GILA!!! Aku terkejut bila ditengahari Ahad sedang aku berehat menonton rancangan gosip tanahair di TV3, dipaparkan kisah mengenai sebuah kumpulan nasyid IN HEART yang dikatakan MURTAD!
Mereka dikatakan MURTAD apabila penampilan mereka tidak seperti kumpulan-kumpulan nasyid yang lain.. ketika kumpulan lain memilih untuk memakai kupiah arab, baju kemeja lobos berkolar cekak musang dan memakai seluar slack, IN HEART memilih untuk memakai jeans, ber-tshirt, berambut pacak dan kasut putih..
Ish.. mudah sangat melabel orang sebagai murtad bila tidak sehaluan dengan kita.. sesuatu yang amat berat untuk hukumkan pada seseorang tetapi amat mudah mereka hari ini untuk melabelkan.. bersembunyi disebalik janggut yang panjang, tutur kata perlahan, pakaian ala-ala nasyid cara mereka dan menyebut kalimah suci membuatkan mereka lebih Islam dari orang lain..
Perkara ini bukan perkara baru.. melabel orang lain sebagai kafir, murtad bagi menunjukkan mereka lebih Islam dari orang lain adalah satu amalan yang dihalalkan oleh sesetengah umat Islam di negara kita.. di ikuti dengan ketaksuban kepada orang-orang yang mereka gelar Ulama hinggakan perkara mengarut yang keluar dari mulut mereka pun diterima bulat-bulat malah di perjuangankan tanpa ada persoalan..
MURTAD… berat tuduhan tu… sedih bila melihat saudara seagamaku jatuh ketahap begini.. tapi aku tidak terkejut kerana Agama adalah satu alat untuk mereka mendapat apa yang mereka mahu.. bila tidak sesuai dengan mereka, maka mereka akan meletak label kafir dan murtad.. bila menguntungkan, mereka akan mengeluarkan nas-nas dan dalil-dalil yang boleh menyokong hujah mereka itu.. dan yang sedihnya.. ramai umat Islam yang bodoh mengikut saja apa yang dikatakan itu… kononnya takut kalau terjatuh sama dalam kategori yang dituduh itu…
Dalam kes IN HEART, tak pernah pula aku lihat dimana-mana artikel diakhbar ataupun di internet yang benar-benar membuktikan mereka murtad.. sekadar gosip-gosip, tuduhan-tuduhan kosong.. dan yang paling biasa aku lihat, hadis-hadis dan ayat suci Al-Quran diperguna untuk menghalalkan tuduhan mereka..
Tak pula aku lihat sebarang masalah dengan penampilan mereka.. mereka berpakaian seperti remaja dan golongan muda hari ini.. bukan seperti golongan tertentu sahaja.. yang pentingnya bukan pakaian yang mereka pakai tetapi akhlak dan lagu-lagu yang mereka nyanyikan.. tidak pula aku lihat mereka memakai rantai, subang ataupun aksesori yang melampau hingga keluar dari norma seorang muslim..
Adakah pada mereka Islam itu dari pakaian? Adakah berpakaian seperti seorang arab itu Islam.. adakah perlu mengikut cara mereka maka baru mereka itu Islam?
Salahkah untuk berpakaian seperti golongan muda hari ini dan menyampaikan mesej ketuhanan? Pada aku yang tidaklah pandai sangat tentang agama ni, aku lebih suka mendekati orang yang tidak jauh bezanya dari aku dan kemudian menyampaikan sesuatu yang baik kepada aku… dan itulah yang aku nampak apa yang IN HEART lakukan.. mereka mencari kelainan dan pakaian itu adalah satu usaha untuk mendekatkan golongan yang tak berminat untuk melihat orang-orang berpakaian seperti Raihan bagi menyampaikan mesej yang sama seperti Raihan…
Nasihat aku kepada mereka yang suka melabelkan orang lain seperti ini.. tak salah untuk melabel.. tapi kalau sudah melabel dengan tuduhan yang berat semata-mata mereka berbeza dengan kita maka patut kita muhaSABAH ataupun muhaSARAWAK diri sendiri agar kita menjadi Muslim yang lebih baik…
Aku pulangkan kembali kepada mereka yang membaca untuk menilai.. kerana tanpa berfikir dan menilai, tiada bezanya kita dengan haiwan…
Hmm.. melayu…
thanks for this entry. i am a malaysian living outside malaysia. dulu mmg tak perasan, tapi bila kat luar ni baru nampak sebenarnya mcm mana negara kita skrg. terbaca satu artikel dlm utusan semalam tentang seorang kanak2 mati didera dan ibunya bersekedudukan dgn lelaki bukan mahram. mashaAllah, malu bila dgar. islam sekarang mmg dah betul2 dalam keadaan asing. nauzubillah~
ReplyDelete