SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, November 4, 2010

Wayang Kulit Wok Yoh, Samad dan Said DUN GALAS



Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berakhir malam tadi dan hari ini seramai 11,553 pengundi akan keluar mengundi bagi menentukan siapa yang bakal mereka pilih sebagai wakil rakyat baru kawasan itu.
Pilihan raya itu menyaksikan pertarungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff dengan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamed.
Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Chek Hashim Sulaima daripada Pas pada 27 September lalu kerana barah usus..

pada masa yang sama DUN Batu Sapi juga akan mengadakan Pilihan Raya Kecil DUN yang menyaksikan pertembungan 3 penjuru.

Fatwa demi fatwa di keluarkan demi menghalalkan apa yang mereka katakan perjuangan Islam... bila orang lain bekerjasama dengan bukan islam dikatakan tak islamik.. bila mereka pula melakukan perkara yang sama.. maka tindakan mereka itu mereka panggil sebagai menepati ajaran Islam sebenar...

pabila orang lain menyerahkan bantuan dan mengumumkan peningkatan tarah hidup dikatakan rasuah ataupun gula-gula pilihanraya.. tapi bila mereka memberikan wang kepada pengundi, maka di selindungkan dengan nama wang zakat.

yang lebih biasa kita dengar sebelum pilihanraya adalah mengenai pengundi hantu.. dan terus dicanang jika kalah... tapi jikalau mereka menang, maka dikatakan rakyat telah memilih dengan tepat.. hilanglah pengundi hantunya.. hilanglah penipuan kertas undinya... 

Maha lebih pelik lagi, ianya di ulang-ulang setiap kali pilihanraya dan yang jauh lebih peliknya, Si Dangkal di kedai kopi terus dan terus percaya... 

wujud pula si penyokongnya tukang canang tadi.. rupanya dia tak dapat apa-apa dari parti, atau ada perselisihan faham dengan si polan dan si polan ni... maka sebab tak puas hati dengan individu maka jadilah dia seorang penentang.. bukan pejuang... 

sandiwara wayang kulit seperti ini yang tak jemu-jemu di ulang tayang... 

kadang-kadang aku pun dah bosan dengan mereka.. bukan mereka yang memainkan sandiwara.. tapi mereka yang tanpa henti-henti menjadi mereka yang percaya dan terus menjadi penyampai percuma umpama gema.. 

bosan melihat melayu begini.. dah sudah tentu mereka yang bersandiwara mendapat laba dari orang-orang besar mereka.. tapi mereka yang menjadi tukang ulang suara sekadar mendapat laba dosa dengan menyampaikan fitnah,adu domba dan hasutan tak bertepi...

biarlah.. semoga dengan usaha aku mencatatkan di sini dapat menyedarkan dan mengubah generasi akan datang..


hmm.. melayu..




AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..