SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, November 5, 2013

#SaveMaryam GERAKAN KISTIANISASI DI INDONESIA YANG KINI GIAT DI MALAYSIA






GERAKAN KRISTIANISASI DI INDONESIA YANG TELAH MEMURTADKAN JUTAAN UMAT ISLAM KINI SEDANG GIAT DI MALAYSIA...

Pastikan kita sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kita agar mereka tidak terjebak...

#SaveMaryam

SaveMaryam.com

Sunday, October 13, 2013

#KalimahAllah Jom Kita Ke Putrajaya!!!!!!!



Esok kita ke Putrajaya sebagai sokongan kita kepada peguam2 Muslim kita..

Doakan agar kalimah Allah tidak dibenarkan dipermainkan oleh gereja katolik..

Kita tengok apa yg terjadi di Indonesia.. Saban tahun murtad berlaku dlm angka JUTA bila gereja katolik menggunakan perkataan seperti Solat, Kitab, Isa dan Allah dlm dakyah2 mereka..

#SaveMaryam
#Allah4Muslim
#Allah4Islam
#SayaBanggaJadiMelayu



Saturday, August 31, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56 #MERDEKA56



MALAYSIA AMAN TANPA PROVOKASI DARI PEMBANGKANG...

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI BUMI BERTUAH INI DENGAN TERUS MELIMPAHKAN REZEKI DAN KEDAMAIAN.. INSYA ALLAH...

Friday, August 16, 2013

TERKINI: Satu Lagi Konspirasi UMNO Untuk Menjatuhkan Anwar..



Kenyataan Media dari Pejabat Perdana Menteri terhadap "ciptaan dan rekaan" Anwar Ibrahim amatlah memalukan pakatan pembangkang secara keseluruhan..

Lepas ni aku yakin sangat akan menggeliatlah juak-juak pembangkang akan pertahankan Anwar Ibrahim yang dah tak popular tu..

dan aku yakin yang amat-amat yakin yang ada isu baru yang akan keluar untuk alihkan perhatian umum terhadap kemaluan Abang Non yang sangat-sangat memalukan ini...

dan seperti biasa... ayat biasa yang dah muak kita dengar.. "INI SEMUA SALAH UMNO..."

Tuesday, May 14, 2013

#PRU13 @PapaGomo Racist Attack on GE13 Voting Day Part 4

Cuba tengok betul-betul muka dan dialect suara lelaki itu. ada gaya bangladesh ke???
 
 
 
Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??

Listen how this Chinese guy call his friends and hear all the background voice... are there Malays among them???

What the police is doing with this nonsense???



Monday, May 13, 2013

13 Mei : RACIST In Action. #PRU13 @PapaGomo





Kepada yang buta sejarah.. sila singkap kembali siapa itu DAP... kenapa hari ni melayu sokong DAP? sebab janjinya nak hapus PTPTN? sebab janjinya nak bagi naik gaji swasta ke RM1100 sebulan? Sebab janjinya nak bagi itu dan ini? 

Kerana kata-kata orang yang tak tepati janji, kita nak gadaikan masa depan anak cucu kita?

DAP dah berubah ke? dulu bukan slogannya "Malaysian Malaysia" ke? Sekarang slogannya dah lain ke?

Sedarlah anak bangsaku oi...!!!!

Hari Ini Tanggal 13 Mei.. RACIST Meroyan Lagi #PRU13 @PapaGomo


Hari ini tanggal 13 Mei... pada tarikh ini pada tahun 1969 telah berlaku satu peristiwa yang telah meninggalkan kesan yang mendalam pada kita rakyat Malaysia..

Hari ini mereka yang pernah mencetus kejadian berdarah pada tahun 1969 telah di angkat sebagai wira... sebagai pendokong demokrasi...

Tiap kali disebut tentang 13 Mei, mereka meroyan dan terus meroyan.. menuduh itu dan ini pada kerajaan.. Tiap kali disebut tentang 13 Mei, mereka tak keruan dan takut dengan bayang-bayang sendiri...


Hari ini, Peristiwa 13 Mei telah di ceritakan dalam pelbagai versi... kononnya bukti dari dokumen yang diklasifikasikan dari London walaupun dalam buku itu, tidak disebutpun dari dokumen apa dan tiada satu pun imej dokumen itu diterbitkan... 


Hari ini, generasi hari ini mengatakan versi mereka adalah benar.. versi kerajaan adalah penipuan...

tapi sila jawab soalan ini... pernahkah kita membaca semua buku-buku yang disebut sebagai menceritakan tentang Tragedi13 Mei itu atau kita hanya sekadar mendengar kata orang... 

Jika buku Tragedi 13 Mei terbitan Majlis Gerakan Negara pun tak pernah dibaca, manakan akal kita nak mengatakan yang kita tahu apa yang berlaku pada hari itu...





#PRU13 @PapaGomo Racist Attack on GE13 Voting Day Part 3

#Update : http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-bangla-1.158645
satu keluarga ni tengah beratur mengundi didatangi oleh seorang lelaki yang menuduh mereka ini pengundi hantu of bangla origin. So lelaki tadi maki semula.
 
 
 
 
They call Malay RACIST??
 
Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??

TELL ME WHAT THE FUCKATAN SAY ABOUT THIS????

STILL BANGLA WHO VOTE??

I HAD ENOUGH OF THIS FUCKATAN RALLY CRAP...!!!!!



Sunday, May 12, 2013

#PRU13 @PapaGomo Racist Attack on GE13 Voting Day Part 2

#Update : http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-bangla-1.158645
The Video Show you all how paranoid they are and the discrimination suffered in the hand of so called "vigilante"

We will have to repent in this generation not merely for the hateful words and actions of the bad people but for the appalling silence of the good people. ~ Martin Luther King, Jr
 
 
Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??

What the POLICE do to these RACIST People who discriminately attack others due to their skin colour and appearance...???



Saturday, May 11, 2013

#PRU13 Racist Attack on GE13 Voting Day Part 1

 
#Update : http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-bangla-1.158645
This guy have been accused bangla and denied his right to vote not only once but twice! He had to make a police report and attach his "surat beranak" just to show that he is a malaysian...this is a violation of his constitutional act! The people who accused him doesn't even say sorry.!!

Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??



Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13: Kemunculan Malikul Salleh

Selepas PRU 13 berakhir, aku melihat keperluan untuk melakukan perubahan dan transformasi dalam perjuangan aku.. jadi aku telah menjemput beberapa sahabat untuk bersama-sama berjuang dalam alam cyber.. jadi jemputan aku disahut oleh Saudara Malikul Salleh..
Malikul Salleh seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang politik & seorang pejuang yang hebat..
aku sangat optimis yang kehadiran Malikul Salleh sebagai penulis dalam blog ini akan menjadikan blog ini lebih baik dari segi input dan prestasinya..
Nantikan kedatangan penulis-penulis lain yang akan menyahut panggilan perjuangan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Abang Polis... Tolonglah ye..

Keluar pula isu baru. Racist atau racism. Dalam fb banyak post yg begitu. Ada gambar sekumpulan pelajar cina menterbalikkan bendera malaysia..ada akaun fb berjudul Melayu Babi..ada yang marah2 kat cina..ada video org Melayu dihalang mengundi kerana dia menyerupai bangla..org india dinafikan hak mengundi kerana siyakki bangla. Ada yg kene sepak..kene halau..kena maki..
Ini apa semua ni.....?
Ada blogger kene tangkap kerana org buat report kata dia pencetus perkauman. Ada yg ditangkap lepastu lepaskan begitu sahaja setelah kes di serah kpd ag.
Macamana pula pemilik akaun fb melayu babi? Macamana dengan karikatur yg keluar dlm paper cina menggambarkan DSN dan DSAI kow tow kat maharaja cina. Macamana dengan penyokong Dap yg tahan pengundi kinta ic dan halang pengundi mengundi kerana muka mereka mcm bangla..?
Bukankah itu unsur2 racist.
Abng polis...saya respek dengan ang polis.. Tolonglah siasat. Dari zaman namawee lagi sampailah hari ini. Dari zaman pijak gambar Pm, bontotkan PM dan macam2 isu lagi...takkan senyap je.. Bila Melayu buat...cepatje kene tahan walapun dgn 1 report. Bila cina buat..berpuluh2 report tapi......
Come on lah abng2 polis. Do something. Sedihlah macamni.......

Wednesday, May 8, 2013

@NajibRazak : Surat Terbuka Untuk Barisan Nasional..



selesai sudah PRU ke 13 yang berlangsung dengan penuh kontroversi dan kekecewaan...

aku kongsikan surat terbuka dari seorang sahabat untuk pemimpin Barisan Nasional yang menang PRU ke 13 baru-baru ini...


Bismillah Ar Rahman A r Rahim

 

1.       Pilihanraya ke 13 sudah selesai. Tempoh berkempen pun telah selesai jam 12 tengah malam 5 Mei 2013. Keputusan telah diperolehi. Namun masih ada lagi yang demam tak kunjung kebah.

2.       Kepada yang menang, tahniah diucapkan. Kepada yang kalah, tingkatkan usaha untuk Pilihanraya ke 14  nanti. Menang tak menang semua, kalah tak kalah semua. Kan cantik tu.

3.       Sekarang masa untuk mengotakan janji. Rakyat sudah mengundi menentukan wakilnya (bukan Perdana Menterinya atau Presiden kalau di Amerika Syarikat). Ada yang faham sistem kita, Undi Elektoral, ada yang ungkit mereka lebih popular kerana jumlah pengundi diseluruh Negara (tidak ikut parlimen dan DUN) menyebelahi mereka. Itu undi populis. Malangnya di Malaysia tercinta ini kita guna sistem Undi Elektoral.

4.       Pakatan DAP, PAS dan PKR (bila nak daftar?) menang di Selangor (menang besar), Kelantan (menang besar juga), Pulau Pinang (Besarrr) dan Kuala Lumpur. Barisan Nasional menang di negeri-negeri lain. Bersyukurlah kerana dalam iklim politik yang mencabar ini, masing-masing beroleh kemenangan dan kekalahan. Itulah demokrasi.

5.       Sebagai seorang Rakyat Raja-Raja Melayu dan Rakyat Malaysia yang mempunyai IC saya amat bermohon kepada penggiat-penggiat politik dinegara ini supaya masing-masing menjaga dan memelihara keamanan Negara. Sama-sama membangun dan memajukan Negara. Sama-sama check and balance. Rakyat bersyukur jika pemimpin yang dipilih dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh samada di peringkat negeri atau persekutuan.

6.       Kotakanlah manifesto yang diperjuangkan. Semua itu untuk rakyat. Kerajaan Persekutuan ada manifesto atu akurjanjinya maka tunaikanlah. Kerajaan negeripun ada manifestonya maka kotakan lah. Jangan sia-siakan harapan kami yang telah keluar mengundi ini.

7.       Kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan DS Najib, ada beberapa perkara yang mahu saya cadangkan.

a.       Tingkatkan syiar Islam dengan memperbanyakkan program-program mass berkenaan dengan Islam. Banyakkan program-program keagamaan di televisyen dan tempat-tempat awam. Mungkin pada mulanya kekok atau kurang sambutan tetapi lama kelamaan akan mendapat sambutan. Kurangkan aktiviti hiburan. Untuk bukan muslim, biarkan mereka dengan budaya mereka. Untuk muslim, gantikanlah konsert ambang merdeka, tahun baru dan seumpamanya itu dengan majlis bacaan Yassin, doa kesyukuran, doa selamat dan solat hajat.

b.      Buatlah satu garis panduan hiburan untuk orang Islam di Negara ini. Garis panduan artis-artis supaya tidak mencolok mata pakaian dan tingkah lakunya. Garis panduan berkarya supaya ada jatidiri dan memberi manfaat. Galakkan kesenian Islam, teater Islam, wacana tokoh Islam, wacana ekonomi Islam, Taksin Solat, Wacana Perhalus Ibadah, Suara Mufti, Halaqah Al-Quran peringkat komuniti, negeri terus ke Negara.

c.       Berilah peruntukkan yang lebih banyak kepada Sekolah-sekolah Agama Islam, binalah sekolah-sekolah Menengah Agama dengan lebih banyak. Binalah mahad Tahfiz yang lengkap dengan asrama dan kurikulum yang bersepadu. Buat satu dasar disetiap Bandar dan pekan yang ada pusat membeli belah untuk memelihara kebersihan surau dan menyediakan surau yang berdekatan untuk muslim bersolat.

d.      Tambah baik sikap dan pemikiran penjawat-penjawat awam yang masih alpa di dalam menunaikan tanggungjawab muslim (sebahagian kecil) disamping mengeluarkan arahan kepada pemilik industri dan kilang-kilang supaya membenarkan pekerja bersolat di surau yang disediakan oleh majikan dan memberi kebenaran untuk solat Jumaat.

e.      Perkukuhkan Jakim, agensi-agensi Islam diperingkat Persekutuan, banyakkan program KeIslaman kepada belia-belia Melayu diserata pelusuk Negara.

f.        Banyakkan program-program peningkatan jatidiri dikalangan rakyat terutama Melayu. Agensi-agensi kerajaan perlu menggembeleng tenaga dan idea untuk merangka modul peningkatan jatidiri belia-belia. Dedahkan belia dengan aplikasi ekonomi yang sebenar. Libatkan belia di dalam perbincangan mengenai dasar-dasar Negara dari aspek ekonomi, sosial  dan sahsiah.

g.       Lebihkan perhatian kepada penjawat awam. Guru, Polis/Tentera, kakitangan-kakitangan lain dan ahli keluarga mereka. Banyakkan program masyarakat dan keagamaan untuk golongan ini. Tambah baik kebajikan mereka. Kurangkan charge pinjaman perumahan dan pinjaman-pinjaman kerajaan yang lain. Berikan mereka keselesaan kerana mereka ini tonggak di dalam melaksanakan dasar-dasar Negara.

h.      Lebihkan peruntukkan untuk luar bandar. Galakkan industri kampong, penternakan akuakultur, peruntukan belia tani atau usahawan belia. Cerahkan kampong, lampu-lampu, kebersihan di bawah PBT dan jadikan kampong sebagai tempat yang indah suapaya anak-anak dibandar merindui kampong-kampung mereka. Sekaligus memupuk kesejahteraan keluarga.

i.         Lebihkan peruntukkan untuk orang miskin, OKU, gelandangan dan orang teraniaya. Doa mereka ini amat mujarab. Berikan mereka perlindungan. Berikan mereka pekerjaan sehingga mereka mampu menanggung diri sendiri.

j.        Turunkan (bukan hapuskan) cukai pintu dan cukai-cukai perniagaan. Bila GST dikuatkuasakan, hebahkan kepada rakyat di manakah cukai itu akan dibelanjakan.

k.       YB yang menang perlu meningkatkan jatidiri dengan menjadikan khidmat kepada rakyat sebagai keutamaan. Jadilah role model. Buang sikap negative dan hapuskan skandal samada dengan wanita, lelaki ataupun wang. Jaga peribadi, jaga Solat dan amalan lain. Ikhlas dalam perjuangan. Anda wakil kami, kami bukan hamba anda.

l.         Banyakkan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Di setiap Bandar, kecil atau besar. Di setiap pekan dan kawasan tumpuan rakyat. Kurangkanlah yuran franchise KR1M biar ramai usahawan boleh menjadi pengusahanya. Bukalah satu pusat pengumpulan hasil industri kecil dan sederhana untuk membekal barangan kepada KR1M. Industri kampong  juga perlu ditambah baik dengan tujuan yang sama. Lebarkan kuasa dan jangkauan TEKUN. Beri pinjaman untuk buka KR1M atau sekurang-kurangnya pinjaman untuk industri kecil yang menjadi pembekal kepada KR1M. Galakkan penduduk untuk menghasilkan produk-produk di dalam industri dari rumah. Lebarkan akses rakyat kepada ilmu perniagaan. Semua ini ada antaranya telah dilakukan tetapi mohon, tolonglah ditambah baik.

m.    Banyak lagi industri peruncitan  yang boleh kerajaan aktifkan. Kedai Hardware 1 Malaysia. Kedai Elektrik 1 Malaysia. Kedai Telefon 1 Malaysia dan macam-macam kedai lagi. Untuk kesejahteraan rakyat yang telah mengundi BN terutama penduduk kampong-kampung di semenanjung dan Sabah/Sarawak.

n.      Fikirkanlah kaedah yang terbaik untuk menurunkan harga minyak. Tambah subsidi, galakkan tenaga alternative, tambah baik lagi pengangkutan awam, atau ciptalah system baru untuk mengawal subsidi minyak ini supaya tepat kepada pengguna. Buat satu kad baru atau gunakan Kad Pengenalan untuk digunakan di stesen minyak. Harga rakyat berbeza dengan harga bukan rakyat boleh ditentukan dengan mesin pengimbas kad tersebut.

o.      Turunkan kadar tol di lebuhraya (walaupun ada yang telah dihapuskan...bagus, Cuma mahu diperluaskan usaha ini) setelah mengira kos penyelenggaraan lebuhraya dan pekerja-pekerjanya. Jangan hapuskan tol jika terpaksa mengorbankan pekerja-pekerja lebuhraya atau berkaitan dengannya kerana kebanyakkannya Melayu yang mempunyai ibu bapa yang duduk di kampong yang memilih BN sebagai kerajaan. Berikan diskaun berkala contohnya potongan 10-15 % dari hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad kadar biasa. Ini membantu rakyat untuk mengurangkan kos berulang alik untuk ke tempat kerja. Buat satu kad baru atau gunakan Kad Pengenalan apabila melalui Touch n Go atau smart tag supaya dapat membezakan kadar tol untuk rakyat dan bukan rakyat.  

p.      Harga kereta memang telah turun dari tahun 2009 lagi. Cuma tidak diwar-warkan atau tidak dipedulikan oleh pembeli. Proton harus meningkatkan kualiti tetapi harga kereta perlu diturunkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi harga optima. Berbincanglah dengan syarikat pengeluar kereta yang lain untuk mengurangkan harga jualan. Contohnya jika kereta import jenama A sampai di pelabuhan dengan harga RM 30 000 dan selepas cukai menjadi RM 60 000 maka tidak sepatutnya syarikat kereta ini menjual sehingga RM 100 000 sedangkan fundamental ekonomi di Negara ini telah disediakan oleh kerajaan.

q.       Tentang pendidikan. Kekalkan apa yang ada sekarang termasuklah PTPTN. Baiki sistem kutipan pinjaman PTPTN. Beri reward yang lebih banyak kepada peminjam yang cemerlang di dalam pengajiannya. Berikan ganjaran untuk ibu bapanya dan kepada IPTA, berikan insentif kepada institusi ini jika Berjaya melahirkan peminjam PTPTN yang mendapat keputusan cemerlang. Lagi ramai yang cemerlang, lagi banyak peruntukkan diberikan kepada Universiti itu.

r.        Untuk media massa, kurangkanlah berita-berita sensasi yang kurang bermanfaat. Lebihkan berita kejayaan BN, berita perancangan ekonomi dan peningkatannya. Berita peningkatan taraf kehidupan rakyat. Berita kejayaan tokoh tertentu mengikut bidang masing-masing. Berita cintakan agama, bangsa dan Negara. Jangan terikut-ikut dengan retak media alternative. Kita ada prinsip kita.

s.       Berilah jawatan cabinet kepada wakil Sabah dan Sarawak. Mereka sudah berbudi kepada BN. Lebihkan peruntukkan untuk pembangunan negeri-negeri tersebut dan penduduknya. Tambah jalinan jalanraya, tingkatkan sector perlancongan dan jadikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama dan destani pemuliharaan alam sekitar yang menakjubkan. Mungkin felda boleh masuk ke Sarawak dan manambah pelaburan di Sabah. Jika kerajaan negeri mampu, buatlah tanah rancangan yang lebih luas di negeri-negeri anda.

8.       YB-YB, bantulah kami. Jalankan tugas dengan amanah. Kami tidak rela melihat YB-YB difitnah. Kami sedih bila YB-YB tidak jujur dan amanah. Berubahlah untuk rakyat. Tukarlah untuk kesejahteraan rakyat. Berjuanglah untuk rakyat yang memilih YB-YB. Lupakan kroni. Lupakan poket sendiri. Lupakan niat mahu kaya dengan politik. Ikut contoh yang Rasululah saw telah tunjukkan. Sesekali jenguklah kami di bawah ini. Solat bersama-sama, makan bersama-sama dan majulah bersama-sama.

9.       Perkasakan lagi ekonomi Melayu. Berikan peluang, tunjukkan jalan. Memang sekarang ini telah dan sedang dilakukan tetapi masih ada bahagian yang perlu dipertingkatkan.  

10.   Beritahu rakyat, orang Melayu bukan racist. Beritahu rakyat, kita mahu maju bersama-sama. Orang Melayu sayangkan Agama, Bangsa dan Negaranya. Adakah sayangkan bangsa itu dikatakan racist.

11.   Ingatlah, kami yang memilih kerajaan di dalam pilihan raya sangat sayangkan Negara ini dan semua di dalamnya. Jika kami menentang, bukan kerana benci tetapi untuk kesejahteraan semua. Jika kami menegur, bukan kerana kami tak suka tetapi untuk kebaikan Negara. Mohon dilupakan kisah yang lalu, lupakan luka semalam. Pandanglah kehadapan dengan penuh semangat. Pandanglah kehadapan dengan penuh kasih sayang. Sentiasalah berdoa untuk kejahteraan dunia dan akhirat.

12.   Saya orang kecil. Cadangan dan pandangan ini mungkin ada yang diterima pakai. Mungkin dibakul sampahkan. Tetapi yang penting, dalam hati dan pemikiran saya, di atas inilah yang amat-amat diperlukan oleh Rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional di dalam Pilihanraya ke 13. Wallhuallam.

13.   Selamat bekerja untuk rakyat dan semoga Negara  sentiasa dibawah lindungan Allah swt.

 

Tuesday, April 30, 2013

DAKWAT KEKAL: Satu Lagi Mainan Murahan Pembangkang



 Alhamdulillah... 

proses pengundian awal untuk PRU-13 sudahpun selesai... setakat ini tiada sebarang malah yang timbul..

namun, seperti biasa, pembangkang cuba mempermainkan isu dakwat kekal... kononnya dakwat kekal ini boleh ditanggalkan dengan menggunakan pencuci...

pada aku, ini adalah sesuatu yang sangat pelik...kalau aku terkena dakwat pen pun, kalau di cuci bagaimana pun akan nampak kesannya lagi sedikit sebanyak... 



kemudian, lagi menambahkan pelik rekayasa mereka, tidak pula ada gambar muka ditunjukkan... kalau dipihak yang benar, silalah tunjukkan muka... kalau tak mahu meletakkan gambar muka, apa kata tunjukkan dulu gambar uniform anda agar lebih yakin kita tentang cerita dongengan itu... 


penat... penat nak melayan mereka yang dibayar lumayan untuk mencarca marbakan negara...


dan aku percaya mereka akan membuat kekecohan bagi mewujudkan Malaysian Spring di negara kita kerana mereka memang tahu yang mereka akan kalah... maka ini akan menjadi pertaruhan terakhir mereka... 

harap kita tenang & rasionalkan rakan-rakan kita.. insyaAllah...



Sebelum dicuci
selepas dicuci (masih ada kesan dakwat)

hmm.. melayu..

Saturday, April 20, 2013

@DunKuang: Pertandingan 3 penjuru


Pengurus Pilihanraya mengesahkan Calon BN, Abdul Shukur Idrus akan mempertahankan kerusi N13 Kuang dalam pertandingan 3 penjuru dengan calon bebas dan calon dari PKR.
Jom.. kita pastikan kemenangan Barisan Nasional


#SayangiSelangorYakiniBN
Published with Blogger-droid v2.0.10

PRU 13: Sekitar Penamaan Calon Parlimen Selayang 10.50pagi.


Calon-calon yang bertanding sudah keluar dari Bangunan MPS yang menjadi tempat penamaan calon untuk Parlimen Selayang dan 3 DUN dibawahnya.
penyokong parti-parti yang terlibat semakin bersemangat..

Published with Blogger-droid v2.0.10

PRU 13: Sekitar Penamaan Calon Parlimen Selayang


Proses penamaan calon bagi kawasan parlimen Selayang dan tiga kawasan DUN dibawah Parlimen Selayang di Bangunan MPS Selayang berjalan dengan lancar.
sebentar tadi pegawai SPR mengumumkan proses penamaan calon telah ditutup..
penyokong-penyokong parti yang terlibat telah berkumpul sejak awal pagi.

keadaan masih lagi terkawal.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Papa Gomo Sah Tak Bertanding Melawan Papa Homo??




"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu  mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu  dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.
Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.
Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.
Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.
Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap  Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. 
Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.
Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.
Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.
Psssttt..... Terus menyokong Barisan Nasional demi Agama Bangsa dan Negara. Amin
"
demikianlah kenyataan dari Papa Gomo.. satu keputusan yang tidak mengejutkan dan sama sekali tidak mengecewakan..

aku dari awal tahu niat sebenar Papa Gomo mengumumkan mahu menjadi calon bebas melawan Anwar Ibrahim.. matlamatnya mudah: mendesak BN menurunkan calon terbaik untuk melawan Anwar Ibrahim.. TAK FAHAM? Mari aku terangkan...

Adalah menjadi kebiasaan mana-mana parti untuk meletakkan calon yang tidak berprofil tinggi untuk bertanding di kawasan yang dijangkakan mempunyai peluang tipis untuk menang.. 

selalunya calon berprofil tinggi akan bertanding di kawasan selamat dan merupakan kubu kuat kepada satu-satu parti itu...

sebagai contoh, ketika PRK Dun Bagan Pinang PAS menurunkan calon tidak popular dan tidak berprofil tinggi bagi melawan Tan Sri Isa Samad.. Umum tahu yang Port Dickson adalah kubu kuat Tan Sri Isa kerana dia adalah bekas ADUN Linggi ketika menjadi MB Negeri Sembilan..

Jadi kali ini strategi Papa Gomo menjadi.. BN menurunkan bekas orang penting PAS di Permatang Pauh.. walaupun beliau merupakan muka baru, tetapi mampu memberikan saingan sengit kerana ramai ahli-ahli PAS sudah tidak melihat Anwar Ibrahim sebagai orang yang layak menjadi wakil rakyat mereka.. 

pada aku, samaada Gomo bertanding atau tidak itu bukan persoalan yang penting... kerana pada aku, Papa Gomo mempunyai impian dan semangat yang sama seperti kita semua.. 

Gomo ingin menghalang dari negara ini terjerumus dalam kehancuran atas sebab kerakusan DAP ingin memegang tapuk pemerintahan..

Gomo ingin menghalang orang-orang yang korup, tamak dan mementingkan diri menjadi pemimpin negara..

Gomo ingin negara ini aman dan damai seperti dulu..

Gomo inginkan negara kita terus ditadbir oleh orang yang mementingkan kepentingan rakyat serta agama bangsa dan negara...

Gomo ingin negara ini terus ditadbir Barisan Nasonal...

itu juga adalah harapan kita... kita juga mahukan apa yang Gomo mahukan...

dan Gomo yakin Calon BN kali ini juga mahukan perkara yang sama....

maka siapa pun yang bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh adalah Papa Gomo..

Malah Semua Calon BN yang bertanding adalah Papa Gomo..

Kita juga adalah Papa Gomo...

mari kita memastikan kemenangan BN kali ini dan kali yang seterusnya demi masa lampau, masa kini dan demi masa hadapan...

UNDILAH BARISAN NASIONAL... UNDILAH KESEJAHTERAAN... 

Tuesday, April 16, 2013

PAPA GOMO BETUL BERTANDING MELAWAN ANWAR?



ini adalah artikel ketiga aku mengenai PAPA GOMO.. kelewatan aku menyiarkan artikel tentang blogger kontroversi ini adalah untuk menghormati permintaan beberapa rakan seperjuangan yang mahu aku memperlahankan langkah dalam tindakan aku ini..

ini berkaitan dengan persediaan mereka menghadapi PRU ke 13 pada 5 mei nanti.. semalam Barisan Nasional telah menyerahkan watikah kepada pengerusi BN negeri di PWTC dan hari ini senarai itu telahpun dipaparkan di laman-laman web dan serata media maya...

jadi aku mengambil keputusan untuk menulis juga sebelum penamaan calon pada 20 haribulan nanti..

aku tertarik untuk menyiarkan artikel Papa Gomo tak lama dulu...


Saat Ini Gomo sedang mengenangkan malam pilihanraya 2008 yang mana Gomo ikuti keputusan pengundian secara langsung melalui berita Awani pada lewat petang itu dikedai mamak. Satu persatu keputusan keluar dan Gomo lihat reaksi orang ramai yang berada disekitar Gomo ada yang bersorak dan ada yang menggelengkan kepala. Parti mana mereka? Gomo tidak tahu kerana waktu itu 2008 Gomo tidak arif untuk berbicara soal politik.
Malam itu gamat lah disana sini bahawa Pembangkang menang besar yang mana waktu itu mereka memberikan kemenangan yang tidak cukup buat kerajaan Barisan Nasional untuk meraih 2/3 daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dan menawan 4 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan paling mengejutkan Selangor.
Gomo tidak ambil kisah kemenangan besar pembangkang pada malam itu sehinggalah Gomo melintasi 2 buah restoran Cina. Agak kaget Gomo apabila melihat masyarakat Cina yang berada di restoran tersebut bersorak kegembiraan dengan kekalahan besar Barisan Nasional. Gelas bertemu gelas dan pada malam itu Gomo dapat lihat mereka meraikan kemenangan besar Pakatan Pembangkang sehingga larut pagi.

Gomo waktu itu tidak faham apa yang elok dan apa yang tidak elok dengan kekalahan besar Barisan Nasional kerana waktu itu Gomo belum lagi mempunyai Blog melainkan menjadi tukang komen dalam musuh utama iaitu Blog Anwar Ibrahim.
Esoknya seawal pagi lagi Gomo membeli suratkabar Utusan bagi melihat keputusan penuh pilihanraya 2008. Tidak cukup dengan membaca di kedai mamak Gomo pulang ke rumah dan membuat analisa kerana ingin mengetahui mengapa kaum Cina bersorak riang pada malam sebelumnya. Apabila selesai Gomo melihat keputusan pilihanraya 2008 barulah Gomo sedar bahawa parti pembangkang dikuasai oleh kaum Cina yang mana atas sebab sebab tersebutlah mereka meraikan kemenangan besar Pakatan Pembangkang.

5 Ekor Babi Meraikan 5 Negeri Yang berjaya Pakatan Menangi PRU2008
DAP parti Cina manakala PKR juga kuat dengan kemenangan calon Kaum Cina. Melayu dalam PAS dan PKR tidak berjaya mengatasi dominasi kemenangan kaum Cina dalam DAP dan PKR.
Pulau Pinang dikuasai DAP secara total, Perak juga begitu dan ianya juga sama di Selangor yang mana kuasa utama adalah parti DAP. Gomo waktu itu tidak mngetahui latar belakang parti DAP melainkan teringat kata seorang Guru waktu Gomo bersekolah dulu apabila beliau melihat satu bendera DAP dipasang dipagar sekolah
"Pantang nenek moyang aku dengan bendera Rocket ni"
Cikgu Gomo waktu itu terus mencabut bendera DAP dan membakar bendera tersebut dengan mukanya yang bengis.
Kerana teringat apa yang berlaku waktu sekolah lalu dan analisis kemenangan besar DAP pada PRU tahun itu Gomo mencari maklumat apa parti DAP ini? Siapa mereka? Ideologi apa mereka ini?


Serius Gomo katakan apabila Gomo mengetahui sejarah DAP, Gomo jadi marah, memberontak jiwa dan paling teruk waktu itu Gomo tidak senang duduk. DAP adalah serpihan parti PAP yang kini menjadi kerajaan kekal Singapura negeri yang dulunya milik orang Melayu yang kini hanya lambang muka melayu di note dollar mereka dan lagu kebangsaan mereka yang dalam bahasa Melayu sahaja. Warisan Melayu yang lain dicampakkan ke flat flat seluruh Singapura menjadikan Melayu Singapura menumpang dinegeri mereka sendiri.
Paling Gomo berangin satu badan apabila mengetahui yang PAP adalah sayap parti Komunis yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya terutama orang Melayu pada waktu getir sebelum kita mencapai kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. DAP menyokong Chin Peng ketua Komunis yang kini tinggal di Thailand. Teringat cerita Bukit Kepong yang mana perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara berakhir dengan pembunuhan kejam Komunis yang diketuai Chin Peng.
Hari demi hari berlalu Gomo mengikuti perkembangan politik negara secara berkeseorangan kerana waktu itu Gomo tiada teman politik melainkan berjuang secara berseorangan. Tampa diarah tampa disuruh Gomo bangkit untuk menyedarkan orang Melayu situasi yang mungkin Melayu tidak sedar agenda halus parti DAP ini.

Sejak dari itu sehingga kini Gomo teruskan perjuangan dan hasilnya semakin lama Gomo mempelajari sejarah parti parti ini Gomo lihat satu persatu agenda bangsat DAP dalam menjadikan Malaysia negara republik sepertimana yang berlaku kepada Singapura.

http://www.papagomo.com/2013/03/43-juta-pageviews-blog-papa-gomo-belum.html



artikel ini membuat aku tersentak buat seketika... aku merasakan yang aku membaca tentang diri aku.. inilah juga yang aku alami pada 2008 dahulu.. 

keadaan lebih jelas dimata aku kerana ketika itu aku sedang bertugas di Pulau Pinang.. DAP meraikan kejayaan mereka besar-besaran... 

pejabat Ketua Menteri awal-awal pagi telah di kepung oleh penyokong-penyokong DAP..

anak-anak kecil temangu-mangu apabila dewan orang ramai yang digunakan untuk dijadikan tadika KEMAS dikunci pagarnya..

tauke-tauke cina tanpa segan silu mengusung perempuan melayu atas alasan negeri sudah jadi milik mereka..

dan aku telah memulakan langkah sendiri untuk bertapak di alam maya.. semuanya kerana impak dari apa yang aku lihat selepas PRU 12 berakhir.. 

dan aku pasti ramai yang juga mengalami kejutan dan membuatkan mereka lebih peka terhadap politik negara...


aku pasti ramai yang mahu mengenali siapa itu Papa Gomo.. bukan sekadar kerana status blogger kontroversinya.. bukan juga sekadar popularitinya... tetapi untuk mengenali siapakah gerangannya yang sentiasa melakukan perkara yang orang lain tak mampu lakukan... 

Bro Gomo... aku buat ni bukan sebab aku anti pada kau tapi atas rasa hormat... 

Friday, April 12, 2013

Papa Gomo = Wan Muhammad Azri?






Aku mendapat pelbagai maklum balas dari rakan-rakan mengenai keputusan aku untuk mendedahkan siapa Papa Gomo.
Ada yang membantah, ada yang menyokong dan malah ada yang memberikan maklumat kepada aku tentang siapa mereka katakan Papa Gomo itu.

Bukan tujuan aku mendedahkan siapa Papa Gomo sebenarnya bertujuan untuk menyokong mana-mana pihak.. jauh sekali atas rasa cemburu mahupun dengki dengan populariti Gomo.
tujuan aku mudah sahaja.. aku ingin bakal pengundi yang akan memilih di antara Anwar Ibrahim & Papa Gomo jelas tentang perihal calon-calon mereka.
Gomo adalah blogger yang  di geruni lawan dan dihormati kawan..
Rangkaian maklumatnya yang luas dan kebolehannya mendapat akses maklumat menjadikan setiap entry Papa Gomo dinanti oleh pembaca..
Gomo juga pernah menjadi Presiden Nadi Rakyat, kemudiannya diganti oleh Azmi AAKJ dan kini jawatan itu dipikul oleh Datuk Rafi..
Kontroversi demi kontroversi tentang identiti Papa Gomo tersebar luas..
yang terbaru adalah khabar angin yang menyatakan Papa Gomo adalah seorang lelaki bernama Wan Muhammad Azri beralamat di Ampang, tetapi kemudiannya Sinar Harian menyiarkan laporan yang menidakkan khabar angin tersebut..

Jadi, siapa Papa Gomo?

Adakah Wan Muhammad Azri itu Papa Gomo?

Adakah Papa Gomo itu seorang INDIVIDU ataupun Sekumpulan Blogger?

Adakah Papa Gomo itu satu WATAK yang direka?

nantikan pendedahan seterusnya...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 7, 2013

BONGKAR: SIAPA PAPA GOMO?

Papa Gomo sekali lagi telah menggemparkan dunia politik negara dengan mengistiharkan beliau akan bertanding dimana Anwar Ibrahim akan bertanding tak kira di Perak, Pulau Pinang tanpa mengira peringkat DUN mahupun Parlimen..
Aku terpanggil untuk mendedahkan identiti blogger yg bernama PAPA Gomo ini..
Seperti umum tahu Papa Gomo dan aku bermula dalam dunia blogging ini pada tahun 2008.. Pasca PRU 12 melahirkan ramai mereka yg menggunakan ruang cyber sebagai wadah..
Kami bermula di tempat dan masa yang sama..
Kami sentiasa berada di dalam ruang yang sama dan kami sentiasa berada dalam lingkungan manusia yang sama..
Jadi disini aku boleh katakan yang aku kenal sangat dengan Gomo ni..
Bukan saja Gomo, aku kenal sangat dengan nama-nama seperti PASBERUK, AAKJ, PANEH MIANG & PISAU..
jadi menjelang penamaan calon ini, Papa Gomo akan aku buka perihal siapa manusia disebalik nama ini..

Harap Papa Gomo akan bersedia..

Maafkan aku.. Aku hanya melakukan apa yang sudah lama aku patut lakukan..

Published with Blogger-droid v2.0.10

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..