SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Sunday, August 30, 2009

Negaraku Merdeka sudah 52 tahun...


Tidak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan Persekutuan Malaysia yang ke 52.. pada mereka yang buta sejarah ataupun tidak tahu, negara yang kita ini adalah sebuah persekutuan.. gabungan 13 negeri yang membentuk satu persekutuan.. persekutuan yang bermula sebagai Persekutuan Tanah Melayu dan apabila Sabah, Sarawak dan Singapura (keluar dari persekutuan pada 1965) menyertai persekutuan ini pada 16 september 1963, ianya dikenali sebagai Malaysia...

jadi tidak timbullah kenapa hari kemerdekaan kita tidak disambut pada 16 september kerana Sabah,Sarawak dan Singapura MENYERTAI persekutuan.. bukan membentuk negara baru...
maka timbul pula persoalan kenapa kita mengamalkan sistem Raja berpelembagaan sedangkan kita sebuah persekutuan...

setakat ini, hanya Malaysia sahaja yang mengamalkan sistem Raja berpelembagaan bagi sebuah persekutuan..

negara jiran seperti Thailand mengamalkan sistem raja berpelembagaan tetapi ianya bukan sebuah persekutuan tetapi sebuah satu negara yang keseluruhannya menumpahkan kesetiaan kepada satu kerajaan iaitu kerajaan pusat...
negara tetangga kita Indonesia pula memilih untuk menggunakan sistem berpresiden bagi republiknya yang merupakan juga sebuah persekutuan...
kenapa kita menggunakan sistem ini walaupun kita adalah sebuah persekutuan?
untuk menjawab soalan itu kita seharusnya faham sejarah kita... bagi yang Mahabuta sejarah atau sekadar melaungkan kesetiaan kosong pada institusi raja.. harap dapatlah mencelikkan sedikit mata kita...
kita perlu sedar.. sebelum 31 ogos 1957, negeri-negeri di Tanah Melayu diperintah oleh Raja, Sultan ataupun Pembesar-Pembesar Negeri Sembilan secara mutlak.. dalam erti kata lain, pemerintahan kita adalah Monarki secara total... Sultan, Raja dan Pembesar Negeri Sembilan berkuasa penuh dalam hal-hal pentadbiran dan campur tangan British menyebabkan penjajahan secara 'perlindungan' telah menyebabkan rakyat (yang ketika itu adalah orang Melayu) terpinggir dan hasil negeri dikaut keluar...

setelah perjuangan menjatuhkan Malayan Union dan memperjuangankan kemerdekaan oleh rakyat yang diketuai oleh UMNO, raja-raja kembali mendapat kuasa mereka dan raja-raja telah membebaskan Tanah Melayu ini dari pengaruh British...
Raja-raja yang membebaskan Tanah Melayu? buktinya?

5 Ogos 1957

Majlis Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di antara Sir Donald MacGillivray, wakil kerajaan British dan Raja-raja Melayu beserta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di King’s House, Kuala Lumpur.






lihat dengan teliti... siapa yang menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu? perjanjian serta pengisytiharan kemerdekaan yang membebaskan Tanah Melayu dari pengaruh British....

Bukan Tunku Abdul Rahman...
Bukan Tun Tan Cheng Lock...
Bukan Tun V.T sambathan...
Bukan Presiden Perikatan....
TETAPI RAJA_RAJA MELAYU!!!
dan selepas itu mereka menyerahkan SEBAHAGIAN KUASA mereka iaitu kuasa mentadbir kepada rakyat... akan tetapi kuasa dan tugas mereka yang lain masih lagi mereka pikul dan kekalkan sehingga hari ini...
dan ketika mereka menyerahkan sebahagian kuasa itu mereka amanahkan juga kepada anak cucu mereka iaitu generasi melayu supaya mereka bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya dan dengan berpegang padanya maka akan aman dan damai dan selamat sejahtera.
dan amanah itu kita kenali sebagai 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi begini...

‘‘Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.’’

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:


Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN.


Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.
*dipetik dari teks titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 06/08/2009

ini semua bukti bahawa raja-raja bukannya simbol malah adalah pelindung kepada rakyat.. tak kira melayu ataupun kaum-kaum lain...

dan hari ini tugas dan tanggungjawab ini menjadi semakin berat apabila ada usaha-usaha untuk menjatuhkan institusi yang melindungi rakyat ini.. institusi yang menjadi mengimbang dan tempat untuk rakyat berlindung bila berlakunya ketidakstabilan dalam negara...

pihak-pihak yang rakus ini tahu yang pelindung rakyat ini sama sekali tidak mungkin akan beralah ataupun mengetepikan kepentingan rakyat dan tunduk pada kehendak mereka maka di anjurkan masalah demi masalah serta kebencian terhadap Sultan dan Raja-Raja Melayu... kerana hanya dengan menumbangkankan benteng terakhir ini sahaja, matlamat mereka akan tercapai....

jadi sahabat-sahabat dan kawan-kawan sekalian...

cukupkah sekadar mengibarkan bendera pada setiap kali perayaan Kemerdekaan tanpa pengisian jiwa dan pengetahuan?

cukupkah sekadar melaungkan kesetiaan tanpa tahu kenapa kita perlu setia?

cukupkah sekadar melaungkan itu ini tapi sebenarnya kita sendiri tidak tahu kenapa kita melaungkannya?


aku serahkan kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang arif lagi bijaksana untuk menilai dan bertindak...

kerana aku akan terus berjuang dengan cara aku sendiri...

biar penat kaki ini melangkah..

namun mengalah tidak sekali...

dan di setiap langkah yang payah ini.. aku harap setiap kali aku menoleh ke kiri dan kanan.. aku akan lihat wajah-wajah sahabat-sahabat dan kawan-kawan agar menjadi pembakar semangat untuk aku terus melangkah dan terus melangkah...


tak kira dimana kalian berada....

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 52 DAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAQ...



Hmm.. Melayu...

Friday, August 21, 2009

SAYA ANAK MALAYSIA...


Utusan Malaysia 20/08/2009

ISA dipinda Oktober ini


PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukan tertentu akta itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini antaranya melibatkan pengurangan tempoh tahanan tanpa bicara yang kini berjumlah 60 hari.

Pada masa sama, kata beliau, pindaan beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 akan dilakukan serentak supaya ia lebih komprehensif.
''Apa yang penting ialah imbangan kuasa dan hak dalam apa juga tindakan, saya rasa tidak ada mana-mana pihak hendak menafikan bahawa hak majoriti juga penting dalam kita nak pastikan hak asasi manusia.

'Malah, kes yang ada kaitan dengan keganasan telah diterima pakai secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang membabitkan soal ancaman kepada negara yang melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Hadir sama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai bagi melakukan pindaan ke atas ISA agar ia terus relevan dengan tuntutan semasa dan ancaman yang ada pada hari ini.
''Kita nak pastikan berlakunya ketelusan dan proses periksa serta imbang wujud selain tidak ada peluang untuk menyalahgunakan ISA," katanya.

Mengenai pindaan ke atas Akta Polis, Hishammuddin berkata, kerajaan melihat tentang perlunya sesuatu perhimpunan yang terkawal dibenarkan di kawasan tertentu seperti stadium tanpa perlu permohonan permit.

''Tidak perlu minta permit, kalau nak himpun semata-mata dalam keadaan terkawal, polis tidak akan menolak, kita boleh lihat akta itu supaya tidak perlu meminta permit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menyelaraskan usaha mempercepatkan tindakan diambil ke atas pihak tertentu yang menggunakan Internet bagi menyebarkan pandangan berbau hasutan termasuk penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan agama.

''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.

''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien," katanya.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti secara serius termasuk mengambil tindakan undang-undang serta menyekat capaian laman web dan blog yang melanggar peraturan sedia ada.
''Usaha ini termasuk mendakwa penulis-penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan mempersendakan agama," katanya.
pada aku, ISA masih lagi relevan dan praktikal... cuba kita renungkan sejenak..
sesuatu yang belum dilakukan tidak akan dapat didakwa di mana-mana mahkamah yang adil didalam dunia..
tetapi apabila sesuatu itu berlaku, nasi sudah menjadi bubur.. dan dalam hal negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat menjadi taruhannya..
jadi ISA ini wujud bagi mencegah dari sesuatu yang tidak diingini berlaku dari berlaku...
ada yang berkata ISA ini kejam.. menghalang kebebasan seorang individu.. menahan individu secara paksa...
kalau di hujahkan perkara ini pada aku.. jawapan aku mudah saja.. dimanakah dalam mana-mana dunia ini, penahanan seseorang individu itu tidak berbentuk menghalang kebebasan? ada ke manusia dalam dunia ini mahu ditahan secara rela?
kalau kita hendak memandang dari sudut kebebasan individu, lebih baiklah jangan bercerita tentang negara.. kerana kalau kita hendak bercerita tentang isu negara, kita harusnya memandang dari sudut kepentingan rakyat...
mana yang lebih penting?
kebebasan seseorang individu untuk berkata, melakukan apa saja untuk mendapat apa yang dia mahu tanpa menimbang kesan pada negara...?
atau...
kesejahteraan dan keamanan jutaan rakyat negara ini...?
kalau kita lihat dari penahanan ISA sepanjang akta ini wujud, memang banyak orang politik yang ditahan...
tetapi adakah kita mengkaji mengapa mereka ditahan?
atas sebab politik atau tindakan-tindakan mereka yang menjurus kepada mengancam kestabilan negara?
kita lihat contoh Teresa Kok yang ditahan untuk siasatan bawah ISA...
memang benar dia seorang ahli politik... Timbalan Setiausaha Agung DAP Pusat.. ahli parlimen seputeh dan salah sorang ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor...
tapi.. adakah dia ditahan atas sebab itu??
tidak... dia disiasat dibawah ISA kerana menyokong tindakan sebuah persatuan penduduk bukan Islam di taman perumahan di Petaling Jaya yang menghantar memorandum supaya azan diperlahankan laungannya diwaktu subuh kerana dikatakan mengganggu ketenteraman penduduk...
dan rasa-rasanya.. apakah reaksi orang Islam?
jadi adakah perkara ini mengundang kepada bencana?
maka Teresa ditahan untuk SIASATAN dibawah ISA... dan dibebaskan beberapa hari kemudian...
tapi yang aku sedih yang amat sangat... yang berarak di jalanan untuk menyokong GMI (Gerakan Mansuh ISA) adalah orang-orang Islam yang agamanya di lindungi, di payungi dan di jaga oleh peruntukan undang-undang yang mereka nak hapuskan ini....
apakah GILAnya manusia-manusia ini....
dan aku yakin yang amat sangat... bahawa, dari ratusan yang ditahan.. belum tentu semua pernah membaca peruntukan undang-undang ini apatah lagi memahaminya...
jadi terpulanglah kepada empunya badan yang mencari... kalau nak mencari, mahu mengetahui... apa salahnya ke kedai buku dan membeli senaskah AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI yang harganya setakat RM 10 dari terus menjadi orang tolol yang menjadi kuda tunggangan mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan ini...
hmm.. melayu...

Monday, August 17, 2009

1st Year... Thank You All...

racist racist racist.... those words come & come & come like waterfalls to me...



at one point, i felt something when people say that word to me... but after a year doing this blog, this word mean nothing....



for me.. those people that give me that label should as the question to themselves... hiding behind that word to justify what they do that sometime i feel more racist, more unMalaysian that me...



its been a year since i start this blog... & i got support from all corners of this globe...



Farah that at one time in Canada... Friend in this motherland that i cant type all ur names in here.. but u know who u are rite.. & i am greatful becouse i got undevided support from u... thank you....



this 1st year aniversary of this blog had made me who i am... & u all people out there that come and read my blog contribute to making me who i am today...



thank you!!!


hmm... melayu...

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..