ini adalah artikel ketiga aku mengenai PAPA GOMO.. kelewatan aku menyiarkan artikel tentang blogger kontroversi ini adalah untuk menghormati permintaan beberapa rakan seperjuangan yang mahu aku memperlahankan langkah dalam tindakan aku ini..
ini berkaitan dengan persediaan mereka menghadapi PRU ke 13 pada 5 mei nanti.. semalam Barisan Nasional telah menyerahkan watikah kepada pengerusi BN negeri di PWTC dan hari ini senarai itu telahpun dipaparkan di laman-laman web dan serata media maya...
jadi aku mengambil keputusan untuk menulis juga sebelum penamaan calon pada 20 haribulan nanti..
aku tertarik untuk menyiarkan artikel Papa Gomo tak lama dulu...
Saat Ini Gomo sedang mengenangkan malam pilihanraya 2008 yang mana Gomo ikuti keputusan pengundian secara langsung melalui berita Awani pada lewat petang itu dikedai mamak. Satu persatu keputusan keluar dan Gomo lihat reaksi orang ramai yang berada disekitar Gomo ada yang bersorak dan ada yang menggelengkan kepala. Parti mana mereka? Gomo tidak tahu kerana waktu itu 2008 Gomo tidak arif untuk berbicara soal politik.
Malam itu gamat lah disana sini bahawa Pembangkang menang besar yang mana waktu itu mereka memberikan kemenangan yang tidak cukup buat kerajaan Barisan Nasional untuk meraih 2/3 daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dan menawan 4 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan paling mengejutkan Selangor.
Gomo tidak ambil kisah kemenangan besar pembangkang pada malam itu sehinggalah Gomo melintasi 2 buah restoran Cina. Agak kaget Gomo apabila melihat masyarakat Cina yang berada di restoran tersebut bersorak kegembiraan dengan kekalahan besar Barisan Nasional. Gelas bertemu gelas dan pada malam itu Gomo dapat lihat mereka meraikan kemenangan besar Pakatan Pembangkang sehingga larut pagi.
Gomo waktu itu tidak faham apa yang elok dan apa yang tidak elok dengan kekalahan besar Barisan Nasional kerana waktu itu Gomo belum lagi mempunyai Blog melainkan menjadi tukang komen dalam musuh utama iaitu Blog Anwar Ibrahim.
Esoknya seawal pagi lagi Gomo membeli suratkabar Utusan bagi melihat keputusan penuh pilihanraya 2008. Tidak cukup dengan membaca di kedai mamak Gomo pulang ke rumah dan membuat analisa kerana ingin mengetahui mengapa kaum Cina bersorak riang pada malam sebelumnya. Apabila selesai Gomo melihat keputusan pilihanraya 2008 barulah Gomo sedar bahawa parti pembangkang dikuasai oleh kaum Cina yang mana atas sebab sebab tersebutlah mereka meraikan kemenangan besar Pakatan Pembangkang.
5 Ekor Babi Meraikan 5 Negeri Yang berjaya Pakatan Menangi PRU2008
DAP parti Cina manakala PKR juga kuat dengan kemenangan calon Kaum Cina. Melayu dalam PAS dan PKR tidak berjaya mengatasi dominasi kemenangan kaum Cina dalam DAP dan PKR.
Pulau Pinang dikuasai DAP secara total, Perak juga begitu dan ianya juga sama di Selangor yang mana kuasa utama adalah parti DAP. Gomo waktu itu tidak mngetahui latar belakang parti DAP melainkan teringat kata seorang Guru waktu Gomo bersekolah dulu apabila beliau melihat satu bendera DAP dipasang dipagar sekolah
"Pantang nenek moyang aku dengan bendera Rocket ni"
Cikgu Gomo waktu itu terus mencabut bendera DAP dan membakar bendera tersebut dengan mukanya yang bengis.
Kerana teringat apa yang berlaku waktu sekolah lalu dan analisis kemenangan besar DAP pada PRU tahun itu Gomo mencari maklumat apa parti DAP ini? Siapa mereka? Ideologi apa mereka ini?
Serius Gomo katakan apabila Gomo mengetahui sejarah DAP, Gomo jadi marah, memberontak jiwa dan paling teruk waktu itu Gomo tidak senang duduk. DAP adalah serpihan parti PAP yang kini menjadi kerajaan kekal Singapura negeri yang dulunya milik orang Melayu yang kini hanya lambang muka melayu di note dollar mereka dan lagu kebangsaan mereka yang dalam bahasa Melayu sahaja. Warisan Melayu yang lain dicampakkan ke flat flat seluruh Singapura menjadikan Melayu Singapura menumpang dinegeri mereka sendiri.
Paling Gomo berangin satu badan apabila mengetahui yang PAP adalah sayap parti Komunis yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya terutama orang Melayu pada waktu getir sebelum kita mencapai kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. DAP menyokong Chin Peng ketua Komunis yang kini tinggal di Thailand. Teringat cerita Bukit Kepong yang mana perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara berakhir dengan pembunuhan kejam Komunis yang diketuai Chin Peng.
Hari demi hari berlalu Gomo mengikuti perkembangan politik negara secara berkeseorangan kerana waktu itu Gomo tiada teman politik melainkan berjuang secara berseorangan. Tampa diarah tampa disuruh Gomo bangkit untuk menyedarkan orang Melayu situasi yang mungkin Melayu tidak sedar agenda halus parti DAP ini.
Sejak dari itu sehingga kini Gomo teruskan perjuangan dan hasilnya semakin lama Gomo mempelajari sejarah parti parti ini Gomo lihat satu persatu agenda bangsat DAP dalam menjadikan Malaysia negara republik sepertimana yang berlaku kepada Singapura.
http://www.papagomo.com/2013/03/43-juta-pageviews-blog-papa-gomo-belum.html
artikel ini membuat aku tersentak buat seketika... aku merasakan yang aku membaca tentang diri aku.. inilah juga yang aku alami pada 2008 dahulu..
keadaan lebih jelas dimata aku kerana ketika itu aku sedang bertugas di Pulau Pinang.. DAP meraikan kejayaan mereka besar-besaran...
pejabat Ketua Menteri awal-awal pagi telah di kepung oleh penyokong-penyokong DAP..
anak-anak kecil temangu-mangu apabila dewan orang ramai yang digunakan untuk dijadikan tadika KEMAS dikunci pagarnya..
tauke-tauke cina tanpa segan silu mengusung perempuan melayu atas alasan negeri sudah jadi milik mereka..
dan aku telah memulakan langkah sendiri untuk bertapak di alam maya.. semuanya kerana impak dari apa yang aku lihat selepas PRU 12 berakhir..
dan aku pasti ramai yang juga mengalami kejutan dan membuatkan mereka lebih peka terhadap politik negara...
aku pasti ramai yang mahu mengenali siapa itu Papa Gomo.. bukan sekadar kerana status blogger kontroversinya.. bukan juga sekadar popularitinya... tetapi untuk mengenali siapakah gerangannya yang sentiasa melakukan perkara yang orang lain tak mampu lakukan...
Bro Gomo... aku buat ni bukan sebab aku anti pada kau tapi atas rasa hormat...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..