikiran sebelum kita tersungkur dan tidak bangun-bangun lagi...

kita perlu perubahan... perubahan dari segi cara kita melihat sesuatu.... dari hati terus ke minda dan dizahirkan melalui perbuatan....

Semoga Ramadhan yang bakal pergi ini memastikan kita terus bersyukur dan tidak alpa... tidak alpa tentang perjuangan yang sebenar... Salam Ramadhan & Salam Aidil Fitri buat Sahabat-sahabat & Kawan-kawan yang sentiasa Dekat di hati.... Hmm... Melayu...

Sunday, September 21, 2008

Mencabar Pemikiran Orang Melayu...


Adam yang Menyanyi...


Banyak yang berlaku baru-baru ini hingga membuatkan aku serabut.. tapi alhamdulillah aku dapat banyak respon dari sahabat-sahabat mengenai blog aku ni... ramai yang komen secara lisan, SMS dan tak lupa juga yang memberikan komen terus di sini... malah, blog aku telah mencapai hit yang ke 300 kurang dari sebulan & tak lupa pada Farah yang menjadi Follower blog aku yang pertama... ahahaahahah... Terima kasih aku pada sahabat-sahabat semua...


pada satu malam ketika aku sedang cuba hendak tidur (agak sukar kebelakangan ini..) aku memdapat panggilan telefon dari sorang kawan yang agak lama aku tidak hubungi.. dia tanya tentang blog aku.. tujuan aku buat blog.. ape motif aku yang tersembunyi... dan soalan yang dia ulang-ulang tanyakan pada aku ialah, kenapa aku suka menghentam orang melayu dalam setiap entry... akan seperti menambah lagi masalah yang perlu di fikirkan...



aku ketawa agak keras ketika menjawab soalannya.. jawapan aku sangat jelas aku rasa..( tapi dia terus menyoal.. kenapa ya??) aku katakan, aku menulis blog ini bukan atas arahan sesiapa, bukan tujuan untuk menangkis sebarang tohmahan orang pada sesiapa.. jauh sekali untuk menunjukkan keburukan sesiapa... aku menulis blog ini untuk aku sampaikan apa yang aku rasa berlaku hari ini... sebagai platform untuk aku kongsikan dengan sahabat-sahabat dan kawan-kawan.. aku berkawan dengan sesiapa pun, tak kira ideologi atau batasan bangsa atau ras.. mereka yang membaca blog ini bebas untuk menilai, mentafsir malah mengkritik semahu mereka... sekurang-kurangnya aku mampu memberi satu persepsi pada mereka yang membaca.. samada persepsi yang menyokong pendapat mereka atau yang berbeza...



kenapa aku mengkritik orang melayu?
aku sedar dan jelas yang manusia bergelar melayu ini sangat takut perlindungannya di ganggu.. Pemahaman tentang Hak Istimewa Orang Melayu & Definisi Ketuanan Melayu yang aku cabar dengan jelas... seperti menongkah arus...
lebih mudah untuk menuduh peristiwa 13 mei 1969 adalah disebabkan oleh kerakusan bangsa cina daripada mengakui punca sebenarnya adalah dari sikap orang melayu yang selesa dan tidak mahu keluar mengundi.. cakap-cakap seperti "buat apa nak mengundi, kita dah merdeka" kedengaran sehingga menyebabkan Perikatan mendapat 74 undi dan Pembangkang mendapat 70 undi yang melihatkan kuala lumpur jatuh ketangan pembangkang & mereka menjadi berani untuk berarak di jalan-jalan raya...
rentetan itu menyebabkan perubahan mentaliti bangsa Melayu dan meletakkan prejudis pada bangsa lain... semangat melayu di salah arahkan kepada mengatakan Ketuanan Melayu bermaksud bangsa Melayu adalah penduduk asal & patut diberi keistimewaan... bangsa lain berhutang kepada orang melayu kerana memberikan kerakyatan...
mereka lupa yang orang melayu ada banyak pilihan untuk merdeka... merdeka cara Indonesia, dengan kekerasan.. merdeka cara India, dengan mogok... malah dengan cara yang lebih lambat... menunggu sehingga 10 tahun... semua itu membolehkan Melayu membina negaranya deang sendiri... tapi melayu memilih untuk berkongsi kuasa... MEMILIH bukan TERPAKSA... jadi tidak timbul soal hutang berhutang....
ada juga yang tersalah tafsir... pada mereka Hak Istimewa Orang Melayu adalah bukti pengiktirafan Definisi Ketuanan Melayu versi mereka itu... tapi mereka lupa yang tujuan utama Hak Istimewa Orang Melayu adalah kerana orang melayu hingga hari ini adalah bangsa yang paling mundur, paling terkebelakang.... keistimewaan ini adalah untuk memastikan keseimbangan supaya dapat bersaing dalam arus perdana hari ini, supaya tidak tertinggal.... malah Laporan Suruhanjaya Reid semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan menjelaskan perkara ini... malah mencadangkan supaya perkara ini dikaji semula selepas merdeka lebih tepat lagi 15tahun selepas merdeka.....

kesannya dari definisi Ketuanan Melayu yang semberono ini kita dapat lihat pada bangsa melayu hari ini.... Mereka berasa selesa dengan apa yang mereka ada hari ini... tidak berasa tercabar.. menganggap keistimewaan yang diberikan adalah kekal & menjadi bangsa yang bergantung pada bantuan dan sokongan... merasakan sokongan kepada mereka adalah tanggungjawab pemerintah... akhirnya melahirkan generasi yang malas, suka ambil mudah, suka bersenang lenang, tidak boleh merasa susah... jati diri yang lemah.....
maka ini kita dapat lihat kenapa melayu masih lagi di belakang dari segala aspek kecuali dalam statistik jenayah dan masalah masalah sosial....
lebih sedih lagi bila ada kata-kata supaya tidak di persoalkan tentang perkara-perkara menyentuh Hak Istimewa Orang Melayu yang menyebabkan timbul rasa tidak puashati dikalangan orang bukan melayu dan malah orang melayu itu sendiri... ini kerana masyarakat semakin terbuka mindanya... masyarakat itu perlu dirasionalkan dengan sesuatu yang boleh diterima akal...
Agenda Melayu adalah Agenda Nasional demi untuk memastikan keseimbangan dari segi ekonomi agar tiada kaum yang terpinggir dari arus perdana.... agar semua dapat bersaing dengan adil dan akhirnya matlamat untuk kesamarataan dapat dicapai selepas perbezaan di samakan... Dan ini patut di sebarkan dan difahami oleh semua peringkat mesyarakat.. melayu dan bukan melayu....
aku mengkritik kerana kepincangan dan sikap orang melayu itu sendiri... kerana jika tiada perubahan minda dikalangan orang melayu maka orang melayu itu sendiri akan kehilangan segala-galanya... & perubahan ini perlu dilakukan oleh golongan muda kerana yang tua sudah tegar dengan metalitinya & mungkin tidak akan dapat berubah... supaya kita dapat meniti hari-hari ini.. agar masa depan kita terjamin...Hmm... Melayu..

Saturday, September 20, 2008

Sahabat...

Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang bersetuju dan menghubungi Haida & Shuli... dua sahabat aku yang aku boleh gelarkan sebagai Pejuang.. aku pun dengan penuh semangat kesana walaupun aku agak sibuk hari itu... Keluar dari rumah selepas Jumaat, terus ke USJ tapi tiba-tiba urusan disana agak lewat selesai... tapi tetap bersemangat atas nama Sahabat...
Setiba disana aku agak terkilan dan sedih kerana tidak ramai yang hadir, hanya muka-muka yang selalu dipanggil... hanya mereka yang dekat.... dimanakah sahabat-sahabat aku yang lain? sibuk dengan kerjakah? atau sudah merajuk, membawa diri.... aku teringat suatu ketika dahulu, kami tidak pernah menggunakan alasan penat atau sibuk untuk tidak hadir majlis-majlis untuk sahabat... malah sering aku lihat mereka sendiri yang bersemangat untuk berkumpul dan berjumpa... sudah pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka menjauhkan diri...

adakah ini yang dinamakan sahabat? hanya orang-orang yang sering dihubungi.. bagaimana pula dengan mereka-mereka yang telah lama tidak dihubungi? adakah kerana mereka ini tidak lagi diperlukan oleh sebab sudah ada sahabat-sahabat yang baru? adakah ini definisi baru sahabat? dijaga bila diperlukan, di biarkan bila ada yang baru.... kalau beginilah istilah terkini sahabat, maka jauhlah terpesongnya matlamat sahabat itu sendiri....

biasalah... bila sudah berkumpul, maka adalah diskusinya.... dan apabila sahabat-sahabat bekas mahasiswa dikumpulkan maka isu politik kampus tidak mahu tidak sudah tentu disentuh...

PERLUKAH PERKARA INI DI TIMBULKAN?

Mahasiswa hari ini aku lihat tidak matang, bodoh dan penakut.... berbeza dengan kehendak arus semasa yang sentiasa memerlukan golongan berpendidikan tinggi untuk mempunyai kesedaran yang tinggi tentang perkara-perkara disekeliling mereka.... ini tidak ada bezanya ketika zaman aku dahulu... malah zaman-zaman sebelumku... tapi itulah yang menakutkan aku... tiada perubahan pemikiran.... masih dalam keadaan selesa & memikirkan yang pendidikan mereka adalah untuk kesenangan hidup individu semata-mata.... dan hanyut dalam arus perdana kerana tidak bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan... akhirnya akan menyalahkan PEMERINTAH kerana nasib mereka yang mereka cipta sendiri..... tiada bezanya mereka dengan orang-orang yang tidak ada peluang untuk ke menara gading...

pada mereka yang sedar keperluan untuk mengikuti perkembangan sekeliling, kebodohan & kedangkalan sekali lagi menguasai diri... hanya tahu mengkritik tanpa pengetahuan jelas tentang apa yg di kritik....
ini diambil kesempatan oleh golongan-golongan yang ada agenda tersendiri.... mengisi kekosongan minda mahasiswa dengan maklumat-maklumat yang membantu mereka untuk mencapai matlamat mereka....
ini perlu diambil perhatian yg kursus... bukan tidak ada tindakan ada tetapi tidak cekap... Perkataan seperti PRO-ASPIRASI sering kita dengar... tapi setakat mana hebatnye mereka....
di lindungi, selesa dan merasakan mereka selamat menyebabkan mereka alpa... malah gerakan-gerakan menggembling juga amat lemah dan goyah..... mereka tidak diisi dengan api perjuangan, tidak di lengkapi dengan ilmu yg cukup untuk menangkis hujah-hujah lawan apatah lagi untuk mempengaruhi orang lain untuk berjuang bersama....

malah aku lihat, mereka ini mengharap-harap bantuan... segalanya mengharapkan orang lain..
bukan sifat pejuang kalau meminta-minta dan berharap.... betapa lemahnya mereka berbanding dengan pihak lawan...

itulah sifat mahasiswa hari ini... mengharapkan bantuan.. mengharapkan orang lain membela nasib mereka.... lebih sedih lagi mereka ini majoritinya terdiri dari bangsaku... hmm.. Melayu...

So Thats The Story La...

Saturday September 20, 2008
Pak Lah under pressure to exit
By JOCELINE TAN
PETALING JAYA: The Prime Minister is under pressure to fast-forward the transition plan that would have seen him handing over power to his deputy in 2010.
Umno supreme council members had reportedly told Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in their meeting on Thursday that the political situation was not improving and that he should consider an earlier exit.
At the same time, Abdullah’s supporters are rallying around him to ask him to stick to the transition plan and defend his president’s post, if need be.
Abdullah presenting Hari Raya goodies to Ramli Osman at the Al-Imam Ash-Shafei mosque in Taman Maluri, Kuala Lumpur. With him are wife Datin Seri Jeanne Abdullah and Datin Anna Razak.
Home Minister and supreme council member Datuk Seri Syed Hamid Albar revealed that Abdullah listened intently and asked for time to discuss the matter with Datuk Seri Najib Tun Razak.
“He is conscious of the wishes of the grassroots and he said he is willing to exercise flexibility.
“I don’t think there is any necessity to talk about applying pressure. Let him make the decision,” said Syed Hamid.
The minister said Abdullah was also aware of the time line €” Oct 9 €” when Umno divisions will begin their annual meetings to nominate candidates for party posts, including those for the president and deputy president.
Five supreme council members spoke during the closed-door meeting, four explaining the need for a quicker exit plan saying that it would not be feasible for the party president to stay beyond December when the party convenes for the General Assembly.
The four were vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin, Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Wanita chief Tan Sri Rafidah Aziz and supreme council member Datuk Seri Shafie Apdal, who is Unity, Culture, Arts and Heritage Minister.
Rafidah is said to have told Abdullah that Wanita grassroots members had informed her that he might not even be able to secure the minimum 58 nominations required to defend his presidency. Her no-holds barred approach caused several of those present to ask her to tone down.
Kelantan Umno chief Tan Sri Annuar Musa was the only one who spoke up for Abdullah, criticising those asking him to go.
He reminded the two top leaders that they had committed themselves to the 2010 transition plan.
Several more were about to speak but Najib, noticing that Abdullah was visibly affected, stepped in and ended the discussion, saying that those who spoke had made their point. He asked that Abdullah and him be allowed to take the discussion to a more “private level.”
Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latif Ahmad said the supreme council must be informed about details of the transition because “this is not a private love affair between two people.”
“We should not be kept in the dark because it affects the country, Barisan Nasional and Umno,” he told The Star.
Analyst Datuk Seri Annuar Zaini said a captain needed accurate information to negotiate stormy seas.
“The decision lies with Pak Lah and it is good he knows the situation on the ground,” he said.
A senior member of the supreme council has been tasked by the others to meet Abdullah soon to secure a more definite answer from him.
Datuk Alwi Che Ahmad, the Prime Minister’s political secretary, said of now, Abdullah stood by the 2010 transition plan.
At the Selangor Umno liaison committee meeting yesterday, 20 of the 22 divisions wanted state party chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib to ask Abdullah “to have a big heart and accept that the political situation calls for change.”
They also called for a smooth and graceful transition that will not involve a contest for the top post.

http://thestar.com.my/

Friday, September 12, 2008

Tidurlah Dengan Tenang Malam Ini...

Ahmad reda
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menerima dengan reda keputusan menggantung haknya sebagai ahli seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat khasnya hari ini.
Beliau yakin bukan mudah untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota MT memutuskannya kerana ia melibatkan satu tindakan yang berkemungkinan tidak berpihak kepada UMNO.
Bagaimanapun beliau percaya keputusan seperti itu terpaksa juga dibuat bagi memastikan keselamatan di negara ini terpelihara.
''Dasar kepimpinan Datuk Seri (Abdullah) adalah berasaskan kepada keselamatan selain kestabilan negara dan ekonomi.
''Oleh itu apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kita ini (Abdullah dan Najib) bersama anggota MT yang lain adalah untuk keselamatan negara walaupun keputusan ini mungkin tidak berpihak kepada UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Tingkat 38, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai reaksi terhadap hukuman yang diterimanya.
Ahmad yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum telah digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun oleh mesyuarat khas MT hari ini.
Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan di dalam parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini iaitu selaras dengan fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Ahmad berkata, kesetiaannya terhadap UMNO tidak akan terjejas dan akan terus berjuang bersama parti itu walau apa sekalipun berlaku.
''Saya mempunyai masa yang cukup panjang selepas ini. Saya akan bina semula cerucuk di atas tapak yang sama. Saya tetap akan bersama UMNO kerana UMNO adalah parti saya.
''Saya menganggap apa berlaku ini adalah ketetapan yang telah ditentukan sejak azali lagi. Hari ini telah sempurna qada dan qadar Allah ke atas diri saya dan saya terimanya dengan penuh reda,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan sama beliau meminta kepada semua orang Melayu terutama di kawasan Bukit Bendera supaya bertenang dengan tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh memudaratkan negara.
''Sebenarnya orang Melayu Bukit Bendera mahu datang ke PWTC dengan 10 bas dan mereka mahu melakukan protes tetapi saya merayu kepada mereka dan Alhamdulillah mereka tidak hadir.
''Bagi seluruh orang Melayu dan Islam yang lain saya minta kita kuatkan perpaduan kerana dengan berpadu sahaja kekuatan kita bakal terserlah. Apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada orang Melayu berpecah belah. Jadikan peristiwa ini pengajaran kepada kita,'' katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meminta maaf, Ahmad menegaskan yang beliau tidak akan minta maaf dan bersedia menerima risiko akibat daripada perbuatannya itu.
''Saya tidak akan minta maaf, kalau saya kaki bodek saya tidak akan tiba peringkat ini. Disebabkan ketegasan saya kena macam ini (dihukum). Saya tidak kisah... no problem (tiada masalah) saya terima,'' ujar beliau.
Menjawab satu soalan Ahmad berkata, buat masa ini beliau belum terfikir untuk membuat rayuan tetapi ia bergantung kepada pendapat ahli-ahli UMNO di dalam bahagian.
''Kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon saya ucapkan tahniah kerana dia menang pada permainan kali ini tetapi saya berjanji akan kembali semula satu hari nanti,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/

Hebat sungguh tindakan yang dikenakan oleh Presiden UMNO yang juga merupakan pemimpin tertinggi negara untuk memuaskan hati pemimpin dalam Barisan Nasional demi untuk memastikan kestabilan kerajaan yang sedia ada terjaga.. Keputusan ini dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO sehari selepas mesyuarat Barisan Nasional yang disifatkan oleh Presiden PPP, Datuk M.Kavias sebagai "PALING TERBUKA" sepanjang penglibatannya dalam Barisan Nasional.. Pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang mendesak demi untuk menjadi jagoan kaum mereka... Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak mendapat sokongan kaum mereka ketika Pilihanraya Umum Ke-13 tempoh hari...

Seorang pemimpin bahagian UMNO telah digantung keahliannya selama 3 tahun kerana menyatakan FAKTA SEJARAH... namun tiada sesiapa pun tampil untuk membela beliau dan berdasarkan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan menunjukkan yang beliau tahu yang perkara ini akan berlaku dan beliau faham kenapa keputusan itu di adakan...
DAN sehingga saat aku menulis entry ini, beliau masih lagi berpegang pada pendirian beliau untuk TIDAK memohon maaf....

Pada aku, yang berlaku telah pun berlaku... keputusan yang telah dibuat akan menampakkan kesannya setelah seberapa lama perkara ini berlarutan.. ada pihak yang bertepuk tangan dan ada pihak yang tersenyum selepas menangguk di air yang keruh...

TAPI... aku masih ada keraguan sedikit... jika kenyataan seumpama itu telah membunuh kerjaya politik seseorang dan telah membuatkan seorang Timbalan Perdana Menteri memohon maaf, apa pula tindakan yang TELAH dikenakan oleh orang yang melakukan perkara ini :



DAN apakah tindakan yang sesuai dikenakan pada orang yang melakukan perkara ini pula?




soal Pak Lah lemah, Najib lemah telah lama aku dengar... sudah jelak aku terangkan pada umum sepanjang perjalanan ini.. tapi tidak pernah penat aku ulangi...

Pemimpin kuat atau lemah bergantung pada sokongan yang diterimanya... lebih banyak sokongan yang diterimanya maka kuatlah dia...

tapi apabila melayu itu sendiri bercakaran.. masing-masing dengan ideologi yang berubah mengikut musim pilihanraya... dengan sikap bangsanya yang terlalu selesa dengan apa yang ada... sikap suka mengambil mudah dan memandang politik itu sesuatu yang jijik dan kotor serta meletakkan TANGGUNGJAWAB mengundi itu suatu yang tidak perlu tapi melaung-laungkan HAK telah membuatkan kedudukan pemimpin itu lemah secara sendirinya...

Melayulah yang menyebabkan pemimpinnya lemah... tapi, siapalah yang mahu mengaku jika terberak ditepi jalan... lebih selesa dan menyenangkan untuk menundung jari pada orang lain dan meletakkan kesalahan pada bahu orang yang bertungkus lumus untuk memastikan kita dapat hidup aman dan damai kerana dengan berbuat demikian, kita dapat tidur malam ini dengan tenang tanpa rasa bersalah... Hmm... Melayu...

Tuesday, September 9, 2008

Anak Tupai...

video

Hari ini aku lihat satu video yg pada aku kreatif.... tidak dicemar dengan kelucahan seperti banyak video yang aku dah lihat... mungkin videonya tidak "original" tapi kreativitinya yang aku kagumi... siapa kata kreatif orang melayu tidak bertempat? (kalau di buat oleh orang melayu la..)

Kadang-kadang aku tertanya... kenapa seseorang itu buat sesuatu yang tidak menguntungkan dirinya... mencanang keseluruh dunia tentang rancangannya untuk menumpaskan seterunya walaupun dia tahu musuh-musuhnya akan mengambil langkah berjaga-jaga dan seterusnya sudah pasti akan menggagalkan usahanya untuk menggulingkan seteru utamanya itu...

kenapa ya? orang yang amat bijak bistari sepertinya boleh membuat kesilapan sebegitu... atau itu salah satu dari percaturannya?

apa pun percaturan atau strateginya, yang aku jelas ialah keresahan rakyat bila tertekan.. tertekan dengan keadaan kos sara hidup, kenaikan harga minyak menyebabkan mereka melupakan perjuangan masa panjang dan termakan janji-janji dongeng yang belum tentu betul lagi....

dengan keadaan ekonomi dunia yang seperti ini, pelabur-pelabur luar sudah pasti akan mencatur dengan lebih baik lagi.. memastikan setiap risiko pelaburan adalah seminima mungkin dan sudah pasti kestabilan politik adalah antara faktor penting penilaian mereka...

pelaburan asing adalah sumber utama pendapatan negara... hampir separuh dari sektor perindustrian bergantung pada pelaburan asing... kurangnya pelaburan asing akan menyebabkan ekonomi negara akan merundum seterusnya akan menyebabkan pengucupan produktiviti dan akhirnya akan memaksa majikan untuk mengurangkan pekerja...

APA yang akan berlaku?

ramai yang akan hilang pekerjaan kerana majikan memilih untuk menggajikan warga asing yang kosnya jauh lebih murah.. harga barang akan naik kerana produk buatan tempatan berkurangan & menyebabkan negara bergantung pada import...

RAKYAT HILANG KERJA + HARGA BARANG NAIK = KOS SARA HIDUP MELEBIHI KEMAMPUAN..

jenayah akan berleluasa kerana kesempitan hidup & mengambil jalan mudah... rasuah menjadi kebiasaan... rakyat jadi marah pada pemerintah atas apa yang berlaku...

AKHIRNYA rakyat akan memilih pihak yang menjanjikan penyelesaian pada masalah-masalah mereka... orang yang berjanji paling manis & mampu meyakinkan mereka akan berjaya menjadi pemerintah... orang yang sama pada awalnya menjaja ketidakstabilan & menakut-nakutkan pelabur asing yang menjadi punca musibah ini berlaku....????????

Tapi... Perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.... bukan sebulan dua kesannya.. mungkin akan memakan masa 3-5 tahun lagi... 2012 atau 2013 mungkin....

2013...???

entah lah.... aku ni bukanlah dari golongan bijak pandai dalam politik... bukan pencatur-pencatur hebat dalam arena ekonomi... malah bukan sesiapa pun...

cuma aku ingin ingatkan diriku dan sahabat-sahabatku yang perjuangan ini bukan untuk hari ini atau hari esok... perjuangan hari ini adalah untuk masa depan yang terjamin... bukan saja untuk aku secara individu atau keluargaku sahaja... tapi demi bumi yang aku cintai ini.... Hmm.. Melayu...

Saturday, September 6, 2008

Alhamdulillah....




Alhamdulillah... hari ini sehari lagi aku berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubaraq ini.... Sedikit rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga aku cuba ceriakan ketika berbuka dengan gurauan dan senda... aku juga membantu membasuh & mengemas... sesuatu yang amat jarang aku lakukan... semuanya kerana aku mahukan perubahan yang lebih baik untuk aku dan orang-orang di sekeliling aku...
aku juga bersyukur dengan komen dari sahabat-sahabat yang melawat blog aku ini... komen-komen anda aku terima dengan penuh rasa gembira.. blog aku juga telah tampil dengan font baru.. supaya lebih 'relax' mata memandang...
aku menulis untuk aku dan sahabat-sahabat... agar bercambah minda kita... supaya kita tidak terkongkong dengan pemikiran terdahulu terutamanya pemikiran era 70-an yang aku kira agak keterlaluan kesan dari peristiwa 13 mei 1969... kerana perlu sedar disini, kita adalah generasi pasca 70an yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang menganjurkan perpaduan, bukan kebencian... sama sekali bukan perpecahan....
jadi haruslah perubahan itu bermula dari diri... yang penting sekali perubahan dari segi bagaimana melihat sesuatu perkara... bagaimana pengorbanan dilihat bukan dari saja dari atas kertas sahaja.. malah perlu lebih jauh lagi.. iaitu penerimaan dan memahamkan...
aku amat mengalu-alukan pandangan yang berbeza malah mungkin mencabar pandanganku... bukan untuk menbuktikan aku ini benar tetapi untuk bersama-sama membentangkan hujah yang akan membuka satu lagi perspektif baru dalam fikiranku ini...
lama sudah aku tidak turun ke dunia nyata... bersama-sama melayu di luar lingkup hidupku... mereka yang menghuni lorong-lorong.. yang menggadaikan nyawanya di jalanraya... mereka yang tercelaru jantinanya... yang menaiki bas,LRT dan Komuter....
InsyaAllah... aku akan bersama-sama bangsaku... bukan sekadar dalam ruang selesaku dan mengkritik dari jauh... tapi mendapat pemikiran mereka... bantuan sahabat-sahabat dan kawan-kawan amat aku perlukan dan hargai....
Semoga Kita Sentiasa Berada Dalam Limpahan Kemanisan IMAN Hendaknya..... InsyaAllah....
Hmm... Melayu...

Wednesday, September 3, 2008

Tuankah Melayu...

UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM
KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang.
‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.
Maruah
‘‘UMNO tidak anggap warga Malaysia bukan Melayu iaitu Cina, India dan lain-lain menumpang di negara ini, sebaliknya mereka warganegara yang mempunyai hak sepenuhnya dan akan menjaga kepentingan serta maruah mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eeastar keluaran Chery yang dipasang di Malaysia hari ini.
Tegas Najib, kenyataan itu amat dikesali oleh UMNO dan kerajaan serta sesuatu ucapan yang tidak diperlukan.
‘‘UMNO memohon maaf walaupun kenyataan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian dan menegaskan kenyataan itu tidak melambangkan pendirian parti ataupun kepimpinan keseluruhannya,’’ katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lepas memberitahu, Ahmad mungkin tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan.
Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pemimpin MCA, Datuk Dr. Fong Chan Onn pula mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

http://www.utusan.com.my/

walau apa pun cerita sebenar disebalik kes ini.. mungkin disalah ertikan, mungkin dimanipulasikan... jelas ianya menimbulkan keresahan dalam masa yang sangat meresahkan ini...

tapi memang itu lah cara pemikiran orang melayu yang kononnya pejuang... yang rasa dirinya serba tahu... konon dirinya membawa perjuangan orang melayu... rupa-rupanya tukang sorak... pemahaman yang dikongsi oleh ramai orang... samada yang menyokong atau menentang...

mentaliti 70an, kurang pemahaman tentang hak istimewa orang melayu serta maksud ketuanan melayu itu sendiri menyebabkan tukang sorak yang agak pandai bercakap ini menjajakan omongan bodoh yang akhirnya menjerat diri sendiri.... merosakkan perpaduan...

kepada mereka yang masih BODOH dalam perkara ini, izinkan aku berkongsi serba sedikit ape yang aku kutip dari pengalaman aku selama 26 tahun hidup di bumi Allah ini...

aku mulakan dengan kata-kata Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama... "semasa kemerdekaan, kita bermula di garis mula yang berlainan"... ini merujuk pada ekonomi, pendidikan, sosial dan jumlah dalam pentadbiran...

secara ekonominya ketika kemerdekaan orang melayu memiliki 8.2 % pegangan ekuiti negara.. itupun dimonopoli oleh autokrat-autokrat melayu... para bangsawan dan raja-raja melayu... manakala, selebihnya dikuasai oleh bangsa cina...

dari segi pendidikan, amat jauh sekali... melayu hanya dibenarkan untuk membina sekolah-sekolah pondok yang menjurus kepada keagamaan.. mengasingkan melayu dari arus pendidikan perdana yang membolehkan mereka memegang jawatan-jawatan penting... sesuatu yang telah diamalkan selama ratusan tahun... sebagai contoh " Beri pendidikan kepada melayu supaya dia lebih pandai sedikit dari bapanya. jika bapanya seorang petani, jadikan dia seorang petani yang lebih baik dari bapanya"... ini berbeza dengan sekolah cina yang memberikan pendidikan yang jauh lebih baik dan di isi dengan ilmu-ilmu moden supaya mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka agar jadi lebih baik... sekolah-sekolah mubaligh kristian yang sampai hari ini tersergam indah...

dari segi sosialnya melayu memang jauh terpinggir... dasar pecah dan perintah yang di amalkan british menghalang dari melayu untuk bersatu dan berinteraksi dengan bangsa lain dalam skop yang lebih besar...

sudah tentu apabila tiada pendidikan, apalah jawatan kerajaan yang boleh di sandang oleh orang melayu.. berbanding dengan orang cina yang banyak memegang jawatan dalam pentadbiran... jawatan yang layak di isi oleh orang melayu ialah peon, budak pejabat dan pemandu... seperti yang sering di tayangkan dalam drama-drama dan filem hari ini...

jadi ketika Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Laporan Suruhanjaya Reid di gubal, perkara-perkara ini di ambil kira bagi mengimbangi ketidak seimbangan ini... dan ini di panggil Hak Istimewa Orang Melayu yang menggariskan beberapa perkara utama :

1. Tugas Yang Di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa orang melayu dan bumiputera.
2. Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk merizabkan quota unutk orang melayu & Bumiputera bagi:

  • penjawatan dalam kerajaan
  • biasiswa & pendidikan
  • tender-tender kerajaan dan permit

3. Apa-apa yang terkandung dalam Perkara ni tidak boleh digunakan untuk menghalang perniagaan dan perdagangan bangsa lain.

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Article_153_of_the_Constitution_of_Malaysia

jelas disini kita dapat lihat bahawa ini bukan meletakkan melayu itu lebih baik atau lebih agung dari bangsa lain... sekadar untuk memastikan tiada ketidak seimbangan dalam negara yang berbilang kaum ini... jadi tiada istilah menekan kaum lain kerana dalam perkara 153 sendiri di gubal dengan kawalan..

adakah masih relevan dalam senario hari ini? yang rakyatnya boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa kekangan kaum, yang tiada pergaduhan atau perpecahan lagi.. yang kita boleh lihat melayu kini boleh memandu kereta yang sama hebat dengan bangsa lain...

Mari kita lihat Fakta hari ini :

rakyat Malaysia = 26 juta orang

Melayu = 16 juta orang (55%)

pegangan ekuiti (perniagaan/aset/hartanah/saham etc) = 18.2%

selebihnya bukan melayu

ekuiti hartanah cina (bangunan/rumah/tanah etc) = 70%

jelas di sini boleh lihat bahawa perbezaan dari segi pegangan ekuiti dari segi hartanah mahupun apa saja kekayaan hasil Malaysia tercinta ini masih lagi tidak seimbang dan masih lagi tidak relevan untuk memberi peluang samarata kerana sama rata itu tidak semestinya adil...

timbul pula persoalan tentang KETUANAN MELAYU.... sering kita dimomokkan dengan kata-kata melayu itu TUAN di bumi tercinta ini.. Kerana Melayu itu orang asal dan Bangsa Bukan Melayu hanyalah pendatang & tidak layak diberi layanan sama rata...

malah wikipedia.org juga mentakrif lebih kurang seperti maksud yang aku katakan tadi..

"Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance[1]) is a belief that the Malay people are the tuan (masters) of Malaysia. The Malaysian Chinese and Indian-Malaysians who form a significant minority in Malaysia, are considered beholden to the Malays for granting them citizenship in return for special privileges as set out in Article 153 of the Constitution of Malaysia"

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu

Inikah KETUANAN MELAYU?

inikah pengertian KETUANAN MELAYU yang sebenar? meletakkan melayu itu melebihi bangsa lain.. bangsa yang agung dari bangsa-bangsa yang dikatakan pendatang... hanya kerana memberikan kerakyatan kepada bukan melayu? adakah ini definisi Ketuanan yang jelas tidak selaras dengan Islam? definisi yang di pegang oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada di peringkat pemimpin atau yang di pimpin... tak kira mereka yang menyokong atau menentang...

walaupun majoriti rakyat Malaysia berfikiran demikian, tidak bermakna ini adalah maksud sebenar...

Tuan bemaksud orang yang menguasai... kalau aku berkuasa terhadap seseorang maka aku lah tuan bagi orang itu.. sama seperti seorang raja menguasai negerinya, maka RAJA itu adalah TUAN bagi negerinya itu..

aku memecahkan negara kita kepada 4 elemen untuk memudahkan pemahaman:

  • POLITIK
  • EKONOMI
  • PENDIDIKAN
  • SOSIAL

kalau sesuatu bangsa itu ingin berjaya maka perlulah ia menguasai ke semua elemen tersebut... namun jika tidak ia akan kebelakang dan terpisah dari arus pembangunan negara kerana tidak mampu bersaing..

perjuangan KETUANAN MELAYU adalah perjuangan untuk menguasai elemen-elemen ini... jadi ketuanan disini adalah penguasaan orang melayu pada kelemahannya, BUKAN pada bangsa-bangsa lain...

tapi atas kebodohan dan kedangkalan orang melayu sendiri dan hanyutnya mereka dalam khayalan ingin menjadi Tuan.. umpama tidak berpijak dibumi yang nyata... menyebabkan melayu akan hilang penguasaan dari segi POLITIK pula...

ingatlah semua, tiada bangsa yang lebih hebat dari bangsa lain di Malaysia ini... tiada bangsa yang Tuan kepada bangsa lain kerana kita ini adalah RAKYAT RAJA... Subject of The King... sebelum merdeka dan selepas merdeka.... sedarlah.... Hmm.. Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..