SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Thursday, December 24, 2009

Forum Yang Mengarut..

Pada mulanya aku merasakan isu BTN yang digembar-gemburkan oleh sekumpulan ADUN muda di Selangor dan diketuai oleh ADUN Batu Caves, Amirudin Shari sudah tenggelam seperti isu-isu yang lain yang mereka pernah lontarkan..

Namun tiga hari lalu aku mendapat SMS dari sahabat-sahabat mengenai satu forum yang bertajuk,”Biro Tatanegara : Perkauman atau Patriotik” akan diadakan di PJLA, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 23 Disember 2009 .. jadi aku pun merasakan perlu untuk aku berada disana dan merungkai beberapa persoalan yang bermain di benak aku selama ini..

Agak pelik juga aku rasakan kerana mengikut SMS yang aku dapat, forum akan diadakan pada jam 7.30 malam.. soalan pertama yang terbit dari kepalaku, “diorang ni tak sembahyang maghrib ke?”. Kerana mengikut SMS dan maklumat yang aku terima dari Facebook, tiga dari lima penalis adalah melayu dan pastinya mereka beragama Islam..

Jadi setelah berjanji dengan sahabat yang menghantar SMS itu, aku tiba di tempat kejadian pada jam 7.45malam.. aku kirakan mungkin forum telah bermula tetapi rupa-rupanya para penalis juga tidak tiba lagi.. lebih pelik lagi bila forum bermula pada jam 8.45 malam kerana menunggu YB Amirudin Shari..

Hanya 4 penalis yang hadir iaitu, YB Amirudin (ADUN Batu Caves), YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia & Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor), KJ John (kolumnis malaysiakini.com) dan Eddinn Khoo (anak Profesor Emeritus Khoo Kay Kim) dan Moderatornya seorang wanita yang tidak memperkenalkan dirinya..

Kehadiran juga agak ramai, turut hadir ialah YB Theressa Kok,Ahli Parlimen Seputeh; Adun Kg Tunku, Lau Weng dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff..

Diawal forum berjalan, seorang demi seorang penalis menerangkan tentang kenapa mereka mengatakan BTN itu perkauman dan kenapa pada mereka BTN itu patut dihentikan.. kemudian buka beberapa pusingan sesi soalan dan kemudiannya dijawab oleh penalis..

Namun sepanjang sesi berlangsung, aku merasakan sesuatu yang agak pelik.. perbincangan pada mulanya berfokus pada BTN dan adakah ianya di heret ke pelbagai isu yang menyimpang dari tujuan asal forum ini.. soalan dan pandangan dari hadirin juga agak tidak berfokus, ada seorang hadirin yang menggunakan nama Halim menyalahkan sistem pendidikan di Malaysia atas sebab perkauman ini.. malah Ahli Parlimen Balik Pulau juga bercakap perkara yang sama bila diberi peluang untuk memegang mikrofon..

Penalis yang diatas pentas juga bermain perkara yang sama… tidak berfokus pada tajuk hingga membuat aku berasa pelik dan bosan.. dan aku biarkan mereka bermain beberapa kali sesi soal dan jawab..

Di pusingan terakhir sesi soalan dari hadirin, aku bangun dan bertanya soalan yang aku kira fundamental kepada tindakan ADUN-ADUN muda Selangor itu dan aku tujukan spesifik kepada YB Amirudin… soalan aku berbunyi lebih kurang begini, “ apakah asas kepada tindakan YB ketika mengatakan BTN itu perkauman? Adakah sebarang kajian yang dilakukan untuk mengesahkan tuduhan YB itu? Jika ada, berapa ramaikah respondannya? Kerana apa yang saya dengar selama ini adalah sekadar pendapat dan pandangan sahaja.. pandangan saudara-saudara yang memberikan pendapat tadi pun sudah berbeza-beza apatah lagi yang diluar sana”.. dan kemudian aku mencadangkan supaya diadakan satu kajian jika mahu diadakan lagi forum seperti ini supaya ada data yang kukuh untuk diperbincangkan kerana aku melihat perbincangan yang meleret-leret dan tidak relevan dengan tajuk dan matlamat kami berada disini..

Jawapan YB Amirudin pula mengecewakan aku namun memang sudah aku jangka.. beliau mengatakan bahawa beliau bertindak menimbulkan semula isu BTN ini berdasarkan maklumat yang beliau dapat dari diskusi, perbincangan serta forum mengenai BTN ini sejak dari tahun 2005 dan merasakan perlu buat sesuatu tentangnya..

Beliau juga menyatakan tidak perlu ada kajian saintifik kerana katanya “kita bukan nak buat basikal..”

Maknanya disini, beliau bertindak berdasarkan pendapat dan pandangan sahaja… pada aku, adalah satu alasan yang amat lemah dan dikategorikan BODOH kerana isu BTN ini bukan isu baru.. bukan seribu atau dua ribu orang yang pernah mengikuti kursus BTN tapi aku yakin mencecah puluhan malah ratusan ribu.. katakanlah beliau mendengar dari kira-kira seribu orang yang mengatakan apa yang ada dalam kursus BTN bersifat racist, belum tentu lagi selebihnya bersetuju dengan pendapat itu.. didalam dewan forum itu sendiri terdapat perbezaan pendapat, apatah lagi yang diluar sana..

Kedangkalan ADUN PKR ini juga terserlah apabila mengatakan kajian itu tidak perlu dan amat menyedihkan bila ianya keluar dari mulut seorang yang bergelar Yang Berhormat..

Tidakkah dia tahu apa yang dicanangkan diatas pentas tentang perkauman, patriotism dan apa yang keluar dari mulut penalis adalah termasuk dalam ilmu yang di panggil Sains Sosial? jadi ada metodologinya untuk mendapatkan data-data yang penting untuk menyokong tuduhan dan omongannya itu..

Kalau semudah itu menuduh dan mengharapkan orang menerimanya sebagai sesuatu yang benar, aku rasa sedih dan kasihan kepada kerajaan negeri Selangor pada hari ini.. memiliki ADUN-ADUN yang tidak berkualiti dan hanya tahu untuk mencari isu sensasi supaya mendapat perhatian..

Mungkin benar kata seorang sahabatku, Ustaz Norli.. mereka ini hanya mahukan perhatian supaya dapat menjadi calon PKR di PRU-13 nanti.. mereka bukan ahli politik veteran.. mereka tidak mempunyai apa-apa pengaruh diperingkat akar umbi.. mereka tiada pengalaman sebagai wakil rakyat.. mereka boleh dibuang begitu saja oleh Pengurusan Tertinggi parti-parti mereka bila tiba masanya.. jadi mereka perlu mensensasikan diri mereka dan menonjol kepada pucuk pimpinan dan golongan muda yang mahukan orang yang lantang bersuara dan memprotes..

Aku yakin selepas ini akan ada laporan-laporan dan blog-blog yang mengatakan forum itu berjalan dengan baik dan akan di-highlight-kan kata-kata para penalis yang berkobar-kobar dan penonton yang menyokong mereka.. namun aku berada disana dan aku turut serta secara aktif bukan pasif dalam forum itu.. kalau ditanyakan pendapat aku.. forum ini hanyalah platform untuk memperbodohkan orang lain yang sudah sedia bodoh.. tapi itu sekadar pendapat aku…

Hmm... melayu..

4 comments:

  1. Sememangnye mentaliti sebahagian ADUN pembangkang khususnya dari PKR sebegitu.. mencari kesalahan dan mebuat tuduhan dengan alasan yang sangat dangkal dengan tujuan untuk mensensasikan diri.. tahniah BRO, brani melontar soalan sebegitu..

    ReplyDelete
  2. Hmmm menghentam BTN atas dasar pebincangan tanpa ada kajian yg kukuh? ini mcm bercakap kat kedai kopi. Dan berdasarkn itu kecoh mengatakan BTN rasict etc...apa nie..?diorg tak abis belajar ker? adakah ini YB yg dilantik utk memimpin? DS Anwar pun dulu pernah menjadi penceramah BTN..apa kes?

    ReplyDelete
  3. asyik cerita pasal sejarah diorang ketika mengikuti kursus BTN...cerita pasal perlembagaan..wahal diorang lupa saper yang mula merogol perlembagaan...tahniah bro...aku suka soalan ko malam tu...tgok muka si Amirudin berkerok mencari alasan..akhirnya alasan BASIKAL yg dipakai...bodoh gila contoh..

    ReplyDelete
  4. mmg sedih la dengan kerajaan selangor.

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..