Apa yang nak jadi pada negara kita sekarang ni.. semakin hari semakin banyak perkara yang meresahkan kita.. ada saja masalah baru timbul.. Baru-baru ini mahkamah tinggi kuala lumpur mengistiharkan perkataan Allah boleh digunakan dalam penerbitan Herald, sebuah majalah mingguan Kristian bermazhab Roman Catholic di Malaysia..
Rentetan dari perkara itu, beberapa pihak telah melakukan protes dan perhimpunan haram membantah keputusan mahkamah tinggi itu.. lebih mengeruhkan keadaan lagi, beberapa buah gereja telah dibakar dan lebih bodoh lagi, ada yang membaling batu pada pondok pengawal Sekolah Menengah Convent Taiping..
Tindakan-tindakan mereka ini sungguh kelakar pada pandangan aku.. aku agak yakin ini semua dilakukan oleh orang bodoh yang terlalu obsess untuk membela agamanya dan mereka yang sebelum ini tak kisah pun tentang agamanya. Dan tentang yang membaling batu pula, ini sudah pastinya tindakan anak-anak kecil yang belum bersunat tapi ibu bapa tidak kisah kemana anak mereka pergi ditengah malam..
Kenapa aku berkata begitu?
Adakah aku tak sayangkan agama aku?
Adakah aku suka membiarkan agama aku dipersendakan?
Kenapa aku tidak menyokong protes yang dilakukan?
Jawapan aku?
Allah menjadikan semua makhluk itu sama… yang meletakkan manusia itu lebih mulia dari makhluk lain ialah manusia dikurniakan akal untuk berfikir, mentafsir dan membuat pilihan.. jadi aku lebih suka menggunakan akal fikiran yang waras dari kebodohan yang ditunjukkan oleh golongan-golongan ini..
Keputusan mahkamah sudah dibuat.. apa yang boleh dicapai dengan berpiket, tunjuk perasaan dan perhimpunan haram?
Selepas keputusan mahkamah dibuat, rayuan boleh dibuat di mahkamah rayuan untuk dipertimbangkan diubah semula keputusan mahkamah tinggi tadi.. kalau keputusan mahkamah rayuan tidak memuaskan hati pihak yang terlibat, rayuan boleh dibuat pada mahkamah persekutuan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan..
Jadi soalan aku sekali lagi, apa yang boleh dicapai dengan berpiket, tunjuk perasaan dan perhimpunan haram?
Kemudian pula tindakan pihak-pihak yang membakar gereja, apa yang boleh dicapai dengan berbuat demikian?
Tidakkah kita fikir, pihak yang memohon perbicaraan ini memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku? Adakah mereka akan berubah fikiran kalau dibakar semua gereja dalam Negara kita ini? Bukankah bodoh dan sia-sia perbuatan itu? Apa pandangan mereka yang selama ini berminat pada agama Islam bila melihat penganutnya bersikap seperti orang yang tak berakal waras?
Apakah ini caranya membela agama Islam? Dengan membakar rumah ibadah agama lain? Adakah ini yang dianjurkan oleh Islam? Walaupun ada penyelesaian cara damai tapi memilih keganasan? Adakah tindakan ini akan menjamin tempat mereka di Syurga nanti?
Tindakan membaling batu pada pondok pengawal sekolah convent lagi lah mengundang ketawa.. semata-mata namanya sekolah convent, maka di ganggu pondok pengawalnya.. aku terbayang bagaimana terkejutnya pengawal-pengawal yang sedang enak diulit mimpi bila dikejutkan oleh lontaran batu ke pondok mereka..
Jika mereka yang berbuat demikian cukup dewasa, maka mereka patut tahu bahawa sekolah convent itu hanyalah sekadar nama sahaja.. kerana hari ini, sekolah-sekolah inggeris yang suatu masa dahulu berorientasikan agama kristian tidak lagi seperti dulu.. hari ini sekolah-sekolah ini tidak ada bezanya dengan sekolah harian biasa dibawah kementerian pelajaran.. ini sudah pastinya kembali kepada ibubapa yang tidak memantau anak-anak mereka diwaktu malam..
Aku sayang agamaku, aku sayang negaraku.. aku sudah pasti tak mahu agamaku dipermainkan oleh siapa-siapa pun termasuklah oleh saudara seagamaku sendiri.. sudah pastinya orang sedang memandang apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini.. sebuah Negara Islam yang disegani yang kali ini diuji pula mentaliti penganutnya..
Setiap tindakan akan ditafsirkan oleh orang luar dan dalam negara.. muslim dan bukan muslim.. jadi perbuatan yang sia-sia dan bodoh oleh orang Islam dinegara ini akan dilihat sebagai fahaman Islam itu sendiri..
Jadi patutkah kita berpeluk tubuh? Biarkan saja?
Tidak.. tidak sama sekali… tapi tindakan kita perlu bijak… kita protes dan protes tapi bila rayuan memihak pada kita, kita bersorak.. bukankah itu hipokrit namanya? Kes dalam proses rayuan, jadi kita patut biarkan ianya berjalan dengan lancar tanpa gangguan..
Kalau mahu menyatakan pandangan atau rasa tidak puas hati, buatlah secara aman dan ditempat tertutup.. seperti sesetengah pihak yang membuat sidang akhbar dan majlis solat hajat bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.. tak perlu mengeruhkan lagi keadaan..
Kedudukan kerajaan amat jelas dalam perkara ini.. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertahankan penggunaan perkataan Allah itu ekslusif untuk agama Islam hingga perkara ini dibawa ke mahkamah dan kini KDN memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah tinggi itu..
Ini berbeza dengan pemimpin beragama Islam pembangkang yang kini membuat kenyataan “selamat” atau playsafe statement yang jelas menunjukkan mereka kini tersepit dalam permainan politik mereka sendiri.. perbuatan mereka untuk mengambil hati pengundi bukan melayu kini memaksa mereka untuk kelihatan liberal dan menimbulkan keraguan mengenai matlamat & cara perjuangan mereka..
Terpulanglah kepada yang menilai.. ada yang akan kata aku ni penakut, tapi tanyakan kepada mereka yang berada dalam alam maya ini dengan identiti samaran tentang keberanian mereka.. tanyakan kepada yang berarak dan berhimpun, dimana mereka ketika laungan azan subuh diminta di perlahankan.. dimanakah mereka bila wang baitumal hendak di gunakan untuk kegunaan pentadbiran negeri.. dimana mereka bila wang zakat hendak diberikan kepada orang bukan Islam..
Hmm.. melayu..
No comments:
Post a Comment
Komen sahabat-sahabat amatlah aku hargai... tolong pastikan komen anda disertakan nama.. Anda BertanggungJawab Terhadap komen-komen anda sebagaimana seorang manusia dewasa yang matang dan mampu menentukan tindakan anda.. terima kasih..