SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, April 28, 2012

#BERSIH3.0 Rakyat Lihat Sendiri "Perhimpunan Aman" anjuran Ambiga





Hari ini adalah harinya rakyat melihat apa yang dikatakan sebagai "Perhimpunan Aman" versi Ambiga, DSAI dan seluruh pakatan pembangkang..


media menunjukkan kereta polis diserang, kemudian dipecahkan dan kemudian senjata api di rampas..

halangan polis di rempuh, polis di cederakan dan harta benda awam dirosakkan..





rakyat hari ini juga melihat apa saja yang selama ini sering dinafikan oleh penyokong BERSIH terjadi.. apa yang selama ini merupakan amaran hari ini menjadi kenyataan..




apakah selama ini kita buta dan pekak?


adakah selama ini kita terlalu ego untuk mendengar apa yang orang lain kata semata-mata kita taasub dengan ideologi yang kita pegang..


adakah kita sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata kerana kita terlalu taasub dengan perkataan Islam, Ulama, Syurga, Pahala, Syahid dan lain-lain perkataan yang keluar dari mulut pemimpin pujaan kita..


tidakkah kita belajar dari apa yang telah berlaku sebelum ini..?


mahukah kita mempertaruhkan masa depan dan keamanan yang kita akan wariskan kepada anak-anak kita suatu hari nanti??


adakah ini yang ingin kita ajar kepada anak kita? adakah kita mahu ajar kepada mereka, "boleh langgar peraturan asalkan dapat apa yang kita mahu"...


dan kepada mereka yang kononnya memperjuangkan isi dan intipati tuntutan BERSIH, fikirkan ini..


jika benar intipati BERSIH 2.0 yang diperjuangkan, mengapa masih lagi mahu buat perarakan sedangkan Yang Di Pertuan Agong sudah bersetuju untuk menerima memorandum mereka?


mengapa masih lagi mahu berhimpun hari ini sedangkan 7 dari 8 tuntutan BERSIH 2.0 sudah dan sedang dilakukan oleh kerajaan?


Mengapa ada yang berlakon mati berulang kali pada BERSIH 2.0 jika tidak mahu membuatkan pendemonstrator lebih marah kepada kerajaan dan polis?


mengapa hari ini polis diserang, dipukul jika tidak untuk memprovokasi polis supaya bertindak?




salahkah polis untuk bertindak menggunakan air bertekanan tinggi dan gas pemedih mata setelah dari semalam hingga petang dibiarkan mereka berleluasa?


apa lagi modal anda semua untuk halalkan tindakan mereka ini? apa lagi yang boleh anda nafikan tentang agenda tersembunyi disebalik tuntutan dan kononnya Hak untuk berbuat demikian?


dimanakah HAK saya dan rakyat Malaysia yang lain? mengapa tidak anda kisah dan ambil tahu..




Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..