Str***XX25: no need to be so surprise
Str***XX25: most of the chinese think like that
Str***XX25: malay also sometime will marah cina babi in heart
ashok_giler: hmm.. most chinese r racist u mean..
Str***XX25: not racist,just sometime angry with certain race
ashok_giler: angry? hmm.. i wonder y..
Str***XX25: u ask urself,sometime u also think cina got some attitude or style that u cant tolerate right
ashok_giler: i think the individual is like that..
ashok_giler: not the race.. some may say its about the race but i think its all about how they see a race..
ashok_giler: thier view..
Str***XX25: in forum also lots of malay marah cina babi
Str***XX25: not a big deal la
Str***XX25: no need to be so serious
ashok_giler: hmm.. so y is malay is always called racist not the other wise?
Str***XX25: i never say malay always racist
Str***XX25: i even told my staff
Str***XX25: in gov service,India is the most racist one
Str***XX25: i told u true pic in Perak
ashok_giler: hmm..
Str***XX25: the specialist only wants india to work under him
ashok_giler: n the specialist is indian?
Str***XX25: and write a good recommendation letter to them to further study
Str***XX25: of course indian
Str***XX25: a chinese girl fight hard to get a place to work there
Str***XX25: another example,in one of the klinik
ashok_giler: ok..
Str***XX25: the head is india
Str***XX25: always talk tamil with the staffs
Str***XX25: others race all are outsider
Str***XX25: dont know what are they talking abt
Str***XX25: the specialist also same
Str***XX25: use tamil to discuss case
Str***XX25: we like org bodoh standing there
ashok_giler: tapi yg selalu kita dgr is malay r racist? never dgr pun like what u said...
Str***XX25: for me malay not racist
Str***XX25: last time my lecturers treat me equally
Str***XX25: even i am her favourite student
Str***XX25: they trying to help malay but at the same time they respect other race
ashok_giler: i know that.. u dah cerita dah dulu.. tapi i jarang la dgr that story yg u cerita pasal indian..
Str***XX25: trust me..it really happen in perak
ashok_giler: i percaya ape u ckp..
ashok_giler: just that i feel that theres not enough justice in this racial issue...
Str***XX25: even my chinese specialist also said...if u work in dental perak,u must be lectumy,not fatimah
ashok_giler: y dont ppl talk bout it out loud..
ashok_giler: hmm..
Str***XX25: india really feel that they are minority and need to help each others to survive
ashok_giler: its a major problem u know..
Str***XX25: thats why they dont want to give others race chances when they are in power
ashok_giler: hmm..
Str***XX25: chinese different
Str***XX25: chinese believe in competition
Str***XX25: chinese like competition
Str***XX25: so they dont mind to compete with others based on ability and not race
ashok_giler: in an even field mayb.. but if its uneven...?
Str***XX25: i cant understand why after 50 yrs still uneven
Str***XX25: singapore same like us 50 yrs ago
Str***XX25: but now we are far far back from them
Str***XX25: why?
ashok_giler: hmm.. singapore is much2 more different..
Str***XX25: because chinese believe in competition
ashok_giler: everthing in singapore is restricted..
ashok_giler: controled..
ashok_giler: they also got no so called kemiskinan tegar...
ashok_giler: they dont got too much rural area that live in poverty when they start at...
ashok_giler: the british leave singapore as a city...
ashok_giler: n malaya as 95% rural area that devided the races...
ashok_giler: cant compared with them la..
ashok_giler: like comparing a car with a bike..
ashok_giler: both r vehicles but different in nature..
ashok_giler: that what i think...
Str***XX25: i believe in competition
Str***XX25: u will get stronger by heavy competition
ashok_giler: thats true..
ashok_giler: indeed..
ashok_giler: but u have to b prepared for a competition..
ashok_giler: if not..
ashok_giler: u'll b like a bug on windshield..
Str***XX25: u should prepare urself to be competitive.not rely on opportunity given by others
ashok_giler: oppotunities r given to prepare them to compete..
ashok_giler: so the competition is even..
Str***XX25: no point to argue on this
ashok_giler: ahahahhaah... true..
ashok_giler: it wont have an end..
ashok_giler: after all.. i just wanna share my blog with u..
ashok_giler: thanks for sharing your views n insight in what happens in ur place..
ashok_giler: ahahaha
Str***XX25: :d
Itulah perbincangan melalui Yahoo Messenger (YM) dengan seorang rakan yang kini seorang Doktor bertugas di Perak mengenai entry MELAYU BABI baru-baru ini.. IDnya aku rahsiakan bagi menghormati “Privacy”empunya diri.. sorang gadis berbangsa cina yang bijak dan sangat gemarkan perbincangan yang baik dan rasional.. bukan cina berketurunan baba tapi berbangsa cina yang masih lagi kuat pegangan bangsanya dan masih menghargai keunikan yang dia warisi..
Perkongsian beliau tentang apa yang berlaku dikalangan kakitangan awam di Perak menggambarkan sesuatu yang aku kira telah lama menular dikalangan penjawat awam..
Aku tidak mengatakan bahawa apa yang disampaikannya dilakukan oleh semua penjawat awam berbangsa india tapi ada sedikit perkara yang menarik perhatian dalam perbincangan yang aku rasa perlu aku ketengahkan… mengenai SAINGAN…
Aku setuju apa yang dikatakan tentang saingan dan bagaimana saingan menjadikan kita lebih kuat.. dan aku percaya apa yang dilakukan oleh pemerintah sejak mula berkuasa hinggalah kehari ini adalah sebagai peluang untuk Melayu itu bersaing..
Satu masa dahulu, Melayu tidak mampu bersaing dari segi pendidikan.. belenggu kemiskinan, frasarana & persekitaran yang tak sesuai tidak menggalakkan pembelajaran yang baik.. jadi di berikan pelbagai peluang untuk membolehkan mereka mendapat pendidikan terbaik dengan frasarana yang terbaik serta biasiswa-biasiswa dan pelbagai lagi bantuan..
Melayu juga dilihat tidak mampu bersaing dari segi ekonominya, jadi pelbagai agensi ditubuhkan untuk membantu mereka bersaing dengan gergasi-gergasi perniagaan yang sudah tentunya bermodal besar dan lebih berpengalaman.
Kesannya, jika suatu masa dulu AMAT jarang dilihat Melayu yang memandu kereta-kereta mewah mahupun pertengahan kini pandangan seperti itu sudah menjadi suatu kebiasaan.. jika suatu masa dahulu ibu bapanya sekadar petani, penoreh getah dan kuli, hari ini anak-anaknya menjadi jurutera, doctor malah ahli perniagaan yang berjaya..
Jika suatu masa dulu mereka hanya boleh melanjut pelajaran jika mendapat biasiswa dari kerajaan, hari ini sudah ada yang sudah mampu untuk menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara dengan belanja sendiri..
Namun ada juga kesannya kepada Melayu itu sendiri.. Melayu menjadi lesu dan kurang daya saing.. menjadi selesa dan suka bergantung.. takut pada saingan kerana terlau bergantung.. selesa dengan apa ada dan tidak suka bila melihat orang lain berjaya atas usaha sendiri kerana mereka tidak berani buat apa yang orang berjaya buat…
Perkara ini disedari oleh pemerintah.. sebab itu Tun Mahathir berulang kali mengingatkan orang melayu supaya tidak lupa, mengingatkan mereka tentang bahaya keselesaan dan kebergantungan.. namun ianya sekadar disambut dengan tepukan serta gelak ketawa didewan yang besar dan diakhirnya didendangkan hingga hari ini tanpa dihayati..
Sesetengah Melayu hidup dalam angan-angan bahawa mereka itu TUAN.. kononnya adalah BIRTH RIGHT mereke sebagai anak watan.. kononya bantuan yang diberikan selama ini sebagai bukti mereka itu lebih agung dari bangsa lain..
Mereka lupa bahawa sejarah tidak pernah mengangkat sesuatu bangsa itu sebagai bangsa yang agung kerana mereka dilahirkan sedemikian.. bangsa Rom menjadi satu bangsa yang agung kerana pencapaian yang mereka capai.. menjadi tuan di tanah asing yang beribu batu dari Rom itu sendiri kerana mereka berkuasa.. berbeza dengan orang rom pada hari ini yang tak berbeza dari bangsa lain…
Bangsa kulit putih menjadi Tuan di Amerika bukan kerana mereka berasiminasi dengan penduduk tempatan tapi dengan menguasaiekonomi dan pentadbiran.. akhirnya pribumi Amerika melukut ditepi gantang…
Ramai yang menyanjungi Tun Mahathir.. ramai yang menyatakan beliau telah meletakkan Malaysia ke satu standart yang tersendiri.. ramai juga yang membaca blog chedet.cc tapi berapa ramai yang membaca dengan teliti…?
aku membaca satu perenggan dalam salah satu entry beliau bertajuk AFFIRMATIVE ACTION yang berbunyi.. “36. There is a tendency among Malays to regard the discrimination in their favour as a privilege, as a recognition of their superior status. I think this is wrong. The discrimination is in order to give them a kind of headstart so that they can catch up with other races. To me, it is shameful to have to be protected because we do not have the capacity to compete. We are not Red Indians to live on reserves. We should regard it as a temporary expedient to be done away with once we have achieved the capacity to compete on our own.”
APA YANG MELAYU PERLU HARI INI ADALAH SAINGAN.. DAN SAINGAN ITU HARUSLAH TIDAK MENENGGELAMKAN GOLONGAN YANG MASIH LAGI MEMERLUKAN BANTUAN DAN SOKONGAN.. Pemerintah tahu mengenai kepentingan perkara ini maka di longgarkan sedikit bantuan yang diberi..
Quota ke IPTA di hapuskan dan di gantikan dengan sistem meritokrasi .. sebagai mengimbangi perkara ini, UiTM diperkukuhkan dan Kolej-kolej MARA di wujudkan..
Matrikulasi yang sebelumnya untuk bumiputera dan Melayu kini dibuka juga untuk bukan Bumiputera.. MRSM menerima 10% pelajar bukan melayu. Quota 95% tajaan JPA untuk Melayu dan Bumiputera dikurangkan ke 55%.. sebagai imbangan, jumlah peruntukan untuk JPA ditingkatkan dan peruntukan tajaan MARA juga ditingkatkan..
Dari segi ekonominya juga kita lihat amat jelas.. LIBERALISASI beberapa sector ekonomi dari quota 30% pegangan Bumiputera serta koridor-koridor yang didirikan tidak menggalakkan Melayu bersaing secara sendiri tapi secara kolektif dan berkumpulan.. penggalakan sektor koperasi dan sasaran sektor koperasi untuk menyumbang 25% KDNK Negara menggalakkan saingan dalam masa yang sama membantu mereka agar terus mampu bersaing..
Golongan sederhana dan luar bandar juga diutamakan, bukan sekadar mereka yang sudah berjaya.. pelbagai pakej-pakej pinjaman dan latihan serta peluang-peluang bagi menceburi bidang perniagaan.. Yayasan TEKUN, Amanah IKHTIAR dan MARA menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang berminat..
MASALAH YANG PALING BESAR BUKAN MENYEDIAKAN PERUNTUKAN DAN BANTUAN TETAPI MENGUBAH PERSEPSI atau MINDSET melayu dari PERGANTUNGAN KEPADA SAINGAN.. kononnya tindakan-tindakan untuk memberikan saingan akan menyebabkan melayu akan tenggelam.. mindset bahawa melayu tak mampu bersaing sendiri amat menyedihkan dam meloyakan keluar dari orang yang mengaku kononnya bangsanya TUAN.. budaya menyalahkan apabila tidak berjaya dalam hidup perlu dibuang jauh-jauh…jangan suatu hari nanti bila melihat orang lain berjaya, kita menabur fitnah kononnya bagi rasuah dan pelbagai salahlaku yang kita sendiri tak pasti kebenarannya..
Ramai juga yang menggunakan analogi, Melayu umpama abang sulong dan bangsa-bangsa lain sebagai adik-adik yang sama-sama menerajui negara.. tapi ramai juga yang lupa untuk memikirkan ,abang sulong bagaimana yang kita hendak jadi..?bagaimana hendak menghormati abang yang malas, tidak bertanggungjawab, leka dan bergantung pada orang lain.. ?
Maka menjadi tugas setiap mereka yang menggelar diri mereka pejuang bangsa untuk memperjuangkan perkara ini dalam masyarakat.. MENGGUNAKAN SEGALA PELUANG YANG ADA DAN KELUAR DARI KESELESAAN JIKA BENAR-BENAR MAHU JADI TUAN ATAUPUN ABANG SULONG YANG DIHORMATI.. bukan menundung jari pada pemerintah untuk bertindak bagi pihak mereka.. bukan lagi menjadi pejuang pergantungan tapi penyokong kepada apa yang telah dilaksanakan untuk survival bangsa yang konon mereka cinta..
Hmm.. melayu..
Kepada e-Patriot SSS,
ReplyDeleteSempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.
Salam Sejahtera,
“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS
hujah yang menarik...aku sokong saudara...nak pinjam hujah saudara jika ader perbincangan mengenai hal ini lagi...hehe
ReplyDeletepersaingan - bagus
ReplyDeleteterpulang kepada individu tu sendiri nak wat secara sehat atau pun main kotor.
tak kira bangsa apa pun, persaingan tu penting buat orang yang nak maju, nak ke depan, yang sanggup hadapi cabaran.
We got same opiNion on thiS...
ReplyDeleteIt's over protection dat makeS melayu weak...
we tend to rely toO much on goVernment, on subsiDY..
one example, malay gOT pInjaman TEKUN to start theIr bussiNEss...other races didn't get dat oppoRtunity..
But at the end, wHo succeeD?
It's Chinese! Its Indian!
Why?
They strive hard on their owN ...
MALAY?
hangat2 tahi ayaM..
Use da mOney gIven 2 BUy big CarS, show Off sane sini...
even my parentZ r Not suPporting me..i Got a gooD offer 2 UniversIty but they asKed me 2 enTer Maktab juZ b"cOz of schOlarshIP>>
they saiD, terjamIn n no neeD 2 paY loan...
Haiyhh...Chinese r DiffernT...thEy stRive haRd fRom da begInning as they kNow they r Not welCumd here...
early in da marriage, tehy already Save Money 4 eDucation n fuTure..
da thing is we r too sucked in of beiNg in "safe ZoNe"
and that made us weaker!
hmmm...melayu...
info yg mnarik..at least ade gak tulisan yg mendamaikan bbanding ngan yg bnyk mprovok dan mencaci..just browsing ur facebook profile..wondering what kind jobs u done to compete with the others
ReplyDelete