hari ini hari ahad... hari dimana aku sangat suka membaca akhbar dimana terdapat banyak artikel.. hari ini adalah hari dimana mereka yang faham dan arif dalam bidang masing-masing bercakap dan mengulas isu-isu semasa... sesuatu yang jarang di lakukan oleh media alternatif yang banyak bergantung pada suara ahli politik yang sudah tentunya mempunyai matlamat mereka yang tersembunyi..
antara artikel yang aku baca ialah dari Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia.
antara yang dikupas adalah mengenai istilah yang ketuanan melayu itu sendiri dan bagaimana ianya dimanipulasikan oleh golongan-golongan ULTRA KIASU yang sendirinya bersifat menegakkan ketuanan cina dan ketuanan india..
katanya.. "Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi. Ketuanan inilah yang menyatukan mereka."
beliau juga membidas tindakan golongan ULTRA KIASU ini yang mempertikaikan dana kerajaan untuk membina masjid dan surau.. kata beliau.. "Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam."
katanya lagi.."Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam? Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan sebagainya."
tidak habis dengan itu, hal ini juga di ulas oleh seorang lagi tokoh.. kali ini tokoh dalam bidang perlembagaan pula..
Profesor Dr. Abdul Aziz Bari, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan seorang pakar perlembagaan menyatakan.."Pada faham saya anak tiri bermaksud golongan atau kalangan rakyat yang ditindas atau dinafikan hak-hak mereka. Saya tidak jelas mengapa orang bukan Islam dikata dianaktirikan. Hak yang mana? Kalau benar pun ada hak orang bukan Islam yang dinafikan tidak perlulah disinggung hak orang Islam. Ini akan menimbulkan sesuatu yang tidak manis?"
ini adalah respon dari tindakan seorang ahli parlimen DAP yang mempersoalkan tindakan kerajaan memperuntukkan dana yang lebih banyak dalam membina masjid dari peruntukan membina rumah-rumah ibadah bukan Islam...
ini dijawab oleh beliau melalui 2 peruntukan perlembagaan.. perkara 3(1) dan perkara 12(2) iaitu..
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.
Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.
tambah beliau, tiada peruntukan perlembagaan yang menyatakan sebagaimana perkara 12(2) tentang rumah ibadah dan institusi agama lain selain Islam...
dalam ertikata lain, rumah ibadah bukan Islam tidak berhak mendapat satu sen pun dari dana kerajaan tetapi tetap mendapat peruntukan juga...
seperti mana aku dah cakapkan sebelum ini, golongan-golongan opotunis ini tidak akan berhenti mengambil kesempatan selagi mereka boleh...
namun aku sangat sedih apabila ada golongan melayu dan mengaku Islam memenangkan ULTRA KIASU ni...
entah lah... aku pun dah penat untuk bercakap tentang mereka ni... terpulanglah mereka yang membaca untuk menilai...
hmm.. melayu...
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..