SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Friday, September 26, 2008

Salam Aidil Fitri Dan Selamat Berjuang....



Alhamdulillah.... Dalam berbelanja semasa bulan puasa ni aku sempat juga menabung untuk masa depan....

Masa Depan...??

Aku pun tak pasti apa yang akan berlaku pada masa depan... sesiapa yang mengatakan dia tahu mungkin tergolong dalam golongan yang hebat-hebat... maka jelaslah aku bukan tergolong dalam golongan itu...

Tapi... ada sesuatu yang aku amat yakin... aku yakin, apa yang aku lakukan pada hari ini akan mempengaruhi hari-hari yang akan datang... apa yang terjadi hari ini akan menentukan hari esok...

Menyedari perkara itu, aku amat takut apa yang berlaku hari ini pada bangsaku... pada Bulan yang Mulia ini, seakan-akan segelintir yang tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku... masih lagi ingin menangguk di air yang keruh... masih lagi ingin menjadi opurtunis... mengambil kesempatan atas apa yang berlaku untuk kepentingan diri...

tidakah kita sedar yang kita semakin jauh dari matlamat asal? tidakkah kita faham yang kita perlu berubah cara pemikiran sebelum kita tersungkur dan tidak bangun-bangun lagi...

kita perlu perubahan... perubahan dari segi cara kita melihat sesuatu.... dari hati terus ke minda dan dizahirkan melalui perbuatan....

Semoga Ramadhan yang bakal pergi ini memastikan kita terus bersyukur dan tidak alpa... tidak alpa tentang perjuangan yang sebenar... Salam Ramadhan & Salam Aidil Fitri buat Sahabat-sahabat & Kawan-kawan yang sentiasa Dekat di hati.... Hmm... Melayu...

Sunday, September 21, 2008

Mencabar Pemikiran Orang Melayu...


Adam yang Menyanyi...


Banyak yang berlaku baru-baru ini hingga membuatkan aku serabut.. tapi alhamdulillah aku dapat banyak respon dari sahabat-sahabat mengenai blog aku ni... ramai yang komen secara lisan, SMS dan tak lupa juga yang memberikan komen terus di sini... malah, blog aku telah mencapai hit yang ke 300 kurang dari sebulan & tak lupa pada Farah yang menjadi Follower blog aku yang pertama... ahahaahahah... Terima kasih aku pada sahabat-sahabat semua...


pada satu malam ketika aku sedang cuba hendak tidur (agak sukar kebelakangan ini..) aku memdapat panggilan telefon dari sorang kawan yang agak lama aku tidak hubungi.. dia tanya tentang blog aku.. tujuan aku buat blog.. ape motif aku yang tersembunyi... dan soalan yang dia ulang-ulang tanyakan pada aku ialah, kenapa aku suka menghentam orang melayu dalam setiap entry... akan seperti menambah lagi masalah yang perlu di fikirkan...



aku ketawa agak keras ketika menjawab soalannya.. jawapan aku sangat jelas aku rasa..( tapi dia terus menyoal.. kenapa ya??) aku katakan, aku menulis blog ini bukan atas arahan sesiapa, bukan tujuan untuk menangkis sebarang tohmahan orang pada sesiapa.. jauh sekali untuk menunjukkan keburukan sesiapa... aku menulis blog ini untuk aku sampaikan apa yang aku rasa berlaku hari ini... sebagai platform untuk aku kongsikan dengan sahabat-sahabat dan kawan-kawan.. aku berkawan dengan sesiapa pun, tak kira ideologi atau batasan bangsa atau ras.. mereka yang membaca blog ini bebas untuk menilai, mentafsir malah mengkritik semahu mereka... sekurang-kurangnya aku mampu memberi satu persepsi pada mereka yang membaca.. samada persepsi yang menyokong pendapat mereka atau yang berbeza...



kenapa aku mengkritik orang melayu?
aku sedar dan jelas yang manusia bergelar melayu ini sangat takut perlindungannya di ganggu.. Pemahaman tentang Hak Istimewa Orang Melayu & Definisi Ketuanan Melayu yang aku cabar dengan jelas... seperti menongkah arus...
lebih mudah untuk menuduh peristiwa 13 mei 1969 adalah disebabkan oleh kerakusan bangsa cina daripada mengakui punca sebenarnya adalah dari sikap orang melayu yang selesa dan tidak mahu keluar mengundi.. cakap-cakap seperti "buat apa nak mengundi, kita dah merdeka" kedengaran sehingga menyebabkan Perikatan mendapat 74 undi dan Pembangkang mendapat 70 undi yang melihatkan kuala lumpur jatuh ketangan pembangkang & mereka menjadi berani untuk berarak di jalan-jalan raya...
rentetan itu menyebabkan perubahan mentaliti bangsa Melayu dan meletakkan prejudis pada bangsa lain... semangat melayu di salah arahkan kepada mengatakan Ketuanan Melayu bermaksud bangsa Melayu adalah penduduk asal & patut diberi keistimewaan... bangsa lain berhutang kepada orang melayu kerana memberikan kerakyatan...
mereka lupa yang orang melayu ada banyak pilihan untuk merdeka... merdeka cara Indonesia, dengan kekerasan.. merdeka cara India, dengan mogok... malah dengan cara yang lebih lambat... menunggu sehingga 10 tahun... semua itu membolehkan Melayu membina negaranya deang sendiri... tapi melayu memilih untuk berkongsi kuasa... MEMILIH bukan TERPAKSA... jadi tidak timbul soal hutang berhutang....
ada juga yang tersalah tafsir... pada mereka Hak Istimewa Orang Melayu adalah bukti pengiktirafan Definisi Ketuanan Melayu versi mereka itu... tapi mereka lupa yang tujuan utama Hak Istimewa Orang Melayu adalah kerana orang melayu hingga hari ini adalah bangsa yang paling mundur, paling terkebelakang.... keistimewaan ini adalah untuk memastikan keseimbangan supaya dapat bersaing dalam arus perdana hari ini, supaya tidak tertinggal.... malah Laporan Suruhanjaya Reid semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan menjelaskan perkara ini... malah mencadangkan supaya perkara ini dikaji semula selepas merdeka lebih tepat lagi 15tahun selepas merdeka.....

kesannya dari definisi Ketuanan Melayu yang semberono ini kita dapat lihat pada bangsa melayu hari ini.... Mereka berasa selesa dengan apa yang mereka ada hari ini... tidak berasa tercabar.. menganggap keistimewaan yang diberikan adalah kekal & menjadi bangsa yang bergantung pada bantuan dan sokongan... merasakan sokongan kepada mereka adalah tanggungjawab pemerintah... akhirnya melahirkan generasi yang malas, suka ambil mudah, suka bersenang lenang, tidak boleh merasa susah... jati diri yang lemah.....
maka ini kita dapat lihat kenapa melayu masih lagi di belakang dari segala aspek kecuali dalam statistik jenayah dan masalah masalah sosial....
lebih sedih lagi bila ada kata-kata supaya tidak di persoalkan tentang perkara-perkara menyentuh Hak Istimewa Orang Melayu yang menyebabkan timbul rasa tidak puashati dikalangan orang bukan melayu dan malah orang melayu itu sendiri... ini kerana masyarakat semakin terbuka mindanya... masyarakat itu perlu dirasionalkan dengan sesuatu yang boleh diterima akal...
Agenda Melayu adalah Agenda Nasional demi untuk memastikan keseimbangan dari segi ekonomi agar tiada kaum yang terpinggir dari arus perdana.... agar semua dapat bersaing dengan adil dan akhirnya matlamat untuk kesamarataan dapat dicapai selepas perbezaan di samakan... Dan ini patut di sebarkan dan difahami oleh semua peringkat mesyarakat.. melayu dan bukan melayu....
aku mengkritik kerana kepincangan dan sikap orang melayu itu sendiri... kerana jika tiada perubahan minda dikalangan orang melayu maka orang melayu itu sendiri akan kehilangan segala-galanya... & perubahan ini perlu dilakukan oleh golongan muda kerana yang tua sudah tegar dengan metalitinya & mungkin tidak akan dapat berubah... supaya kita dapat meniti hari-hari ini.. agar masa depan kita terjamin...Hmm... Melayu..

Saturday, September 20, 2008

Sahabat...

Malam semalam aku balik dari majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat... mendapat SMS dari Jai membuatkan aku tanpa berfikir panjang bersetuju dan menghubungi Haida & Shuli... dua sahabat aku yang aku boleh gelarkan sebagai Pejuang.. aku pun dengan penuh semangat kesana walaupun aku agak sibuk hari itu... Keluar dari rumah selepas Jumaat, terus ke USJ tapi tiba-tiba urusan disana agak lewat selesai... tapi tetap bersemangat atas nama Sahabat...
Setiba disana aku agak terkilan dan sedih kerana tidak ramai yang hadir, hanya muka-muka yang selalu dipanggil... hanya mereka yang dekat.... dimanakah sahabat-sahabat aku yang lain? sibuk dengan kerjakah? atau sudah merajuk, membawa diri.... aku teringat suatu ketika dahulu, kami tidak pernah menggunakan alasan penat atau sibuk untuk tidak hadir majlis-majlis untuk sahabat... malah sering aku lihat mereka sendiri yang bersemangat untuk berkumpul dan berjumpa... sudah pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka menjauhkan diri...

adakah ini yang dinamakan sahabat? hanya orang-orang yang sering dihubungi.. bagaimana pula dengan mereka-mereka yang telah lama tidak dihubungi? adakah kerana mereka ini tidak lagi diperlukan oleh sebab sudah ada sahabat-sahabat yang baru? adakah ini definisi baru sahabat? dijaga bila diperlukan, di biarkan bila ada yang baru.... kalau beginilah istilah terkini sahabat, maka jauhlah terpesongnya matlamat sahabat itu sendiri....

biasalah... bila sudah berkumpul, maka adalah diskusinya.... dan apabila sahabat-sahabat bekas mahasiswa dikumpulkan maka isu politik kampus tidak mahu tidak sudah tentu disentuh...

PERLUKAH PERKARA INI DI TIMBULKAN?

Mahasiswa hari ini aku lihat tidak matang, bodoh dan penakut.... berbeza dengan kehendak arus semasa yang sentiasa memerlukan golongan berpendidikan tinggi untuk mempunyai kesedaran yang tinggi tentang perkara-perkara disekeliling mereka.... ini tidak ada bezanya ketika zaman aku dahulu... malah zaman-zaman sebelumku... tapi itulah yang menakutkan aku... tiada perubahan pemikiran.... masih dalam keadaan selesa & memikirkan yang pendidikan mereka adalah untuk kesenangan hidup individu semata-mata.... dan hanyut dalam arus perdana kerana tidak bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan... akhirnya akan menyalahkan PEMERINTAH kerana nasib mereka yang mereka cipta sendiri..... tiada bezanya mereka dengan orang-orang yang tidak ada peluang untuk ke menara gading...

pada mereka yang sedar keperluan untuk mengikuti perkembangan sekeliling, kebodohan & kedangkalan sekali lagi menguasai diri... hanya tahu mengkritik tanpa pengetahuan jelas tentang apa yg di kritik....
ini diambil kesempatan oleh golongan-golongan yang ada agenda tersendiri.... mengisi kekosongan minda mahasiswa dengan maklumat-maklumat yang membantu mereka untuk mencapai matlamat mereka....
ini perlu diambil perhatian yg kursus... bukan tidak ada tindakan ada tetapi tidak cekap... Perkataan seperti PRO-ASPIRASI sering kita dengar... tapi setakat mana hebatnye mereka....
di lindungi, selesa dan merasakan mereka selamat menyebabkan mereka alpa... malah gerakan-gerakan menggembling juga amat lemah dan goyah..... mereka tidak diisi dengan api perjuangan, tidak di lengkapi dengan ilmu yg cukup untuk menangkis hujah-hujah lawan apatah lagi untuk mempengaruhi orang lain untuk berjuang bersama....

malah aku lihat, mereka ini mengharap-harap bantuan... segalanya mengharapkan orang lain..
bukan sifat pejuang kalau meminta-minta dan berharap.... betapa lemahnya mereka berbanding dengan pihak lawan...

itulah sifat mahasiswa hari ini... mengharapkan bantuan.. mengharapkan orang lain membela nasib mereka.... lebih sedih lagi mereka ini majoritinya terdiri dari bangsaku... hmm.. Melayu...

So Thats The Story La...

Saturday September 20, 2008
Pak Lah under pressure to exit
By JOCELINE TAN
PETALING JAYA: The Prime Minister is under pressure to fast-forward the transition plan that would have seen him handing over power to his deputy in 2010.
Umno supreme council members had reportedly told Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in their meeting on Thursday that the political situation was not improving and that he should consider an earlier exit.
At the same time, Abdullah’s supporters are rallying around him to ask him to stick to the transition plan and defend his president’s post, if need be.
Abdullah presenting Hari Raya goodies to Ramli Osman at the Al-Imam Ash-Shafei mosque in Taman Maluri, Kuala Lumpur. With him are wife Datin Seri Jeanne Abdullah and Datin Anna Razak.
Home Minister and supreme council member Datuk Seri Syed Hamid Albar revealed that Abdullah listened intently and asked for time to discuss the matter with Datuk Seri Najib Tun Razak.
“He is conscious of the wishes of the grassroots and he said he is willing to exercise flexibility.
“I don’t think there is any necessity to talk about applying pressure. Let him make the decision,” said Syed Hamid.
The minister said Abdullah was also aware of the time line €” Oct 9 €” when Umno divisions will begin their annual meetings to nominate candidates for party posts, including those for the president and deputy president.
Five supreme council members spoke during the closed-door meeting, four explaining the need for a quicker exit plan saying that it would not be feasible for the party president to stay beyond December when the party convenes for the General Assembly.
The four were vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin, Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Wanita chief Tan Sri Rafidah Aziz and supreme council member Datuk Seri Shafie Apdal, who is Unity, Culture, Arts and Heritage Minister.
Rafidah is said to have told Abdullah that Wanita grassroots members had informed her that he might not even be able to secure the minimum 58 nominations required to defend his presidency. Her no-holds barred approach caused several of those present to ask her to tone down.
Kelantan Umno chief Tan Sri Annuar Musa was the only one who spoke up for Abdullah, criticising those asking him to go.
He reminded the two top leaders that they had committed themselves to the 2010 transition plan.
Several more were about to speak but Najib, noticing that Abdullah was visibly affected, stepped in and ended the discussion, saying that those who spoke had made their point. He asked that Abdullah and him be allowed to take the discussion to a more “private level.”
Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latif Ahmad said the supreme council must be informed about details of the transition because “this is not a private love affair between two people.”
“We should not be kept in the dark because it affects the country, Barisan Nasional and Umno,” he told The Star.
Analyst Datuk Seri Annuar Zaini said a captain needed accurate information to negotiate stormy seas.
“The decision lies with Pak Lah and it is good he knows the situation on the ground,” he said.
A senior member of the supreme council has been tasked by the others to meet Abdullah soon to secure a more definite answer from him.
Datuk Alwi Che Ahmad, the Prime Minister’s political secretary, said of now, Abdullah stood by the 2010 transition plan.
At the Selangor Umno liaison committee meeting yesterday, 20 of the 22 divisions wanted state party chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib to ask Abdullah “to have a big heart and accept that the political situation calls for change.”
They also called for a smooth and graceful transition that will not involve a contest for the top post.

http://thestar.com.my/

Friday, September 12, 2008

Tidurlah Dengan Tenang Malam Ini...

Ahmad reda
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menerima dengan reda keputusan menggantung haknya sebagai ahli seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat khasnya hari ini.
Beliau yakin bukan mudah untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota MT memutuskannya kerana ia melibatkan satu tindakan yang berkemungkinan tidak berpihak kepada UMNO.
Bagaimanapun beliau percaya keputusan seperti itu terpaksa juga dibuat bagi memastikan keselamatan di negara ini terpelihara.
''Dasar kepimpinan Datuk Seri (Abdullah) adalah berasaskan kepada keselamatan selain kestabilan negara dan ekonomi.
''Oleh itu apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kita ini (Abdullah dan Najib) bersama anggota MT yang lain adalah untuk keselamatan negara walaupun keputusan ini mungkin tidak berpihak kepada UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Tingkat 38, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai reaksi terhadap hukuman yang diterimanya.
Ahmad yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum telah digantung haknya sebagai ahli selama tiga tahun oleh mesyuarat khas MT hari ini.
Dengan pergantungan tersebut, segala jawatan yang dipegangnya di dalam UMNO gugur selain hilang kelayakan bertanding dalam apa-apa jawatan di dalam parti.
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini iaitu selaras dengan fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.
Ahmad berkata, kesetiaannya terhadap UMNO tidak akan terjejas dan akan terus berjuang bersama parti itu walau apa sekalipun berlaku.
''Saya mempunyai masa yang cukup panjang selepas ini. Saya akan bina semula cerucuk di atas tapak yang sama. Saya tetap akan bersama UMNO kerana UMNO adalah parti saya.
''Saya menganggap apa berlaku ini adalah ketetapan yang telah ditentukan sejak azali lagi. Hari ini telah sempurna qada dan qadar Allah ke atas diri saya dan saya terimanya dengan penuh reda,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan sama beliau meminta kepada semua orang Melayu terutama di kawasan Bukit Bendera supaya bertenang dengan tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh memudaratkan negara.
''Sebenarnya orang Melayu Bukit Bendera mahu datang ke PWTC dengan 10 bas dan mereka mahu melakukan protes tetapi saya merayu kepada mereka dan Alhamdulillah mereka tidak hadir.
''Bagi seluruh orang Melayu dan Islam yang lain saya minta kita kuatkan perpaduan kerana dengan berpadu sahaja kekuatan kita bakal terserlah. Apa yang berlaku sebelum ini berpunca daripada orang Melayu berpecah belah. Jadikan peristiwa ini pengajaran kepada kita,'' katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meminta maaf, Ahmad menegaskan yang beliau tidak akan minta maaf dan bersedia menerima risiko akibat daripada perbuatannya itu.
''Saya tidak akan minta maaf, kalau saya kaki bodek saya tidak akan tiba peringkat ini. Disebabkan ketegasan saya kena macam ini (dihukum). Saya tidak kisah... no problem (tiada masalah) saya terima,'' ujar beliau.
Menjawab satu soalan Ahmad berkata, buat masa ini beliau belum terfikir untuk membuat rayuan tetapi ia bergantung kepada pendapat ahli-ahli UMNO di dalam bahagian.
''Kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon saya ucapkan tahniah kerana dia menang pada permainan kali ini tetapi saya berjanji akan kembali semula satu hari nanti,'' katanya.

http://www.utusan.com.my/

Hebat sungguh tindakan yang dikenakan oleh Presiden UMNO yang juga merupakan pemimpin tertinggi negara untuk memuaskan hati pemimpin dalam Barisan Nasional demi untuk memastikan kestabilan kerajaan yang sedia ada terjaga.. Keputusan ini dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO sehari selepas mesyuarat Barisan Nasional yang disifatkan oleh Presiden PPP, Datuk M.Kavias sebagai "PALING TERBUKA" sepanjang penglibatannya dalam Barisan Nasional.. Pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang mendesak demi untuk menjadi jagoan kaum mereka... Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang tidak mendapat sokongan kaum mereka ketika Pilihanraya Umum Ke-13 tempoh hari...

Seorang pemimpin bahagian UMNO telah digantung keahliannya selama 3 tahun kerana menyatakan FAKTA SEJARAH... namun tiada sesiapa pun tampil untuk membela beliau dan berdasarkan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan menunjukkan yang beliau tahu yang perkara ini akan berlaku dan beliau faham kenapa keputusan itu di adakan...
DAN sehingga saat aku menulis entry ini, beliau masih lagi berpegang pada pendirian beliau untuk TIDAK memohon maaf....

Pada aku, yang berlaku telah pun berlaku... keputusan yang telah dibuat akan menampakkan kesannya setelah seberapa lama perkara ini berlarutan.. ada pihak yang bertepuk tangan dan ada pihak yang tersenyum selepas menangguk di air yang keruh...

TAPI... aku masih ada keraguan sedikit... jika kenyataan seumpama itu telah membunuh kerjaya politik seseorang dan telah membuatkan seorang Timbalan Perdana Menteri memohon maaf, apa pula tindakan yang TELAH dikenakan oleh orang yang melakukan perkara ini :



DAN apakah tindakan yang sesuai dikenakan pada orang yang melakukan perkara ini pula?




soal Pak Lah lemah, Najib lemah telah lama aku dengar... sudah jelak aku terangkan pada umum sepanjang perjalanan ini.. tapi tidak pernah penat aku ulangi...

Pemimpin kuat atau lemah bergantung pada sokongan yang diterimanya... lebih banyak sokongan yang diterimanya maka kuatlah dia...

tapi apabila melayu itu sendiri bercakaran.. masing-masing dengan ideologi yang berubah mengikut musim pilihanraya... dengan sikap bangsanya yang terlalu selesa dengan apa yang ada... sikap suka mengambil mudah dan memandang politik itu sesuatu yang jijik dan kotor serta meletakkan TANGGUNGJAWAB mengundi itu suatu yang tidak perlu tapi melaung-laungkan HAK telah membuatkan kedudukan pemimpin itu lemah secara sendirinya...

Melayulah yang menyebabkan pemimpinnya lemah... tapi, siapalah yang mahu mengaku jika terberak ditepi jalan... lebih selesa dan menyenangkan untuk menundung jari pada orang lain dan meletakkan kesalahan pada bahu orang yang bertungkus lumus untuk memastikan kita dapat hidup aman dan damai kerana dengan berbuat demikian, kita dapat tidur malam ini dengan tenang tanpa rasa bersalah... Hmm... Melayu...

Tuesday, September 9, 2008

Anak Tupai...

video

Hari ini aku lihat satu video yg pada aku kreatif.... tidak dicemar dengan kelucahan seperti banyak video yang aku dah lihat... mungkin videonya tidak "original" tapi kreativitinya yang aku kagumi... siapa kata kreatif orang melayu tidak bertempat? (kalau di buat oleh orang melayu la..)

Kadang-kadang aku tertanya... kenapa seseorang itu buat sesuatu yang tidak menguntungkan dirinya... mencanang keseluruh dunia tentang rancangannya untuk menumpaskan seterunya walaupun dia tahu musuh-musuhnya akan mengambil langkah berjaga-jaga dan seterusnya sudah pasti akan menggagalkan usahanya untuk menggulingkan seteru utamanya itu...

kenapa ya? orang yang amat bijak bistari sepertinya boleh membuat kesilapan sebegitu... atau itu salah satu dari percaturannya?

apa pun percaturan atau strateginya, yang aku jelas ialah keresahan rakyat bila tertekan.. tertekan dengan keadaan kos sara hidup, kenaikan harga minyak menyebabkan mereka melupakan perjuangan masa panjang dan termakan janji-janji dongeng yang belum tentu betul lagi....

dengan keadaan ekonomi dunia yang seperti ini, pelabur-pelabur luar sudah pasti akan mencatur dengan lebih baik lagi.. memastikan setiap risiko pelaburan adalah seminima mungkin dan sudah pasti kestabilan politik adalah antara faktor penting penilaian mereka...

pelaburan asing adalah sumber utama pendapatan negara... hampir separuh dari sektor perindustrian bergantung pada pelaburan asing... kurangnya pelaburan asing akan menyebabkan ekonomi negara akan merundum seterusnya akan menyebabkan pengucupan produktiviti dan akhirnya akan memaksa majikan untuk mengurangkan pekerja...

APA yang akan berlaku?

ramai yang akan hilang pekerjaan kerana majikan memilih untuk menggajikan warga asing yang kosnya jauh lebih murah.. harga barang akan naik kerana produk buatan tempatan berkurangan & menyebabkan negara bergantung pada import...

RAKYAT HILANG KERJA + HARGA BARANG NAIK = KOS SARA HIDUP MELEBIHI KEMAMPUAN..

jenayah akan berleluasa kerana kesempitan hidup & mengambil jalan mudah... rasuah menjadi kebiasaan... rakyat jadi marah pada pemerintah atas apa yang berlaku...

AKHIRNYA rakyat akan memilih pihak yang menjanjikan penyelesaian pada masalah-masalah mereka... orang yang berjanji paling manis & mampu meyakinkan mereka akan berjaya menjadi pemerintah... orang yang sama pada awalnya menjaja ketidakstabilan & menakut-nakutkan pelabur asing yang menjadi punca musibah ini berlaku....????????

Tapi... Perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.... bukan sebulan dua kesannya.. mungkin akan memakan masa 3-5 tahun lagi... 2012 atau 2013 mungkin....

2013...???

entah lah.... aku ni bukanlah dari golongan bijak pandai dalam politik... bukan pencatur-pencatur hebat dalam arena ekonomi... malah bukan sesiapa pun...

cuma aku ingin ingatkan diriku dan sahabat-sahabatku yang perjuangan ini bukan untuk hari ini atau hari esok... perjuangan hari ini adalah untuk masa depan yang terjamin... bukan saja untuk aku secara individu atau keluargaku sahaja... tapi demi bumi yang aku cintai ini.... Hmm.. Melayu...

Saturday, September 6, 2008

Alhamdulillah....




Alhamdulillah... hari ini sehari lagi aku berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubaraq ini.... Sedikit rezeki yang Allah beri pada kami sekeluarga aku cuba ceriakan ketika berbuka dengan gurauan dan senda... aku juga membantu membasuh & mengemas... sesuatu yang amat jarang aku lakukan... semuanya kerana aku mahukan perubahan yang lebih baik untuk aku dan orang-orang di sekeliling aku...
aku juga bersyukur dengan komen dari sahabat-sahabat yang melawat blog aku ini... komen-komen anda aku terima dengan penuh rasa gembira.. blog aku juga telah tampil dengan font baru.. supaya lebih 'relax' mata memandang...
aku menulis untuk aku dan sahabat-sahabat... agar bercambah minda kita... supaya kita tidak terkongkong dengan pemikiran terdahulu terutamanya pemikiran era 70-an yang aku kira agak keterlaluan kesan dari peristiwa 13 mei 1969... kerana perlu sedar disini, kita adalah generasi pasca 70an yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang menganjurkan perpaduan, bukan kebencian... sama sekali bukan perpecahan....
jadi haruslah perubahan itu bermula dari diri... yang penting sekali perubahan dari segi bagaimana melihat sesuatu perkara... bagaimana pengorbanan dilihat bukan dari saja dari atas kertas sahaja.. malah perlu lebih jauh lagi.. iaitu penerimaan dan memahamkan...
aku amat mengalu-alukan pandangan yang berbeza malah mungkin mencabar pandanganku... bukan untuk menbuktikan aku ini benar tetapi untuk bersama-sama membentangkan hujah yang akan membuka satu lagi perspektif baru dalam fikiranku ini...
lama sudah aku tidak turun ke dunia nyata... bersama-sama melayu di luar lingkup hidupku... mereka yang menghuni lorong-lorong.. yang menggadaikan nyawanya di jalanraya... mereka yang tercelaru jantinanya... yang menaiki bas,LRT dan Komuter....
InsyaAllah... aku akan bersama-sama bangsaku... bukan sekadar dalam ruang selesaku dan mengkritik dari jauh... tapi mendapat pemikiran mereka... bantuan sahabat-sahabat dan kawan-kawan amat aku perlukan dan hargai....
Semoga Kita Sentiasa Berada Dalam Limpahan Kemanisan IMAN Hendaknya..... InsyaAllah....
Hmm... Melayu...

Wednesday, September 3, 2008

Tuankah Melayu...

UMNO minta maaf kenyataan Ahmad – TPM
KUALA LUMPUR 2 Sept. – UMNO hari ini memohon maaf atas kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lepas.
Permohonan maaf itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO dengan menegaskan, parti amat sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan tersebut dan tindakan terhadap Ahmad akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu akan datang.
‘‘UMNO memohon maaf atas kenyataan tersebut dan menegaskan ia merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukan pendirian UMNO ataupun kerajaan.
Maruah
‘‘UMNO tidak anggap warga Malaysia bukan Melayu iaitu Cina, India dan lain-lain menumpang di negara ini, sebaliknya mereka warganegara yang mempunyai hak sepenuhnya dan akan menjaga kepentingan serta maruah mereka,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Eeastar keluaran Chery yang dipasang di Malaysia hari ini.
Tegas Najib, kenyataan itu amat dikesali oleh UMNO dan kerajaan serta sesuatu ucapan yang tidak diperlukan.
‘‘UMNO memohon maaf walaupun kenyataan itu dibuat oleh seorang ketua bahagian dan menegaskan kenyataan itu tidak melambangkan pendirian parti ataupun kepimpinan keseluruhannya,’’ katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Sabtu lepas memberitahu, Ahmad mungkin tidak bermaksud dengan apa yang dikatakan.
Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan Ahmad mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pemimpin MCA, Datuk Dr. Fong Chan Onn pula mencadangkan agar Ahmad dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

http://www.utusan.com.my/

walau apa pun cerita sebenar disebalik kes ini.. mungkin disalah ertikan, mungkin dimanipulasikan... jelas ianya menimbulkan keresahan dalam masa yang sangat meresahkan ini...

tapi memang itu lah cara pemikiran orang melayu yang kononnya pejuang... yang rasa dirinya serba tahu... konon dirinya membawa perjuangan orang melayu... rupa-rupanya tukang sorak... pemahaman yang dikongsi oleh ramai orang... samada yang menyokong atau menentang...

mentaliti 70an, kurang pemahaman tentang hak istimewa orang melayu serta maksud ketuanan melayu itu sendiri menyebabkan tukang sorak yang agak pandai bercakap ini menjajakan omongan bodoh yang akhirnya menjerat diri sendiri.... merosakkan perpaduan...

kepada mereka yang masih BODOH dalam perkara ini, izinkan aku berkongsi serba sedikit ape yang aku kutip dari pengalaman aku selama 26 tahun hidup di bumi Allah ini...

aku mulakan dengan kata-kata Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama... "semasa kemerdekaan, kita bermula di garis mula yang berlainan"... ini merujuk pada ekonomi, pendidikan, sosial dan jumlah dalam pentadbiran...

secara ekonominya ketika kemerdekaan orang melayu memiliki 8.2 % pegangan ekuiti negara.. itupun dimonopoli oleh autokrat-autokrat melayu... para bangsawan dan raja-raja melayu... manakala, selebihnya dikuasai oleh bangsa cina...

dari segi pendidikan, amat jauh sekali... melayu hanya dibenarkan untuk membina sekolah-sekolah pondok yang menjurus kepada keagamaan.. mengasingkan melayu dari arus pendidikan perdana yang membolehkan mereka memegang jawatan-jawatan penting... sesuatu yang telah diamalkan selama ratusan tahun... sebagai contoh " Beri pendidikan kepada melayu supaya dia lebih pandai sedikit dari bapanya. jika bapanya seorang petani, jadikan dia seorang petani yang lebih baik dari bapanya"... ini berbeza dengan sekolah cina yang memberikan pendidikan yang jauh lebih baik dan di isi dengan ilmu-ilmu moden supaya mereka dapat mengubah nasib keluarga mereka agar jadi lebih baik... sekolah-sekolah mubaligh kristian yang sampai hari ini tersergam indah...

dari segi sosialnya melayu memang jauh terpinggir... dasar pecah dan perintah yang di amalkan british menghalang dari melayu untuk bersatu dan berinteraksi dengan bangsa lain dalam skop yang lebih besar...

sudah tentu apabila tiada pendidikan, apalah jawatan kerajaan yang boleh di sandang oleh orang melayu.. berbanding dengan orang cina yang banyak memegang jawatan dalam pentadbiran... jawatan yang layak di isi oleh orang melayu ialah peon, budak pejabat dan pemandu... seperti yang sering di tayangkan dalam drama-drama dan filem hari ini...

jadi ketika Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Laporan Suruhanjaya Reid di gubal, perkara-perkara ini di ambil kira bagi mengimbangi ketidak seimbangan ini... dan ini di panggil Hak Istimewa Orang Melayu yang menggariskan beberapa perkara utama :

1. Tugas Yang Di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa orang melayu dan bumiputera.
2. Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk merizabkan quota unutk orang melayu & Bumiputera bagi:

  • penjawatan dalam kerajaan
  • biasiswa & pendidikan
  • tender-tender kerajaan dan permit

3. Apa-apa yang terkandung dalam Perkara ni tidak boleh digunakan untuk menghalang perniagaan dan perdagangan bangsa lain.

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Article_153_of_the_Constitution_of_Malaysia

jelas disini kita dapat lihat bahawa ini bukan meletakkan melayu itu lebih baik atau lebih agung dari bangsa lain... sekadar untuk memastikan tiada ketidak seimbangan dalam negara yang berbilang kaum ini... jadi tiada istilah menekan kaum lain kerana dalam perkara 153 sendiri di gubal dengan kawalan..

adakah masih relevan dalam senario hari ini? yang rakyatnya boleh berinteraksi antara satu sama lain tanpa kekangan kaum, yang tiada pergaduhan atau perpecahan lagi.. yang kita boleh lihat melayu kini boleh memandu kereta yang sama hebat dengan bangsa lain...

Mari kita lihat Fakta hari ini :

rakyat Malaysia = 26 juta orang

Melayu = 16 juta orang (55%)

pegangan ekuiti (perniagaan/aset/hartanah/saham etc) = 18.2%

selebihnya bukan melayu

ekuiti hartanah cina (bangunan/rumah/tanah etc) = 70%

jelas di sini boleh lihat bahawa perbezaan dari segi pegangan ekuiti dari segi hartanah mahupun apa saja kekayaan hasil Malaysia tercinta ini masih lagi tidak seimbang dan masih lagi tidak relevan untuk memberi peluang samarata kerana sama rata itu tidak semestinya adil...

timbul pula persoalan tentang KETUANAN MELAYU.... sering kita dimomokkan dengan kata-kata melayu itu TUAN di bumi tercinta ini.. Kerana Melayu itu orang asal dan Bangsa Bukan Melayu hanyalah pendatang & tidak layak diberi layanan sama rata...

malah wikipedia.org juga mentakrif lebih kurang seperti maksud yang aku katakan tadi..

"Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance[1]) is a belief that the Malay people are the tuan (masters) of Malaysia. The Malaysian Chinese and Indian-Malaysians who form a significant minority in Malaysia, are considered beholden to the Malays for granting them citizenship in return for special privileges as set out in Article 153 of the Constitution of Malaysia"

rujuk :http://en.wikipedia.org/wiki/Ketuanan_Melayu

Inikah KETUANAN MELAYU?

inikah pengertian KETUANAN MELAYU yang sebenar? meletakkan melayu itu melebihi bangsa lain.. bangsa yang agung dari bangsa-bangsa yang dikatakan pendatang... hanya kerana memberikan kerakyatan kepada bukan melayu? adakah ini definisi Ketuanan yang jelas tidak selaras dengan Islam? definisi yang di pegang oleh majoriti rakyat Malaysia sama ada di peringkat pemimpin atau yang di pimpin... tak kira mereka yang menyokong atau menentang...

walaupun majoriti rakyat Malaysia berfikiran demikian, tidak bermakna ini adalah maksud sebenar...

Tuan bemaksud orang yang menguasai... kalau aku berkuasa terhadap seseorang maka aku lah tuan bagi orang itu.. sama seperti seorang raja menguasai negerinya, maka RAJA itu adalah TUAN bagi negerinya itu..

aku memecahkan negara kita kepada 4 elemen untuk memudahkan pemahaman:

  • POLITIK
  • EKONOMI
  • PENDIDIKAN
  • SOSIAL

kalau sesuatu bangsa itu ingin berjaya maka perlulah ia menguasai ke semua elemen tersebut... namun jika tidak ia akan kebelakang dan terpisah dari arus pembangunan negara kerana tidak mampu bersaing..

perjuangan KETUANAN MELAYU adalah perjuangan untuk menguasai elemen-elemen ini... jadi ketuanan disini adalah penguasaan orang melayu pada kelemahannya, BUKAN pada bangsa-bangsa lain...

tapi atas kebodohan dan kedangkalan orang melayu sendiri dan hanyutnya mereka dalam khayalan ingin menjadi Tuan.. umpama tidak berpijak dibumi yang nyata... menyebabkan melayu akan hilang penguasaan dari segi POLITIK pula...

ingatlah semua, tiada bangsa yang lebih hebat dari bangsa lain di Malaysia ini... tiada bangsa yang Tuan kepada bangsa lain kerana kita ini adalah RAKYAT RAJA... Subject of The King... sebelum merdeka dan selepas merdeka.... sedarlah.... Hmm.. Melayu...

Kebebasan Atau Kebodohan...

aku menonton satu forum di TV1.. stesen televisyen kerajaan dibawah Kementerian Penerangan yang Menterinya bernama Datuk Sabree Bin Chik tak silap aku (siapa lah aku untuk tahu nama menteri).... Forum mingguan yang berbahasa cina Bertajuk What Say You... Siaran langsungnya aku tak berapa pasti bila tapi aku sering menonton ulangannya pada hari rabu jam 11 pagi kerana siap dengan sarikatanya...

apa yang menarik tentang forum ini? sangat menarik.. forum ini menampilkan 3 ahli panel yang bertukar setiap tajuk.. dam hari ini tajuknya tak lain tak bukan berkisar tentang patriotisma dan kemerdekaan...

sekali pandang memang bagus, ruang untuk kaum cina berbincang secara umum tentang isu-isu semasa... tapi bagaimana ia di jalankan menjadi pertikaian aku yang bodoh dan tak tahu tentang strategi politik..

panel-panel semuanya menghentam dasar-dasar kerajaan, seperti kerajaan ni memang berat sebelah... bersikap menindas kepada kaum cina dan memperkecilkan sumbangan kaum lain dalam pembangunan negara...

kenyataan seorang ahli panelnya berbunyi " pemimpin melayan rakyat seperti budak tadika.."
dan ada ahli panel yang berkata " sudah masanya untuk hapuskan status bumiputera dan beri layanan sama rata..." "rakyat cari hala tuju selepas kerajaan tak mampu selesaikan masalah mereka"
DAN yang menariknya tiada ahli panel atau moderator yang menerangkan pandangan yang dari sudut yang mewakili kerajaan... tiada yang berpandangan kontra.. kalau ditanya pada aku yang bodoh ni, aku akan kata ini adalah forum yang berat sebelah. tiada check and balance... sesuatu yang tidak beretika... pelbagai soalan timbul bila persoalan timbul bila ini berbaur hasutan dan boleh menyebabkan mereka pergi bertambah jauh terpesong dari matlamat negara kita yang mementingkan perpaduan.... menjarakkan lagi antara kaum di Malaysia..

bukan sekali ini saja aku tonton forum ini malah pernah aku lihat bekas menteri kesihatan Chua Soi Lek menjadi panel dan mengeluarkan kata-kata yang aku sendiri tidak percaya di keluarkan oleh orang yang pernah berjuang bersama-sama pemimpin kerajaan... kata-kata seperti "politik berbentuk perkauman tidak relevan" seperti melabel kerajaan sekarang lebih menjurus perjuangan satu kaum... malah moderatornya sering menjuruskan tentang ini...

satu lagi yang aku sangat pelik bila ada saja kata-kata dari panel atau pemanggil yang boleh dikatakan sensitif, sarikata tidak disediakan... tapi aku yang mendengar ni tidak lah sebodoh mana, perkataan seperti Khalid Ibrahim, MB selangor, 10% UiTM, sudah cukup untuk orang biasa seperti aku faham... soalnya kenapa tidak beri aku peluang untuk faham sedangkan penonton yang tahu berbahasa cina faham... apakah yang cuba mereka bawa kepada penonton berbangsa cina?

adakan pihak penerbit forum ingin capai dengan memberikan ruang yang besar kepada mereka ini tanpa ada check & balance? adakan penerbit ingin menjadi jagoan dengan mengatakan ini akan menolak kata-kata yang mengatakan RTM ini tidak memberi ruang kepada suara rakyat berbangsa cina...

adakah ini cara yang terbaik untuk mendapat sokongan kaum cina?

dengan memberikan kebebasan kepada mereka untuk berkata apa saja dalam bahasa ibunda mereka tanpa ada pandangan kontra?

adakan ini caranya yang akan merapatkan jurang antara kaum?

janganlah memberi tikus membetulkan labu.. kerana tikus akan memakan labu itu untuk dirinya dan merosakkannya sehingga tidak boleh di baiki lagi.... Hmm.. Melayu...

Tuesday, September 2, 2008

100... Terima Kasih...

Alhamdulillah... Counter aku telah menunjukkan pelawat seramai 100 orang... bertambah semangat aku untuk menulis.. komen dari kawan-kawan dan sahabat-sahabat menguatkan lagi jejari ini untuk menulis....
kadang-kadang agak penat juga aku memikirkan masalah-masalah bangsaku ini... kebodohan, kealpaan malah kedangkalan orang-orang yang bergelar melayu...
tapi aku bersyukur pada Allah yang menemukan aku dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang sama-sama memikirkan tentang halatuju bangsaku...

sama-sama berjuang kearah itu... terima kasih sahabat kerana memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang....
InsyaAllah... aku akan terus bersama-sama berjuang walaupun aku tahu aku belum layak digelar pejuang.... Hmm.. Melayu...

RAJA itu SIMBOL?

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq pada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang sedang menunaikan ibadah paling popular ini...

Berpuasa mengajar aku supaya bersabar... bersabar dengan bukan saja menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi dengan menahan diri dari kemarahan... kemarahan yang sering menjadi isu penting dalam hidup aku ini...

Tapi setelah dua hari Ramadhan yang mulia ini menjelma, kesabaran aku di uji dengan kebodohan dan kecetekan ilmu oleh mereka yang dijadikan panel dalam rancangan forum... sudah tentulah mereka ini di pilih menjadi panel kerana pengetahuan mereka yang luas dalam bidang mereka... kalau nak dibandingkan dengan aku yang bodoh dan tidak berpendidikan ini, sudah tentu pihak penerbit rancangan tidak mahu jadikan aku panel dalam forum mereka...

Laman Minda anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). berkisarkan patriotisma, disiarkan di TV9 & panelnya terdiri daripada bukan calang-calang orang.. Prof. Dr. Zainal Bin Keling, penyandang Kursi Tun Ghafar Baba,UPSI dan Puan Zamani binti Hamid, Ketua Unit Sejarah & Kajian Tempatan, KPM...
hujah-hujah mereka memang hebat... kalau nak di bandingkan dengan aku, sudah tentu jauh panggang dari api... penuh dengan fakta-fakta dan kronologi-kronologi sejarah yang menunjukkan keintelektualan mereka...
Tapi yang aku amat sedihnya bila Puan Zamani memberikan definisi RAJA dalam konteks kita sebagai rakyat Malaysia... beliau menyatakan bahawa Raja adalah SIMBOL dalam negara... lebih tepat lagi "Fungsi Raja dalam sistem pemerintahan malaysia adalah sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia"...

RAJA dalam Sistem Pemerintahan Malaysia adalah semata-mata simbol perpaduan?

ini kata-kata intelektual melayu yang hasil dari kemerdekaan selama 51tahun?

manusia-manusia yang menyelaraskan buku sejarah untuk generasi muda meletakkan Raja hanya sebagai SIMBOL?

patutlah anak muda hari ini tidak kenal asal-usul mereka... patutlah anak mudah hari ini sendiri membuta-tuli menyokong mereka yang menganjurkan perpecahan atas nama demokrasi...

kepada kawan-kawan yang juga seperti mereka yang KONONNYA intelek.. biar aku terangkan apakan fungsi Raja dalam Pemerintahan Malaysia...

Sistem Pemerintahan Malaysia Ialah Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan...

Demokrasi Berasal dari perkataan Greek : " Demos" bermaksud rakyat & "Cratos" bermaksud memerintah/kekuatan... jadi ini bermaksud rakyat memilih kerajaan yang akan mentadbir... ini kita boleh lihat dari pilihanraya yang berlaku...

"It is derived from the Greek δημοκρατία ([dimokratia] (help·info)), "popular government"[1] which was coined from δήμος (dēmos), "people" and κράτος (kratos), "rule, strength"
rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Democracy
bukan kebebasan bersuara atau berdemonstrasi seperti pemikiran jumut sesetengah pihak..

Parlimen adalah satu badan Perundangan yang menggubal (membentuk), meminda (pinda) dan memansuhkan (menghapuskan) sesuatu undang-undang...
parlimen terdiri daripada 2 komponen iaitu Dewan Rakyat yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya dan Dewan Negara yang terdiri dari Senator-senator yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong dan wakil-wakil setiap negeri...

Raja yang di wakili oleh Yang di-Pertuan Agong ialah PEMERINTAH TERTINGGI dalam negara, Ketua Utama Persekutuan...

"The Yang di-Pertuan Agong is the highest ranking office created by the constitution of the federation of Malaysia. The office was first established in 1957. In accordance with the constitution the holder of this office is "the Supreme Head of the Federation" and as such he is Malaysia's Head of State."
rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Yang_Dipertuan_Agong

perlembagaan adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia...

"The Constitution of Malaysia, comprising 181 articles, is the supreme law of Malaysia. It is formally known as the Federal Constitution of Malaysia."
rujuk : http://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia

perlembagaan itu sendiri menggariskan kuasa raja-raja, maka disini jelaslah yang kuasa raja-raja & bagaimana raja-raja memerintah adalah berlandaskan perlembagaan.. berbeza dengan sistem Monarki penuh seperti yang diamalkan di Brunei...

walaupun kita dapat lihat Perdana Menteri adalah orang yang menentukan dasar-dasar dan mentadbir negara.. seperti orang yang paling berkuasa dalam negara kita tetapi setiap, undang-undang, keputusan pentadbiran seperti kelulusan bajet, menggubal (membentuk), meminda (pinda) dan memansuhkan (menghapuskan) sesuatu undang-undang yang telah di luluskan oleh parlimen perlu mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong...

Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ketua Agama bagi Persekutuan dan Bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Orang Melayu dan Bumiputera...

Raja-raja Melayu yang lain juga adalah pemerintah tertinggi negeri masing-masing... dengan fungsi-fungsi yang hampir sama dengan Yang di-Pertuan Agong...

Jadi disini dimana letaknya Raja itu sebagai SIMBOL??

SIMBOL bermaksud perlambangan, bermaksud lain dari dirinya yang sebenar, mewakili sesuatu...

adakah Raja pada intelek-intelek naif ini hanya lambang? hanya sesuatu yang di tunjukkan untuk menunjukkan sesuatu yang bukan seorang pemerintah?...

kata-kata ini pada aku adalah pengkhianatan, an act of treason, pemesongan dan satu petanda yang betapa rendahnya, ceteknya pemahaman orang melayu itu di peringkat mereka yang bergelar intelek....

AYUH!!! ayuh sahabat-sahabat.... kita ubah pemikiran kita, tambah pengetahuan kita... jangan kita jadi orang yang kononnya pakar tetapi rupanya jiwa dan roh kita masih lagi kosong di bulan yang paling diberkati Allah ini... hmm... Melayu...


AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..