SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, October 29, 2009

EGM PAS... Cubaan Menutup Kes Husam Musa?




seperti mana yang aku jangka, EGM yang di cadangkan oleh Nik Aziz tidak berlaku... mana mungkin akan berlaku kerana bukan kuasa Musyidul Am untuk memanggil EGM.. Dan puak-puak bertelagah dalam PAS sudah tentu tidak mahu akar umbi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindak-tanduk PAS yang dilihat menjadi pak turut bagi DAP dan PKR...

jadi mengapa tiba-tiba Nik Aziz menyuarakan pendapat sebegitu... mengapa Nasaruddin, Mustafa Ali dan Hassan Ali disebut dalam sebagai orang yang hendak dibersihkan? artikel penuh, klik sini..

kenapa baru sekarang... seperti mana ramai sahabat dan rakan-rakan sedia maklum.. perkara seperti ini sering di mainkan oleh PAS bagi memesongkan pandangan umum tentang perkara lain yang boleh menjahanamkan PAS lebih teruk lagi...

soalannya.. apa yang cuba di sorok oleh PAS?

aku pun memerhati, membaca laman-laman blog.. dan membuat beberapa panggilan telefon..

setelah beberapa hari mencuba, berjaya mendapat maklumat dari seorang sahabat...
dia meminta aku membaca blog tulisan Mohd Sayuti Omar(MSO).. bekas wartawan akhbar WATAN dan beliau adalah antara orang yang mempelopori perang cyber menentang Tun M dalam tahun 1998/99 ketika reformasi Anwar Ibrahim.. kira-kiranya beliau adalah Godfather kepada Blogger-blogger dan laman web politik Malaysia...



selepas membaca tulisan MSO, aku meminta supaya sahabat aku itu menerangkan lebih lanjut lagi tentang isu tersebut...


sahabat aku menyatakan bahawa Exco PAS tersebut Ialah Husam Musa.. Naib Presiden PAS dan Exco Kerajaan Kelantan telah menumbuk seorang tetamu majlis hari raya PAS pusat di Taman Melewar..

kenapa?

sebelum itu perlu dikenali siapa yang ditumbuknya... lelaki itu adalah bekas pegawai BPR (kini SPRM) yang pernah menyiasat dakwaan kes rasuah balak yang melibatkan Husam Musa.. namun, oleh kerana kekurang bukti maka kes ini digugurkan...

lelaki itu kemudiannya terlibat dalam satu kes rasuah yang melibatkan dirinya serta meletak jawatan dan kini menetap di ibu kota...

beliau kemudiannya menghadiri majlis jamuan hari raya PAS Pusat dan kisah seterusnya boleh dibaca dalam tautan blog diatas...

cadangan dari Nik Aziz itu secara kebetulan atau memang percaturan?

kenapa setelah beberapa lama isu kerajaan perpaduan senyap tiba-tiba Nik Aziz melenting?

kenapa hanya Nasaruddin, Mustafa Ali dan Hassan Ali sahaja yang disebut oleh Nik Aziz sedangkan Husam Musa dibiarkan senyap?

bukan aku sahaja yang berfikiran begitu, malah MSO sendiri ada menyatakan dalam laman blognya..

"Ada yang beranggapan isu EGM ini dicipta khas oleh seseorang bagi mengambus isu dalam Pas iaini berkaitan dengan kejadian seorang Exco Pas yang menumbuk tetamu rumah terbuka Pas beberapa hari lalu."


mana mungkin PAS sebegitu telus.. mana mungkin Kem-kem dalam PAS akan membenarkan akar umbi bersuara dan membuka pekung mereka... maka perkara ini umpama "killing 2 birds with 1 stone"... mengalihkan perhatian umum dari insiden Husam Musa dan menghentikan desas desus dengan mencanangkan perpaduan atas sandiwara Nik Aziz dan pucuk pimpinan PAS Pusat...

aku lihat PAS sudah terdesak.. terjerat dalam permainan mereka sendiri.. menjadi tuggangan DAP dan PKR dan ini menimbulkan rasa tak senang ahli PAS sendiri..

Blogger-blogger mereka sudah tak dapat dikawal.. mengutuk dan memberi komen yang menghentam kemelut yang berlaku dalam PAS hari ini... tapi tetap juga disalahkan orang lain dalam perkara ini...

Harakahdaily menyalahkan cyber trooper UMNO yang kononnya menyamar sebagai blogger PAS bagi menidakkan apa yang berlaku dalam parti mereka.. klik sini..

sesiapa yang melihat haraplah dapat menilai.. kerana tanpa penilaian yang matang sudah tentu diperbodohkan lagi oleh mereka ini...

hmm.. melayu...

Monday, October 26, 2009

Part 2: Siapakah Melayu?


1.3. Melayu Selepas Tanah Melayu Merdeka

Istilah “Melayu” sejak Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula), yang bertukar namanya kepada Persekutuan Tanah Melayu (PTM) apabila Merdeka 1957 dan menjadi Semenanjung Malaysia dengan penubuhan Malaysia 1963, ialah suatu bangsa yang hanya berada di Semenanjung Malaysia sahaja. Istilah Bumiputra (ringkasnya di sini BP, walaupun sepatutnya Bumiputera) dan Pribumi (ringkasnya di sini PB, walaupun sepatutnya Peribumi) dicipta bagi tujuan pengukuhan takrif Melayu yang baru itu. Perkataan BP tidak perlu dicipta kerana perkataan pribumi sudah ada sebelum itu (di Indonesia) tetapi kerana swa-bangga atau jahil agaknya, perkataan BP diciptakan juga pada 1957 dahulu khusus untuk kumpulan “Melayu Semenanjung Tanah Melayu yang bukan Islam”, iaitu “Orang Asli Semenanjung Tanah Melayu” dan “Orang dari Alam Melayu yang bukan Islam”. Kemudian apabila Malaysia diwujudkan BP sudah menjadi dirasai sinonim dengan “Orang Asli Semenanjung Malaysia” dan tidak sesuai dipakai di Sabah dan Sarawak pula. Gantinya, natif kedua-dua negara itu diistilahkan sebagai Peribumi atau Pribumi.

Sejak 1970-an, terutamanya dari kalangan orang bukan Melayu di Malaysia (yang lebih gemar/selesa berbahasa Inggeris daripada bahasa Melayu atau bahasa ibundanya) sering memendekkannya Bumiputera kepada “Bumi” sahaja. Perkataan “Bumi” ini sebenarnya tidak begitu disenangi oleh ramai orang Melayu kerana kependekan itu seolah-olah rendah tarafnya (menghina) yang mungkin tidak disedari sepenuhnya oleh mereka yang terutamanya biasa dengan bahasa Inggeris: Bumi dan Non-Bumi. Perkara yang agak sama statusnya berlaku untuk istilah “bahasa Melayu” yang sering dipendekkan oleh kumpulan yang sama sebagai “bahasa” sahaja. (cth. “we speak bahasa”).

Sejak wujudnya Amanah Saham Nasional 1982, yang ditujukan kepada Bumiputera dan Peribumi sahaja tetapi kemudiannya beberapa suku kaum bukan Melayu, bukan Orang Asli atau bukan natif Sabah atau Sabah “mendesak” kerajaan untuk turut diizinkan menikmati sekim pelaburan itu, maka dengan “semangat BN” kerajaan telah memperluaskan makna Bumiputera kepada suku kaum Cina Baba, Siam dari keturunan semasa Kelantan-Kedah-Perlis di bawah Siam dahulu lagi, Portugis keturunan zaman Kesultanan Melaka dahulu (yang tidak rasminya dinamai bangsa Gerago), dan Gurkha bekas tentera Inggeris dahulu. Ini bolehlah distilahkan sebagai “Bumiputera politik”. Kini, dengan kuasa media massa, ahli- ahli politik dari Semenanjung, istilah “Peribumi” kini sudah hampir sinonim dengan “Bumiputera” tetapi dengan kemenangan, kepopularan berpihak kepada “Bumiputera” .

Bagaimana sempit dan lemahnya takrif “Melayu” sejak 1957 dapat dilihat daripada pernyataan Perlembagaan PTM dan kemudiannya Malaysia tentang “Melayu” dan takrif-takrif lain yang berhubung dengannya seperti di bawah ini:

(M1) Mengikut Perlembagaan PTM dan kemudiannya Malaysia, “Melayu ertinya seorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, patuh kepada adat Melayu, dan (a) telah diperanakkan di Persekutuan atau Singapura sebelum merdeka atau salah seorang daripada ibu bapanya diperanakan di Persekutuan atau Singapura dan pada hari itu bermastautin di Persekutuan atau Singapura, atau (b) keturunan orang sedemikian”. (Bahagian 12 Perkara 160 Perlembagaan Malaysia). “Melayu” ini sering dirujuk sebagai “Melayu Berperlembagaan”. Struktur mantik perlembagaan ini amat lemah kerana mentakrifkan “Melayu” dalam sebutan “Melayu”.

(M2) Mengikut Perlembagaan Singapura, orang Melayu ialah “… mereka yang datuk neneknya telah berpindah ke mari dari daerah-daerah di alam Melayu; termasuk orang peranakan Melayu (yang salah seorang ibu bapanya orang Melayu) dan beragama Islam”. Namun menurut pandangan pemerintah Singapura pula, orang Melayu yang berhak menerima bantuan dan kemudahan pemerintah atas nama “Melayu” ialah “mereka yang pada kad pengenalannya bertulis “Malay” (Melayu) – menunjukkan bangsa pemilik kad itu “orang Melayu”. Bagi mereka yang pada kad pengenalannya bertulis “Javanese”, “Boyanese”, “Bugis” pada lajur “bangsa” tidaklah dianggap sebagai “Melayu” dan tidak mendapat hak sebagai “Melayu””. (Muhammad Ariff 1991: 35). Kelemahan takrif ini ialah ketiadaan peranan bahasa dan kebudayaan dalam takrif “Melayu” itu di samping pelaksanaannya bertentangan dengan takrif “Melayu” dalam perlembagaan itu, dan struktur ayat dalam takrif “Melayu” itu pun masih menghadapi masalah mantik yang sama seperti dalam (M1) itu.

(M3) Peribumi Sabah atau Peribumi Sarawak ialah orang yang ibu atau bapanya Peribumi negeri tersebut, tetapi mengikut banci Sabah suku kaum yang menjuzuki Peribumi ini berubah-ubah seperti berikut (Kitingan & Ongkili 1989: 405-450).

Dalam banci atau sensus (mengenangkan banci = pondan bagi Melayu Indonesia) penduduk Sabah 1960 (sebelum menjadi sebuah negeri di Malaysia) disenaraikan 11 kumpulan etnik peribuminya. Keanehan kumpulan etnik peribumi Sabah ketika banci itu luar biasa sekali kerana orang yang mengaku dirinya berasal dari Indonesia, Philippina (Filipina), Malaya, Sarawak, dan Pulau Kelapa/Cocos umpamanya tidak dikelaskan sebagai Pribumi, malah disamakan dengan dari India dan Sri Lanka sahaja. Ini hasil rekayasa sosial Inggeris! Dalam banci itu tiada suku kaum yang dinamai/dikelaskan sebagai “Melayu”. Pulau Kelapa itu terletak di Lautan India lebih daripada 1 ribu Km ke Barat Australia, sebuah pulau yang diletak di bawah perlindungan kerajaan Australia sejak selepas Perang Dunia II 1945, dan penduduknya 100% Melayu yang bekerja menjadi kuli ladang kelapa milik seorang Inggeris yang menjadi Raja mereka sejak abad ke-18. Kehamba-abdiannya diketahui dunia pada tahun 1980-an dan sejak itu orang-orang Melayu itu “diselamatkan” dan hampir semuanya berhijrah/dihijrahkan ke Perth, Australia, walaupun dari masa ke masa sebelum itu memang ada yang berhijrah balik ke Indonesia atau Malaysia. Tokoh politik Malaysia terkenal yang pernah menjadi Timbalan Menteri Malaysia yang asalnya dari Pulau Kelapa ialah Railey Jaffery dari Sabah. Banci Sabah 1970 baru ada kategori “Melayu”. “Melayu Sabah” dalam banci 1970 itu tidak sahaja dibezakan dengan Peribumi lain (yang besarnya: Kedazan, Murut dan Bajau) tetapi juga dibezakan dengan Indonesia, Orang Asli Sarawak, Orang Asli Philippina/Filipina, dan Orang Pulau Kelapa/Cocos (yang disamakan kategorinya dengan kumpulan orang India, Asia, Serani (campuran Asia dan Eropah, atau ringkasnya Eurasia), Eropah dan lain-lain (semua dikelaskan sebagai “Lain-Lain”). Dalam banci sabah 1980, senarai kaum Peribumi Sabah berubah lagi (ke arah yang lebih tepat): Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Melayu, Indonesia, Natif lain (Lotud, Rangus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Idahan, Minokok, Rumanau, Mangka’ak, Sulu, Orang Sungai, Brunei, Kadayan, Bisaya, Tidong, Asli Cina (campuran China dgn natif Sabah), Orang Asli Sarawak, Orang Pulau Kelapa/Cocos, Orang Asli Philippina, Lain-Lain).

Berkenaan Peribumi Sarawak pula, mengikut makalah James Ritchie (1993), Sarawak ada lebih daripada 20 suku kaum Pribumi-nya (termasuk “Melayu”) yang menjuzuki hampir 70% daripada penduduk Sarawak. Peribumi yang besar-besar ialah Iban (Dayak Laut), Melayu Sarawak, Bidayuh (Dayak Darat), Melanau, Orang Ulu (termasuk Orang Bukit, Lun Bawang atau Murut; ada 20 sub-kaum-nya), dan Kelabit. “Melayu Sarawak” ada sekitar 20% ramainya, dan diam di pesisir pantai. Mereka in sebenarnya berketurunan Brunei, Kacukan Arab (Sayid dan Shariff), Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu (Seru, Beliun, Siteng, Narom, Segan, Preban, Miri, dan Dale) dan Cina. Kelemahan ketaranya takrif “Melayu” di Sabah dan Sarawak sama seperti lemahnya takrif “Melayu Berperlembagaan” dan “Melayu” di Singapura segi struktur mantiknya dan yang lebih teruk lagi tidak memberi hasil “Melayu” yang sama. Namun sejak kemasukan UMNO (parti “Melayu Semenanjung”) ke Sabah, konsep Melayu yang menonjolkan rumpun Melayu yang berasaskan etnografi itu (lihat M4 di bawah) nampaknya dipakai dan ini dijangka akhirnya akan mengatasi takrif-takrif “Melayu” yang lain seperti dalam perlembagaan, amalan pemerintah, dalam banci dan sebagainya itu. Ini boleh dianggap satu perkembangan yang positif.

Satu lagi cara ke arah perkembangan positif kepada kesedaran wujudnya “rumpun Melayu” ialah dengan membahagikan Melayu, Bumiputera dan Peribumi Malaysia kepada Melayu-Islam dan Melayu-bukan-Islam sahaja dalam banci dan laporan-laporan rasmi seperti yang telah dilakukan oleh Bala (2005). Mengikut Bala ini, Melayu-Islam di Sabah umpamanya ialah suku kaum Sabah yang sekarang diistilahkan Melayu itu (yang perlu dihapuskan), Bajau, Banjar, Bisaya, Brunei, Bugis, Cocos, Idahan, Illanum, Kadayan, Orang Sungai, Suluk, dan Tidong; manakala Melayu-bukan-Islam Sabah ialah Dumpas, Kadazan(-Dusun?), Kwijau, Lotud, Mangka’ak, Maragang, Minokok, Murut, Paitan, Pusum, Rumanau, Sino-Filipina, dan Tambanuo. Melayu-Islam Sarawak pula ialah Kedayan, “Melayu” sekarang (perlu dihapuskan), Bisaya (segelintir), Kedayan, Melanau (segelintir); manakala Melayu-bukan-Islam ialah Bidayuh, Bisayas, Bukitan, Dusun, Iban, Kayan, Kejaman, Kelabit, Kenyah, Lahanan, Lekit, Lisua, Lugau, Lun Bawang, Murut, Penan, Punan, Sian, Tagal, Tanjong-Kanawit, dan Tabun. Senarai ini tentunya perlu dikemas-kini dari masa ke masa. Dalam hal takrif Melayu di Malaysia ini Semananjung Malaysia (SM) sendiri boleh menjadi model yang terbaik kerana Melayu di SM hampir semuanya berketurunan (ramai hanya generasi kedua sahaja) datang dari suku kaum Indonesia (terutamanya Jawa, Bugis, Minangkabau, Batak, Brunei, Acih, dan Banjar), Patani, Campa, dan Orang Asli, campuran Arab-“Melayu” (melahirkan Syaikh dan Syarifah), India-Melayu (Mamak), dan sebagainya. Ramailah orang Melayu SM itu yang dalam surat beranak masing-masing tercatat: bapa dan emaknya “Jawa” tetapi dia sendiri tercatat “Melayu”!

(M4) “Melayu” mengikut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1995: 1503) ialah “Sebagai nama khas, kelompok suku bangsa ini mendiami wilayah-wilayah Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, selatan Thailand, pesisir timur Pulau Sumatera, pesisir Pulau Borneo dan wilayah-wilayah lain di Kepulauan Melayu (Nusantara) serta kawasan penghijrahan mereka seluruh dunia. Mereka adalah penutur teras bahasa Melayu. Sebagai kelompok am, bangsa Melayu terdiri daripada suku bangsa yang juga menjadi penutur bahasa Melayu dan bahasa-bahasa rumpun Melayu. Mereka terdiri daripada semua suku bangsa di seluruh Alam Melayu – dari Filipina hingga ke Irian, Sumatera dan Kemboja. Dalam pengertian yang lebih luas, Melayu merangkumi semua penutur bahasa Melayu dalam kelompok bahasa Melayu-Polinesia”.

Jelas para peguam, dan ahli politiklah yang bertanggungjawab mewarnai makna Melayu yang sempit, tidak mantik dan tidak tekal dengan kefahaman ilmuwan, walaupun “ilmuwan ikhtisas” (=”ilmuwan upahan”) juga ada sedikit sumbangan negatifnya. Umpamanya, takrif Melayu mengikut ensiklopedia itu juga nampaknya masih meninggalkan atau tertinggal memasukkan/menyatakan Vietnam dan Kemboja (amat penting), Madagaskar dan Taiwan sebagai sebahagian daripada Alam Melayu (walaupun sudah terdampar atau hancur luluh). Hal sempitnya persepsi orang Malaysia terhadap makna “Melayu” kerana terindoktrinasi dengan “Melayu Berperlembagaan” itu semakin mengakar kejap kerana adanya semacam dasar pendidikan sejarah PTM, dan Malaysia kemudiannya, bahawa “tamadun Melayu” yang patut diketengahkan sebagai kurikulum sekolah dan seterusnya menjadi asas pembinaan negara-bangsa, nasionalisme atau patriotisme Melayu, PTM dan Malaysia hanya bermula dari zaman Kesultanan Melaka (mulai sekitar 1400M) sahaja. Ini sering pula diperkukuhkan lagi oleh pandangan dan sikap berlebih-lebih beberapa orang sarjana Melayu (PTM atau Malaysia kemudiannya) terutamanya menerusi sejarawannya yang terkenal, Zainal ‘Abidin Wahid, dan sarjana falsafah Islam dan kesusasteraan Melayu yang mungkin lebih terkenal lagi, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, yang kedua-duanya cukup berpengaruh itu. Tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan mereka ini memberi implikasi yang tegas dan meyakinkan ramai pihak (kerana tiadanya maklumat alternatif) bahawa “tamadun Melayu” yang perlu dibanggakan hanya wujud sejak Melayu menjadi Islam sahaja, iaitu bagi Malaysia ini sejak Kesultanan Melaka sahaja dan sekaligus mewajarkan tepatnya takrif “Melayu Berperlembagaan” itu. Landasan pendidikan sebegini memang telah berjaya menjadikan herotnya persepsi rakyat Malaysia, khususnya Melayu Malaysia, terhadap “tamadun Melayu”. Pertamanya, mereka berpersepsi barunya “tamadun Melayu” ini (sekitar 600 tahun sahaja) dan oleh itu tidak hairanlah jika mereka berpendirian tiadalah berbaloinya (selain daripada untuk lulus peperiksaan awam) mengetahui “tamadun Melayu” ini berbanding dengan tamadun-tamadun lain terutamanya tamadun Barat yang dipersepsinya jauh lebih lama daripada “tamadun Melayu”. Keduanya, dengan barunya usia “tamadun Melayu” itu, maka tidak hairanlah mereka pun perpersepsi mundurnya Melayu ini sejak mula asalnya lagi dan munasabahlah tiadanya warisan ilmu dari “tamadun Melayu” sebelum abad ke-15M yang patut diketahui apatah lagi dibanggakan. Tidak hairanlah juga patriotisme di kalangan rakyat Malaysia tidak kental dan dikatakan semakin luntur itu! Imbauan kehebatan Barat dalam segala aspek kehidupan dan sejarah tamadunnya yang akhir-akhir ini secara tidak langsungnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri, semakin menjadikan tamadun Melayu tertimbus atau terdampar sahaja! Oleh itu, dalam usaha memperbaiki sedikit keadaan ini, secebis riwayat tamadun rumpun Melayu yang lebih menghayati sejarahnya yang sebenar dipaparkan terlebih dahulu. Pengetahuan sejarah ini juga perlu bagi memahami ilmu rumpun Melayu, khsususnya ilmu kepemimpinan dan kepengurusan mereka yang dipaparkan di sini kerana ilmu itu ditonjolkan di sini dengan tekalnya wujud berabad-abad lamanya sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu ini lagi.

1.4. Asal-Usul nama Gugusan Pepulau Melayu

Barat Inggeris pula, sekurang-kurangnya sejak pertengahan abad ke-19M, menerusi George Earl dan Alfred Wallace membicarakan nama yang lebih sesuai untuk kawasan yang didiami oleh “rumpun Melayu” yang ketika itu digelar dengan berbagai-bagai nama oleh bangsa Eropah, sebahagiannya dinyatakan kemudian. Pada 1845 George Earl membentang sebuah makalahnya (kertas kerja) di Royal Geographical Society, UK, dan kemudiannya dijadikan bahan di dalam sebuah risalah berjudul “On the Physical Geography of South-Eastern Asia and Australia” bertarikh 1855 yang merujuk kepada isu ini. Beliau mentakrifkan Gugusan Pepulau Melayu (Malay Archipelago) itu “termasuk Semenanjung Melayu (pada masa itu termasuk selatan Thailand), sehingga jauh sampai Tenasserim dan Pepulau Nikobar di barat, Philippina di utara, dan Pepulau Solomon, melampaui New Guinea di Timur”. Alfred Wallace 1863, “On physical geography of the Malay Archipelego”, dalam J. Royal Geographical Soc. XXXIII: 217-234, merakamkan situasi pada zamannya bahawa nama sebahagian besar rantau Tenggara Asia ini sebagai Gugusan Pepulau Melayu (Kepulauan Melayu) atau The Malay Archipelago telah meluas pemakaiannya, walaupun nama-nama lain masih dipakai oleh pelbagai pihak penulis Eropah, khususnya yang berbahasa Inggeris pada zamannya, seperti Indian Archipelago, Asiatic Archipelago, Eastern Archipelago dan East Indies yang semuanya tidak disenangi oleh beliau kerana tidak tepat, dan mengelirukan di samping tidak cukup luas. Beliau berkata nama-nama itu lebih baik diganti dengan Indo-Australian Archipelago (Gugusan Pepulau Hindia-Australia). Namun ternyata beliau pun tidak memakai syor beliau itu apabila beliau menulis judul bukunya yang kemudiannya menjadi cukup terkenal dan laris itu, terbitan pertamanya 1869 sebagai, “The Malay Archipelago. The Land of Orang-Utan and the Bird of Paradise: A Narrative of Travel, with Studies of Man and Nature” dan diulang sunting puluhan kali dan diulang cetak sedemikian juga hingga ada cetakan 2004 dan 2005 pun; contohnya terbitan Graham Brush, Singapura 2004) (Buku ini disorot oleh Mat Rofa 2006). Tidak syak lagi buku beliau inilah yang memantapkan istilah The Malay Archipelago (Gugusan Pepulau Melayu atau Kepulauan Melayu) itu bagi menggantikan istilah yang lain itu. Wallace mentakrif Gugusan Kepulauan Melayu itu sebagai “rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga” yang “meliputi rantau dari Pepulau Nikobar di barat laut, ke St Christoval sebuah daripada Pepulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti, dekat Pulau Timor, di Selatan”. Beliau juga mencirikan Gugusan Pepulau Melayu itu sebagai “rantau di antara Asia Tenggara dengan Australia, dan memisah lautan Hindia dengan Lautan Pasifik”.

1.5. Asal-Usul Malaysia, Indonesia dan Nusantara

Pemahaman rakyat terhadap asal-usul perkataan “Malaysia” itu sendiri juga semakin tersasar kerana sejak mula penubuhannya lagi tiada penjelasan yang baik dilakukan oleh pihak berwajib atau yang berwibawa sehingga ada yang mempermain-mainkan perkataan itu di samping sengoti-nya (serius-nya) pemaparan penentang penubuhan Malaysia dahulu yang berhujah “Malaysia itu kolonialisme baru”, dan yang terbukti parah kesannya hingga menjadi konfrontasi dengan Philippina (Filipina) dan Indonesia pada awal penubuhan Malaysia dahulu. Baru-baru ini pula makna “Malaysia” semakin tersasar lagi apabila Lee Kuan Yew (Bapa bersama Malaysia dan Perdana Menteri Singapura pertama itu) menegaskan dalam sebuah program TV di saluran Discovery berjudul “Singapore: A Nation By Accident” pada awal tahun 2006 ini bahawa perkataan “Malaysia” itu ringkasan daripada Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. “Fakta baru” ini ditambah dengan “fakta lumrah” bahawa perkataan “Malaysia” itu “ciptaan bijak” Perdana Menteri PTM (dan kemudiannya Malaysia) yang pertama, Tengku Abdul Rahman Putra, sungguh mengelirukan kerana perkataan “Malaysia” telah wujud lebih 70 tahun sebelum negara Malaysia ditubuhkan dengan maknanya tidaklah bersifat “main-main”, “bersenda-senda”, “propaganda”, atau sinis itu.

Mengikut internet (Internet 1.4), perkataan “Malaysia” pertama kali disyorkan oleh Pengarah “The North Borneo Chartered Company”, Lord Brassey 1887, sebagai sebuah negara bagi menyatukan semua jajahan takluk Inggeris di Asia Tenggara yang termasuk 5 buah tanah jajahan Inggeris, iaitu Sabah, Sarawak, Brunei, Malaya dan Singapura, dan syor beliau itu dibangkitkan di Kabinet UK pada 1888 dan 1932. Selepas Perang Dunia Kedua Gabenor-Jeneral British, Malcolm MacDonald ditugaskan untuk menyelaraskan dasar-dasar di 5 buah tanah jajahan Inggeris ini menuju ke arah penubuhan “Malaysia” itu. Oleh itu besar kemungkinannya, Tengku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama hanya meneruskan idea/agenda ini sahaja, apabila beliau menubuhkan Malaysia 1963 dahulu. Perkataan “Malaysia” oleh Brassey itu ialah gabungan Malays (perkataan Inggeris untuk “Melayu”) dengan ia (perkataan Yunani untuk “tanah” atau “rantau” yang mungkin daripada (selepas ini diringkaskan sebagai drp sahaja) Sanskrit/Melayu nosa/nusa itu juga, atau Sanskrit untuk roh) seperti dalam nama negara Bolivia, Georgia, Slavia, Slovakia, Czekoslovakia, Nigeria, Australia dan lain-lain. Jadi “Malaysia” secara harfiahnya bermakna “Tanah Orang Melayu” atau “Roh Orang Melayu” sahaja (atau lebih asli lagi “Tanah Orang Gunung”), suatu nama yang agak wajar apabila mengenangkan kawasan yang terbabit itu memang sebahagian (kecil) daripada kawasan yang sudah lama dikenali sebagai Gugusan Pepulau Melayu.

Sementara itu dalam dunia akademik pula, makalah di Internet 1.4 itu juga menyatakan pada 1929 istilah “Malaysia” disebut dalam sebuah makalah, “A sacred mountains: Exploration of Mount Kinabalu” dalam The British North Borneo Herald July 1, 1929: 125 terbitan Singapore Free Press. Penulis ini menggunakan istilah “Malaysia” itu untuk merujuk kepada rantau geografi Gugusan Pepulau Melayu ini yang kaya dengan spesies tumbuhan dan haiwan yang diminatinya itu. Malah, dalam hal ini mengikut Datu Zainal Abidin Said, Pengarah Jabatan Arkib Sabah, perkataan “Malaysia” dalam makalah itu besar kemungkinannya merujuk kpd “Malay Asia” (Asia Melayu) iaitu Malaya, Borneo, Indonesia dan Philippina, atau “The Malay Archipelago” (Gugusan Pepulau Melayu/Kepulauan Melayu) itu. Ini mengenangkan dalam makalah itu terdapat ungkapan “Kota Kinabalu ialah gunung tertinggi di Malaysia” (Malaysia sekarang belum ada!), di samping pengarangnya menyatakan kerja-kerjanya memungut spesies biologi itu ialah sebagai “sebahagian daripada skema yng menyeluruh bagi menyiasat fauna Malaysia” (istilah asalnya untuk fauna Malaysia itu ialah “Malaysian fauna”). Sementara itu pada awal kurun ke-19M lagi, ahli-ahli sains Perancis ada memakai istilah Malaysian Archipelago dan Ocenania et Malasia bagi merujuk kawasan Tenggara Asia ini. (Internet 1.6)

Walaupun begitu, di internet yang tersebut di atas itu (Internet 1.4) juga menyatakan gagasan “Malaysia” ahli Pentadbir/politik British 1887 itu tidak diketahui atau diterima umum (termasuk wartawan). Sebaliknya “Malaysia” segi akademik (bidang etnografi, dan sejarah tabii) itulah yang diterima pakai sekurang-kurang hingga 1940-an. Malah masyarakat umum mendengar perkataan “Malaysia” menerusi tajuk berita dalam The Straits Times 13 Sept 1945 yang berbunyi “Japenese in Malaysia Surrender at Singapore”. Perenggan pertama di bawah judul berita akhbar itu ada menyatakan penyerahan Jepun di “Malaya and the Dutch East Indies” yang ditandatangani di Singapura. Jelaslah “Malaysia” di sini merujuk sekurang-kurangnya Malaya, Singapura dan seluruh Indonesia sekarang.

Oleh sebab sejak 1945 sebahagian besar daripada Alam Melayu atau Gugusan Pepulau Melayu (atau Kepulauan Melayu) itu tidak lain daripada Indonesia, maka sudah ada kecenderungan para penulis kini (bukan dari Indonesia sahaja) memakai istilah Gugusan Pepulau Indonesia (Indonesian Archipelago), atau Gugusan Pepulau Melayu-Indonesia (Malay-Indonesian Archipelago), maka asal-usul perkataan “Indonesia” itu patutlah diketahui. Asal nama “Indonesia” itu (mengikut Ensiklopedia Wikipedia di internet: Internet 1.5) pertama kalinya disyorkan dengan ejaan “Indunesia” oleh seorang ahli etnografi Inggeris bernama George Earl pada 1850 menerusi makalahnya “On the leading characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polenesia nations” dalam Journal of The Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA) vol. IV: 66-70 terbitan Singapura. Beliau mengesyorkan nama “Indunesia” bersama-sama dengan nama yang lebih disukainya lagi, “Malayunesia”, yang selalu dipakainya selepas penerbitannya itu. Nama “Indunesia” atau “Malayunesia” ini disyorkan oleh Earl bagi menggantikan nama Indian Archipelago (Gugusan Pepulau Hindia), atau East Indies (Hindia Timur), Indian Archipelago (Gugusan Pepulau Hindi), Eastern Archipelago (Gugusan Pepulau Timur), dan Asiatic Archipelago (Gugusan Pepulau Asia), dan Insulinde (drp Belanda, inseln yg bermaksud “pepulau” dan Indie daripada Hindia/Indus/India itu; yang diperkenalkan oleh Multatuli dalam bukunya Max Havela 1859 seperti yang dicatat dalam Internet 1.6) yang popular dipakai pada masa itu tetapi yang dianggapnya semuanya tidak tepat dan mengelirukan. Perkataan “nesia” dihujung kedua-dua perkataan Earl yang baru itu dan banyak perkataan lagi yang terkenal sekarang ini (seperti Melanesia dan Polinesia) adalah daripada perkataan Yunani, nesos, yang bermakna “pulau”, walaupun mungkin juga dari Sanskrit, nusa, yang bermakna “tanah tumpah darah” atau “negara”. Jadi “Indonesia” bermakna “Pepulau Hindia” atau “Pepulau India” yang sama kelirunya dengan “East Indies” atau “Hindia Timur”, atau Indian Archipelago atau Gugusan Pepulau Hindia itu! Begitu juga dengan makna “Nusa Hindia”. Namun, tenyatalah perkataan “Melayunesia” yang digemari Earl itu tidak mendapat sambutan terutamanya selepas beberapa peristiwa akademik berlaku. Pertamanya, seorang ahli etnografi lain, James Logan, dalam makalahnya “Ethnology of the Indian Archipelago” dalam JIAEA vol. IV: 252-347 itu lebih suka menyokong syor Earl tentang nama “Indunesia” (bukannya “Malayunesia”) tetapi mengesyorkan ejaannya ditukar kepada “Indonesia” atas alasan lebih baik lafaznya. Nama “Indonesian” melekat dan popular di kalangan sarjana selepas terbitnya 5 jilid buku karya Bastion pada 1884, seorang professor etnologi Jerman, berjudul “Indonesien oder die Inseln des Malayischen Archipel” yang jelas memilih “Indonesia” itu.

Ekoran daripada kepopularan perkataan “Indonesia” dalam etnografi dan etnologi itu, di samping sentimen cita “Hindia” atau “India” yang tebal di kalangan rumpun Melayu berkenaan (khususnya Jawa) agaknya, maka pada tahun 1922 Muhammad Hatta, yang kemudiannya menjadi Wakil Presiden Indonesia pertama, menukar nama sebuah perhimpunan mahasiswa atas nama Hindia Timur di Rotterdam, Belanda, yang dipimpinnya, kepada perhimpunan atas nama “Indonesia”, dan sekaligus majalah perhimpunan ini, Hindia Poetra, ditukar namanya kepada Indonesia Merdeka. Sejak itu banyaklah nama-nama pergerakan politik di tanah airnya atas nama “Hindia Timur” ditukar kepada “Indonesia”. Pada 1928 nama “Indonesia” dinobatkan sebagai Negara yang diperjuangkan dalam Sumpah Pemoeda yang bersejarah itu dan sekaligus disitulah juga diisytiharkan lagu kebangsaan berjudul “Indonesia” yang kemudiannya ditukar kepada “Indonesia Raya”. Berhubung dengan hal ini, pada pandangan penulis, Gagasan “Melayu Raya” (yang dirakamkan dalam buku kisah gerakan kiri Melayu oleh Mohamed Salleh Lamry 2005) hanyalah nama negara-bangsa impian para pemimpin pejuang kemerdekaan di Malaya, Patani, Singapura, Brunei dan Sumatera tahun 1940-an dahulu itu yang hanya disokong secara “manis mulut” sahaja oleh para pemimpin pembebasan rumpun Melayu daripada penjajahan Belanda (di bawah Soekarno dan Muhammad Hatta) itu kerana mereka sudah memilih “Indonesia” sejak 1920-an lagi, bukan “Malayunesia”, sebagai negara-bangsa impian mereka itu bagi menggantikan Hindia Timur atau Hindia Belanda atau Gugusan Pepulau Melayu itu.

Walau bagaimanapun mungkin juga istilah “Melayu Raya”, Indonesia Raya, Nusantara Melayu Raya atau Nusantara Raya itu (dan berjangkit kepada Patani Raya seperti yang dicatatkan oleh Ahmad ‘Umar 2002) terbit daripada istilah Perancis Le Grand Archilpel Malais yang merujuk kepada kawasan Asia Tenggara ini dalam pertengahan abad ke-19M (Lihat Internet 1.6). Namun orang-orang barat sekurang-kurangnya sejak akhir abad ke-19M lagi tetap merujuk kawasan Asia Tenggara ini sebagai Alam Melayu atau Gugusan Pepulau Melayu. Contohnya, masih terdapat buku-buku kini yang menggunakan judulnya atas nama Alam Melayu atau Malay World seperti “Borders and the Mapping of the Malay World” suntingan Trocki C. yang berupa himpunan makalah Proc. of the Association of Asian Studies Annual Meeting, 9-12 March 2000, San Diego, California. Istilah Alam Melayu (The Malay World) mungkin dipakai serentak dengan istilah Gugusan Pepulau Melayu (The Malay Archipelago), Semenanjung Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu (The Malay Peninsula, atau kadang-kadang The Malayan Peninsula) sekurang-kurangnya sejak abad ke-19M lagi, selepas Alfred Wallace benar-benar berjaya mempopularkan nama Gugusan Pepulau Melayu atau Kepulauan Melayu pada 1863 dan terutamanya penerbitan buku beliau 1869 yang amat laris itu (yang sudah disebut sebelum ini).

Mengikut tradisi Hindia (seperti yang telah disebut sebelum ini, Internet 1. 6) kawasan yang kini dinamai Indonesia dan Malaysia di namai Suvarnabhumi atau Swarnabumi (dalam buku Jataka yang ditulis pada awal Masehi, dan bermaksud “Bumi Emas”); manakala dalam buku Ramayana dirujuk sebagai Yavadvipa atau Javadvipa (yang bermakna “Pepulau Emas dan Perak”) selain daripada dirujuknya juga sebagai Suvarnadvipa atau Swarnadvipa. Tulisan-tulisan susastera Hindia dalam tahun 320M hingga 455M merujuk kawasan antara benua Hindia dengan China sebagai Dvipantara yang secara harfiahnya bermakna “Pepulau Antara” yang jelas merujuk kawasan Asia Tenggara ini. Kerajaan Majapahit dahulu mengubah perkataan ini kepada Nusantara yang dibicarakan lagi selepas ini. John Crawfurd, seorang ahli sains dari Edinburgh, UK, menggunakan istilah “Indian Archipelago” untuk menterjemah Dvipantara ini dalam buku sejarahnya “History of the Indian Archipelago” 1820. Istilah Indian Archipelago ini tersebar kukuh lagi menerusi “Notices of Indian Archipelago and Adjacent Countries” oleh J.H. Moore, Singapura 1837; “Indian Archipelago, Its History and Present State” oleh Horace St. John, London 1853; serta JIAEA (Journal of the Indian Archipelao and Eastern Asaia) terbitan Singapura 1846.

Sering kali jugalah kita mendengar perkataan “Nusantara” bagi merujuk Alam Melayu atau Gugusan Pepulau Melayu ini seperti dalam ungkapan “muzik Nusantara”, “Islam di Nusantara”, “sastera Nusantara” dan sebagainya. Asal-usul perkataan Nusantara juga menarik. Mengikut ensiklopedia Wikipedia di internet lagi (Internet 1.7), istilah Nusantara asalnya dicipta pada zaman kerajaan Majapahit lagi (abad ke-13M) dengan maksud segala jajahan di bawah Majapahit di luar Jawa, kerana itulah makna asalnya nusantara dalam bahasa Sanskrit (gabungan nusa dan antara). Mengikut Internet 1.6, istilah ini asalnya Dvipantara seperti yang disebut sebelum ini. Istilah Nusantara ada terpahat di prasasti Gunung Wilis 1269 pada zaman Kerajaan Singosari / Singhosari di bawah raja yang bernama Raja Kartanegara, berpusat di Kediri Jawa Timur; di samping juga terdapat dalam karya Prapanca 1365, Negarakertagama itu. De Eredia yang bertugas di Melaka itu juga menggunakan istilah Nusantara dalam peta Asia Tenggara-nya 1601, dan nama ini dimaksudkan kawasan daripada Madagaskar hingga Fiji, yang digelar oleh P.W. Schmidt sebagai Austronesia dalam 1906. Ada juga yang merujuk Nusantara dengan maksud tanah jajahan Sriwijaya pada kemuncaknya yang dianggap wujud dalam 362-1406 berpusat di Karanganyar, Palembang, Sumatera Selatan itu. Istilah inilah cuba dihidupkan oleh beberapa cendekiawan (dengan memperluaskan maknanya supaya termasuk Jawa); yang pertamanya oleh seorang pejuang kemerdekaan Indonesia bernama Earne Dekker (campuran Belanda-Jawa) dengan gelaran Setiabudi dalam tahun 1920-an. Walaupun istilah ini masih popular hingga sekarang, terutamanya selepas 1950-an hasil war-war dari budayawan dan bahasawan seperti Prijana 1954 yang membicarakan istilah ini dalam Bahasa dan Budaya 2(5): 56-58, tetapi konotasi Nusantara Majapahit itu masih melekat juga pada pemimpin Indonesia hingga sekarang yang menyebabkan perkataan “Nusantara” tidak diterima secara rasmi sebagai ganti kepada Hindia Timur (Hindia Timur Belanda) atau Gugusan Pepulau Melayu. Sepatutnya pejuang kemerdekaan Hindia Timur dahulu (diwakili oleh Soekarno dan Muhammad Hatta itu) memilih Negara impiannya itu sebagai Nusantara sahaja, bukannya ciptaan Barat, “Indonesia”, atau “Malayunesia” itu. Sayang sekali! Oleh sebab tidak lakunya Nusantara ini bagi menggantikan Alam Melayu itu, maka Shaharir (1998a) mengesyorkan nama Pascabima bagi ringkasan negara-negara di Alam Melayu ini, iaitu yang hampir semuanya terdiri daripada Patani, Philippina, Singapura, Campa (Vietnam dan Kemboja), Brunei, Indonesia dan Malaysia, tetapi nama itu boleh sahaja diakomodasikan dengan Papua Niugini dan Madagaskar, China Taipei/Cina Republik tetapi tidaklah boleh menanggung nama negara baru, Timor Leste itu. Dalam buku ini, seringlah juga istilah Pascabima ini dipakai berselang-seli dengan Alam Melayu.

Berikut ialah sejarah ringkas kerajaan rumpun Melayu terawal: Funan, Campa, Langkasuka-Patani dan Sriwijaya pada zaman pra-Islamnya dan sekaligus menjelaskan juga asal-usul perkataan Melayu itu secara etimologi. Kerajaan-kerjaan ini sengaja dipilih kerana kurang diketahui umum sedangkan zaman kerajaan-kerajaan inilah rumpun Melayu nampaknya banyak menyibar dan menjana ilmu dan teknologi sehingga ketara mengatasi zaman Kesultanan Melaka. Kerajaan-Kerajaan Melayu Islam Melaka dan Pasca-Melaka dianggap sudah terkenal dan tidak perlu diperihalkan lagi di sini.

Nota: Tulisan ini merupakan salinan dari bab 1 Buku Shaharir b.M.Z.2008. “Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Alam Melayu”. Penerbit Universiti Malaysia, Terengganu

Sunday, October 25, 2009

PAS bohong kalah di Bagan sebab undi POS!!

oleh Encik Tukang Screw

Tahniah Mohamad Sabun kerana dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Post Mortem PRK Bagan Pinang oleh Setapa Ali. Untuk makluman semua sebenarnya post mortem dah dibuat pada 17 Oktober lepas di Pejabat PAS Jalan Raja Laut yang dipengerusikan oleh Dato' Halim Abdul Rahman.

Penubuhan jawatankuasa post mortem ini hanya untuk 'endorse' perkara-perkara yang telah dibincangkan pada 17 Oktober selain menokok menambah apa yang patut.Kebetulan Tukang Screw petang tu melepak kat kedai mamak berhampiran Pejabat PAS jadi dapatlah bongkar hasil post mortem tu daripada seorang pemimpin PAS yang disegani yang disebut-sebut menggantikan Dr.Hassan Ali sebagai P/Jaya PAS Selangor selepas mesyuarat tu.

Kenalah gak Tukang Screw belanja teh tarik dengan roti telur.Setelah berbincang lebih dua jam, ahli mesyuarat telah megenal pasti beberapa faktor kenapa pengundi Bagan Pinang tidak sudi ke syurga dengan percuma iaitu:

  1. PAS tidak mempunyai pengaruh di Bagan Pinang sebab ada 100 orang ahli berdaftar sahaja dan pengundi di sana melihat PAS sebagai parti pembangkang yang tidak tetap pendirian;
  2. Calon PAS bukan orang tempatan kerana hanya ayam sabung patah taji dari Lenggeng;
    Jentera pilihanraya PAS tempatan tidak bergerak sebab hampir 99% gerak kerja dilakukan oleh jentera PAS luar;

  3. Hampir 1,820 buah rumah telah dilawati jentera PAS yang berjanji mengundi PAS tetapi PAS tempatan gagal turut sama melawat rumah-rumah tersebut;

  4. Sifat agresif petugas PAS luar (Kelantan, Kedah dan Terengganu) yang sering menimbulkan masalah pergaduhan menyebabkan pengundi membenci PAS;
    PAS terlalu yakin mendapat undi bukan Melayu;

  5. Ceramah Pakatan Haram lebih banyak menyerang peribadi calon BN yang dihormati dan popular di kalangan pengundi;

  6. PAS gagal mempengaruhi pengundi pos dan mendakwa berlaku penyelewengan undi tersebut;

  7. Kesal dan kecewa dengan sikap jentera pilihanraya PAS Kelantan yang banyak memecahkan undi bukan Melayu.


Nampaknya PAS nampak kelemahan sendiri dan sepatutnya tidak menyalahkan sepenuhnya faktor undi pos. PAS perlu sedar selagi tidak memerintah jangan haraplah dapat sokongan pengundi pos. Apa yang PAS boleh janjikan untuk mereka? Apapun Tukang Screw tabik kepada ahli mesyuarat yang nampak kelemahan PAS sebab selama ini PAS menang di atas kelemahan UMNO dan kebencian rakyat terhadap BN bukan di atas kekuatan PAS itu sendiri. Nasihat Tukang Screw, PAS perlu lebihbanyak muhasabah diri dan fikirkan tentang nasib Melayu dan Islam di negara ini daripada memikirkan untuk tidur sebantal dengan PKR dan DAP. Wallahualam!

dari sumber: UnitMediaBaru

Friday, October 23, 2009

Part 1: Siapakah Melayu?




Ada banyak teori asal-usul bangsa. Melayu tidak terkecuali. Mereka yang yang terlibat dengan teori asal-usul manusia ialah agamawan, ahli mitologi, ahli biologi, ahli arkeologi, ahli sejarah, ahli antropologi dan ahli linguistik. Samalah dengan teori bangsa lain juga, semua teori asal-usul Melayu itu berlegar pada dua teori amnya, iaitu teori yang berasaskan kepada hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” dan satu lagi berasaskan pada peribumi atau azali. Sesuai dengan judul bab ini perkara yang dibincangkan ialah “tempat asal Melayu”, “asalnya perkataan Melayu, dan yang berhubung dengannya”, “takrif Melayu”, “asalnya nama-nama negara dan geografi seperi Malaya, Semenanjung (Tanah) Melayu, Gugusan Pepulau Melayu, Malaysia, Indonesia dan Nusantara”. Selain daripada itu, sejarah ringkas kerajaan-kerajaan rumpun Melayu sebelum kedatangan Islam juga dibentangkan kerana kerajaan-kerajaan ini dianggap tidak begitu diketahui oleh umat rumpun Melayu kini. Kerajaan-Kerajaan yang dimaksudkan itu ialah Kerajaan Funan, Kerajaan Campa, Kerajaan Sriwijaya, Kerajaan Langkasuka-Patani, dan Kerajaan Majapahit.

1.1. Dari Mana Orang Melayu?

Teori yang popularnya tentang asal tempat orang Melayu ialah mengikut hipotesis penghijrahan yang dikenali sebagai “Budaya Gelombang” yang diutarakan oleh seorang ahli antropologi Austria bernama Robert Heine-Geldern pada tahun 1932, iaitu Melayu ini adalah bangsa yang berasal dari Yunan, China. Teori alternatifnya ialah bangsa Melayu memenuhi “hipotesis peribumi” yang diutarakan oleh Wilheim Solheim II pada pertengahan 1960-an, iaitu Melayu ialah bangsa dari azali (mula asalnya) lagi berada di daerah Asia Tenggara ini. Kedua-dua ringkasan teori ini dapat ditelaah pada Solheim (t.t). Mengikut Abbas (2002), sarjana tempatan yang pertama menentang hebat teori Geldern itu dan diikuti oleh ramai sarjana tempatan lain selepasnya ialah Sheppard (1972) (mantan pentadbir Inggeris di Malaya dan akhirnya menjadi rakyat Malaysia). Pengarang buku ini sendiri pernah menulis asal-usul Melayu beberapa kali (Shaharir 1992, 2000, 2000/2002, 2003a) sebagai reaksi kepada pandangan pengikut Geldern di Malaysia dan ekoran kajiannya dalam etnomatematik dalam tamadun Melayu pra-Islam sejak tahun 1990-an.

Dalam tulisan-tulisan itu, hipotesis penghijrahan dari utara (seperti Yunan itu) dihujahkan sukarnya diterima jika dilihat daripada perspektif bahasa dan fosil manusia purba. Segi kajian fosil manusia, “Orang Jawa” lebih awal daripada “Orang Peking” (kalau pun benar “Orang Peking” itu wujud; ada bukti yang “Orang Peking” itu orang palsu sahaja seperti yang didedahkan pertama kalinya pada masyarakat di Malaysia ini oleh Sulaiman & Suzanah 1978). Segi bahasa pula, seseorang boleh menggunakan pandangan Wilkinson (1911) yang menegaskan bahawa “bahasa Yunan ialah kelompok Austronesia, manakala bahasa Melayu ialah kelompok Polinesia”, untuk mengesyorkan hipotesis bahawa penghijrahan itu lebih munasabah berlaku dari selatan atau rantau Pasifik. Tentang bangsa berbahasa Austronesia itu pun, ada pendapat (Keraf 1984) yang mengatakan bangsa nenek-moyangnya dari Alam Melayu ini juga! (Lihat juga Internet 1.1). Walau apa pun polemik antara hipotesis penghijrahan dengan peribumi tidak mungkin akan berkesudahan sehingga akhirnya sistem nilai sahaja yang menentukan pendirian seseorang. Bagi Muslim memang hipotesis penghijrahan itu yang lebih patut dipercayai kerana lebih serasinya dengan ajaran Islam bahawa manusia ini berasal daripada Nabi Adam ‘alais (‘alaih al-salam) semuanya, iaitu dari Timur Tengah; atau dari Nabi Nuh ‘alais (setelah mengambil kira peristiwa Bah Besar itu). Sudah ada pandangan (lihat Internet 1.1 itu) bahawa semua bangsa dalam dunia ini berasal daripada tiga putera Nabi Nuh: Ham, Yafit dan Sam. Ham berpindah ke Afrika, Yafit ke Eropah dan Sam ke Asia menerusi puteranya Nabi Hud yang tinggal di Yaman dan Oman. Hipotesisnya, keturunan nabi Hud inilah yang berhijrah ke Madagaskar dan seterusnya ke Alam Melayu ini hinggalah ke Hawaii. Ini patut benar disambut baik oleh sarjana Muslim untuk mengesahkan hipotesis daripada sistem nilai agama ini menerusi ujian DNA.

Sementara itu, teori sejarawan Muslim Arab abad ke-13M, Ali Ibn al-Athir yang terkenal dengan karya agungnya al-Kamil fi al-Tarikh (Sejarah Lengkap) yang menyatakan “Bangsa Jawi” (istilah Arab untuk bangsa di Gugusan Pepulau Melayu atau Kepulauan Melayu ini) berasal dari keluarga Nabi Ibrahim ‘alais menerusi isteri ketiganya yang bernama Qanturah (dieja juga dengan Qatura atau Ketura) adalah lebih terandalkan daripada teori “Melayu dari Yunan” atau dari selatan itu (Cerita ini banyak dipetik orang seperti Noorzihan 2005 dan naiffusDamha 2004a,b). Penghijrahan keturunan Nabi Ibrahim ‘alais ini tentunya menerusi benua atau lautan Hindia/India, kemudian ke Indocina dan seterusnya ke Alam Melayu ini, bukannya menerusi Yunan di benua China, dan ini sesuai pula dengan mitos-mitos peribumi di Indocina dan “Melayu” sendiri. Dalam makalah yang dipaparkan oleh NaiffusDamha (2004a) dalam ruangan bulannya di internet itu, memang terdapat pernyataan kemungkinan penghijrahan itu berlaku mengikut darat menerusi Benua Hindia ke Tibet sebelum ke “Semenanjung Melayu” (yang boleh menyokong teori “Melayu dari Yunan”). Namun penghijrahan menerusi lautan Hindia yang juga dikatakan berlaku itu lebih munasabah lagi. Malah sumber itu menyebut penghijrahan menerusi lautan Hindia itu diketuai oleh seorang yang bernama Mus dan sampai di Palembang dan meninggalkan nama sebuah sungai di sana, Sungai Musi, sampai sekarang. Ini lebih kukuh lagi kerana mengikut Ibrahim (1950/1961) keturunan orang inilah yang berhijrah kemudiannya ke “Semenenajung Melayu”.

Dalam buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang 1612 ada diceritakan asal-usul “raja Melayu” pertama (di Palembang) dari keturunan putri Hindia bernama Puteri Syahrul Bariyyah dengan Raja Iskandar Dzulqarnyn (= nama Inggerisnya Alexandre the Great, pahlawan Yunani dari Makedonia itu), manakala mitos yang serupa berlaku dalam sejarah tamadun “rumpun Melayu” yang terawal, iaitu tamadun Kerajaan Funan, Kerajaan Campa dan Kerajaan Langkasuka sejak abad ke-1M lagi itu (Kerajaan-Kerajaan ini diperihal selepas ini). Teori al-Athir dan Tun Sri Lanang itu ada keserupaannya dengan teori yang dipaparkan oleh de Eredia awal abad ke-17M, seorang pegawai Portugis di Melaka (juga seorang ahli matematik kejuruteraan ukur), yang mengatakan “Melayu” (ejaan Portugisnya Malaio) berasal dari suku kaum Attayo/Attay/Cattayo di Serica negeri Scyth/Scythia di Parsi (Iran) yang juga menjadi keturunan orang Yunani (Lihat MBRAS 1610/1997). Minat de Erredia kepada “Melayu” boleh difahami kerana beliau boleh dianggap seorang Bumiputera kerana emaknya seorang “Melayu” (bapanya Portugis). Teori penghijrahan terbaru ialah yang diutarakan oleh Oppenheimer dan jaringannya termasuk ahli arkeologi Malaysia, Prof. Zurina di USM, yang menghipotesiskan semua manusia berasal dari Afrika (yang diakuinya sebagai anak Nabi Adam dan Hawa) sehingga beliau membuktikan DNA suku kaum Semang di Semenanjung Malaysia itu serumpun dengan orang Afrika! (Oppenheimer 2003). Ini tentunya banyak menimbulkan persoalan baru lagi yang tidak dibicarakan di sini.

1.2. Etimologi Melayu

Perkataan “Melayu” itu ialah versi baru (dalam ejaan “Rumi Melayu” awal abad ke-20 daripada ejaan Jawi sebelum itu dan Palawa dan Kawi sebelumnya lagi) kepada perkataan asalnya Malaya, iaitu perkataan Sanskrit yang bermakna “Gunung” (Perkataan Himalaya di Tibet yang terkenal itu bermakna “Gunung Tinggi” atau “Gunung Salji”; dan di pulau Jawa juga ada kawasan tasik di pergunungan tinggi yang dinamai Tasik Malaya hingga sekarang). Kami berpendapat perkataan asal “Melayu”, iaitu Malaya, berupa terjemahan Hindia (Sanskrit) kepada Bnom, Pnom atau Phnom, bahasa Mon-Khmer yang dipercayai bersimbiosis dengan “Melayu Purba”, khususnya Funan, yang entah bila berubah bentuknya kepada “Gunung” dalam bahasa Melayu sekarang ini. China Purba menyebut Bnom/Pnom/Phnom ini sebagai Fou-Nan, Fou-nan, atau Founan yang yang dibakukan kepada ejaan Rumi “Melayu” kini sebagai Funan bagi merujuk sebuah kerajaan rumpun Melayu di Kemboja, Kerajaan Funan, yang wujud pada abad ke-1M hingga ke-6M (Lihat seksyen 1.6). Oleh itu daripada segi sejarah dan etimologi perkataan “Melayu” ini, jelaslah sekurang-kurang pada awal Masehi, orang yang sejak di-Rumi-kan pada awal abad ke-20M ini sebagai “Melayu” sudah berada di rantau yang sekarang ini dinamai Gugusan Pepulau Melayu (Kepulauan Melayu) ini. Orang Pnom/Phnom/Funan (“rumpun Melayu”) di Kemboja itu juga sudah berhubung dengan “rumpun Melayu” lain lagi yang dinamai Jawa (atau Jawi mengikut Arab) malah anak raja Funan pernah melarikan diri ke Jawa pada abad ke-6M apabila Kerajaan Funan diserang oleh negara peuftinya yang baru muncul bernama Chenla. Di sekitar pertengahan abad ke-4M lagi ada tulisan sejarah dari China yang mencatatkan datangnya wakil rasmi Kerajaan Mo-lo-yeu dan pelbagai ejaan lain lagi itu, dari Sumatera ke China, seperti yang dilaporkan oleh Obaidellah (1986) dan Liang (1996). Kerajaan atau orang yang sekarang disebut “Melayu” ini dicatat dalam aksara China yang ejaan transkripsinya dalam versi yang lain itu sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou, Mali-yu-eul, Ma-lo-yu, Mo Lou Yu, Mo Lo Yu, Mo Lou Y, Mo Lou Yuu, Ma Li Yi Er, Ma La Yu, Wu Lai Yu dan Wu Lai Yu, yang merujuk kepada Malaya itu.

Sementara itu, segi catatan bertulis di Asia Tenggara ini sendiri pula, perkataan malayu, malayo, malayu atau malaiyur (masalah transkripsi aksara palawa ke Rumi) yang tertua setakat ini ialah yang tercatat di prasasti (batu bersurat) Padang Ruku/Roko/Rocore (abad abad ke-7M), atau di Sungai Langat, Sumatera yang bertarikh bersamaan 1029M dan di Tanjore 1030M; manakala prasasti yang dijumpai di Sungai Langsat (atau Batang Hari), Palembang, bertarikh bersamaan 1286M pula tercatat perkataan malayapura (bermakna kota malaya atau negara/kerajaan malaya). Raja Kartanagara kerajaan Singhasari di Jawa (waris-warah Kerajaan Majapahit) dirakamkan mengadakan jelajahan yang dinamainya Pamalaya bagi menawan malaya (dan berjaya) pada abad ke-14M menyebabkan hilangnya Kerajaan Sriwijaya yang masyhur itu. Di sini dianggap kerajaan baru muncul yang bernama Kerajaan Dharmasraya (kerajaan Melayu Jambi yang asalnya wujud sebelum berada di bawah kerajaan Sriwijaya yang hanya wujud mulai awal abad ke-7M) adalah juga warisan kerajaan Sriwijaya yang dikatakan runtuh pada 1088 akibat serangan Raja Chola dari Hindia itu. Setengah ahli sejarah menegaskankan kerajaan di Jambi sebelum wujudnya Kerajaan Sriwijaya itulah berupa Kerajaan Melayu Tertua yang dirujuk oleh penulis-penulis China sebelum abad ke-6 Masihi lagi itu sebagai kerjaan Moloyu itu. Namun kami ada teori yang lain lagi tentang perkataan “Melayu” ini yang dijelaskan di dalam bab ini.

Sejarah kerajaan dan bahasa “Melayu” Purba/Kuno (lihat seksyen 1.6-1.9) juga tidak begitu menyokong teori etimologi perkataan “Melayu” yang lain daripada Malaya (Sanskrit) itu, lebih-lebih lagi teori yang dipaparkan oleh Tardjan Hadidjaja (1964) yang dipetik juga oleh Abbas (2005) bahawa kononnya perkataan “Melayu” itu daripada “layu” itu, dengan katanya “erti Melayu itu adalah melayukan diri-nya, iaitu yang di-ibaratkan orang dahulu kala…… ya‘ani ia merendahkan diri-nya” (Ini amat popular nampaknya, terutamanya secara lisan dan bualan dalam internet; umpamanya lihat Internet 1.2). Apatah lagi teori yang lebih main-main lagi bahawa “Melayu” itu daripada perkataan Jawa, melayu atau mlayu, yang bermaksud “lari”, iaitu orang Melayu itu kononnya orang yang lari dari tempat lain terutamanya di sekitar “Asia Tenggara” ini (jika merujuk Melayu di Malaysia umpamanya) atau dari tempat-tempat di luar Asia Tenggara ini untuk menyokong hipotesis penghijrahan itu! (Lihat Internet 1.3 umpamanya). Teori kononnya “Melayu” ialah hasil perkahwinan China dengan Hindia/India sehingga lebih layak diberi nama bangsa Cindia seperti yang sengaja diperkenalkan oleh Saba (1999) juga termasuk dalam kategori yang sama.

Petikan beliau terhadap buku Kanchan (1990) tentang nama purba Asia Tenggara ini mengikut tulisan Hindu dahulu sebagai Swarnabumi (=Bumi Emas) bukanlah perkara baru seperti yang dibincangkan lagi kemudian, tetapi nama Semenanjung Melayu (Malay Peninsula) yang dahulunya merangkumi Selatan Thailand itu sebagai Malayadvipa dan kemudian menjadi Malaya memang baru, terutamanya mengenangkan sumber tersebut juga menyatakan nama Semenanjung Melayu sebelum dirujuk sebagai Malayadvipa itu ialah Shalamalidvipa sempena banyaknya pokok Shalamali (iaitu pokok kapuk atau kekabu) di Semenanjung itu. Tetapi teori daripada Kanchan-Saba tentang nama Malayadvipa itu diberi setelah kononnya ramai sekali bangsa Malayalam berhijrah ke Shalamalidvipa dahulu agak menyasar atau meraban sahaja lagi. Pertamanya, kalaulah benar teori ini, tentunya suku kaum India di Semenanjung Melayu ini majoritinya keturunan Malayalam, walaupun perkahwinan Malayalam dengan China dikatakan berlaku dengan banyaknya hingga melahirkan Cindia itu tetapi dinamai Malaya dan menjadi “Melayu” itu, sukar diterima melainkan terbukti sekurang-kurangnya segi DNA-nya. Mungkin kajian DNA Malayalam dengan “Melayu” patut dilakukan sesuai dengan kaedah kajian sekarang terhadap teori asal-usul manusia semuanya dari keturunan Eve di Afrika yang galak dilakukan oleh kumpulan Oppenheimer (2003) itu. Teori Kanchan-Saba itu juga nampaknya bertentangan dengan banyak kajian atau pandangan sarjana lain. Umpamanya, mengikut Ibrahim (1950/1961), orang “Melayu” di “Semenanjung Melayu” ini adalah pehijrah dari Sumatera, dan penduduk SM yang sudah ada ketika itu ialah Orang Asli (yang mengikut Oppenheimer datangnya dari Afrika), kemudian datang orang Siam-Asli (mungkin sekali Funan atau Mon?), diikuti pula oleh ketibaan orang Hindu dari Hindia Utara sebelumnya ketibaan “Melayu” itu. Tiada tempat teori Cindia Saba itu! Yang adanya, Orang Hindu dari Hindia Utara ini memang banyak yang berkahwin denga penduduk tempatan dan akhir terasimilasi seperti orang tempatan juga.

Benarlah nama sebahagian besar Semenanjung Melayu atau Semananjung Tanah Melayu sebelum kemerdekaannya 1957 (dari Inggeris) ialah Malaya (dan sebahagian lagi yang tertinggal di bawah Siam/selatan Thai itu sejak abad ke-17M, lihat seksyen 1.9), tetapi nama Malaya ini lebih munasabah daripada terjemahan Hindia kepada Pnom/Phnom/Funan dan oleh itu Malayadvipa itu juga terjemahan kepada negara Pnom/Phnom/Funan (lihat seksyen 1.6), apabila mengenangkan pengaruh Hindia terhadap “Alam Melayu” ini bermula dengan kerajaan Funan dan Campa itu lagi bukan dengan Sriwijaya yang cuba digambarkan oleh Saba (1999) menerusi petikan kepada buku Kanchan (1990) itu. Sehubungan dengan ini, teori mereka ini tentang Raja Suran sebagai pewaris raja Melayu pertama di Palembang seperti yang diperihalkan dalam Sejarah Melayu adalah Raja Chola dari India itu juga, walau dianggap satu teori yang sudah mantap, rasanya kita masih boleh berspekulasi bahawa Raja Chenla warisan Raja Funan di Kemboja (lihat seksyen 1.6) itu agak munasabah juga. Hubungan Raja Chola dari India ialah hubungan konfrontasi menerusi serangan Raja tersebut ke atas Sriwijaya beberapa kali (iaitu 1017, 1025 dan 1068) yang melemahkan kerajaan Sriwijaya dan akhirnya jatuh ke tangan Majapahit itu. Hubungan Sriwijaya dengan Raja Chenla di Kemboja ialah hubungan warisan persaudaraan sehingga terjadinya persemendaan/perbesanan antara Sriwijaya dengan Sailindra/Silindra berketurunan Funan itu.

Usaha Saba (1999) nampaknya ialah untuk membuktikan raja “Melayu” dahulu kala adalah berasal daripada India dengan membawa hujah-hujahnya sendiri atau dipetik daripada buku Kanchan itu. Ada dua isu yang sepatutnya dipisahkan, iaitu isu raja dan rakyat “Melayu”. Tentang betapanya raja “Melayu” (termasuk “Melayu” yang lebih dahulu daripada Sriwijaya lagi) dari India memang dianggap terbukti lama sudah kerana semua sejarah dan mitos “Melayu” (Funan, Campa dan Sriwijaya yang diperihalkan dalam seksyen 1.6 hingga 1.8). Tegasnya, asal mulanya raja-raja “Melayu” memang dari India/Hindia yang terus dikahwinkan/berkahwin dengan orang tempatan (iaitu pribumi/“Melayu”) tetapi selepas itu semakin hilang keIndiaan/keHindiaan itu kerana tiada lagi keturunan raja itu yang dilapor berkahwin dengan sesiapa dari Hindia. Malah raja Melaka yang pertama, Parameswara itu hampir semua sumber sejarah mengatakan bukan dari India tetapi seorang putera raja dari Jawa. Kelemahan teori Kanchan-Saba ialah cuba menyamakan isu raja dengan rakyat itu sehingga beliau terpaksa mencipta banyak hipotesis atau mitos baru yang sukar diterima. Oleh sebab itu lama sebelum teori Kanchan-Saba ini, telah adalah pula teori yang mengatakan semua raja rumpun Melayu itu bukan berbangsa Hindia/India tetapi sengaja dimitoskan demikian bagi menguatkan kewajaran menjadi raja kerana sumber kerohanian orang “Melayu” pada masa itu memanglah Hindu-Budha yang datang dari Hindia/Hindu.

Walau bagaimanapun, benarlah adanya nama Semenanjung Melayu atau The Malay/Malayan Peninsula ini yang dahulunya/kemudiannya bernama Malaya tetapi (yang merangkumi juga selatan Thailand sekarang) tidaklah diketahui tarikh mula nama ini menjadi masyhur dan yang mana yang dahulunya, kerana orang Barat sebaru-barunya sejak abad ke-3M lagi merujuk semenanjung ini sebagai Semenanjung Emas (Golden Khersonene/Korsenes/Chorsenes atau lebih awalnya bahasa Latin, Aurium Chorsenesis, hasil terjemahan nama aslinya dalam bahasa Yunani). Malah mengikut catatan Ahmad ‘Umar (2002:48), sarjana Yunani bernama Pompinios Milla menyebut “Chry Insula” dalam buku geografinya bertarikh 43M, Batlamiyus/Ptolomaeus/Ptolemy menyebut “Chry Cheresonese” dalam peta dunianya pada 127-141M dan Martionus dari Heracliea menyebut “Aurium Chorsenesis” (setelah diLatinkan) dalam bukunya Periplus Laut Luar abad ke-4M yang setiap satunya sama dengan rujukan Hindia kepada kawasan yang sama, Swarnabumi/Swarnadvipa atau Semenanjung Emas. Mengikut catatan di Internet 1.3, lebih awal daripada tarikh-tarikh di atas lagi, sebuah buku Yunani berjudul Periplous tes Erythras karya Straboi dan Plinus dan berikutnya dalam abad ke-2M buku Geographike Hyphegesis oleh Batlamiyus itu memerihalkan Argyre Chora (Negeri Perak), Chryse Chora (Negeri Emas), Chryse Chersonesos (Semenanjung Emas) dan Iabadiou (yang kemudiannya menjadi Yawadvipa) untuk kawasan di Gugusan Pepulau Melayu ini. Mengikut Wheatley (1966) nama Golden Khersonene itu hidup hingga abad ke-15M. Mengikut tradisi Melayu juga nama Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia dan Thailand Selatan sekarang) ini dahulunya dinamai Nosa Koncana/Nusa Kencana yang bermakna Negara Emas (lihat Shaharir 1987/2000) yang mungkin sekali menjadi sumber nama Yunani dan Hindia itu.

Nota: Tulisan ini merupakan salinan dari bab 1 Buku Shaharir b.M.Z.2008. “Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Alam Melayu”. Penerbit Universiti Malaysia, Terengganu

Thursday, October 15, 2009

Analisis N31 Bagan Pinang.. Dari Mata Seorang Amatur Part 3..

Kali ini aku mendapat bantuan dari sahabat-sahabat yang bersama-sama berada di pusat-pusat pembuangan undi.. seperti umum ketahui, kertas undi di kira di tempat pembuangan undi sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi di Majlis Daerah Port Dickson..

Perbandingan aku buat di antara keputusan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dengan keputusan PRK N31 Bagan Pinang.. ada tiga kawasan yang dimenangi oleh PAS ketika PRU12 iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong..

Namun untuk kali ini, ketiga-tiga daerah mengundi itu kembali menyokong BN malah dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding sebelumnya..

Begitu juga kalau kita lihat di kawasan-kawasan yang lain.. peningkatannya amat ketara.. apakah faktor yang menyumbang kepada perkara ini?

Penganalisis politik mempunyai banyak teori mengenai keputusan PRU12 baru-baru ini.. antaranya ialah;

1.rakyat sudah matang dan menolak pimpinan BN yang dikatakan korup

2. kesan dari ekonomi dunia yang menyebabkan kenaikan harga minyak dan barang keperluan dan dimanupulasikan dengan baik oleh pembangkang

3. pemilihan calon BN yang tidak mengikut kehendak akar umbi

Maka rakyat telah melakukan undi protes dengan bertukar arah mengundi pembangkang. Malah ada yang membuat undi rosak.. hasil dari itu, undi rosak yang dicatatkan adalah paling tinggi dalam sejarah pilihanraya di negara kita ini..

Mari kita bandingkan dengan keputusan PRK N31 Bagan Pinang:

Kalaulah benar rakyat telah matang dan menolak BN yang dikatakan korup, kenapa Tan Sri Isa Samad yang pernah digantung keahliannya dalam UMNO kerana politik wang telah di terima oleh pengundi dengan majoriti yang tinggi?

Jelas faktor yang di war-warkan oleh pembangkang ini tidak relevan kerana pengundi bukan mahukan kata-kata tapi bukti pembangunan supaya mereka boleh hidup selesa dan mengamalkan cara hidup mereka dengan tenang..

Ketika PRU12 yang lalu, dunia dilanda krisis ekonomi yang teruk… peningkatan harga minyak kerana krisis di Timur Tengah dan Krisis makanan akibat dari taufan yang melanda Myanmar dan utara Thailand, ladang padi terbesar dunia..

Ini pula dimanipulasi oleh pembangkang dengan mengatakan kerajaan tidak cekap dan mengutamakan kroni berbanding dengan kepentingan rakyat.. timbullah slogan-slogan seperti;


“hari ini tubuh kerajaan, esok minyak turun 50sen”

-Anwar Ibrahim, ketua umum PKR-

“Kerajaan Kebajkan”

-Parti Keadilan Rakyat PKR-

“Negara Kebajikan”

-Parti Islam SeMalaysia PAS-

“Bekalan Air Percuma untuk rakyat Selangor”

“bantuan RM1000 setiap anak Selangor yang menuntut di UiTM”

-Manifesto PKR 2008-


Tapi untuk PRK N31, semua slogan dan kata-kata ini tidak laku lagi.. kerana kerajaan telah berjaya menangani masalah-masalah ekonomi dengan baik... harga minyak mentah di pasaran dunia kini stabil dan harga makanan dapat dikawal oleh kerajaan walaupun di waktu musim perayaan..

keputusan Pucuk Pimpinan UMNO dan BN untuk mendengar suara akar umbi untuk mencalonkan Tan Sri Isa juga merupakan faktor penting kerana akhirnya faktor calon adalah pemangkin kepada kemenangan atau kekalahan...

calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tidak dikenali dikalangan pengundi di Bagan Pinang.. telah kalah 3 kali pilihanraya membuatkanya calon yang tidak popular dikalangan ahli PAS sendiri...

tapi mengapakah PAS masih lagi meletakkan calon tidak popular di Bagan Pinang?

adakah mungkin kerana telah menghidu kekalahan maka calon kambing hitam diletakkan?

harakahdaily.net menyatakan semalam bahawa dari awal lagi sudah disedari oleh parti itu yang peluang untuk menang di Bagan Pinang adalah tipis seperti merampas Permatang Pauh dari Anwar Ibrahim.. klik disini

tapi kenapa sejak dari awal di propagandakan bahawa peluang PAS untuk menang di Bagan Pinang adalah pasti?

Undi pos pula di katakan punca kemenangan Tan Sri Isa Samad sedangkan undi pos yang mengundi BN ialah sebanyak 3512 undi manakala manjoriti yang mengundi BN ialah 5435 undi... jadi sebanyak 1923 undi yang memenangkan Tan Sri Isa adalah dari pengundi awam..

dari analisis yang aku buat, aku lihat rakyat melihat BN dan UMNO masih lagi relevan dalam membela nasib mereka..

faktor calon juga penting kerana pengundi perlu yakin dengan siapa yang mereka undi.. suara akar umbi perlu didengar bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang...

isu-isu tempatan perlu ditangani segera dan dengan baik bagi mengelakkan ianya menjadi duri dalam daging..

perbalahan dalaman perlu dihentikan dan saf perlu dirapatkan bagi membolehkan pembangunan sampai ke setiap rakyat yang memerlukan tanpa mengira kem ataupun kelompok sokongan..

jika tidak, maka kekalahan PRU12 akan menghantui BN sampai bila-bila.. akan tidak relevanlah perjuangan BN & UMNO yang menjaga kesejahteraan rakyat..

golongan oportunis akan sentiasa mengintai kelemahan UMNO dan yakinlah yang mereka akan mempergunakan kelemahan-kelemahan itu untuk memastikan kejatuhan BN di pilihanraya akan datang..


hmm.. melayu...

Wednesday, October 14, 2009

Analisis N31 Bagan Pinang.. Dari Mata Seorang Amatur Part 2..




PRK N31 Bagan Pinang telah berlalu.. tapi seperti biasa.. rumah siap pahat masih lagi berbunyi..

persoalan mengenai pilihan BN dan UMNO meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon masih lagi kedengaran..

isu moral Tan Sri Isa juga dipertikaikan kerana pernah di gantung oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang ketika Pemilihan Agung UMNO suatu ketika dahulu...

UMNO dan BN dikatakan telah menghalalkan Korupsi apabila meletakkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon bagi melawan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar..

Benarkah Dakwaan Itu...?
Mari kita analisis satu persatu dakwaan-dakwaan ini...

memang benar, Tan Sri Isa Samad telah di gantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang.. adakah ini menandakan dia patut di hukum seumur hidupnya?

aku suka meletakkan analogi seperti ini...
" Si A telah di tangkap oleh bapanya kerana tidak berpuasa dibulan Ramadhan, dia telah dirotan dihadapan adik-adiknya sebagai pengajaran supaya dia tidak mengulangi lagi perbuatan itu dan supaya adik-adiknya tidak melakukan perbuatan yang sama.."

soalannya ialah : adakah patut setelah dihukum, si A ini terus di capkan sebagai seorang pemonteng puasa walaupun selepas itu dia berpuasa?
adakah adil untuk mengungkit cerita tentang perbuatannya itu sedangkan dia telah menerima hukumannya?

kalau itu sikap yang menilai, patutlah bekas penjenayah kembali menjadi penjenayah kerana masyarakat terus menyisihnya sedangkan dia telah menerima hukuman atas perbuatannya...

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihanraya kecil N31 sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

benarkah begitu?
aku berikan satu lagi analogi supaya mudah kita membuat analisis..

" seorang Bilal telah merotan anaknya kerana tidak bersolat zuhur dan balik lewat.. manakala seorang Imam tidak berbuat apa-apa terhadap anaknya yang pulang lewat setiap hari.. walaupun dia tahu yang anaknya selalu melepak di simpang tak bersolat zuhur dan asar.."

soalannya ialah: adakah salah si Bilal bila menghukum anaknya? adakah baik si Imam kerana tidak merotan anaknya?

si Bilal tahu jika dia tak menghukum anaknya, maka anaknya takkan menyesali perbuatannya dan terus tidak bersolat dan ini memberi kesan kepada anak-anaknya yang lain...

ini menunjukkan juga bahawa si Bilal menjaga anak-anaknya supaya tidak melakukan perkara tidak baik berbanding si Imam yang membiarkan saja anaknya terus meninggalkan solat...

kalau UMNO dikatakan menghalalkan Korupsi atau rasuah, kenapa pula dihukum orang yang melakukan politik wang? tindakan-tindakan UMNO selama ini juga menghukum mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang menjejaskan imej parti.. dan perkara ini tidak disorokkan mahupun dilindungi...

bagaimana pula dengan PAS?

apa tindakan PAS terhadap Mat Sabu apabila dia ditangkap berkhalwat dengan isteri orang? boleh pula dia bertanding dalam pilihanraya...

apa tindakan PAS apabila Eli Wong terang-terang berhubungan intim dengan seorang Melayu? cukup intim hingga boleh diambil gambar bogelnya..

kenapa Dewan Muslimat PAS menyokong tindakan Eli Wong atas alasan itu hal kehidupan peribadinya?

apa tindakan PAS apabila Muktamar PAS baru-baru ini dicemari politik wang? senyap begitu sahaja malah ada yang menundung pada ahli baru PAS...



kemenangan besar Tan Sri Isa juga menolak kononnya hanya orang UMNO sahaja yang mahukan beliau sebagai calon..

ini jelas menunjukkan bahawa UMNO bahagian Telok Kemang mendengar suara akar umbi bila mencalonkan satu nama sahaja ke Majlis Tertinggi UMNO...

tapi PAS masih lagi berdolak-dalik dan enggan menerima hakikat;

Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan;

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan,"
-Harakahdaily-

Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad berkata;

"Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat,"
-harakahdaily-

pada aku.. biarkan mereka terus berkata-kata... kerana bila mereka bercakap kosong... maka lebih banyak kelemahan mereka terdedah...

hmm.. melayu..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..