Utusan Malaysia 20/08/2009
ISA dipinda Oktober ini
PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukan tertentu akta itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini antaranya melibatkan pengurangan tempoh tahanan tanpa bicara yang kini berjumlah 60 hari.
Pada masa sama, kata beliau, pindaan beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 akan dilakukan serentak supaya ia lebih komprehensif.
''Apa yang penting ialah imbangan kuasa dan hak dalam apa juga tindakan, saya rasa tidak ada mana-mana pihak hendak menafikan bahawa hak majoriti juga penting dalam kita nak pastikan hak asasi manusia.
'Malah, kes yang ada kaitan dengan keganasan telah diterima pakai secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang membabitkan soal ancaman kepada negara yang melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Hadir sama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai bagi melakukan pindaan ke atas ISA agar ia terus relevan dengan tuntutan semasa dan ancaman yang ada pada hari ini.
''Kita nak pastikan berlakunya ketelusan dan proses periksa serta imbang wujud selain tidak ada peluang untuk menyalahgunakan ISA," katanya.
Mengenai pindaan ke atas Akta Polis, Hishammuddin berkata, kerajaan melihat tentang perlunya sesuatu perhimpunan yang terkawal dibenarkan di kawasan tertentu seperti stadium tanpa perlu permohonan permit.
''Tidak perlu minta permit, kalau nak himpun semata-mata dalam keadaan terkawal, polis tidak akan menolak, kita boleh lihat akta itu supaya tidak perlu meminta permit," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menyelaraskan usaha mempercepatkan tindakan diambil ke atas pihak tertentu yang menggunakan Internet bagi menyebarkan pandangan berbau hasutan termasuk penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan agama.
''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.
''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien," katanya.
Katanya, kerajaan juga akan meneliti secara serius termasuk mengambil tindakan undang-undang serta menyekat capaian laman web dan blog yang melanggar peraturan sedia ada.
''Usaha ini termasuk mendakwa penulis-penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan mempersendakan agama," katanya.
pada aku, ISA masih lagi relevan dan praktikal... cuba kita renungkan sejenak..
sesuatu yang belum dilakukan tidak akan dapat didakwa di mana-mana mahkamah yang adil didalam dunia..
tetapi apabila sesuatu itu berlaku, nasi sudah menjadi bubur.. dan dalam hal negara, keamanan dan kesejahteraan rakyat menjadi taruhannya..
jadi ISA ini wujud bagi mencegah dari sesuatu yang tidak diingini berlaku dari berlaku...
ada yang berkata ISA ini kejam.. menghalang kebebasan seorang individu.. menahan individu secara paksa...
kalau di hujahkan perkara ini pada aku.. jawapan aku mudah saja.. dimanakah dalam mana-mana dunia ini, penahanan seseorang individu itu tidak berbentuk menghalang kebebasan? ada ke manusia dalam dunia ini mahu ditahan secara rela?
kalau kita hendak memandang dari sudut kebebasan individu, lebih baiklah jangan bercerita tentang negara.. kerana kalau kita hendak bercerita tentang isu negara, kita harusnya memandang dari sudut kepentingan rakyat...
mana yang lebih penting?
kebebasan seseorang individu untuk berkata, melakukan apa saja untuk mendapat apa yang dia mahu tanpa menimbang kesan pada negara...?
atau...
kesejahteraan dan keamanan jutaan rakyat negara ini...?
kalau kita lihat dari penahanan ISA sepanjang akta ini wujud, memang banyak orang politik yang ditahan...
tetapi adakah kita mengkaji mengapa mereka ditahan?
atas sebab politik atau tindakan-tindakan mereka yang menjurus kepada mengancam kestabilan negara?
kita lihat contoh Teresa Kok yang ditahan untuk siasatan bawah ISA...
memang benar dia seorang ahli politik... Timbalan Setiausaha Agung DAP Pusat.. ahli parlimen seputeh dan salah sorang ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor...
tapi.. adakah dia ditahan atas sebab itu??
tidak... dia disiasat dibawah ISA kerana menyokong tindakan sebuah persatuan penduduk bukan Islam di taman perumahan di Petaling Jaya yang menghantar memorandum supaya azan diperlahankan laungannya diwaktu subuh kerana dikatakan mengganggu ketenteraman penduduk...
dan rasa-rasanya.. apakah reaksi orang Islam?
jadi adakah perkara ini mengundang kepada bencana?
maka Teresa ditahan untuk SIASATAN dibawah ISA... dan dibebaskan beberapa hari kemudian...
tapi yang aku sedih yang amat sangat... yang berarak di jalanan untuk menyokong GMI (Gerakan Mansuh ISA) adalah orang-orang Islam yang agamanya di lindungi, di payungi dan di jaga oleh peruntukan undang-undang yang mereka nak hapuskan ini....
apakah GILAnya manusia-manusia ini....
dan aku yakin yang amat sangat... bahawa, dari ratusan yang ditahan.. belum tentu semua pernah membaca peruntukan undang-undang ini apatah lagi memahaminya...
jadi terpulanglah kepada empunya badan yang mencari... kalau nak mencari, mahu mengetahui... apa salahnya ke kedai buku dan membeli senaskah AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI yang harganya setakat RM 10 dari terus menjadi orang tolol yang menjadi kuda tunggangan mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan ini...
hmm.. melayu...
Tuan,
ReplyDeleteMaafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-
Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.
Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)
di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.
______________________
It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com
Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).
We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.
Terima kasih.
Satu Sekolah Untuk Semua