SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

Anda Mungkin Ingin Lebih Tahu:

AKU BERTINDAK... ANDA BILA LAGI????

Aku Membuat Laporan Kepada DBKL Terhadap Tindakan Biadap Mereka Yang Berkhemah di Dataran Merdeka. Mencemarkan nama negara. Mencemarkan nama golongan muda. Mencemarkan nama golongan terpelajar. Mencemarkan nama golongan MAHASISWA..

Wednesday, April 18, 2012

#AmanKampus Mahasiswa UiTM Sertai Ajaran Sesat Di Dataran Merdeka

Malam tadi aku keluar ke kota metropolitan kuala lumpur sekali lagi untuk melihat sendiri kebodohan anak muda Malaysia hari ini...


dalam fikiran aku, akan aku jumpa Si Mata Stone Adam Adli.. ye la.. dia kan aktivis.. mestilah bersama-sama dengan pejuang-pejuangnya...


rupanya tidak... yang ada adalah geng-geng Si Fahmi Reza dan GirlFriendnya yang sudah tentu semuanya seksi dan hanya berseluar pendek serta bersinglet.. yang lain cuma datang untuk melihat-lihat sahaja...



tak ramai sebenarnya mereka ni.. maksud aku yang sanggup tidur disana la.. hanya beberapa kerat manusia yang aku lihat tidak pula macam bersedia untuk tidur dalam khemah.. gambar-gambar didalam blog dan facebook jika ramai tu hanya mereka yang datang dan pergi saja.. 

 kemudian aku lihat disini, ada kain rentang yang boleh di tandatangan untuk menandakan sokongan mereka yang datang.. aku lihat lelaki ini menulis dia mewakili Mahasiswa Mesir dan Persatuan Melayu Republik Mesir..
adakah benar dia mewakili mahasiswa mesir, aku tak dapat pastikan...biasalah, semua orang boleh mengaku itu dan ini jika sekadar dengan tulisan dan kata-kata...



ada satu lagi yang menarik aku lihat disini, kehadiran insan yang kotroversi selain Adam Adli.. iaitu juara kaunseling malam iaitu Dr Badrul Amin yang masih hangat kotroversi kes ditangkap khalwatnya di Kuantan baru-baru ini..


kemudian ketika aku disana, mereka melakukan apa yang mereka gelar, Sidang Rakyat.. bermula dengan moderator menyatakan ground rule ketika sidang rakyat bersidang, isyarat-isyarat tangan yang digunakan (??) dan cara usul itu diluluskan, secara konsensus katanya, bukan majoriti..

usul dicadangkan, di bahas (aku tak rasakan ianya dibahas, nampak lebih kepada berpidato tapi ada orang yang menokok tambah) dan diluluskan dikalangan mereka juga.. mudah kata, tiada sebarang hujah kontra, semuanya menyokong.. 
kesimpulannya, aku boleh katakan sidang ini adalah sekadar untuk mengisi masa sahaja... 

tapi yang menariknya, ketika "Sidang" ini dijalankan, di sudut yang lain kelihatan golongan mereka yang tak ambil peduli langsung dengan apa yang berlaku.. ada yang bersembang, ada yang sibuk dengan bergambar dan sebagainya..



aku ingatkan perkara karut dan pelik ku jumpa malam itu telah berakhir, tapi ada lagi!!
tiga orang lelaki ini mengaku mereka adalah pelajar UiTM.. kebenarannya aku tak pasti, tapi kalau benar dakwaannya itu, maknanya dia adalah seorang yang bodoh dan dungu...
PTPTN yang dia dapat bukan saja menanggung yurannya malah kos sara hidup di Universiti kerana UiTM adalah universiti yang mengenakan yuran yang paling rendah dalam Malaysia.. 
maknanya, lebih separuh dari PTPTN yang dia dapat dia gunakan untuk menanggung hidupnya di Universiti..
kalau diberikan pendidikan percuma dan dihapuskan PTPTN, yurannya terbayar, tapi bagaimana dia mahu menanggung hidupnya di universiti? pinjam Bank atau ibu bapanya perlu menanggung sepenuhnya kos-kos seperti, buku, sewa rumah, minyak motor, makan dan minumnya ketika belajar?



lainlah kalau anak cina yang mempunyai persatuan yang besar dan kuat hingga mampu menanggung kos sara hidup anak-anak mereka di universiti.. di UTAR dan Kolej TAR, anak-anak cina yang tidak berkemampuan dibantu oleh persatuan-persatuan mereka dengan memberi elaun sara hidup kepada mereka.. anak melayu bagaimana??



kesimpulan aku pada malam tadi ialah seperti berikut:

  • mereka yang tidur di Dataran Merdeka tidaklah seramai yang dikatakan.. mereka berganti-ganti untuk ada disana bagi menunjukkan kononnya mereka berada disana..
  • dengan peralatan yang dibawa, tak menunjukkan mereka bersedia dan serius untuk tidur dan berkhemah disana..
  • mereka hanya datang untuk duduk-duduk dan melakukan perkara-perkara untuk mengisi masa sahaja..
  • Adam Adli, Safwan Anang serta pimpinan SSM, GAMIS, HAMIS dan lain-lain tidak ada disana malam tadi..
  • aktiviti ini patut dibuat di tempat rekreasi yang lain..


hmm.. melayu..

11 comments:

  1. Sebenarnya aku rasa kau ni mmg nampak macam pandai sangat. Aku bersimpati. Cara kau mengkaji sesuatu perkara sungguh ringkas bilasannya.. Pernah ke Indonesia? Di Surabaya, their 2nd largest city after Jakarta ada 7 taman orang duduk-duduk sampai pagi dan masa aku kat sana tak pernah nampak pun geng ala-ala 'DBKL' duduk kacau2 diorang. 24 jam pasti ada orang melepak di taman. Reclaim people's park! Don't give much power to abusive authority!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi komen, aku tak pernah ke surabaya jadi terima kasih atas info itu.. tapi aku pernah ke Centra Park, New York.. di sana tak ada pula orang berkhemah-khemah ni.. kalau ada pun aku yakin dengan permit.. aku pernah juga melihat golongan gelandangan dihalau oleh pihak berkuasa disana..
      terpulanglah, kalau nak bandingkan memang mudah tapi tengok jugalah dengan apa yang nak dibandingkan tu..
      membaca komen kau buat aku tertanya-tanya adakah PBT Surabaya akan biarkan golongan gelandangan berkhemah di taman-taman itu..

      Delete
  2. new york?tau ke new york adalah negara kapitalis?negara yang membebankan rakyat dengan cukai yang luar biasa?negara yang di komando oleh zionis yahudi?beza.sangan beza...

    katanya melayu?kenapa melayu di larang untuk bersuara?kenapa melayu dilarang untuk menyampaikan apa yang tidak disenangi ketika kerajaan tidak memberi hak kepada melayu?

    kenapa harta bersejarah di tanah melayu di ratakan untuk projek cina?kenapa?

    saya hanya orang biasa.saya hanya memikirkan masa depan anak saya.masa depan yang tak dapat kita bentuk untuk dia.hanya naluri dia yang boleh membawa kemana dia akan pergi dan menjadi seperti apa yang dia mahukan.

    saya tidak melihat kebodohan yang dilakukan oleh anak2 muda di dataran.mereka hanya menuntut hak.hak untuk mendapat kesejeahteraan dalam pendidikan.yang tidak di tekan oleh TAILONG LEGAL. MAHAsiswa adalah intelektual dalam membuat perubahan dalam negara dan sejarah negara.

    saya bukan sebahagian dari anak muda dataran.saya hanya seorang bapa dari anak anak saya yang kian lama kian membesar.masa depan anak saya bukan di tautkan kepada kepentingan politik yang semakin membodohi.agama di jadikan landasan simpati dan pelicin aksi politik kotor.apakah hal itu tidak harus kita lawan?mahasiswa membaca,berfikir,dan mempraktikkan segala hal yang mereka pelajari di universti mahupun di luar univ.

    saya hanya seorang ayah yang risau dengan masa depan anak saya yang nantinya tidak kreatif,terjajah,dan menjadi hamba teknokrasi kapitalis.sama halnya dengan industri muzik di negara kita yang mana artis sudah mula risau dengan pendapatan mereka.sebab apa?sebeb mereka tidak di benarkan berkarya dengan sesuka hati mereka.

    perdana menteri tidak menunjukkan akhlak sebagai muslim dengan tidak mengajari istri menutup aurat dan haramnya hukum botok hidung.apakah awak yakin bahwa melayu akan sampai ke menara tertinggi?

    parti-parti politik yang sangat membosankan.pertikaian yang sampai memuntahkan kebencian.yang rela bermaki-makian dengan kepentingan parti-partinya?apakah hal ni tujuan utama negara ini didirikan?kita masih terjajah.masih kalah dengan budaya melayu itu sendiri.melayu telah gagal.melayu tidak dapat membangun sebuah karakter bangsa yang kuat.kalau kita gagal hari ini,bagaimana anak-anak kita akan bercerita tentang hebatnya melayu dengan bangsa lain di masa depannya?

    maaf jika ada terlanjur bahasa dan kata yang tak awak senangi.tapi saya hanyalah rakyat kecil dan seorang suami dan ayah kepada anak istri saya.

    saya bukan orang2 dataran,bukan aktivis,bukan mahasiswa,bukan orang politik posisi atau oposisi yang membosankan.saya hanyalah seorang suami dan ayah

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kepada jotoro kerana memberikan komen kepada entry saya ini yang jarang diberi perhatian. jauh sekali untuk tidak senang dengan tulisan saudara dan disebabkan itu saya menyiarkan komen saudara ini.
      namun agak sedih saya apabila seorang bapa dan suami hanya melihat perkataan New York dan terus mengaitkanya dengan kapitalis dan sokongannya terhadap Zionis. seharusnya seorang pemimpin seperti saudara melihat keseluruhan dan luas...

      saya membandingkan dengan New York adalah pengalaman saya di Central Park, sebuah taman yang juga di gunakan oleh orang ramai 24jam sehari. sebagai rakyat yang menghormati undang-undang sudah tentu kita harus mematuhinya. dimana-mana negara yang bertamadun dan mahukan keamanan kekal, itu adalah pokok penting sekali. peraturan mengatakan jika kita hendak menggunakan tempat awam, kita perlu mendapat permit. adakah mereka mendapat permit? adakah mana-mana taman samada disurabaya, new york mahupun dikuala lumpur dibenarkan tinggal dan berkhemah tanpa kebenaran dari pihak berwajib??

      adakah ini contoh yang ingin saudara tanamkan dalam keluarga saudara? adakah saudara ini tunjukkan pada anak-anak saudara, tak mengapa langgar peraturan asalkan kita dapat apa yang kita ingin dapat...?? begitu??

      agama mahupun tatasusila bangsa tidak pernah mengatakan matlamat menghalalkan cara..

      mahasiswa adalah golongan yang tak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bukan saja mahasiswa, golongan muda adalah mereka yang kita tidak patut pengaruhi fikirannya untuk jadi alatan kepada matlamat kita..

      adakah hari ini produk pendidikan negara bodoh, lemah, tidak kreatif? apa buktinya? siapakah yang menghasilkan doktor-doktor, juruterbang,jurutera-jurutera yang kini bekerja dengan syarikat multinasional seperti Shell, sony erricson dan Apple kalau bukan pendidikan malaysia??

      Mahasiswa perlu berfikir secara bebas dan dibenarkan untuk menilai... tapi soalan saya kepada saudara, adakah tulisan saya yang berwarna kuning itu salah? mana datangnya duit untuk menanggung kos hidup si pelajar UiTM ini jika PTPTN di mansuhkn? jika ibubapanya berada tak mengapalah.. tapi bagaimana dengan adik-adik pelajar UiTM yang ibubapanya tidak semewah pelajar tadi?

      terima kasih sekali lagi atas komen saudara.. Yang Baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu juga datang dari ALLAH tapi dizahirkan kepada saya untuk menunjukkan saya seorang insan yang khilaf dan lemah..

      kirimkan salam saya kepada istri dan anak-anak saudara..

      Delete
    2. hahahhaahha....saya suka statement ini
      " saya hanya memikirkan masa depan anak saya.masa depan yang tak dapat kita bentuk untuk dia.hanya naluri dia yang boleh membawa kemana dia akan pergi dan menjadi seperti apa yang dia mahukan.

      saya tidak melihat kebodohan yang dilakukan oleh anak2 muda di dataran.mereka hanya menuntut hak.hak untuk mendapat kesejeahteraan dalam pendidikan.yang tidak di tekan oleh TAILONG LEGAL. MAHAsiswa adalah intelektual dalam membuat perubahan dalam negara dan sejarah negara. "
      statement dari jutaro... best sangat"

      bila sudah dapat pinjaman...bila sudah dapat segulung ijazah...baru nak cakap TAILONG LEGAL sapa suruh lu pinjam beb... before u buat pinjaman... mesti ada agreement.... sapa suruh u all tandatangan... kalau tak setuju....bayar la dulu hutang lu beb baru nak cakap perubahan dalam negara.... dan sejarah negara...
      cakap pasal masa depan anak... hahahhahaha lucu... lu nak suruh anak lu berkhemah kat dataran ker beb... macam nie... hishkkk .... orang macam lu ni jutoro memang tak pernah rasa bersyukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...............

      Delete
  3. tidak saudara..saya sedikit membangkang tentang apa yang awak katakan berkhemah.setiap dari rakyat berhak menempati mana2-mana tempat untuk meluahkan apa yang mereka rasa hak mereka di rampas.

    dan saya tidak begitu faham tentang yang lain-lain luar dari apa yang saya tau.

    kebetulan saya pernah belajar di indonesia.saya tahu,mahasiswa disana adalah kaum intelektual yang tidak hanya belajar dari bangku kuliah,tetapi juga dari alam raya.mereka adalah otak perubahan.saya pernah terbaca kitab peninggalan majapahit.yang menyatakan nusantara akan menjadi harimau dunia pada tahun 2016.dan taukah awak,zaman majapahit belum mengenali yang namanya mahasiswa?tapi dia dapat membuktikan dengan apa yang dia tulis bahawa pendekan berpendidikan yang akan membuat perubahan.bla bla....saya sedikit jauh lari dari percakapan.maaf...

    sebelum terciptanya PTPTN ayah saya alhamdulillah tlah berjaya tanpa PTPTN.taukah saudara bahwa PTPTN membuat mahasiswa tidak mampu berdikari.tidak mampu untuk menghasilkan satu karya yang sebenarnya mahasiswa lebih mampu untuk meciptakannya.dan saya tidak pernah terikat dengan PTPTN.taukah saudara,bahwa di indonesia tidak ada namanya pinjaman pelajar?mahasiswa bangkit sendiri ddari rantauan dan menghasilkan uang dari apa yang mereka pelajari di bangku kuliah:)mereka melaksankan teori dan praktikal secara bersama:)

    saudara,universiti tercipta bukan hanya membentuk manusia menjadi mesin teknokrasi atau hamba dari pekerjaan,disamping itu universiti tercipta adalah untuk manusia intelektual mampu membangun bangsa dengan kebijakan yang ada dari dalam hati maupun alam raya ini.university adalah gudang perubahan.dan hak pendidikan percuma adalah satu yang absolut dan tidak boleh di tawar-tawar lagi saudara.

    saudara.yang menciptakan juru terbang dari university bukan hanya malaysia saudara.negara-negara yang miskin lain di dunia ramai menciptkan mereka yang luar biasa hebat dalam semua bidang.cuma kaum teknokrasi itu tidak berminat bekerja di negara sendiri dengan alasan pendapatan.saudara..

    saudara,negara kita di komando oleh orang kita Chinese.mereka mengawal dan mengatur setiap apa yang patut di duitkan.saudara.penjara pudu kita hilang.hilang saudara.bukankan itu peninggalan sejarah.begitukan PTPTN membangun karakter seorang penerus bangsa untuk menghancurkan sejarah yang di ciptakan bangsa sendiri?

    saudara.saya tau kamu juga adalah seorang yang ingin perubahan bukan?kita sama.kita tidak berlandaskan di mana-mana parti.saya adalah orang yang sangat benci parti politik.tetapi saya takkan biarkan politik menghancurkan masa depan jutaan anak bangsa malaysia ini.saudara dan saya adalah satu.bangsa malaysia.bukan melayu.cina,india,iban,bla bla bla,yang tumpah darah di tanah malaya ini adalah bangsa malaysia.bukan bangsa melayu.saya tau saudara punya hati yang sangat besar untuk sebuah perubahan..:)

    saudara,hal yang mewakili jutaan orang yang mengharap itu sangat sedikit di ingati.tetapi jika satu hal ini menjadi sebuah perubahan ke kehidupan kita dan bangsa malaysia ini,ini adalah yang tidak boleh di tawar-menawar lagi.

    jika saudara ingin terus bercerita-cerita lagi,saya sangat hargai.dan maaf kerna sibuk di wall saudara.:)

    salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangkangan saudara saya terima kerana saya sorang yang percaya bahawa pendapat seseorang itu adalah miliknya dan pendapat saya adalah milik saya. maka pendapat itu perlu dipandang tinggi dan dihormati..

      ini kembali kepada soalan saya awal saya kepada saudara, adakah ini sesuatu yang ingin saudara tunjukkan kepada anak-ank saudara?
      abaikan peraturan dan undang-undang asalkan dapat apa kita nak?

      saya juga seorang yang sangat percaya kepada kebebasan untuk menyatakan pendapat. oleh sebab itu saya menulis di blog ini.. kerana says juga percaya dan yakin kepada Rule Of Law yang terpegang kepada semua warga sesebuah negara.
      tidak wajar pengecualian diberikan kepada satu-satu individu mahupun golongan semata-mata atas nama hak..
      saya tidaklah pernah membaca kitab lama majapahit tapi di waktu kecil saya rajin juga membaca satu lagi kitab yang banyak pengisiannya yang dinamakan Al-Quran.. dalamnya banyak mengangkat golongan terpelajar berilmu.. Dalam Quran jugalah mengajar saya tentang pentingnya adaperaturan yang mengawal kita..
      saya juga setuju dengan kata-kata saudara yang kita ini adalah orang yang mahukan perubahan. Namun perubahan yang baik akan berlaku jikakita melaksanakan dengan cara yang baik..
      saya tidak berpeluang untuk belajar di Indonesia tapi apa yang saya perhatikan, mahasiswa di Indonesia tidak peluang seperti kitamereka tiada pendidikan yang disubsidikan hingga 90% seperti dinegara kita. malah ramai yang tak mampu untuk bersekolah pun.
      tidak adil pada saya untuk disamakan zaman saudara & zaman adanya PTPTN.. hari ini pendidikan adalah satu nikmat yang boleh dinikmati oleh khalayak yang ramai berbanding dahulu.
      dizaman dulu, masuk ke Universiti adalah amat susah sekali dan jarang sekali lebih dari seorang dari keluarga yang sama mendapat tawaran belajar. jadi keluarga hanya menangung seorang atau dua anak di universiti.
      namun hari ini, kita lihat hampir setiap keluarga ada anak yang belajar di Univesiti ataupun Institusi Pengajian Tinggi lain seperti Kolej, Politeknik dan sebagainya dan sering juga kita dengar sebuah keluarga mempunyai lebih dari seorang anak sedang belajar di IPT..
      soalannya mampukah golongan berpendapatan sederhana menanggung kos sara hidup 2 atau lebih anak yang belajar di IPT-IPT ini tanpa bantuan PTPTN? dengan ada PTPTN pun masih lagi ibubapa memberikan bantuan kewangan apatah lagi jika tiada PTPTN ini..
      saudara, saya memang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, tapi saya tidak membenci malah berterima kasih kepada Parti Politik yang Memerintah hari ini kerana dengan rencana dari mereka, hidup keluarga sayaberubah dan tidak lagi ibu saya tinggal dirumah yang atapnya bocor setelah anak-anaknya membesar dan bekerja.
      terpulang kepada pandangan saudara tentang penulisan saya tapi saya mengaharapkan pandangan yang terarah supaya apa yang ditulis jitu isinya dan mudah dicernakan..

      Delete
  4. yang semalam saya taip panjang2?kenapa awak tak publish?publish ya:)

    ReplyDelete

Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..

AKU DI TEMPAT LAIN...

Botak Ensem's Facebook profile
Satu Malaysia Satu Bahtera

TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI AMAN. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI MAKMUR. TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN NEGARA INI BUMI BERTUAH.

SETIAP KLIK ANDA ADALAH PENDAPATAN UNTUK BLOG INI..

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...

AKAN KU PEGANG UNTUK KESEJAHTERAAN...
InsyaAllah..