SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, September 20, 2011

Kisah Seorang Pejuang..

Dah agak lama aku tak menulis... 
agak berat juga jejari yang tak berapa runcing ni nak menaip tapi sesuatu harus aku catitkan untuk memberi pengiktirafan kepada insan ini...

jejari ni menulis dengan harapan semangat pejuang ini dapat kita hayati bersama...

beliau lahir kedalam sebuah keluarga yang sederhana mengikut zamannya... berketurunan Minang kerana bapa dan ibunya dilahirkan di Tanah Minang.. mereka merantau ke Bumi Bertuah ini kerana bapanya mengikut tuntutan budaya agar anak minang keluar merantau...

namun begitu, lahirnya beliau di Hulu Yam Lama yang kini tapak rumahnya di ambil oleh British untuk dijadikan Kampung Baru dalam rancangan Brigg dan mereka diarah keluar tanpa diberi pampasan oleh British ketika itu...

maka beliau sekeluarga membuka tanah di Bukit Tadun, Kuang... dan disana beliau dibesarkan...

bersekolah darjah tiga dan terpaksa bejalan kaki sejauh  lebih 4 batu untuk ke sekolah yang kini terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Kuang.. acap kali beliau bercerita pengalaman beliau bersekolah dan betapa pentingnya pendidikan dalam hidup ini...

berkahwin kali pertama dan dikurniakan seorang puteri dan putera tp yg lelaki meninggal semasa zaman jepun selepas berkahwin dgn suami kedua.....namun jodoh tak berpanjangan kerana suaminya di bawa oleh Jepun untuk dijadikan buruh landasan maut di burma dan tidak pulang-pulang... tak putus juga dari mulutnya tentang susahnya hidup dizaman jepun.

kemudian beliau berkahwin pula dengan seorang mandur di Batu Arang dan kemudian suaminya bekerja sebagai posmen di Kuala Lumpur. hasil perkongsian hidup itu, mereka di kurniakan 8 org dengan suami ke dua dan seorang lelaki meninggal semasa kecil juga.

membesarkan anak-anak di Kuarters Kerajaan Jalan Peel membuatkan beliau melalui dan melihat perubahan didepan mata.. 

dari penentangan Malayan Union ke Perjuangan kearah kemerdekaan hinggalah peristiwa 13 mei 1969... wanita yang bertubuh kecil ini melihat malah terlibat secara langsung dalam pergerakan perjuangan..

Allah memberikannya satu kelebihan iaitu usia yang panjang tanpa masalah kesihatan. tiada sakit jantung, darah tinggi mahupun kencing manis.. malah amat aktif berkemas dan mengerjakan pokok-pokok bunga disekeliling rumah...

namun ada harga yang perlu dibayar dengan kelebihan itu, wanita ini terpaksa melihat suaminya, anak perempuannya dan tiga anak lelakinya pergi dahulu sebelumnya.. seringkali dilihat beliau menangis mengenangkan mereka. pernah sekali beliau berkata "aku berdoa kepada Tuhan, ambil lah nyawaku dulu keran aku tak sanggup lagi menghadapi satu lagi kematian anakku"... 

namun beliau sentiasa tabah, kuat dan tega menghadapi segala kerenah yang ada.. sesiapa yang mengenalinya akan amat mengagumi ketabahan beliau...

setiap kali bercerita tentang perjuangan bangsa, budaya melayu dan masalah bangsa, wanita tua ini akan bersemangat dan mengenang kembali kisah- kisah lama beliau....dan kisah-kisah yang diceritakan sering menjadi bahan cerita cucunya yang suka berkongsi kisah perjuangan bersama rakan-rakan.
boleh juga dikatakan, cerita-ceritanya membuatkan cucu-cucunya tak lupa akar umbi mereka dan sentiasa bersemangat untuk berjuang demi survival bangsa... 

itulah seorang pejuang... tak pernah penat dan padam semangatnya walaupun telah lama meninggalkan lapangan dan duduk di rumah demi menghabiskan sisa-sisa hidup.. 

sering aku teringat, nenek pernah cerita.. dulu masa nak buat majlis-majlis untuk UMNO terpaksa tebal muka utk pegi rumah jiran untuk mintak kuih.. ada masa tu sampai ada orang perli, "aku buat kuih utk suami & anak2 aku.. bukan utk org...." tapi dia tak pernah amik kisah pun.. dia terus tebalkan muka sebab dia kata, perjuangan tak pernah mudah..
pada 17 september 2011, pejuang bangsa bernama Rajiah Tahir pulang ker Rahmatullah...

 Al-Fatihah

Rajiah Binti Tahir
Hidupmu Penuh Makna
Pemergianmu Kami Rindui...


1 comment:

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..