SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Tuesday, May 14, 2013

#PRU13 @PapaGomo Racist Attack on GE13 Voting Day Part 4

Cuba tengok betul-betul muka dan dialect suara lelaki itu. ada gaya bangladesh ke???
 
 
 
Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??

Listen how this Chinese guy call his friends and hear all the background voice... are there Malays among them???

What the police is doing with this nonsense???



Monday, May 13, 2013

13 Mei : RACIST In Action. #PRU13 @PapaGomo





Kepada yang buta sejarah.. sila singkap kembali siapa itu DAP... kenapa hari ni melayu sokong DAP? sebab janjinya nak hapus PTPTN? sebab janjinya nak bagi naik gaji swasta ke RM1100 sebulan? Sebab janjinya nak bagi itu dan ini? 

Kerana kata-kata orang yang tak tepati janji, kita nak gadaikan masa depan anak cucu kita?

DAP dah berubah ke? dulu bukan slogannya "Malaysian Malaysia" ke? Sekarang slogannya dah lain ke?

Sedarlah anak bangsaku oi...!!!!

Hari Ini Tanggal 13 Mei.. RACIST Meroyan Lagi #PRU13 @PapaGomo


Hari ini tanggal 13 Mei... pada tarikh ini pada tahun 1969 telah berlaku satu peristiwa yang telah meninggalkan kesan yang mendalam pada kita rakyat Malaysia..

Hari ini mereka yang pernah mencetus kejadian berdarah pada tahun 1969 telah di angkat sebagai wira... sebagai pendokong demokrasi...

Tiap kali disebut tentang 13 Mei, mereka meroyan dan terus meroyan.. menuduh itu dan ini pada kerajaan.. Tiap kali disebut tentang 13 Mei, mereka tak keruan dan takut dengan bayang-bayang sendiri...


Hari ini, Peristiwa 13 Mei telah di ceritakan dalam pelbagai versi... kononnya bukti dari dokumen yang diklasifikasikan dari London walaupun dalam buku itu, tidak disebutpun dari dokumen apa dan tiada satu pun imej dokumen itu diterbitkan... 


Hari ini, generasi hari ini mengatakan versi mereka adalah benar.. versi kerajaan adalah penipuan...

tapi sila jawab soalan ini... pernahkah kita membaca semua buku-buku yang disebut sebagai menceritakan tentang Tragedi13 Mei itu atau kita hanya sekadar mendengar kata orang... 

Jika buku Tragedi 13 Mei terbitan Majlis Gerakan Negara pun tak pernah dibaca, manakan akal kita nak mengatakan yang kita tahu apa yang berlaku pada hari itu...





#PRU13 @PapaGomo Racist Attack on GE13 Voting Day Part 3

#Update : http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-bangla-1.158645
satu keluarga ni tengah beratur mengundi didatangi oleh seorang lelaki yang menuduh mereka ini pengundi hantu of bangla origin. So lelaki tadi maki semula.
 
 
 
 
They call Malay RACIST??
 
Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??

TELL ME WHAT THE FUCKATAN SAY ABOUT THIS????

STILL BANGLA WHO VOTE??

I HAD ENOUGH OF THIS FUCKATAN RALLY CRAP...!!!!!



Sunday, May 12, 2013

#PRU13 @PapaGomo Racist Attack on GE13 Voting Day Part 2

#Update : http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-bangla-1.158645
The Video Show you all how paranoid they are and the discrimination suffered in the hand of so called "vigilante"

We will have to repent in this generation not merely for the hateful words and actions of the bad people but for the appalling silence of the good people. ~ Martin Luther King, Jr
 
 
Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??

What the POLICE do to these RACIST People who discriminately attack others due to their skin colour and appearance...???



Saturday, May 11, 2013

#PRU13 Racist Attack on GE13 Voting Day Part 1

 
#Update : http://www.sinarharian.com.my/kami-bukan-bangla-1.158645
This guy have been accused bangla and denied his right to vote not only once but twice! He had to make a police report and attach his "surat beranak" just to show that he is a malaysian...this is a violation of his constitutional act! The people who accused him doesn't even say sorry.!!

Aren't this a Racist Attack???

I don't know what to call other than Racist Attack...

Why are these not called A Racist Attack??

because it is not Malay who do it??



Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13: Kemunculan Malikul Salleh

Selepas PRU 13 berakhir, aku melihat keperluan untuk melakukan perubahan dan transformasi dalam perjuangan aku.. jadi aku telah menjemput beberapa sahabat untuk bersama-sama berjuang dalam alam cyber.. jadi jemputan aku disahut oleh Saudara Malikul Salleh..
Malikul Salleh seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang politik & seorang pejuang yang hebat..
aku sangat optimis yang kehadiran Malikul Salleh sebagai penulis dalam blog ini akan menjadikan blog ini lebih baik dari segi input dan prestasinya..
Nantikan kedatangan penulis-penulis lain yang akan menyahut panggilan perjuangan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Abang Polis... Tolonglah ye..

Keluar pula isu baru. Racist atau racism. Dalam fb banyak post yg begitu. Ada gambar sekumpulan pelajar cina menterbalikkan bendera malaysia..ada akaun fb berjudul Melayu Babi..ada yang marah2 kat cina..ada video org Melayu dihalang mengundi kerana dia menyerupai bangla..org india dinafikan hak mengundi kerana siyakki bangla. Ada yg kene sepak..kene halau..kena maki..
Ini apa semua ni.....?
Ada blogger kene tangkap kerana org buat report kata dia pencetus perkauman. Ada yg ditangkap lepastu lepaskan begitu sahaja setelah kes di serah kpd ag.
Macamana pula pemilik akaun fb melayu babi? Macamana dengan karikatur yg keluar dlm paper cina menggambarkan DSN dan DSAI kow tow kat maharaja cina. Macamana dengan penyokong Dap yg tahan pengundi kinta ic dan halang pengundi mengundi kerana muka mereka mcm bangla..?
Bukankah itu unsur2 racist.
Abng polis...saya respek dengan ang polis.. Tolonglah siasat. Dari zaman namawee lagi sampailah hari ini. Dari zaman pijak gambar Pm, bontotkan PM dan macam2 isu lagi...takkan senyap je.. Bila Melayu buat...cepatje kene tahan walapun dgn 1 report. Bila cina buat..berpuluh2 report tapi......
Come on lah abng2 polis. Do something. Sedihlah macamni.......

Wednesday, May 8, 2013

@NajibRazak : Surat Terbuka Untuk Barisan Nasional..



selesai sudah PRU ke 13 yang berlangsung dengan penuh kontroversi dan kekecewaan...

aku kongsikan surat terbuka dari seorang sahabat untuk pemimpin Barisan Nasional yang menang PRU ke 13 baru-baru ini...


Bismillah Ar Rahman A r Rahim

 

1.       Pilihanraya ke 13 sudah selesai. Tempoh berkempen pun telah selesai jam 12 tengah malam 5 Mei 2013. Keputusan telah diperolehi. Namun masih ada lagi yang demam tak kunjung kebah.

2.       Kepada yang menang, tahniah diucapkan. Kepada yang kalah, tingkatkan usaha untuk Pilihanraya ke 14  nanti. Menang tak menang semua, kalah tak kalah semua. Kan cantik tu.

3.       Sekarang masa untuk mengotakan janji. Rakyat sudah mengundi menentukan wakilnya (bukan Perdana Menterinya atau Presiden kalau di Amerika Syarikat). Ada yang faham sistem kita, Undi Elektoral, ada yang ungkit mereka lebih popular kerana jumlah pengundi diseluruh Negara (tidak ikut parlimen dan DUN) menyebelahi mereka. Itu undi populis. Malangnya di Malaysia tercinta ini kita guna sistem Undi Elektoral.

4.       Pakatan DAP, PAS dan PKR (bila nak daftar?) menang di Selangor (menang besar), Kelantan (menang besar juga), Pulau Pinang (Besarrr) dan Kuala Lumpur. Barisan Nasional menang di negeri-negeri lain. Bersyukurlah kerana dalam iklim politik yang mencabar ini, masing-masing beroleh kemenangan dan kekalahan. Itulah demokrasi.

5.       Sebagai seorang Rakyat Raja-Raja Melayu dan Rakyat Malaysia yang mempunyai IC saya amat bermohon kepada penggiat-penggiat politik dinegara ini supaya masing-masing menjaga dan memelihara keamanan Negara. Sama-sama membangun dan memajukan Negara. Sama-sama check and balance. Rakyat bersyukur jika pemimpin yang dipilih dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh samada di peringkat negeri atau persekutuan.

6.       Kotakanlah manifesto yang diperjuangkan. Semua itu untuk rakyat. Kerajaan Persekutuan ada manifesto atu akurjanjinya maka tunaikanlah. Kerajaan negeripun ada manifestonya maka kotakan lah. Jangan sia-siakan harapan kami yang telah keluar mengundi ini.

7.       Kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan DS Najib, ada beberapa perkara yang mahu saya cadangkan.

a.       Tingkatkan syiar Islam dengan memperbanyakkan program-program mass berkenaan dengan Islam. Banyakkan program-program keagamaan di televisyen dan tempat-tempat awam. Mungkin pada mulanya kekok atau kurang sambutan tetapi lama kelamaan akan mendapat sambutan. Kurangkan aktiviti hiburan. Untuk bukan muslim, biarkan mereka dengan budaya mereka. Untuk muslim, gantikanlah konsert ambang merdeka, tahun baru dan seumpamanya itu dengan majlis bacaan Yassin, doa kesyukuran, doa selamat dan solat hajat.

b.      Buatlah satu garis panduan hiburan untuk orang Islam di Negara ini. Garis panduan artis-artis supaya tidak mencolok mata pakaian dan tingkah lakunya. Garis panduan berkarya supaya ada jatidiri dan memberi manfaat. Galakkan kesenian Islam, teater Islam, wacana tokoh Islam, wacana ekonomi Islam, Taksin Solat, Wacana Perhalus Ibadah, Suara Mufti, Halaqah Al-Quran peringkat komuniti, negeri terus ke Negara.

c.       Berilah peruntukkan yang lebih banyak kepada Sekolah-sekolah Agama Islam, binalah sekolah-sekolah Menengah Agama dengan lebih banyak. Binalah mahad Tahfiz yang lengkap dengan asrama dan kurikulum yang bersepadu. Buat satu dasar disetiap Bandar dan pekan yang ada pusat membeli belah untuk memelihara kebersihan surau dan menyediakan surau yang berdekatan untuk muslim bersolat.

d.      Tambah baik sikap dan pemikiran penjawat-penjawat awam yang masih alpa di dalam menunaikan tanggungjawab muslim (sebahagian kecil) disamping mengeluarkan arahan kepada pemilik industri dan kilang-kilang supaya membenarkan pekerja bersolat di surau yang disediakan oleh majikan dan memberi kebenaran untuk solat Jumaat.

e.      Perkukuhkan Jakim, agensi-agensi Islam diperingkat Persekutuan, banyakkan program KeIslaman kepada belia-belia Melayu diserata pelusuk Negara.

f.        Banyakkan program-program peningkatan jatidiri dikalangan rakyat terutama Melayu. Agensi-agensi kerajaan perlu menggembeleng tenaga dan idea untuk merangka modul peningkatan jatidiri belia-belia. Dedahkan belia dengan aplikasi ekonomi yang sebenar. Libatkan belia di dalam perbincangan mengenai dasar-dasar Negara dari aspek ekonomi, sosial  dan sahsiah.

g.       Lebihkan perhatian kepada penjawat awam. Guru, Polis/Tentera, kakitangan-kakitangan lain dan ahli keluarga mereka. Banyakkan program masyarakat dan keagamaan untuk golongan ini. Tambah baik kebajikan mereka. Kurangkan charge pinjaman perumahan dan pinjaman-pinjaman kerajaan yang lain. Berikan mereka keselesaan kerana mereka ini tonggak di dalam melaksanakan dasar-dasar Negara.

h.      Lebihkan peruntukkan untuk luar bandar. Galakkan industri kampong, penternakan akuakultur, peruntukan belia tani atau usahawan belia. Cerahkan kampong, lampu-lampu, kebersihan di bawah PBT dan jadikan kampong sebagai tempat yang indah suapaya anak-anak dibandar merindui kampong-kampung mereka. Sekaligus memupuk kesejahteraan keluarga.

i.         Lebihkan peruntukkan untuk orang miskin, OKU, gelandangan dan orang teraniaya. Doa mereka ini amat mujarab. Berikan mereka perlindungan. Berikan mereka pekerjaan sehingga mereka mampu menanggung diri sendiri.

j.        Turunkan (bukan hapuskan) cukai pintu dan cukai-cukai perniagaan. Bila GST dikuatkuasakan, hebahkan kepada rakyat di manakah cukai itu akan dibelanjakan.

k.       YB yang menang perlu meningkatkan jatidiri dengan menjadikan khidmat kepada rakyat sebagai keutamaan. Jadilah role model. Buang sikap negative dan hapuskan skandal samada dengan wanita, lelaki ataupun wang. Jaga peribadi, jaga Solat dan amalan lain. Ikhlas dalam perjuangan. Anda wakil kami, kami bukan hamba anda.

l.         Banyakkan Kedai Rakyat 1 Malaysia. Di setiap Bandar, kecil atau besar. Di setiap pekan dan kawasan tumpuan rakyat. Kurangkanlah yuran franchise KR1M biar ramai usahawan boleh menjadi pengusahanya. Bukalah satu pusat pengumpulan hasil industri kecil dan sederhana untuk membekal barangan kepada KR1M. Industri kampong  juga perlu ditambah baik dengan tujuan yang sama. Lebarkan kuasa dan jangkauan TEKUN. Beri pinjaman untuk buka KR1M atau sekurang-kurangnya pinjaman untuk industri kecil yang menjadi pembekal kepada KR1M. Galakkan penduduk untuk menghasilkan produk-produk di dalam industri dari rumah. Lebarkan akses rakyat kepada ilmu perniagaan. Semua ini ada antaranya telah dilakukan tetapi mohon, tolonglah ditambah baik.

m.    Banyak lagi industri peruncitan  yang boleh kerajaan aktifkan. Kedai Hardware 1 Malaysia. Kedai Elektrik 1 Malaysia. Kedai Telefon 1 Malaysia dan macam-macam kedai lagi. Untuk kesejahteraan rakyat yang telah mengundi BN terutama penduduk kampong-kampung di semenanjung dan Sabah/Sarawak.

n.      Fikirkanlah kaedah yang terbaik untuk menurunkan harga minyak. Tambah subsidi, galakkan tenaga alternative, tambah baik lagi pengangkutan awam, atau ciptalah system baru untuk mengawal subsidi minyak ini supaya tepat kepada pengguna. Buat satu kad baru atau gunakan Kad Pengenalan untuk digunakan di stesen minyak. Harga rakyat berbeza dengan harga bukan rakyat boleh ditentukan dengan mesin pengimbas kad tersebut.

o.      Turunkan kadar tol di lebuhraya (walaupun ada yang telah dihapuskan...bagus, Cuma mahu diperluaskan usaha ini) setelah mengira kos penyelenggaraan lebuhraya dan pekerja-pekerjanya. Jangan hapuskan tol jika terpaksa mengorbankan pekerja-pekerja lebuhraya atau berkaitan dengannya kerana kebanyakkannya Melayu yang mempunyai ibu bapa yang duduk di kampong yang memilih BN sebagai kerajaan. Berikan diskaun berkala contohnya potongan 10-15 % dari hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad kadar biasa. Ini membantu rakyat untuk mengurangkan kos berulang alik untuk ke tempat kerja. Buat satu kad baru atau gunakan Kad Pengenalan apabila melalui Touch n Go atau smart tag supaya dapat membezakan kadar tol untuk rakyat dan bukan rakyat.  

p.      Harga kereta memang telah turun dari tahun 2009 lagi. Cuma tidak diwar-warkan atau tidak dipedulikan oleh pembeli. Proton harus meningkatkan kualiti tetapi harga kereta perlu diturunkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi harga optima. Berbincanglah dengan syarikat pengeluar kereta yang lain untuk mengurangkan harga jualan. Contohnya jika kereta import jenama A sampai di pelabuhan dengan harga RM 30 000 dan selepas cukai menjadi RM 60 000 maka tidak sepatutnya syarikat kereta ini menjual sehingga RM 100 000 sedangkan fundamental ekonomi di Negara ini telah disediakan oleh kerajaan.

q.       Tentang pendidikan. Kekalkan apa yang ada sekarang termasuklah PTPTN. Baiki sistem kutipan pinjaman PTPTN. Beri reward yang lebih banyak kepada peminjam yang cemerlang di dalam pengajiannya. Berikan ganjaran untuk ibu bapanya dan kepada IPTA, berikan insentif kepada institusi ini jika Berjaya melahirkan peminjam PTPTN yang mendapat keputusan cemerlang. Lagi ramai yang cemerlang, lagi banyak peruntukkan diberikan kepada Universiti itu.

r.        Untuk media massa, kurangkanlah berita-berita sensasi yang kurang bermanfaat. Lebihkan berita kejayaan BN, berita perancangan ekonomi dan peningkatannya. Berita peningkatan taraf kehidupan rakyat. Berita kejayaan tokoh tertentu mengikut bidang masing-masing. Berita cintakan agama, bangsa dan Negara. Jangan terikut-ikut dengan retak media alternative. Kita ada prinsip kita.

s.       Berilah jawatan cabinet kepada wakil Sabah dan Sarawak. Mereka sudah berbudi kepada BN. Lebihkan peruntukkan untuk pembangunan negeri-negeri tersebut dan penduduknya. Tambah jalinan jalanraya, tingkatkan sector perlancongan dan jadikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama dan destani pemuliharaan alam sekitar yang menakjubkan. Mungkin felda boleh masuk ke Sarawak dan manambah pelaburan di Sabah. Jika kerajaan negeri mampu, buatlah tanah rancangan yang lebih luas di negeri-negeri anda.

8.       YB-YB, bantulah kami. Jalankan tugas dengan amanah. Kami tidak rela melihat YB-YB difitnah. Kami sedih bila YB-YB tidak jujur dan amanah. Berubahlah untuk rakyat. Tukarlah untuk kesejahteraan rakyat. Berjuanglah untuk rakyat yang memilih YB-YB. Lupakan kroni. Lupakan poket sendiri. Lupakan niat mahu kaya dengan politik. Ikut contoh yang Rasululah saw telah tunjukkan. Sesekali jenguklah kami di bawah ini. Solat bersama-sama, makan bersama-sama dan majulah bersama-sama.

9.       Perkasakan lagi ekonomi Melayu. Berikan peluang, tunjukkan jalan. Memang sekarang ini telah dan sedang dilakukan tetapi masih ada bahagian yang perlu dipertingkatkan.  

10.   Beritahu rakyat, orang Melayu bukan racist. Beritahu rakyat, kita mahu maju bersama-sama. Orang Melayu sayangkan Agama, Bangsa dan Negaranya. Adakah sayangkan bangsa itu dikatakan racist.

11.   Ingatlah, kami yang memilih kerajaan di dalam pilihan raya sangat sayangkan Negara ini dan semua di dalamnya. Jika kami menentang, bukan kerana benci tetapi untuk kesejahteraan semua. Jika kami menegur, bukan kerana kami tak suka tetapi untuk kebaikan Negara. Mohon dilupakan kisah yang lalu, lupakan luka semalam. Pandanglah kehadapan dengan penuh semangat. Pandanglah kehadapan dengan penuh kasih sayang. Sentiasalah berdoa untuk kejahteraan dunia dan akhirat.

12.   Saya orang kecil. Cadangan dan pandangan ini mungkin ada yang diterima pakai. Mungkin dibakul sampahkan. Tetapi yang penting, dalam hati dan pemikiran saya, di atas inilah yang amat-amat diperlukan oleh Rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional di dalam Pilihanraya ke 13. Wallhuallam.

13.   Selamat bekerja untuk rakyat dan semoga Negara  sentiasa dibawah lindungan Allah swt.

 

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..