SUMBER: PORTAL JEJARI KAMI
Kuala Lumpur - Sekali lagi puak OREN buat onar di Jalan Semarak Kuala Lumpur. Bersama pendemo yang masih setia hanya tinggal 150 orang yang hadir membontoti Mazlan Aliman. Suka untuk penulis katakan bahawa perhimpunan gagal ini telah menunjukkan hasil bahawa rakyat dah jemu dan muak dengan sikap mereka. Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung sehingga ke petang habis hanya dalam masa satu jam. Tiada sambutan yang menggalakkan. Berkumpul di Masjid UTM Jalan Semarak kemudian beramai-ramai ke bangunan FELDA.Polis sudah bertindak lebih awal demi menjaga keselamatan kerana demonstrasi ini kononnya akan dihadiri 10,000 orang tetapi yang datang tadi tak sampai 10,000 orang. Hanya 100-150 sahaja. Mana tidaknya, rakyat dah mula bosan dengan permainan Mazlan Aliman.Masih tidak habis dengan tuntutan yang tidak masuk akal oleh Mazlan Aliman. Sepatutnya anak FELDA yang bersuara, bukan orang luar. Mereka ini adalah golongan yang tidak pernah bersyukur. Peneroka ditatang bagaikan minyak yang penuh, menajdi anak emas kepada Perdana Menteri sehingga rakyat luar FELDA cemburu dengan keistimewaan yang mereka dapat. Tetapi keistimewaan itu mereka telah gunakan tetapi tidak membalas dengan kebaikan yang telah diberi kerajaan. Sepatutnya jadilah manusia yang tahu bersyukur.
Selepas cubaan membunuh peneroka FELDA BUKIT ROKAN dengan pacuan 4 roda gagal, Himpunan Oren dibawah pimpinan Mazlan Aliman cuba membuat satu lagi lawak jenaka dengan berdemo seramai 150 orang dari masjid UTM Jalan Semarak ke Bangunan FELDA.
Nasihat aku pada ANAK, kalau nak orang FELDA ramai, apa kata berdemo selepas solat jumaat di masjid FELDA? yang berdemonstrasi tu pun belum tentu lagi peneroka ataupun generasi kedua FELDA. tapi kalau dimasjid mana-mana tanah rancangan FELDA semestinya majoriti yang hadir adalah warga FELDA..