SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Saturday, December 12, 2009

BTN yang RACIST!!

semuanya bermula dari kenyataan ini.. ADUN PKR yang mengatakan bahawa BTN menyemai sentimen perkauman dan di ikuti oleh kenyataan demi kenyataan dari pelbagai pihak.. dari Lim Kit Siang yang tak pernah menyertai BTN hinggalah dari dua bekas Perdana Menteri Malaysia..
hari ini, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan menyatakan mereka tidak membenarkan kakitangan dan IPT dibawah negeri-negeri ini menyetai kursus BTN...

Selangor mengatakan ianya bersifat perkauman.. Pulau Pinang seterusnya mengiakan dan menambah ianya memecah-belahkan perpaduan rakyat.. Kelantan pula mengatakan kursus BTN tidak islamik..

isu ini disebut dimana-mana pun hinggakan ada laman facebook yang menyokong BTN dan yang menghentamnya...

Ku Li pula mengatakan BTN digunakan untuk menghentamnya, satu tuduhan yang seperti biasa tidak di sandarkan dengan apa-apa fakta sekalipun...

handbook BTN yang di berikan kepada peserta juga dikatakan bersifat perkauman..

RACIST... perkataan yang mudah di ungkap tapi tak pernah mudah di buktikan... aku sendiri sudah banyak kali di panggil dengan panggilan seperti itu.. tapi lama kelamaan aku menerima nama itu seadanya dengan menyatakan bahawa mereka yang menggelar aku racist itu sebenarnya yang racist kerana aku tahu yang aku tidak bersikap perkauman, sekadar berkata yang sebenarnya berdasarkan fakta dan sejarah yang jelas...

ada pepatah melayu yang menyatakan, hanya jauhari mengenal manikam.. jadi hanya mereka yang pernah terlibat dengan kursus-kursus BTN sahaja yang tahu apa yang ada dalam kursus BTN..

tapi aku suka untuk memberikan sedikit komen tentang handbook yang di war-warkan bersifat perkauman itu... ini kerana kepada mereka yang tidak pernah mengikuti kursus-kursus BTN, bahan ini menjadi salah satu bahan rujukan untuk menilai kebenaran atau kepalsuan tuduhan-tuduhan dan dakwaan terhadap BTN...

dari apa yang aku baca berulang-ulang kali dan digariskan oleh mereka yang mendakwa ianya perkauman, aku lihat ianya hanyalah fakta sejarah... fakta sejarah tentang bagaimana permasalahan semasa kita ingin mencapai merdeka...

kita perlu ingat.. salah satu sebab utama gagasan Malayan Union ditolak ialah konsep kerakyatannya yang terbuka.. dan permasalahan yang sama timbul apabila kita hendak mencapai kemerdekaan dari British.. di mana hendak diletakkan pekerja-pekerja yang dibawa oleh British dan memastikan Rakyat Raja tidak tercicir jika diterima imigran-imigran yang dijaga oleh British ini sebagai rakyat...

jadi aku lihat ini sebagai satu fakta sejarah yang menjelaskan apa yang dirasai dan di lakukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan ketika itu... apa yang racistnya disitu?

aku melihat satu trend dikalangan bukan melayu untuk melupakan sejarah itu.. menolak yang mereka adalah imigran yang diterima oleh rakyat negeri-negeri melayu sebagai sebahagian dari mereka...

mengapa takut untuk menerima hakikat? adakah ini dilihat sebagai menafikan hak mereka sebagai rakyat? jika demikianlah dakwaannya, berapa ramai dari mereka yang dihalau kembali ke tanah asal nenek moyang mereka sejak bumi bertuah ini mendapat kemerdekaan?

hari ini aku lihat.. ada pula mereka yang menggunakan perkara ini untuk mendapat perhatian ataupun mengalihkan perhatian...

dalam soal negeri Selangor, ADUN-ADUN muda ini seperti ingin mengalihkan perhatian rakyat dari memberi perhatian kepada rombakan PKR Selangor yang diumumkan oleh Ketua Umumnya... atau mungkin untuk mendapat perhatian dari Penasihat Ekonomi bergaji RM1 itu agar tidak diletakkan di jawatan-jawatan picisan yang tidak memberikan keuntungan kepada mereka...

namun aku sedih apabila ada juga menteri yang cuba menangguk di air yang keruh dalam isu ini.. yang bersikap seperti ahli politik tulen untuk mendapat perhatian dan sokongan dari bukan melayu...

tapi siapalah aku untuk bercakap tentang BTN.. jika nak lebih tahu, tanyalah kepada Lim Kit Siang yang amat tidak racist itu atau ajukan soalan kepada Nik Aziz tentang kursus yang Islam versinya.. mungkin modul seperti di TAKIS atau PASTI yang menanamkan kebencian dan kejumutan tentang agama sejak dari kecil lagi...

aku tinggalkan sahabat-sahabat dan rakan-rakan dengan video ini.. sesuatu yang patut dinilai oleh semua yang membaca dan ingin mencari kebenaran...

terpulangkah kepada sesiapa yang membaca untuk menilai... semoga Allah memberikan kita kekuatan dan kebijaksanaan untuk menilai dengan baik dan jelas... InsyaAllah...

hmm.. melayu..



2 comments:

  1. assalamu-alaikum

    Betul dan benar kata anda. Setakat hari ini pun saya masih mencari-cari dimanakah bukti-bukti PERKAUMAN dan tidak Islamik dalam BTN. Semuanya tuduhan semata.

    Saya bersetuju dengan pendapat anda bahwa perosak negara dan perpaduan rakyat yg terdiri daripada barisan pemimpin pembangkang sememangnya mahu FAKTA SEJARAH bahwa mereka adalah kaum pendatang/imigran yg diterima olh Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu.

    Fakta sejarah ini amat menakutkan mereka kerana amat bersalahan dengan sifat dan sikap PERKAUMAN CAUVINIS & ULTRA-KIASU mereka termasuk juga BUDAYA KERAJAAN TENGAH mereka.

    Saya juga belum dapat sebarang bukti nyata yg menunjukkan golongan ini pernah membantu mana-mana orang perseorangan Melayu menjadi JUTAWAN. Tetapi banyak bukti dan fakta jelas bahawa golongan ini banyak menjadi bilionir atas dasar DEB & Ketuanan Melayu-Islam.

    Saya mengalami banyak pengalaman hidup bekerjasama dengan golongan ini di mana kesemuanya berakhir dengan pengkhianatan. Namun saya tidak pernah menuduh mereka RASIS MELAINKAN saya memandang perbuatan mereka sebagai MANUSIA BERPERIBADI JAHAT DAN CURANG. Berbeza dengan tuduhan liar dan dakawaan palsu golongan ini terhadap bangsa dan agama saya.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..

    sayangnya masih ramai lagi yang alpa...

    tak kira mereka yang memerhati ataupun yang kononnya terlibat dalam perjuangan yang masih lagi berpegang pada retorik..

    namun kesedaran perlu disemai.. dan kesedaran perlu disusuli dengan tindakan... bukan menundung jari dan menyuruh orang lain untuk bertindak...

    dan terima kasih atas respon anda...

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..