Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:
-
Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang ber...
-
Pembiayaan TEKUN Konsep Pembiayaan TEKUN Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah. Jumlah Pembiayaan Jumlah pemb...
-
Seorang isteri hilang pertimbangan dengan menghentak kepala suaminya dengan batu lesung kerana tidak dibelikan baju raya. Kejadian berlaku d...
-
Makcik-makcik ni dari Gombak merungut tindakan Pak Samad dan mereka berbaju BERSHIT mencemarkan sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke 55.. ...
-
ahahahahahahahahha... salah maklumat rupanya... kena tumbuk bukan kena pijak... walaupun itu adalah salah satu dari azam tahun baru 20...
-
Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan.... Masa Depan...?? Aku pun tak pasti apa...
AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????
Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..
Saturday, August 23, 2008
SPOTCHECK
TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan mengenai perkhidmatan sistem rel di Kuala Lumpur, semalam.
PM tak puas hati
TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan mengenai perkhidmatan sistem rel di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.
Perdana Menteri yang meninjau kemudahan pengangkutan awam itu hari ini dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT) telah mendengar sendiri rungutan dan masalah orang ramai yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu.
Daripada situ katanya, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.
“Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sistem.
“Ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki,” katanya kepada Bernama di stesen LRT Masjid Jamek.
Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.
Perdana Menteri, yang tidak diiringi mana-mana pegawai daripada dua perkhidmatan rel berkenaan, tiba di stesen Komuter KTM Serdang pada pukul 8.15 pagi tetapi tidak dapat menaiki tren yang tiba pada waktu itu kerana terlalu sesak.
Beliau menaiki tren seterusnya yang tiba 15 minit kemudian untuk menuju ke KL Sentral, hab pengangkutan moden bagi pelbagai perkhidmatan rel.
Di situ, Abdullah juga terpaksa menunggu seketika bagi menukar kepada perkhidmatan LRT Putra untuk ke stesen Masjid Jamek kerana tren yang pertama tiba juga penuh.
Dalam kedua-dua tren yang dinaikinya itu, Perdana Menteri yang berbaju batik warna merah bercorak keemasan, terpaksa berdiri walaupun ada penumpang yang menawarkan tempat duduk kepada beliau.
Setiba di stesen Masjid Jamek pada 9.15 pagi, Abdullah berbual-bual dengan orang ramai. Sebelum beredar, beliau sempat membeli beberapa jenis kuih daripada penjual di situ.
Perdana Menteri berkata beliau akan memberi perhatian kepada usaha memastikan mutu perkhidmatan kedua-dua sistem rel itu diperbaiki.
Katanya jadual waktu yang tidak tepat dan sikap penumpang yang berebut-rebut memasuki tren juga menimbulkan masalah kepada penumpang lain.
“Saya dapati memang tren-tren ini cukup sesak dengan penumpang, ada yang tunggu sampai tiga tren tak dapat naik, dan ada yang memintas dan mengetepikan orang tua.
“Saya mahu mesti ada perubahan dalam hal ini,” katanya.
Perdana Menteri berkata, langkah segera yang akan diambil termasuk memantapkan sistem jadual perjalanan dan sistem beratur, serta perhatian diberi kepada warga tua dan wanita yang membawa anak.
“Banyak lagi pandangan penumpang yang diberi kepada saya untuk diambil perhatian. Saya akan usahakan untuk memperbaikinya, saya akan cadangkan perubahan-perubahan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya sudah lama menyedari masalah kekurangan kapasiti tren LRT dan pada 2006 telah menempah sebanyak 22 tren empat gerabak yang dijangka memasuki operasi pada akhir 2009.
– Bernama
Melihat dari laporan yang aku petik dari utusanoline ni, aku bersyukur sebab dapat lihat seorang yang bertaraf Perdana Menteri menaiki kenderaan awam bersama-sama dengan rakyat tanpa majlis yang membazir dan bermuka-muka.. Pak Lah menaiki Komuter tanpa pegawai-pegawai dari kementerian yang bertanggungjawab.. dari itu aku boleh lihat yang ini memang betul-betul SPOTCHECK...
kalau ada sesiapa yang mempertikaikan tindakan Pak Lah untuk memeriksa perkhidmatan Komuter & LRT sudah tentu boleh aku kelaskan sebagai orang yang tidak pernah menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini secara 'regular basis'.... mungkin kepejabat dengan kereta atau mungkin orang kampung yang hanya menaiki kedua-dua perkhidmatan ini bila sekali-sekala turun ke ibu kota..
sebagai seorang yang tinggal berhampiran dengan salah satu stesen komuter, aku berpengalaman luas & merasakan asam garam menaiki pengangkutan awam yang menjadi pilihan majoriti warga kota Kuala Lumpur tanpa mengira latar belakang...
aku pernah menunggu selama 1jam di stesen dan pernah sekali makcikku menunggu selama 2jam di KL Sentral untuk pulang dari kerja... aku juga pernah berdiri dari stesen berhampiran rumahku hingga ke seremban yang memakan masa 1 1/2 jam... dan paling yang aku bosan bila perjalanan yang sepatutnya sekitar 1/2jam menjadi 1jam bila tren berhenti-henti terlalu lama bagi memberi laluan kepada tren lain yang jelas menunjukkan ketidakcekapan dari segi pengurusan perkhidmatan...
mungkin ada yang mengatakan ini gimik politik yang ada hubungkaitnya dengan Pilihanraya kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.. mungkin ada yang mengatakan satu tindakan terdesak PakLah yang melihat dirinya telah jauh dari rakyat yang memilihnya sebagai pemimpin tertinggi negara.. dan pelbagai spekulasi-spekulasi dan pendapat dari rakan-rakan Blogger dan media alternatif...
pada aku yang tak berapa bijak ni, yang agak bodoh tentang permainan & percaturan politik merasakan yang biarlah apapun niatnya. biarlah apa pun percaturan dan permainannya.. tetapi kesan dari tindakan itu yang penting.. komen dari PakLah sendiri amat penting bagi memastikan pegawai-pegawai yang berkenaan membuka mata dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik... melihat foto PakLah berdiri menaiki komuter bersama-sama penumpang lain mengingatkan aku pada pemimpin diseberang tambak... Melayu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu Malaysia Satu Bahtera
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..