Muktamar PAS dah bermula..
Ada beberapa perkara menarik berlaku di awal muktamar Parti yang kini dalam krisis kepercayaan dari dalam dan luar parti mereka..
Lakonan juga bermula, skrip yang telah tersedia kini sekadar dibaca oleh para perwakilan..
Umum tahu yang kini PAS dilihat sebagai "Pak Turut" dalam pakatan bersama DAP & PKR kini terdesak untuk mengembalikan kepercayaan penyokong mereka dan dalam masa yang sama menjaga hubungan dengan rakan dalam pakatan..
Maka strateginya ialah menunjukkan kononnya perwakilan sudah boleh menyuarakan isi hati akar umbi tapi tidak menyentuh perkara-perkara yang kini menjadi persoalan utama rakyat kepada PAS..
Antara perkara menarik yang berlaku dalam pementasan "Muk-Drama" PAS ialah:
- Ketua Dewan Pemuda PAS mengistihar hartanya.
- Beberapa Perwakilan Pemuda PAS kritik Harakah.
- Ketua Dewan Ulama minta Mufti Perak bertaubat kerana dikatakan tidak memperjuangkan Islam (versi PAS)
- Perwakilan Dewan Muslimat PAS kritik Kerajaan PAS Kedah tak martabatkan wanita
PAS cuba bermain teknik "divert attention" dalam muktamar ini dengan membangkitkan isu-isu kecil yang selama ini di suarakan di peringkat akar umbi bagi mengalihkan perhatian dari isu-isu besar yang melanda mereka..
Pada aku, Muktamar kali ini walau apa pun yang di sampaikan oleh perwakilan hanyalah satu lagi pentas sandiwara tahunan PAS..
Published with Blogger-droid v2.0.9