SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, March 5, 2009

Kedaulatan Undang-Undang...

ampun dan maaf aku pinta pada semua sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang menunggu entry terkini dari aku.. bukan tak mahu memberi komen atau pun di tekan oleh mana-mana pihak tapi tangan ini terikat oleh komitmen-komitmen tugas yang aku tau semua sedia maklum memerlukan aku berada di sana-sini... ada ketikanya aku terfikir untuk ambil masa untuk aku berehat sebentar...

banyak yang berlaku sepanjang perjalanan aku kesana sini.. macam-macam peristiwa penting aku lihat di dada-dada akhbar tak kira arus perdana atau media alternatif...

dari krisis ekonomi dunia ke kemelut politik Perak hinggalah hari pernikahan Jai, sahabatku yang melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, wanita Johor yang aku pasti adalah seorang wanita yang baik dan mampu menjaga sahabatku yang tak kurang bijak & bertanggungjawab.. tahniah Jai... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

semua itu berlaku tanpa aku berada disana untuk mengalaminya... namun tidak bermakna aku tidak mengambil tahu atau tidak peduli kerana aku yakin apa yang berlaku hari ini akan mempengaruhi masa depan...

tapi ada perkara yang berlaku di depan mataku sendiri... ketika aku sedang menunggu kereta aku di servis, aku lihat sebuah kenderaan 4x4 tertera Jata Negara dan bertulis Kementerian Dalam Negeri berhenti di kedai runcit di sebelah bengkel tempat aku menservis kereta...
seorang lelaki yang aku rasa pegawai dari kementerian dan di ikuti oleh seorang perempuan dan dua orang lelaki keluar dari kenderaan itu dan terus ke kaunter...
aku lihat selepas memperkenalkan diri, lelaki-lelaki itu keluar dan mula mengumpulkan akhbar Siasah dan Harakah dari rak akhbar...
aku pun bertanya... " bang, nape ni? kena rampas ke?"
seorang dari mereka pn jawab " a'ah.. sebab benda ni semua boleh jual tapi terhad pada markaz-markaz je, tak boleh jual kat kedai-kedai ni.."
aku pn gatal tanya lagi.. ' habis tu kat mana je boleh jual?"
"kat markaz PAS dengan KeADILan je la, sebab ni akhbar politik.. KDN bagi lesen untuk jual kat tempat diorang je la.. bukan untuk edaran di tempat awam.."
"Oooo... kira edaran terhad je la?"
"ha.. Ye la... Dah permit ngan lesen dia macam tu.."
tiba-tiba seorang kakak ni keluar dari kedai dan cakap " habis tu macam mana orang nak tau, PAS bukan boleh keluar kt Utusan.."
lelaki itu pun menjawab dengan tenang.. " boleh beli kak, tapi akak kena beli kat tempat dorang la.."
kakak tu pun jawab " bukan semua orang boleh pergi sana... tah ape-ape la korang ni..." lepas itu berlalu dengan laju... mungkin selepas melihat aku tak bagi sebarang respon sebab aku lihat dia pandang aku berkali-kali dengan harapan aku akan menyokongnya...

aku malas nak campur urusan tu kerana aku rasa mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan... dan aku amat bangga kerana mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan profesional walaupun mungkin ideologi politik mereka tidak sehaluan dengan kerajaan..

Harakah & Siasah adalah akhbar lidah rasmi bagi parti PAS dan PKR.. jadi secara logiknya pengedaran bahan bacaan mereka terhad kepada ahli PAS dan PKR sahaja.. kerana secara prinsipnya juga makalah-makalah ini tidak akan berlaku adil kepada pihak yang tidak menyokong mereka... mana pihak yang mahu menyiarkan berita yang pastinya merugikan malah tidak memihak pada mereka...

malah.. aku lihat sejak aku membaca lidah rasmi PAS ini, tidak pernah walau sekali pun pemimpin PAS di cela ataupun di maki apatah lagi dihina oleh penulis-penulis dalam Harakah...
malah dalam Siasah & Harakah baru-baru ini memuji dan menyanjung proses demokrasi apabila menang pilihanraya dan paling terbaru apabila ADUN UMNO di Perak keluar dari UMNO dan menyertai PKR..
tapi apabila 2 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP bertindak keluar parti dan ADUN UMNO kembali ke UMNO yang mengakibatkan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat.. Pelbagai tohmahan dan maki-hamun di hamburkan oleh kedua-dua akhbar tersebut...
malah Elizabeth Wong dipertahankan sehebat-hebatnya oleh Harakah dan Siasah walaupun jelas sekali gambar itu diambil secara rela... walaupun secara jelasnya teman lelaki Eli adalah seorang melayu.. walaupun secara jelasnya gaya hidup Eli bertentangan nilai-nilai moral ketimuran yang kita beria-ia pertahankan selama ini... semuanya HALAL selagi ianya memihak pada mereka...

bukan aku nak memburukkan mana-mana pihak.. aku secara jujurnya tak kisah pun apa yang nak di tulis dalam akhbar-akhbar ini kerana bagi aku, Harakah & Siasah adalah lidah rasmi PAS & PKR jadi memang sepatutnya isinya berpihak pada mereka..
tapi yang ingin aku cakap di sini ialah, undang-undang tetap undang-undang... terpakai pada semua orang tanpa pengecualian...
dan jika permit atau lesen yang diberi memperuntukkan penjualannya hanya di tempat-tempat tertentu maka sewajarnya dipatuhi...
maka jika undang-undang dipatuhi oleh rakyat akan amanlah negara kita.. jangan salahkan penjawat awam yang menjalankan tugas mereka demi untuk memastikan kesenangan dan kesejahteraan kita... Hmm.. Melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..